Lama kami berfikir, lama2 kami percaya masaalahnya bukan kerana sebelah sana, persaingan kita tapi kita sendiri. Kita kena ubah diri kita dahulu. Selagi kita tidak berubah, usaha kita buang masa. Maka kami ajak saudara/i blogger seperjuangan berlaku ikhlas dan terbuka serta pedulikan kepentingan diri untuk menegur UMNO minggu ini. Kalau ramai kita bersuara, akhbar pun akan sedar dan pemimpin pun tidak dapat berdiam saja.
Minggu depan kita balik seperti biasa. PAS bermuktamar. Selagi kita tidak bersuara, mereka ingat kita ini kerbau cucuk yang hanya akur apa yang mereka suruh walaupun ada tak betul. Sebagai pemula, berikut satu siri aritikel dari blog UMNO Reform 2 sini, sini dan sini.
Dalam keghairahan UMNO untuk mendapatkan dan mengembalikan sokongan orang Melayu serta menjayakan konsep 1 Malaysia, UMNO berdepan dengan apa yang kita katakan sebagai bom jangka. Bom ini berdetik setiap saat sehingga ke PRU 13 nanti. Bom Jangka ini terbentuk bila ahli parti sendiri di lihat seperti anak tiri dan yang lebih dahsyat sekali – bantahan mereka dalam UMNO terhadap pucuk kepimpinan akan terus bergelora menunggu masa bangkit dan marah, selagi kepimpinan tidak menyelesaikan masalah dalaman parti.
Ahli UMNO menunggu perubahan tetapi semakin lama semakin ramai ahli UMNO yang menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap beberapa isu dalaman UMNO sendiri.
Ramai Ahli UMNO mahukan perubahan, kini berdepan dengan hakikat sebenarnya. UMNO dengan budaya kepimpinan yang tidak menyeluruh, gagal mendengar dan melihat suara akar umbi – yang mahukan perubahan.
Lebih malang lagi kepimpinan UMNO, yang hari ini menganggotai kerajaan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan tempat mereka di peringkat negeri tidak terhapus lantas membunuh erti demokrasi dan politik matang yang sepatutnya disegarkan.
UMNO dikatakan mengambil jalan mudah sehingga laman-laman pro UMNO mengeluarkan doktrin perjuangan mereka dalam membentuk era perjuangan yang lebih kuat dan jitu.
UMNO perlu siasat tindakan segelintir mereka yang sanggup membunuh potensi kepimpinan muda semata-mata mahu menjaga tempat. Ini amat malang – adakah bom jangka UMNO sedang berdetik dan menunggu letupan kuat yang hampir pasti menghilangkan makna UMNO di tanah Melayu ini.
Siri 2

Adakah ini akan di beri perhatian oleh kepimpinan UMNO
Siri Ulasan
... perubahan ini perlu dan perubahan ini melibatkan ahli UMNO – menggesa kepimpinan UMNO untuk ubah cara dan perangai dalam mengendalikan UMNO.
Banyak cadangan usul tentang perubahan namun usul tinggal usul dan perubahan masih tidak nampak terlaksana. UMNO masih begitu, pendekatan kerakyatan masih tidak dilaksanakan hatta, ahli sendiri seperti rakyat marhaen yang tidak mempunyai ruangan untuk menegaskan perubahan.
Apabila konsep 1 Malaysia dilancarkan, ahli UMNO sendiri terkebil-kebil mencari makna sehingga 1 Malaysia menjadi senjata tuntutan kaum lain. Penerangan berbentuk melepaskan batuk di tangga di gunakan – mengharap apa sahaja konsep yang di sumbatkan ke mulut ahli akan di terima oleh ahli.
Ahli UMNO hari ini ada yang sudah mula tahu membuat perhitungan sesuai dan tidak sesuai. Kalau sebelum ini hanya menerima apa sahaja yang disuapkan – hari ini ahli UMNO sudah tahu menilai dan sudah tahu juga menggigit sekiranya apa yang mahu diterapkan tidak sesuai dengan kehendak mereka.
Masih awal lagi – tetapi bom jangka dalam UMNO terus berdetik dan UMNO tidak mampu lagi bergerak dalam keadaan seperti tahun 2004 – sehingga UMNO nyaris tumbang.
Kepimpinan UMNO sendiri seharusnya sudah mula melihat luar dari kepompong yang ada – sudah patut menilai dan sudah sepatutnya berani menyentuh mereka yang mempunyai potensi untuk menggerakkan perubahan dalam UMNO.
Pemuda sendiri sudah sepatutnya tahu bila mahu bangun dari tidur dan bertindak agresif dengan anak-anak muda generasi ini.
Kita tidak mahu lagi pendekatan tidak bermaya untuk bertembung dengan anak-anak muda hari ini. Program kita harus agresif dan bukan setakat program makan-makan dan pemeriksaan percuma kesihatan sungguh pun ia bukan untuk dipadamkan secara keseluruhan.
Pemuda UMNO harus berani bangkit secara kelompok kecil – bertindak menjadi jurucakap – penyambung lidah bicara untuk UMNO. Program kecil harus melibatkan semua – ahli biasa yang selama ini tercicir dan Cuma di sentuh bila pemilihan.
Kenapa dikatakan bom jangka berdetik dalam UMNO? Setakat ini masih banyak lagi kegiatan tidak bermoral - mencantas mereka yang berwibawa kerana takut tempat kita disambar orang.
Kita sepatutnya mengubah mereka yang mempunyai nilai pemikiran terlampau ortodoks untuk bersaing dengan anak muda hari ini yang nilai pemikiran mereka sudah memuncak tinggi dengan keberanian yang akan ekstremis.
Namun apa yang kelihatan adalah prestasi UMNO dalam zaman-zaman UMNO sedang bergelut dengan krisis penerimaan rakyat terhadap mereka masih mendatar.
Kita lihat kepimpinan masih terikat dengan orang sekeliling yang mengangguk – membenarkan kata kepimpinan semata-mata takut hilang tempat di mata kepimpinan mereka lantas mengiakan apa yang tidak sepatutnya di iakan.
Kita lihat, kefahaman keperluan oleh kepimpinan ada tetapi pelaksanaannya hampas kerana memberi kepada dua tiga kerat orang di sebelah mereka yang hanya tahu bercerita dan terus bercerita.
Kepimpinan Pemuda UMNO masih lembik, masih takut-takut dan masih menjaga kedudukan diri. Kita tidak nampak Pemuda yang ada hari ini berbeza dengan apa yang ada sewaktu zaman Hishammuddin Tun Hussein. Pemuda terus terbelenggu dengan sikap pesimis dalam melakukan program-program dan Pemuda hari ini tidak berani berdepan dengan cabaran minda yang dilakukan oleh anak-anak muda hari ini.
Detik bom jangka dalam UMNO semakin hampir bila mana ada kepimpinan muda yang progresif semakin di ketepikan kerana politik mereka yang mementingkan kedudukan dan tempat. Mereka yang di cabar oleh kepimpinan muda atau arus kepimpinan baru akan melenting dan mencari jalan politik untuk mencantas dan membunuh musuh politik mereka dalam politik.
Semakin tersisih UMNO dengan kepimpinan baru – muda yang progresif dan inovatif. Akhirnya Pemuda UMNO dan UMNO akan terikat kepada program – program lembek dan tidak bermaya. Maka kita akan lihat program-program yang tidak mencabar – sukan aneka – aktiviti riadah – program kesihatan – program kecil-kecil konvoi dan sebagainya.
Memang ada keperluan tetapi dapatkah kita menyentuh anak-anak muda lain yang progresif – anak muda dari kaum lain, anak-anak muda lepasan Universiti? Adakah kita sendiri mencabar minda anak-anak muda yang kita sendiri, membenarkan mereka bergelut dengan cabaran hari ini – mencabar minda dengan program-program agresif?
Apakah Pemuda UMNO takut berdepan dengan cabaran anak-anak muda lain- anak muda dari parti lawan – atau Pemuda UMNO mengambil sikap – yang lain kepimpinan atasan tentukan – kerja kita adalah buat program suka-suka dan terus suka-suka?
Selagi kita ketepikan minda baru – idea baru dan mereka yang hadir mahu menyuntik arah baru dalam UMNO maka selagi itu bom jangka dalam UMNO akan terus berdetik. Jangan biarkan bom itu meletup pada PRU 13 nanti.


This comment has been removed by a blog administrator.
bro...
lu menyalak la sorang2...
lu sapa?
berapa tebal gambar rimau lu lapik...?
pencacai umno berjuang ikhlas demi bangsa, agama sanggup mengatakan yg benar wlaupun pahit utk puak sdir....
berbeza dengan puak pencacai PkR dan Pas...apa yang dikata Tok guru ditelan bulat2...tok guru cakap jilat bontot...pencacai pun jilat bontot...otak dan akal langsung xguna...hidup umpama hamba abdi atau robot
Umno tak banyak berubah. Walaupun kalah di Selangor,ahli2 dah mula sibuk mengatur nak rebut jawatan. Tak serik2. Buat dua tiga ceramah dah kira cukup.Puas hati dgn bantuan bercorak kebajikan sedangkan mesej ketuanan melayu dan ancaman dari pihak lawan dipandang rendah. Undi cina dapat sikit,undi india sudah berubah dah buat keputusan boleh menang kerusi yg kalah dulu.
Pemimpin2 bahagian tak habis2 dgn sombong bodoh. Tak percaya gi tengok jumlah kehadiran pada persidangan cawangan...sejemput je yg hadir. Korum pun siksa nk dapat.
bro t.unspinners,
Kutukan demi kutukan nampaknya tak mampu merobah kedegilan pimpinan Umno. Pandangan dan idea membina juga dipandang sepi oleh mereka. Apakah kepimpinan Umno memang dah taknak memerintah negara ini?
Jika kita lihat dari segi perpaduan, rasanya setiap bahagian Umno dlm negara ini semuanya berpecah. Ada puak yg menang terus meminggirkan yg kalah, dan yg kalah terus-terusan tak puas hati lalu tak habis-habis menentang yg menang. Jadi mcmana nak Umno nak jadi kuat?
Kepimpinan tertinggi Umno bermula dari Presiden, Timbalan, Naib, MT, sayap2 & perhubungan Negeri tak fikir ke nak satukan semua ahli2 agar boleh bekerjasama sekaligus jadikan Umno kembali kuat? Takde ke cara atau mekanisma utk mengukuhkan struktur parti seterusnya mengatur strategi berkesan ke arah menguatkan parti?
Bagi Presiden mungkin tiada yg memusuhinya buat masa ni sebab jawatannya tak dipertandingkan dulu. Tetapi cuba lihat kpd Timbalan, adakah TS Muhamad Taib yg tewas kpd TS Muhyidin dipedulikan? Apakah calon bertanding Naib & MT yg kalah dulu dipedulikan? Begitu juga diperingkat Wanita, Pemuda & Puteri. Kenapakah golongan yg kalah ini dipinggirkan? Tidakkah mereka juga ada pengikut yg tentunya ahli Umno.
Bila sekumpulan yg kalah terus merajuk rasa tanpa dipedulikan oleh yg menang, maka semangat dan perjuangan mereka dlm parti sudah dilihat tidak penting lagi. Bila saja suara sudah tidak dipedulikan, maka ada idea yg baik utk kebaikan bersama pun tidak diendahkan. Jadi yg rugi semua ahli Umno.
Maka di saat Umno benar2 di peringkat nazak, sewajarnya DS Najib selaku Presiden kena bertanggungjawab meniupkan nafasnya kembali. Kepercayaan dan kekuatan parti boleh dikembalikan dgn perpaduan ahli-ahli. DS Najib wajib bertindak jika beliau rasakan Umno ini masih relevan lagi buat M'sia. Jika tidak, bersedialah melakukan perubahan sebagaimana Allahyarham Tun Razak dulu membubarkan Perikatan lalu menubuhkan Barisan Nasional.
Salam.
Dalam UMNO masih ramai lagi pemimpin yang :-
1. BODOH TAK BOLEH DIAJAR, PANDAI
YANG BOLEH DI IKUT.
2. YANG DEGIL BODOH.
3. PANDAI-PANDAI MEMANDAI. TAKDA
YANG BIJAKSAN DAN CERDIK PANDAI.
4. YANG MENYOKONG MEMBABI BUTA,
MEMBANGKANG TAK TENTU HALA.
5. CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
6. YANG LELAKI TELOR TINGGAL
SEBIJI YANG PEREMPUAN TAK
BERBIJI.
Kalau PM masih berkhayal denagn lalakan 1 Malaysianya, PRU 13 akan lebih teruk dari PRU 12. Apakah PM dan PTM jenis tak boleh ditegur???
Yang perlu berubah ialah warga UMNO janerasi baru yang dalam Pemuda dan Puteri.
Yang masaalahnya Pemuda/Putri niii..dah terlalu pandai dan sibuk dok nak menyaga. Macam Pemuda Alor Staq, Ketuanya Datok Zubir Zabidi, punya sibuk menyaga dah tinggal Pemuda, tiada aktiviti Pemuda. Di Kuala Kedah pun sama, sibuk menyaga. Kedua-dua niii... Exco Pemuda UMNO Malaysia. Memanjang sibuk di KL cari peluang menyaga.
La ni, masa PRU dah dekat. Nanti depa ni sibuk nak jadi calun pulak.
Bila mai tiamebomb depa ni mampoih tak tolong parti.
UMNO kroni, ego, sombong, delusi, tak sedar diri..
PAS/PKR mmg bodoh & kuat berceramah hamba bangsa asing..yang semakin cuba menjadi Arpathied drp kebodohan peribumi..
20% Umno 20% Pas/PKR masing2 berbodohan sesama sendiri..20% Melayu profesional Tak berpati & boikot SPR krn tahu menilai & jijik melihat Keri & Niknajis...
Arpathied modern makin bersatu & berkuasa dibawah Dapig..
Kerana peluang LKS jadi PM semakin jelas..dikala Hishamudin/Keri sotong berkuasa & leka berkeroni..berkuasa tapi bodoh.
Anon 8:36
Lu jangan sibuk.
Ini urusan UMNO sama UMNO untuk kemajuan UMNO.
Kau orang bukan berani tegur parti kau sendiri.
Bro,
Mat Songkok dan Minah Burqa` di menara gading adalah golongan yang tidak peduli kalau-kalau kudrat mereka di gunakan secara FOC atau diimbuh kurang setimpal! Cukup dengan sedikit elaun itu dan ini. Apatah lagi jika di couple-couplekan mereka. Macam lipas kudunglah mereka memerah kudrat angkat itu dan ini untuk tuan yang menyewa mereka..
Parti yang sengkek dan tidak mampu memberi upah untuk mendapatkan sumber tenaga kerja, telah begitu lama menggunakan pendekatan kreatif dan inovatif dalam mendekatkan diri dengan sumber tenaga muda murahan ini kerana standard operating procedure (SOP)nya amatlah mudah.
Kelicikan parti kiasu dalam mencuri peluang atas sifat kerendahan hati dan nilai tenaga di kalangan mereka-mereka ini bukanlah perkara baru. Ia berlangsung semenjak kilang IPT ujud atas Planet Nusantara lagi. Dalam masa sama kesedaran di kalangan diri yang merupakan sumber tenaga murahan IPT tentang hak mereka amatlah rendah. Mereka yang kurang sedar tentang nilai sebenar tenaga yang dimiliki amatlah membingungkan untuk difikirkan.
Kalau tenaga boleh berubah bentuk kenapa tidak makhluk Tuhan?
Berubahlah daripada penggunaan tenaga mahal kepada tenaga murahan. Lagipun tenaga berharga murah di kilang IPT bukannya tersedia untuk dimanfaatkan dan menyenangkan satu puak saja tetapi patut di pergunakan semaksimum mungkin oleh semua pihak termasuk rakyat jelata. Masih belum faham? Kalau belum faham, hantar saja lambang keramat itu ke 6 kaki di bawah tanah agar selepas itu mudah faham, kot.
JejakKaryaMaya
umno diperingkat atas dah banyak berubah. najib sendiri dah buang tongkat dia. buang semua kuota. najib mahu dia dipilih kerana kebolehan dan merit. itu kita kena bagi pujian.
chedet pun tak seberani begitu. biasanya semua ketua mahu kuasa dan tongkat , tapi najib buang tongkat dengan pengubalan perlembangaan umno baru2 ini.
ok. yg jadi masalahnya ialah diperingkat bahagian. katakan dalam satu2 bahagian ada 40 cawangan.
satu cawangan ada kira2 i50 ahli atau lebih. yg ada semua tua2, sistem pendaftaran masih ikut cara lama. isi borang dan tunggu cawangan luluskan. kalau cawangan tak luluskan mcmana?? yg ada phd ke master ke kena perap saja.
yg tua2 masih nak pegang jawatan, tunggu mati baru ada peralihan kuasa di peringkat cawangan.
dari 40 caw. 35 dah cop didahi org ketua bahagian. 15 org timbalan. mcmana?? nak buka cawangan baru kena tunggu kelulusan bahagian, kalau caw. baru senget ke timb. maka kena perap la kelulusan tu.
itu cerita organisasi/struktur.
mcmana pula dengan semangat. ingat org2 tua2 ada lagi ke semangat?? idea baru tak dak, isu tak update, stakat tau baca doa berjela, lepas tu nak suruh org respect. lost touch dgn org2 muda2.
jadi di peringkat cawangan dan bahagian memang cukup bermasalah.
tapi yg paling weak, pemuda dan puteri. pemuda langsung tak agresive, kalau dulu aku rasa kutukan2 pada KJ mungkin bermusim tapi skrg tidak lagi. KJ memang tak boleh pakai.
timbalan dia bdak lembik tu pun 2x5, tak boleh pakai. kita mau ketua baru, cerdik, pandai, boleh berdebat, kerja siang malam untuk parti.
itu calun pemuda yg kita mau. sama juga mcm puteri. kita mau agresive tapi pandai.
yg ada ni memang tak tau bekerja utk parti. berlagak dgn merc menjalar. kalau nak dibandingkan dgn pemuda pkr dan pas, dua2 tu lagi la teruk. tapi pemuda hari ni cukup lesu.
ketua2 bahagian pula langsung tak bermaya. kalau dulu ketua bhgn umno bukan calang2 kalau berucap 2-3 jam berapi2. tapi skrg semua mcm habis bateri. dah tua2, dah expired tapi masih tak mau lepas jawatan.
fitnah dan duit cukup merosakkan umno. ego masing2 cukup tinggi. najib kena buat yg lebih drastik. biar di gelar autokratik tapi umno mesti diselamatkan.
joe
betul tu jejakkaryamaya
dulu masa aku di Univ. pun tak da sekor pun geng2 umno yg datang approach. yg ada puak2 pas la, dgn usrah, tazkirah, dll.
20 thn dulu dah lesu skrg lagi laa...
joe.
Salam...
Article blog Unspinners akan dipost ke group GEMPAR (Gerakan Melayu Parti Bebas) >> http://www.facebook.com/group.php?gid=126233350737315
GEMPAR hanya menyokong pemimpin yang tidak rasuah, menolak maksiat, arak dan judi. Kami hanya memilih wakil-wakil rakyat yang menolong Bangsa Melayu, menegakkan Islam dan mempertahankan Tanah Air. Di mana UMNO dan PAS gagal, GEMPAR akan melaksanakannya! Kami sama sekali menolak politik fitnah, politik cah keting, politik bermuka-muka, politik menjahanamkan bangsa. Let's prepare for PRU13 with Independent Malay Candidates for all seats.
NO FAVOR NOR FEAR!!!
Joe,
Dulu betul KP anda agresif. Tetapi reaksi susulan dari keagresifan itu ialah satu dunia maya mengkritik, riuh-rendah dan kecam KP anda. Apa sebelah anda buat?
Malangnya tak nampak juga keaggresifan yang sama digunakan untuk menepis, menangkis dan melontarkan balik kecaman dan sindiran semua itu. Makanya keagresifan itu dapat di spin di laman maya menjadi satu yang dilihat keanak-anakan, dan bla, bla.. Anda tidak bersetuju?
Susulannya, pemblog lawan dilihat begitu berjaya melondehkan KP anda. Memanglah sekarang ini nampak tak agresif tetapi dalam masa sama keagresifan pemblog lawan terhadap KP anda (seperti satu ketika dulu) telah turut reda dan anda tidak perlu berkuntau.
Ya, anda tidak perlu menepis isu dalam konteks reaksi spontan lawan terhadap keagresifan KP anda kerana isu yang sedia ada (isu lapuk) masih belum tentu dapat ditepis inikan pula kalau ditambah dengan isu baru yang bakal timbul akibat kemahuan melihat KP anda seagresif dulu.
Orang mengantuk disuakan bantal tak apa sangat kerana dia akan tidur tetapi kalau lawan yang tinggi permainan psyWar, anda sua dengan bola tanggung, huh, habis dilibasnya, brader. Apapun jangan cepat melatah OK. Cool and cheers beb.
ALPASIKU
Pencacai PAS tetap menfitnah UMNO walaupun pemimpin PAS sendiri menghilangkan duit Kohilal yang nilainya beratus juta.
Kita,pemuda pemudi mahukan Ketua Pemuda yg begini:
1.Panjat pagar kedutaan Amerika dan ajak ramai2 baling batu/telur busuk kat kedutaan Amerika.
2.Bersuara lantang apabila hak orang Islam/Islam dicabar/hak org Melayu dicabar.
3.Mampu mengerahkan beribu pemuda pemudi buat perhimpunan.
4.Join misi kemanusiaan ke Gaza.
Sila nyahkan Ketua Pemuda yg ada!
"1.Panjat pagar kedutaan Amerika dan ajak ramai2 baling batu/telur busuk kat kedutaan Amerika"
Tak perlu tunggu direktif ketua anda untuk buat benda yang salah di sisi undang-undang antarabangsa (baling batu di kedutaan). Buatlah atas kapasiti sendiri.
YANG PALING PALING PALING PALING GUA TAK PAHAM....PEMUDA UMNO
PADA MASA MELAYU KENA ASAK...OLEH PENDATANG2 APA YANG PEMUDA UMNO BUAT...HARI2 DALAM PAPER ASYIK NAJIB DAN MUHYIDDIN YANG BERSUARA...PATUTNYA DIA IS THE LAST PERSON UTK BAGI JURUS2 MAUT PADA MUSUH...
PATUTNYA PEMUDA LAH YANG JADI BENTENG DI SEKELILING PM & TPM ...BERJUANG HINGGA DARAH TERAKHIR, BARU MELAYU ADA KELAS
PATUTNYA PEMUDA BUKAN SETAKAT MENJADI BENTENG PADU BAHKAN BERSIKAP OFFENSIVE....KALAU PM KATA SASARAN DEB KEKAYAAN BUMIPUTERA 35%......PEMUDA KENA BEREMOSI "EHHH TAK BOLEH, KADAR MELAYU 65%...35% MEMANG MENGARUT"
KALAU BANGSA SEPET TU....LAGI LAH GARANG
OIII KHAIRI !!!!
...... APA YANG KO TENGAH BUAT TU??? PROGRAM GOTONG ROYONG KAT MANE TU, MAIN GOLF KAT MANE?? TOLONG JANGAN JADIKAN PEMUDA UMNO BUDAK HINGUSAN...TAK PERNAH DENGAR KIT SIANG, NUAR BRAHIM EVEN MENTION YOUR NAME (BELAJAR DI HARVARD TAK MENJANJIKAN GOOD SENSE, ELOK GANTUNG JE CERTIFICATE U KAT RMH, ORG DATANG BLH TUNJUK)
ORANG2 UMNO TOLONG KASI TENDANG LAHABAU NI....KALAU DIA TAK IMPROVE (skrg pun ok jugak)
brader izzy...
pemuda umno tgh syok goyang-goyang telor beb..!