Wednesday, June 30, 2010

Gelabah PAS dalam hal JI dan Wahabi macam orang salah


Jika benar penglibatan PAS dengan Jemaah Islamiah (JI) hanyalah gimik kerajaan, kenapakah Harakah beria-ia menepis angin?

Reaksi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah menggelupur dalam usaha mengikis imej pengganas dari dirinya, membuatkan kita semakin syak.

Tidak mungkin pokok bergoyang jika tak ada angin. Apatah lagi, di Malaysia ini, segala khabar angin politik seringkali terbukti benar. Bukan sesuatu yang pelik pun untuk sesiapa mengaitkan atau mengesyaki PAS dengan JI mahupun pengganas jika benar-benar mengikuti sejarah PAS sejak dahulu.

Peristiwa Memali, Sauk, sembahyang dua imam, fatwa kafir dan sebagainya yang berkait secara langsung dengan PAS sememangnya merujuk ke arah perpecahan ummah, pertelingkahan kaum serta keganasan.

Dalam kenyataan ‘bela-diri’, PAS menggambarkan seolah-olah isu JI-PAS hanyalah sebagai usaha kalih pandangan UMNO.

Alasan PAS bahawa Hadi Awang tidak mungkin seorang pengganas adalah kerana dia seorang Presiden Parti, Ahli Parlimen dan mempunyai ramai penyokong dan popularitinya adalah melebihi dari populariti Perdana Menteri sendiri bukan sahaja dangkal tetapi agak lucu juga.

Menurut Harakah, Hadi Awang dikenali dunia Islam antarabangsa serta ucapannya disukai setiap lapisan masyarakat, maka tidak mungkin sama sekali dia seorang pengganas.

PAS bukannya tidak faham, tetapi pura-pura tidak faham bahawa isu di sini bukanlah tentang samada Hadi Awang itu pengganas.

Walaupun kita tahu yang Hadi Awang, seperti juga rakan-rakan ‘pemimpin’ PAS lain seperti Mahfudz dan Mat Sabu adalah manusia-manusia yang tidak berapa bijak, tetapi tahap ketidak-bijaknya mereka tidaklah sampai mengebom dan membunuh orang secara langsung.

Dan kalaupun mereka benar-benar tidak bijak langsung, mereka tidak mungkin punya keberanian untuk melakukan keganasan tersebut sendiri. Segala seruan jihad dan mengangkat senjata ke atas pengganas Zionis yang dilaungkan Hadi, tetap menjadi sekadar seruan selama berpuluh tahun berlalu.

Kaitan PAS/Hadi-JI dan Wahabbi adalah lebih kepada pemikiran dan matlamat perjuangan dan bukannya tindakan langsung.

Fahaman Wahabi yang mengasingkan fahaman ilmu tasawuf dan ilmu usuludin bertentangan sekali dengan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Fahaman Wahabi adalah sealiran dengan fahaman Ibn Tamiyah dan fahaman Musyabihah. Cuma terdapat sedikit perbezaan yang diubah suaikan mengikut peredaran masa dan tempat.

Walaupun dari segi fekah, kaum Wahabi di Malaysia mengakui mereka bermazhab pada Imam Syafei, namun pada pokok ilmu ketauhidan amat berbeza kerena kaum Wahabi mengamalkan konsep Rubuhiyah dan Uluhiyah yang bertentangan dengan akidah Ahlul Sunnah.

Pada prinsipnya fahaman Wahabbi ini membuat terjemahan serta tafsiran al-Quran dan Hadis sebulat-bulatnya mengikut fahaman pemimpin mereka serta ditegaskan dengan pendirian keras pergerakan itu.

Menurut sumber sejarah ulama Mekah dan Madinah pada awalnya menentang fahaman Wahabbi di mana berlaku isu kafir mengkafir yang hebat di antara ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah dengan ulama Wahabbi.

Kenyataannya dalam Harakah 28 Jun – 1 Julai, Hadi Awang sendiri mengakui bahawa dia mendapat pendidikan di Universiti Wahabi dan mendapat tajaan biasiswa Wahabi.

Dia bagaimanapun kemudiannya menegaskan yang pendidikan dan tajaan yang diterimanya tidak menghalangnya dari mempunyai pandangan sendiri berkenaan hal ehwal agama. Jelas Hadi Awang ingin menepis bayangan wahabbi dari dirinya demi memastikan sokongan bukan Islam terhadap PAS.

Namun, bagaimana Hadi Awang dapat menepis hakikat bahawa nyawa-nyawa yang melayang dalam tragedi-tragedi yang disebut di atas adalah berpunca dari PAS yang membawa pengaruh fahaman Wahabbi melalui didikan yang diterima oleh pemimpinnya, termasuk dirinya.

Apapun, yang pasti kesungguhan PAS menepis syak wasangka ini menyebabkan kita semakin syak bahawa ada sesuatu yang mungkin terlantun ke atas batang hidung mereka.

Malaysia Instinct

15 comments:

  • YB Raz says:
    June 30, 2010 at 2:48:00 PM GMT+8

    pas ini bukan setakat wahabi, gerila tamil pun dia juga.

    semput haji hadi nak tepis sekarang..maklumlah peristiwa mamali dia juga yang menjadi puncanya.

    nasib baik bush tak tuduh dia time 9/11 dulu.

  • Panglima Perang Cyber says:
    June 30, 2010 at 2:50:00 PM GMT+8

    memang JI atau apa jua fahaman militan bermula dengan lembut dan memperalat agama.

    mereka boleh bertukar ganas sekaligus tanpa sebarang amaran.

    tidak kira siapa termasuk seorang ahli Parlimen atau Exco tidak wajar terlepas dari fahaman ini.

    bagus jika usaha menjejaki fahaman anak murid hj hadi di rusila yg memang dikenali penganut tauhid tiga segi

    ayuh mari kita bongkarkan lagi...

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 2:57:00 PM GMT+8

    secara kebetulan saja, ciri2 ibadat yg diperjuangkan wahabi sama dgn golongan salafi.

    tapi kita jgn keliru, kaitkan salafi dgn wahabi.

    cthnya doa qunut. memang la ciri2 ajaran ibadat wahabi tak dak doa qunut. tapi qunut nazilah.

    tapi 3 lagi ulamak mahzab yg utama kecuali syafie masing2 tak dak doa qunut.

    tapi bila masuk bab tauhid, masuk bab tawwasul, baru la kita npk percanggahan.

    kalau ustaz uthman janggut perang terangkan , org ramai tak ambil port pun.

    tapi bila al-azhar keluar fatwa baru semua terbeliak mata.

    aku dah berkawan dahhh dgn puak2 wahabi ni, mula2 memang ok laaa. lama2 baru npk methodologi mereka.

    bila dah taksub dgn fatwa puak2 mereka. mula la kapirkan puak2 lain.

    dulu masa ngaji di uk dulu, semua wahabi ni kapirkan. pas ka , umno ka, veteran afgan ka, tabligh ka, paki ka, bangla, semua kena pukul sama rata sama rasa.

    bila sudah taksub baru la mereka turunkan doctrin jihad. kalau bapak sendri pun tak sokong, maka bapak pun dikapirkan.

    lepas tu, lama2 jadi la pembawa bom. tapi kalau bom israel tak pa lg. ni bom dlm negara islam. npk sgnt CIA dan jew di blakang mereka.

    messi

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 3:12:00 PM GMT+8

    kita tak lupa kes JI dan peranan nik adli....penghujung 90an.

    kes di ambon ....dan peranan wahabi di JB, di kaitkan dgn madrasah apanama tu di JB dan juga rasul dahri.

    tangkapan ISA, ramai lecture UTM terlibat, dll.

    tu semua berkait rapat.

    lecture UTM yg rata2 bukan background agama boleh terlibat dgn JI.

    panjang ceta tu....

    messi

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 3:25:00 PM GMT+8

    boleh ke parti islam ni memerintah?? baru kes JI dan wahabi, PAS dah mengelabah.

    tu belum cerita syiah dalam pas lagi. dah nabi pun cakap, umat ku akan berpecah 72 kump. tu pun puak2 pas tak faham2 lagi. kunun nak bersatu dlm parti islam. berangan kuat laa.

    di pakistan dll negara islam , parti2 islam berpecah belah dan serang menyerang antara satu sama lain. tetiba tuan guru bantut di klantan kata perjuangan pas sama dgn perjuangan islam.

    tu baru fahaman2 islam dlm pas belom lagi tuntutan puak2 cina , persatuan tuhan2 cina, persatuan kaum2 cina, india, makkal sakti, aktivis kristian dlm pas nanti.

    bukan islam tu yg salah tapi pas yg salah sebenarnya.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    kingnek says:
    June 30, 2010 at 3:51:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    kingnek says:
    June 30, 2010 at 4:01:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • The Unspinners says:
    June 30, 2010 at 4:27:00 PM GMT+8

    Ini isu bukan pasal Wahhabi tapi pasal penggelabahan PAS.

    Kingnek punya dah komen yang sama di posting pasal Al Azhar kata Wahabi sesat.

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 4:59:00 PM GMT+8

    Salam kasih buat Pas,

    Mana-mana parti berjenamakan Islam tak perlu gelabah dan gabra dalam apa jua situasi. Ini kerana reaksi sedemikian akan ditafsirkan sebagai menegakkan benang yang basah.

    Kegelabahan dan kegabraan Pas dalam menangkis sesuatu isu, meskipun bersandarkan kebenaran, akan hanya membangkitkan lebih banyak ketidakpastian dan kesangsian. Bawa bertenang, beb.

    Seperkara lagi Pas tidak boleh terlalu bergantung pada kaedah sekular (penggunaan media, aplikasi psywar) bagi memulihkan mana-mana bahagian imej yang tercalar.

    Sebagai mukmin, kita tahu ada alternatif lain yang boleh digunakan oleh Pas bagi menjernihkan keadaan. Terpulanglah pada ente sama ada mahu menggunakannya atau tidak.

    ALPASIKU

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 5:30:00 PM GMT+8

    wahabi2 pun duit haji 65K sapu gakkk....

    duit balak pun sapu gakkk.... ekekeke

    ingatkan kalu dah join binladin tak mau duittt...almaklum laa binladin kaya raya....

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 6:13:00 PM GMT+8

    apa2 pun bro...puak2 mengaji agama ni asalnya cuma bdak2 tekejal kat kg. mak bapak pi hantaq mengaji pondok supaya jadik org.

    lulus half-pass-six balik bawak degree gakkk. ustaz yg sekolah maahad yg result baguih2 semua dah jadi kadi. keja jakim, jais ,bank muamalat, majlis agama dll.

    tinggal la puak2 half-pass-six yg tak boleh pi mana2. takkan nak jual kismis dan CD di pasar malam.

    last2 jual la agama di masjid2. boleh maki hamun plak, ....fuhh rating lg naik.

    kalau dulu ngajar agama dpt salam kesat 20-30hinggit saja.

    tapi la ni dah boleh letak harga. jubah dan ketayap putih tak lekang sbb nak npk hebat.

    nak npk setaraf dgn kadi dan mufti.

    masuk plak politik, pandai maki hamun, tafsir ayat al-quran ikut sesuka mak bapak dia. audiance lagi bertambah ramai.

    tapi bila dah reramai dlm pas, duduk berlongok, persaingan hebat, semua pakai jubah dan ketayap.

    masa tu mula la nak npk lain sket dari ostad2 yg lain, bila syahadah jari pusing2. kalau dulu walaupun tahu ada hadis jari pusing2 tapi tak praktik punnnnn....

    tapi bila ada tough competition dlm pas maka perkara yg kecik bleh jadi besar.

    macam tu la kisah penjual agama dlm pas. so la ni kalau nak npk hebat dlm kelompok pas, kena npk radikal dari yg lain2.

    yusof

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 7:35:00 PM GMT+8

    korang cakap la apa pun...pas tetap pas...tak mungkin pas akan sokong umno...tak mungkin penyokong liverpool sokong man u. pas tetap pandang jijik pada orang umno yang poyo je lebih. peranagi orang umno tetap macam haram jadah sbb selalu perasan bagus.

  • Anonymous says:
    June 30, 2010 at 10:22:00 PM GMT+8

    paihh lg terukk....

    prasan puak2 paihhh saja yg masuk syorgaa...

    ingat syorggaaa tu bapak nik aziz punya kaa...

    wakakaka

  • Anonymous says:
    July 1, 2010 at 9:58:00 AM GMT+8

    Assalamualaikum Unspinner,

    Mcm nilah tuan2.

    Ini sebabnya kita kena kenal sejarah Gerakan Islam dan gerakan mahasiswa khususnya. Kalau tidak, kita akan mengatakan perkara yang tidak benar.

    Saya petik tulisan saya sendiri:

    Radikalnya Hadi disebabkan oleh Syed Qutb

    Syed Qutb pernah menyatakan:

    Termasuk dalam ruang lingkup masyarakat jahiliyah adalah masyarakat yang mengaku dirinya muslim. Masyarakat tersebut masuk kedalam lingkungan ini bukan karena meyakini uluhiyah kepada selain Allah dan tidak pula menghadapkan syiar-syiar ibadah kepada selain Allah, tetapi mereka masuk ke dalam masyarakat jahiliyah ini karena tidak beragama dengan Peribadatan pada Allah dalam undang-undang kehidupan mereka." (dalam Fi zilal)

    Konsep radikal ini tentu sahaja mudah mempengaruhi mereka yang mempunyai sedikit sebanyak kesedaran politik dan juga mereka yang mempunyai cita-cita dan kepentingan politik. Abdul Hadi Awang tidak terkecuali dalam menerima pandangan ini apabila beliau melanjutkan pendidikan beliau di Mesir sekitar tahun 1974. Reputasinya sebagai seorang yang pernah mengikuti tarbiyyah Ikhwan adalah merupakan kisah legenda bagi mereka yang mengamati sejarah gerakan Islam di Malaysia.

    Latar belakang beliau yang berpendidikan Sarjana dalam bidang Siasah Syariah dari Al Azhar telah mejadikan beliau menyelami idea radikal Syed Qutb. Manifestasi daripada dalamnya pemahaman beliau terhadap aliran ini terserlah dalam Amanat Haji Hadi yang mana senada dengan tulisan Syed Qutb:

    "Saudara-saudara sekelian, percayalah! Kita menentang Umno bukan kerana nama dia Umno, kita menentang Barisan Nasional bukan nama Barisan Nasional, kita menentang dia kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliah. "

    Hala tuju ini amat berbeza dengan Arwah Dato' Fadzil Noor yang terkenal sebagai seorang yang tidak radikal dan terbuka. Beliau tidak sempat mengikuti tarbiyyah Ikhwan berpaksikan Syed Qutb yang mana Allahyarham berada di bumi Mesir dalam tahun 60-an. Pemikiran Syed Qutb ketika itu mempunyai kontemporarinya sendiri di dalam Ikhwan iaitu pemikiran Hassan Hudhaibi iaitu Mursyidul Am Ikhwan yang bersifat lebih lembut.

    Oleh kerana itu, corak pemikiran Allahyarham lebih terbuka dan pragmatis berbanding dengan Haji Hadi yang keras dan tegar hasil daripada manhaj yang berbeza.

    Haji Hadi Bukanlah Wahabi tetapi sebaliknya terpengaruh dengan idea Syed Qutb. Rujuk tulisan saya di atas.

    wallahu a'lam.

    Sahabat Kanan/Maharaja Zhou

  • Anonymous says:
    July 2, 2010 at 11:48:00 AM GMT+8

    yalah. yg memimpin takkan buat kerja2 yg zahirnya nampak ganas & melampau tetapi fatwa2 yg pelik2 keluar dari mulut pemimpin yg boleh buat penyokong2 jadi gilababi tak tentu arah. yg tak ada pelajaran & pendek akal mudah saja buat kerja yg tok guru arahkan tambah2 lagi bila dialaskan dgn kononnya suruhan agama! tanggung, tanggung!

fda

Link2Me WeLinkBk (275)