Friday, May 21, 2010

SKANDAL KOHILAL Bah 1: PAS telan RM45 juta wang ahli PAS dalam Kohilal


Muqaddimah

Pada 5 MAC 2010, di Ibupejabat KOHILAL di No. 34-4-1, Blok F, Jalan 4 /50, Off Jalan Gombak, Diamond Square, KUALA LUMPUR, satu wawancara khas telah diadakan di antara SHAMSURI bin ROSLAN dengan MOHD KUSRIN bin RAHMAD , RAZALI bin MOHD DAUD dan MOHD SHUKOR bin ABD. AZIZ.

Wawancara tersebut diadakan untuk mendapatkan fakta sebenar berhubung isu penyelewengan KOHILAL sebanyak RM 45 juta. Antara lain wawancara tersebut mendedahkan perkara berikut:
a. Selepas menerima aduan ahli koperasi berhubung skim pelaburan berjuta Ringgit yang diperkenalkan Pas antara 1996 dan 1999; Koperasi Al-Hilal Berhad atau KOHILAL yang ditubuhkan oleh Pas, disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan yang bermula sejak 2001.

b. MOHD KUSRIN bin RAHMAD menganggotai Lembaga Pengarah baru pada JUN 02.

c. Lembaga Pengarah menyedari ramai ahli KOHILAL tidak berpuas hati dengan pengurusan skim-skim pelaburan tetapi tiada apa yang boleh dibuat oleh ahli yang tertipu. Mereka hanya melolong bahawa pihak pengurusan melakukan penyelewengan. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Koperasi serta persidangan parti Pas.

e. Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli Kohilal boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah Kohilal KURSIN bin RAHMAD berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.

f. MD. SHUKUR bin ABD AZIZ berkata skim-skim tersebut dikendalikan anak syarikat yang bernama KOHILAL Holdings SDN. BHD. (KHSB) di antara 1996 dan 1999 yang kini telah pun gulung tikar.

KHSB ini pernah mempelawa ahli-ahlinya melabur melalui KOHILAL. Ini adalah penyelewengan besar. Md Shukur menuduh Ahli Lembaga Pengarah lama melakukan kesalahan menipu apabila mereka mengarahkan dana tersebut dipindahkan ke akaun anak syarikat KHSB untuk mengendalikan skim-skim tersebut.

g. SHUKUR bin ABD. AZIZ menjelaskan bahawa jumlah pelaburan membabitkan sejumlah RM 46.5 juta. Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta, RM 8.9 juta digunakan untuk membeli saham penerbangan MALAYSIA (MAS) manakala RM 9 juta dan RM 16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di INDONESIA dan Perdana Teknologi Venture. RM43.2 Juta semuanya.

Hanya orang dunggu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta. Inilah dunggunya menjadi ahli Pas, asyik dengan unta sahaja. Di sini juga nampak betapa munafik Pas – membeli saham MAS sebanyak RM8.9 juta. Dulu Pas pernah menuduh MAS ”haram” sebab MAS hidang minuman arak dalam penerbangan.

Bakinya RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk UMMAH Asset Management yang kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti atas kesalahan mengumpul dana daripada ahli Kohilal tanpa sebarang lesen rasmi.

h. Pada mulanya Kohilal telah membyar dividen 10% - 15% kepada ahli pada setiap bulan. Selepas 1997 bayaran dividen lesap macam asap. Para ahli mula menuntut keuntungan pelaburan dan ingin mengetahui perkembangan pelaburan mereka. Mereka juga mempertikaikan proses membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut. Sehingga kini, Ahli Lembaga Pengarah baru tidak mengetahui proses pelaburan yang dijalankan samada kajian dibuat mengenai daya untung projek-projek pelaburan KHSB. Semua dokumen mengenai pelaburan dana juga tidak ditemui. Inilah antara cara Pas menipu ahli Kohilal.

i. Satu sumber KOHILAL mendedahkan bahawa tiada sebarang kajian dibuat kerana KHSB (anak syarikat) juga diuruskan oleh orang yang sama, yang menganggotai Lembaga Pengarah KOHILAL. Ahli-ahlinya marah dan menganggap pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah mengabaikan etika bisnes. Mereka menuduh Lembaga Pengarah bertindak tanpa pedulikan bahawa ahli Kohilal telah menghabiskan wang simpanan hari tua untuk melabur dalam skim palsu KOHILAL. Akhir sekali semua di tipu oleh Pas.

Keadaan diburukkan lagi apabila pihak pengurusan yang lama tidak mengakui kesilapan mereka sebagai mana laporan tahunan KOHILAL bagi tahun 2003.

j. Tapi apakah cara penyelesaian yang dicadangkan oleh Pas? Dalam wawancara tersebut KURSIN bin RAHMAD , MD. SHUKOR bin ABD. AZIZ dan RAZALI melahirkan harapan agar kesemua 89,000 ahli dapat membantu pihak pengurusan sekarang bagi memajukan lagi koperasi tersebut serta tidak lagi mengungkit kesilapan lalu serta turut membantu pihak pengurusan baru meningkatkan lagi mutu dan prestasi syarikat dalam melaksanakan rancangan – rancangan perniagaannya.

k. Lembaga Pengarah sedang mengkaji projek 5 tahun untuk mengumpul dana RM 50 juta melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang telah dirancangkan, termasuk usaha niaga dengan Maktab Kerjasama Malaysia.

l. Maksudnya setelah telan duit ahli Kohilal sebanyak RM46 juta, sekarang Pas nak ahli yang sama melaburkan sekali lagi (Round 2) dana sebanyak RM50 juta untuk menutup penyelewengan mereka.
Akan bersambung Bah 2 (hari Isnin)

Bhg 1: PAS telan RM45 juta wang ahli PAS dalam Kohilal
Bhg 2: Cara PAS menipu 20,000 ahli PAS dalam Kohilal
Bhg 3: Skim Pelaburan ala Pak Man Telo
Bhg 4: Penyata Akaun Misteri dan Anak Syarikat Tidak Berdaftar

37 comments:

  • My Longest Yard says:
    May 21, 2010 8:34:00 AM GMT+08:00

    skandal pecah amanah

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 9:00:00 AM GMT+08:00

    kahkahkah....aku tak hingin melabur bebb.

    dari bagi duit kat pak lebai bodo baik bagi kat rumah anak yatim. lagi besar pahala dan faedah.

    pelaburan burung unta dan peladangan di indon tu memang con projek. di buat semata2 nak keluarkan duit dari account kohilal.

    nik aziz kena bert/jawab 100%.

    jai

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 9:02:00 AM GMT+08:00

    elok print article ni dan letakkan di masjid/surau seluruh negara. org ramai perlukan maklumat yg macam ni utk menilai sikap pelacur pas pada agama islam yg suci.

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 9:07:00 AM GMT+08:00

    kalau kohilal concentrate jual kitab dan kupiah pun aku rasa boleh bayar dividen sampai ke hari ni dan kohilal tak akan rugi. kalaulah ahli2 pas tau yg mereka hanya ditipu dengan hakikat negara islam hanya untuk undi. duit habis, tenaga habis, harapan punah. nasib baik aku join pas tak lama. aminn.

    - dulu cikgu

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 9:14:00 AM GMT+08:00

    bayangkan kalau puak2 munafik ini diberi peluang perintah negara. dapat perintah negeri dan kawal hasil mahsyur negeri 20thn pun rugi. tak dak satu pun yg boleh dibanggakan.

    meniaga kambing pun rugi. yg tau tebang balak dan bawa pelari duit.

    mintak selisih malaikat 44 dari puak2 munafik ni perintah negara. sure dah melutut di kaki IMF pinjam beratus bilion dan jual semua khazanah negara utk cover hutang.

    ini la yg dinamakan kebodohan disembunyikan disebalik serban dan ketayap.

    kg.sagil

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 9:28:00 AM GMT+08:00

    ada banyak lagi skandal dalam parti yang gunakan agama ni, sila buat risikan dan bongkar. Skandal dalam harakah, ladang sawit di terengganu, dia orang ni bukanya pandai sangat dalam pentadbiran dan perniagaan dan politik, kesian kat penyokong, depa bagi derma untuk parti tapi depa dok layak duit tu macam duit makbapak dia je. depa ni ceramah dan buat demo pandai lee... sudahnya jadi agen dap....

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 9:58:00 AM GMT+08:00

    puak2 nik aziz ni menjejes-jejess air lior masuk kg2 mengata MAS k'jaan punya jual arak. tak tutup aurat.

    tapi senyap2 melabur berjuta di MAS, hahahahaha......kesian betul org2 kg yg kena tipu idup2.

  • ISAC says:
    May 21, 2010 10:03:00 AM GMT+08:00

    Pas pun macam MIC ke?

    Koholal = MICA Holding ?

    Samy dah nak bersara, pemimpin2 Pas macam mana?

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 10:36:00 AM GMT+08:00

    SALAH UMNO JUGAK NIH...KATA UNTA PAS
    KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHKAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHKAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHKAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAHKAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 10:37:00 AM GMT+08:00

    Nauzubillah! Apa sudah jadi dengan Unspinners yang sering menabur fitnah menjejes-jejes ke sana sini. Insaf dan bertaubatlah, jgn dedahkan keaiban org lain yg takde bukti jelas...hehehehehehe, ini jawapan biasa HAMPAS. Sekarang sebok nak bising2 pasal judi bola Piala Dunia tapi dia sendiri kaki songlap duit orang. Aku haramkan pangkah PAS keluarga aku 7 keturunan!

  • ejarll says:
    May 21, 2010 10:48:00 AM GMT+08:00

    report kt sprm segera...

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 11:32:00 AM GMT+08:00

    Salam Bro..

    Kau lantak la PAS.. ini lah janji Allah kepada hasil penipuan dan pembohongan pas.. semua ahli dah kena tipu..tapi jangan...ooi merekalah pandai...pandai menipu je... Sedar....sedar lah semua ahli pas...jangan kena tipi lagi.......

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 11:41:00 AM GMT+08:00

    org pas jubah je labuh tapi kaki soglap wang ahli penipu besor kah kah ke ke ke he he penipu pas penipu balas duit rakyat balas duit ahli ingat semua alim tapi maling pencuri ingat allah sudah membalas segala perbuatan puak puak pas pada org islam di malaysia banyak puak puak pas ini membuat kerosakan di muka bumi ini sekarang kamu semua akan terima pembalasan aku sudah lama keluar dari pas jahanam ni.

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 12:08:00 PM GMT+08:00

    tengok la contoh macam johor corp. untung beratus juta, beri makan pada puluhan ribu staff. nik aziz jangan malu nak belajar dari pengalaman johor corp. membangunkan rangkaian perniagaan.

    walaupun aku org kelantan, aku bangga kerja di johor yg rata2 rakyatnya mature dan sentiasa ingin maju serta tolak politik berfahaman melampau.

    man
    dangga bay

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 12:09:00 PM GMT+08:00

    Kat Hulu Selangor jalan jem. Sebabnya deruan kereta besor membawa tokoh politik dan pencacai. Ingatkan depa pergi pentas BN. Terkejut beruk aku kerana rupa-rupanya kereta besor, bendera beso dan perut beso sume tu singgah kat pentas PR. Fuh! dah berubah betoi puak-puak ni - poket mesti kembong -- bagus, bagus.

    AKU TERKEDU

  • paktam says:
    May 21, 2010 12:30:00 PM GMT+08:00

    Kalau apa yang dikatakan betul, memberi dividen yang tinggi pada mulanya, kemudian lesap, inilah sifat skim cepat kaya. Next scheme please. Saya mahu jadi jutawan secepat mungkin.

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 12:46:00 PM GMT+08:00

    Mukmin adalah pengguna ketiga terbesar di atas muka bumi tetapi ironinya mukmin adalah pengeluar terkebawah dalam hierarki dunia!

    Bukan mukmin buat produk bukan saja untuk kegunaan sendiri sebaliknya bolehpakai buat mukmin jua.

    Mukmin juga adalah pengeluar, ironinya mereka bersaing sesama sendiri dalam mengeluarkan produk khas untuk kegunaan sendiri.

    Atas sebab itu mukmin kurang berjaya dan sering rugi - pasaran terhad. Apapun atas pentas ceramah merekalah paling hebat membuat promosi hinggakan produk kapiaq (Dapork) mendapat sambutan! Kah, kah. memang hebat, tapi tang tu je lah.

    Kalaulah kehebatan berkenaan disalurkan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan bukankah lebih besar maknanya? Entahlah, bro.

    ALPASIKU

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 1:14:00 PM GMT+08:00

    Dulu Tabung Memali bocor.

    Dah berpuluh tahun ustaz Pas curi balak Kelantan

    Lepas tu kita gempar dgn cita Ariffahmi menantu Nik Aziz yg rasuah


    Gempak lagi cita Nik Aziz terima duit rasuah RM65k pi umrah / haji dsbnya. Nik Aziz kata halal duit tu.


    Di Selangor, Teoh Beng Hock mati pasai rasuah DAP dan Krjnn Selangor


    YB PKR sendiri Manikavasagam buat laporan Polis pasal rasuah berjuta Ringgit 'jual pasir' di Selangor oleh Semesta Sdn Bhd.


    Sekarang timbul cita rasuah dan tipu duit Kohilal RM45 juta.


    Pemimpin dia liwat lelaki. Bekas banduan, pernah masuk penjara kerana salah guna kuasa membuli pompuan Ummi Hafilda.


    YB dia berbogel di Internet, kaki terkangkang. Nik Aziz kata halal, ok takpa. Dia kena fitnah konon.


    Khalid Ibrahim pula disyakki ada hubungan intim dgn YB Bogel tu juga.

    Inilah pakatan setan dgn parti ajaran setan atau PAS

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 2:32:00 PM GMT+08:00

    perghh...20thn kohilal meniaga, satu sen pun tak untung.

    perghhh...kalau jual air tebu kat tepi jalan 20thn pun dah lama kaya.

    kalau penah untung lpas tu rugi boleh tahan jugak la.

    tapi kalau 20thn tak pernah untung memang kompom kena main dengan puak2 serban.

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 3:20:00 PM GMT+08:00

    pas kuli dap kafir laknat

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    May 21, 2010 3:36:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 4:03:00 PM GMT+08:00

    kompeni yg lain2 tu, biasa la ada untung ada rugi, pas cuma highlightkan yg rugi jee. yg untung dia tak cakap.

    tapi kohilal ni meniaga dah 20 tahun rugi. meniaga apa kenamanya tu.

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 6:32:00 PM GMT+08:00

    1.Kohilal dan sistem MLM!!judi bentuk baru yang bertopengkan islam!!
    2.Tiada ulamak,mufti yang berani mengatakan MLM adalah haram!!sebab ramai ustaz yang terlibat dengan judi bentuk baru ini!!
    3.paling sedih!ada syarikat mlm ini ada panel syariaah sendiri!!puak-puak ustaz yang menghalalkan judi bentuk baru ini!
    4.Tokey-tokey judi MLM ni selalunya beserban dan berimejkan islam!!paling kuat bertahan 5-10 tahun!kemudian lingkup!!sebab guna sistem peramid!jangan bimbang tokey akan tetap kaya melana!bangkrap!tubuh syarikat baru pulak!!kutip duit ahli pulak!buka koperasi pulak!!hantar buat umrah lagi!nak halakan cara!!halalkan punca rezeki walau berimej islam!bertopeng islam!!apa khabar tokey!tokey! sereco!sure-return!!HPA!!nik abduh!!berjuta sumber rezeki yang halal!rezeki yang harus kearah haram pulak hangpa pilih!!!

  • whiteorange says:
    May 21, 2010 6:36:00 PM GMT+08:00

    1. Semua koperasi adalah tertakluk dibawah akta koperasi
    2. Setahu aku , kalau tak salahlah, koperasi ada mendapat gran dari kerajaan, kalau KOHILAL ada mendapat bantuan ini, maka PAS adalah BANGSAT, Satu tangan membaling batu manakala satu tangan lagi menadah tempurung.
    3. Bukti bahawa PAS itu bukan parti yang berlandaskan ISLAM, tapi sticker Islam ditampal ke badan PAS
    4. DUIT DUIT ,,, TAK PILIH AGAMA ,, SETAN TETAP SETAN BILA TENGOK DUIT ,, TAK KIRA PAS, UMNO, DAP, PKR ETC....
    5. Rasuah, ini bukti PAS juga tidak bebas dari amalan rasuah,, lagi dahsyat, terang terang wang rakyat, yang dikutip dari rakyat , DISAPU BERSIH ... ini bukti PAS lebih dahsyat dalam hal sapu menyapu wang rakyat@ orang ramai....

  • whiteorange says:
    May 21, 2010 7:02:00 PM GMT+08:00

    Dulu agen SURECO pernah pujuk aku masuk sebab dia kata ini ISLAM, habis ISLAM dijajanya, satu soalan je aku tanya,, kalau dah tak ada orang ISLAM yang hendak kita jual, siapa lagi, jawapannya orang bukan ISLAM lah. Nampak cetek pemikiran orang orang macam ni ... Ini zaman kita berlumba , berniaga tak kira dengan siapa, asal sah, halal, dengan siapa pun kita boleh niaga. Ini satu contoh fikiran orang Islam yang cetek dalam perniagaan, jual ISLAM untuk berniaga, dahlah agama pun dijual untuk kepentingan politik. ISLAM jenis ini tidak akan dapat bersaing dalam dunia mencabar .. apa dah jadi dengan SURECO ?

    SURECO DAN PAS .. AKU NAMPAK MACAM ADA PERSAMAAN.. Setidak tidaknya pun cara mereka berfikir dan cara mereka bertindak ..

  • imas says:
    May 21, 2010 7:03:00 PM GMT+08:00

    Nak tumpang tanya, KUB Bhd dan berapa % bagi dividen sejak diperbadankan. Kalau nak kira jual CANGGIH utk sekim bantuan uniform dah untung. Tapi mana untungnya???

  • whiteorange says:
    May 21, 2010 7:19:00 PM GMT+08:00

    ....89000 ahli dapat membantu pihak pengurusan sekarang bagi mrmajukan lagi koperasi serta tidak lagi mengungkit kesilapan lalu ...

    1. senang betul cara puak puak PAS menyelesaikan masalah
    2. senang betul puak PAS membodoh dan dibodoh bodohkan ... 89000 orang bukan sikit tuuu... tapi tak pa sebab orang PAS memang suka dibodoh bodohkan
    3. Jabatan koperasi ditubuhkan oleh kerajaan @ UMNO, muka tak tau malu! duit kau sapu lepas tu kau sapu tahi kat orang yang tolong kau .. ini jenis orang ada maruah ke .. lebih hina dari perompak ...

    ... termasuk usaha niaga dengan Maktab Kerjasama Malaysia ...

    1. Lagi sekali 1 statement yang memalukan,, jilat air liur ..
    2. Siapa yang tubuhkan Maktab koperasi ni,, dan untuk siapa .. ini satu bukti PAS memang HIPOKRIT ..
    3. Orang orang kat koperasi tu ,, tengok tengok dan siasat la kes ini .. sebelum orang lain lain tuduh anda subahat ... jangan bagi muka puak-puak macam ni ...

  • Anonymous says:
    May 21, 2010 9:10:00 PM GMT+08:00

    1.Puak sereco!sure return!dan HPA adalah puak yang sama!!berpusat disungai petani,Kedah!!
    2.Sereco dah nak bangkrap!depa naikan HPA pulak!!depa kutip duit ahli pulak!!siap dengan panel syariaah untuk menghalakan cara!!
    3.Lani depa tubuh koperasi!macam kohilal!
    4.Inilah puak-puak berimej islam yang dok tipu orang islam!!

  • Joe Miang says:
    May 22, 2010 12:10:00 PM GMT+08:00

    ...kawan-kawan semua, pesan Tok Guru ambo (bukan TGNA)..dalam urusan nak beri amanah kepada seseorang untuk jaga wang atau perempuan (isteri, anak atau adik kita)kena berhati-hati yang amat sangat..tidak kira siapa termasuk yang pakai kopiah, serban atau jubah sekali pun..NAFSU tidak kenal siapa..

    ..tentang wang Kohilal lesap RM45 juta tu..yang pasti bukan kerja orang PAS..orang semuanya baik dan warak kerana selalu ditarbiah..ini mesti kerja jahat agen UMNO yang menyamar duduk dalam ALP Kohilal..orang PAS tidak perlu wang banyak tapi kalau bini banyak OK juga..dapat 'syurga dunia sambil kejar syurga akhirat'.

  • Anak Tok Guru says:
    May 25, 2010 9:44:00 AM GMT+08:00

    PAS adalah parti Islam yang paling suci dalam dunia. UMNO adalah parti yang paling korup. Tolong jangan dengki kat PAS. Kalau orang PAS nak songlap duit tu apa salahnya. Orang PAS yang labur akan halalkan duit mereka dunia dan akhirat. Bukan macam UMNO. Kalau nak labur dalam judi Piala Dunia pun tak salah...

  • Anonymous says:
    May 25, 2010 9:47:00 AM GMT+08:00

    Duit tu dah habis guna bayar Bookie untuk pilihan raya kecil kot?

  • Madu Muslimat PAS says:
    May 25, 2010 10:01:00 AM GMT+08:00

    Orang PAS mana bodoh. Cuma tak cerdik aje. Yang bijak membodohkan orang PAS pulak ialah lembaga pengarah Kohilal. Kah..kah..kah

  • Kimizo says:
    May 25, 2010 2:51:00 PM GMT+08:00

    aku rasa ameno lagi banyak wat songlap... ok je diorang...

  • Anonymous says:
    May 25, 2010 10:32:00 PM GMT+08:00

    sian ak nengok pencacai2 UMNI ni..
    yg rosmah the penguin dok songlap duit nrgara berbillion2 korg xckap apa plak...
    ni bukti xde lg dh bsing lebih..
    dh org UMNO otak sempit la...
    dok komen kt sini pon org UMCO yg sma...
    htr byk2 komen,konon rmai skong UMCO..
    kami rakyat dh xbodoh,nk percaya artikel2 mcm ni...
    pemsyarah2 kt u ak skang ni terang2 tolak kerajaan...
    tngal org2 felda yg xda otak jer dok sokong najibtuya tu...
    UMCO2....

  • Anonymous says:
    June 7, 2010 8:21:00 PM GMT+08:00

    salam...
    tergelak aku tengk korang ni laa...
    mcm orang giler... HAHHAHA...
    mner ko dapat info yang KOHILAL melabur dalam MAS???? MAS o EMAS???? mner 1??? cari2kan jwpnnyer....

    berapa ramai peniaga burung unta rugi kt MAlaysia ni???? xkan KOHILAL je kot.....

    2007.... bgtaw aku... brp bnyk syarikt yang gulung tikar??? 1??? 2??? cmfrm la KOHILAL kene tempias....

    saper kate 45juta wang pelaburan 2 hangus???

    kalau hangus... xder la KOHILAL pulangkan balik wang2 pelaburan 2 pada ahli2 dier (ahli yang mintak balik wang pelaburan mereka...)

    ish2... KOHILAL bukan MLM x silap aku...dan fahamilah aper itu KOPERASI....hehhe

    hhee..dah la..
    x best dduk dlm blog ni lame2...
    HAHHAAA...
    salam...

  • su kohilal says:
    June 8, 2010 8:40:00 AM GMT+08:00

    BIla la kau orang temuduga aku hah....jangan nak bohong. aku tak hahal dunia akhirat. kalau tak tahu tentang kohilal jangan nak tambah2...ahli kohilal pun tak...aku saman nanti baru tahu.

  • Anonymous says:
    June 9, 2010 7:45:00 PM GMT+08:00

    salam...

    HAHHAHAHHAA.......
    HAHAHHAHAHAHAHHAHAH......
    AHHAHAHHAHAHAHAHHAHAHAHAHA.,,.....

    ari ni aku nk gelakkan korang2 yang sengal ni....
    xtaw tentang KOHILAL... tapi nk komen...
    mcm org giler lak 2... hahhaa...

    ha.. sekarang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengesahkan kerugian yang ditanggung Koperasi Al-Hilal Berhad (KOHILAL) bukan kerana salah laku pengurusan atau penyelewengan tetapi silap percaturan dalam urusan pelaburan.

    rujuk la dalam akhbar.. UtUSON ker... BEriTA HAIrAN ker...

    http://www.malaysiakini.com/news/134091

    HAHHAHAA....
    bertaubat la yer...
    x baek mengadakan cerita yang xder....

    xder orang nak jwb ker soalan aku????

    MAS o EMAS ??????
    mner 1???
    cepat!!!!!!!.....

    HAHAHHAA...
    bartaubat la wahai manusia...
    takutkanlah kepada NERAKA ALLAH....

    salam...

fda