Monday, June 28, 2010

Azmin tidak akan jadi MB?


Kami The Unspinners sebenarnya lebih suka Khalid kekal sebagai MB. Dah banyak gambar dan cerita pasal MB yang gagap. Kalau orang lain ganti, tak gunalah gambar2 MB yang gagap ...hehehe.

Adakah Azmin sebenarnya mahu ambil alih tempat Khalid dengan hanya dua tahun tinggal? Mungkin tidak. Kami rasa ada isu lain yang sedang mendidih tunggu membuak. Kenapa kami kata demikian?

Kami tak rasa Azmin akan naik jadi MB. Pada pandangan kami, Azmin tidak akan dapat melepasi proses yang perlu dilalui untuk jadi MB. Bukan pasal dia bukan Melayu. Kalau dia ada darah Siam, pun ada can. Dia tak akan ...

Adalah sebabnya. Kami malas nak tulis pasal nanti ada kawan kami akan call dan cakap ... "Bro, blog kamu ... baca. Dia orang tak boleh dikaitkan dengan politik. Tolong turunkan posting." Yang paham, tolong diam2. Tak paham, mintak maaf tak boleh cerita.

Kalau Azmin tak boleh, siapa tokoh yang boleh?


Kami The Unspinners nampak kemungkinan adalah Dato Dr Hasan "Mulut Murai" Ali. Kalau Ronnie Liu sunat dan masuk Islam pun belum tahu.

Hasan Ali lebih diyakini boleh lepasi proses pemilihan.

Masaalahnya DAP masih nak sangat si gagap. Dah lekatkan amoi ikut gagap ke sana ke mari. Tak akan DAP nak Pak Lebai PAS?

Hehehe ... ini satu cabaran kepada perkongsian kuasa Pakatan. Kalau kena ikut cakap DAP saja, lama2 fed-up juga PAS dan PKR. Bukanlah Pakatan namanya. Gaduh gaduh ... biar dia orang.

UMNO Selangor ... jangan kerja nak tengok saja. Buatlah kerja. Asyik membisu aje!

5 comments:

  • Anonymous says:
    June 28, 2010 at 6:25:00 PM GMT+8

    I dont care a damn who is the MB of Selangor, I just want them esp PKR to go to the deepest HELL!!!!!!!!

  • Anonymous says:
    June 28, 2010 at 7:07:00 PM GMT+8

    Aku sokong jgklah Hassan Ali. Kalau Pakatan betul2 nak daulahkan islam, ni lah org nye, aku sangup pangkah pas lagi.. kalu ada hasrat nak gnti umno. org berani cam ni lah sekurang2nye! adalah DAP takut sket. KHALID GEREJA.. dengar namapun aku xhingin!

  • Anonymous says:
    June 28, 2010 at 8:09:00 PM GMT+8

    napa burung murai tu macam magpie jer? hahaha

  • agbr47 says:
    June 28, 2010 at 9:18:00 PM GMT+8

    Dr Hassan "MM" Ali tu taklah berani sangat. Hari ni punggah arak. Besok pulang balik. Dia dengan menteri amaran lebih kurang aje. Lulus tu, dia memang lulus.

    PKR, DAP perlu saling hormat menghormat. Penasihat PKR masih dalam lindungan Pengerusi DAP. Tak hurmat boleh jadi lain certia pulak.

    agbr47: Khalid tetap jadi MB selagi dia ada mohor DAP.

  • Anonymous says:
    June 28, 2010 at 11:36:00 PM GMT+8

    Hoi PR...

    DAP/PKR/PAS time to stop all your internal nonsense and WORK for once..

    Orang baru kawin pun, 6bulan dah serasi.. ni 2taun lebih duk tak tau arah tuju masing2 ker?

    Bota

fda

Link2Me WeLinkBk (275)