
Kedah kehilangan RM1.5 Billion lagi pelaburan apabila STX Corp membuat keputusan melabur di Senai Hi-Tech Park, di Senai Johor.
Industri berbentuk Fabrikasi Wafer dan Solar sepatutnya melabur di Kulim, yang dulunya di terajui bekas CEOnya, Dato' Ahmad Shukri kerana Kulim memang direkabentuk sebagai hab kepada pelaburan mikroelektronik, fabrikasi wafer dan solar.
Namun akibat dari pentadbiran yang tidak cekap dan tiada pengalaman dan kronisma, rakyat Kedah kehilangan lagi pelaburan yang besar. Tidak perlulah lagi Kedahtimes nyatakan berapa besar kerugian dari segi peluang pekerjaan, perniagaan, cukai dan lain-lain kepada negeri dan rakyat Kedah.
Dato' Shukri adalah bekas CEO yang telah disisihkan secara tidak beretika dua tahun lalu bagi memberi laluan kepada anak saudara Ustaz Azizan memimpin Taman Teknologi Tinggi Kulim.
Sebelum ini, Kulim telah kehilangan pelaburan juga dalam skala billion RM dalam industri yang sama kepada Senai Hi-Tech Park yang diterajui oleh Ahmad Shukri.
Perbandingan dimana Taman Teknologi Tinggi Kulim yang telah dilengkapkan dengan infrastruktur moden dan berkualiti tinggi, sementara Senai Hi-Tech Park yang masih mentah dan masih belum beroperasi sepenuhnya menimbulkan pertanyaan bagaimana Senai boleh menang dalam perebutan menarik pelabur adalah umpama ular lidi menelan naga.
Apa komen Dato' Amiruddin, Exco Industri dan Pelaburan kali ini? Apa pula alasannya kegagalan beliau?
Baca seterusnya di Kedah Times sini.


korang perasan tak. BIAWAK2 PAS DAH LAMA TAK MASUK..KAK KAH KAH KAH
Janganla serang YB Amiruddin tu. Dia kan geng kita. PAS bukannya tahu liability yang diaorang tanggung. Amirudin ni banyak membantu kita 'menjatuhkan' PAS dari dalam. Orang PAS kan bodoh. Dalam pentadbiran GLC pun, Amirudin lantik orang-orang kita yang 'bermasalah'sebagai ketua. Tunggang-langgang lagi la jawabnya. Tapi, siapa yang untung?
MB kan percaya bulat-bulat pada Amirudin, so..? Biarkan...
Sejak KERAjaan PAS Kedah memerintah segalanya jadi tunggang langgang. Memang terbukti pemimpin pas yang ada ni cuma pandai menyalak dan cari salah orang lain.
Sampah ..... aku memang dah sampai tahap menyampah. Tengoklah tong-tong sampah tepi jalan ... sampai berulat baru nak kutip. Jangan salahkan E-Idaman yang tak reti buat kerja tu. Salahkan exco yang bangang sangat pi pilih sykt tu. Percaya sangat cakap datuk bandar yang gila tu. Mai la tengok Kulim, Sg Petani, Bandar Baharu, Sik, Pendang, Yan, Jitra .... mcm zaman kuno.
Ayaq ..... asai hujan saja, ayaq tak dak ...asai hujan saja, ayaq kotoq atau pressure meleleh mcm ayaq kencing. Woi ... hangpa buat kerja kote apa?
Apa program yang hangpa buat? Apa projek yang hangpa buat selain daripada pi tebang habih pokok balak.
Mana pi habih pelancong kat Langkawi ... cuti sekolah jgn cakap la. Tapi time lain ... langkawi mcm kena sumpah 7 keturunan balik dah.
YB-YB, haram tak pernah melawat kawasan .... MP-MP Kedah, senyap sunyi di Dewan Rakyat... tak tau la aku ..sama ada depa di lepak kat kafe Parlimen atau pi lena kat surau ..itu aku tak tau.
Apa pun .. KEDAH MAJU 2010 .. dah jadi KEDAH MAMPOIH 2010.