Monday, May 31, 2010

Pemimpin UMNO memang enggan berubah?


Posting kali ini memberi respon kepada posting di blog House PK; Pendedahan Panas - Bila UMNO akan berubah.

Saya berpendapat bukan sebilangan keci itu saja yang menyuarakan perlunya UMNO betul-betul berubah. Sebenarnya orang-orang Melayu sayangkan UMNO dan hendak UMNO berubah dengan seberapa segera. Tetapi siapakah didalam UMNO yang inginkan perubahan itu?

Memang Presiden UMNO dan Timbalan Presiden inginkan perubahan. Mungkin juga semua Ahli Majlis Tertinggi juga inginkan perubahan itu. Tetapi hasrat ingin berubah itu semakin kebawah semakin mengurang.

Diperingkat negeri, bahagian dan cawangan segaa keinginan untuk berubah itu tidak lagi terasa, malahan saya merasakan bahawa diperingkat cawangan mereka tidak langsung merasakan apakah keperluan terhadap perubahan itu.

Pemimpin di peringkat negeri dan bahagian bimbangkan perubahan itu akan memberi makna mereka akan digantikan dengan pemimpin lain. Kerana itu mereka menyekat hasrat ingin berubah itu dari sampai keperingkat bahagian dan cawangan.

Baru-baru ini, setelah hampir 6 tahun tidak menyertai perhimpunan agung UMNO cawangan, maka buat pertama kalinya saya kuatkan hati untuk menyertainya, apa yang saya lihat kehadirannya hampir 50% kurang dari sewaktu saya aktif dahulu.

Kenapa ini berlaku?

Pertama adalah kerana sikap ketua UMNO cawangan serta AJKnya sendiri. Mereka ingin kekal menjadi AJK dan terutama sekali sebagai perwakilan ke bahagian (kerana disana mereka akan dibeli/ini berdasarkan sistem mesyuarat terhadulu). Oleh yang demikian mereka tidak akan mengedarkan notis mesyuarat kepada individu yang mereka rasakan akan mencabar mampu jawatan mereka.

Kedua mereka sudah tidak ada semangat dan kesungguhan untuk menambah bilangan ahli UMNO mungkin juga sebab alasan diatas tadi. Mereka akan meminggirkan golongan yang dirasakan cerdik pandai dan mereka juga tidak bersungguh-sungguh mengajak mereka yang kelihatan cenderung kearah parti lain sedangkan ahli parti Pas umpamanya akan bersungguh-sungguh meng-Pas -kan ahli UMNO. Kita mungkin masih memandang remeh dan merendahkan keupayaan parti lain.

Ketiga, kebencian masyarakat terhadap pemimpin-pemimpin UMNO diperingkat cawangan dan bahagian sudah tidak mampu ditahankan. Mereka kelihatan merebut jawatan bukan lagi untuk berkhidmat tetapi hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri sahaja. Kebanyakan mereka dalam kumpuan ini bukanlah menyokong parti lawan tetapi akan rela mengundi parti lawan sebagai tindakan protes.

Sikap pemimpin UMNO masih tidak berubah. Mereka masih enggan mendengar suara rakyat dan mereka masih utamakan kroni mereka sendiri saja.

Isu lain yang ingin saya bawakan sebagai tanda keegoan pemimpin UMNO ini. Ini berkenaan dengan golongan pertama blogger pro kerajaan di Pahang. Saya telah suarakan perkara ini berkali-kali namun kebebalan mereka membuatkan hati mereka sepi dan mati.

Sumber: Braveheart
Menurut Braveheart, UMB Pahang di bawah seorang blogger kroni MB Pahang tidak bergerak. Malahan Ketua UMB tidak update blog sendiri selama 4 bulan. Baca isu yang ditimbulkannya sini.

Rasanya isu ini dah lama kenapa Small Talk no answer??? Kenapa blogger2 Pahang tak boleh selesaikan? Kalau pemimpin UMB tak boleh selesaikan, terajanglah ketua keluar! Kalau dia nak selesaikan, bantu supaya sampai semua bersatu.

Jangan blogger2 pun perangai mengikut2 macam pemimpin UMNO yang tak mahu berubah!!! Ambil pendirian dan lakukan sesuatu.

Jangan sampai blogger hilang kebebasan dan ditarik hidung macam kerbau oleh peimpin2. Blogger mesti bebas dari pengaruh politik dan pemimpin politik. Kita adalah check dan balance pada pembangkang dan juga pemimpin kita dari melalut jadi haramjadah!

Hai .... letih letih. ADUN Kerdau belum stabil. Pahang tu bersih sangat ke dari isu? Sempurna sangatkah Tok Nan? Tak perlu ke cyber warrior dan psy warrior? Inilah sombong UMNO.

Kalau diberitahu, ditegur dan dicadang, mereka kata dah sedia, dah ada, dah tau, dan diperkecilkan cadangan kita. Padahal satu apa takda. Kalau mereka mahu buat, mereka mahu peruntukan diberi kepada kroni mereka yang pastinya tidak tahu apa2.

Wahai blogger2 sekelian, kita kena henti melayan makrib gini

Kalau perangai angkuh macam b**i liwat anjing, bolayan sama mereka. Yang berani, blasah balik jika mereka tidak ada adab dan angkuh. Lepas tu laporkan kepada pihak teratas atau blog kasi dedahkan. Orang macam ini semua kena di ajar!!!

21 comments:

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 6:12:00 PM GMT+08:00

    komen yg macam ni buat aku nak masuk umno. kalau nak seribu daya, tak nak berjuta dalih. tolong la berubah wahai umno. jangan la asyik pikir pasal duit. pikir la pasal agama dan bangsa lepas tu baru pikir pasal perut & kaum kerabat boleh tak. anuwar berahim dulu jatuh pun sbb ni jugak. silap dia sbb terlalu tamak dunia. bukan pasal liwat sangat. tak caye tanye org umno yg lama

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 6:27:00 PM GMT+08:00

    Kalau Nik Ajis boleh berubah daripada konsep sendirisme kepada nepotisma kenapa orang lain tidak!

    Kalau Pak Hadis boleh buang fatwa lama dan buat yang baru, kenapa anda tidak!

    Kalau Pas boleh letak tepi sasar utama perjuangan, kenapa parti lain tidak.

    Yang penting berubah. Tak kisahlah apa jenisnya tetapi asalkan berubah OK le tu. Kah, kah, kah.

    Pakar Perubahan@Fuyoo. com.

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 6:45:00 PM GMT+08:00

    Parti baru macam PR pacak lambang mata menggunakan kerangka kayu agar sentiasa terbentang tanpa menunggu tiupan angin.

    Ada parti dalam abad 21 yang belum berubah dalam cara mengibarkan lambang parti - pacak dan tunggu angin mengibarnya.

    Justeru, satu lambang PR sudah cukup berdiri megah dalam persekitaran pacakan berpuluh-puluh lambakan lambang pihak lawan yang tertutup layu!

    Kesimpulan: Berubahlah dari sikap pengabaian aspek estetika kepada sikap yang memandang tinggi nilai estetika. Bukannya apa, estetika mudah menambat mata hati insan yang terpesona dengan hedonisma, yop.

    ANAK PERAK

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 6:59:00 PM GMT+08:00

    Sudah tahu panas tidak sampai ke petang kerana hujan pasti turun selepasnya, kenapa tidak pakaikan baju hujan pada poster keramat?

    Walhal poster KOHILAL Jelly terus berada dalam keadaan kering-mering dan megah menghantar mesej waima selepas hujan turun!

    Memanglah ini isu kecil bro, tetapi kalaulah aspek yang kecil masih terabai bagaimana menjana perubahan pada bahagian lebih besar dan sukar apatah lagi telah sebati.

    Berubah kearah yang negatif juga adakalanya membantu. Fikir-fikirkan na!!!

  • vee says:
    May 31, 2010 7:11:00 PM GMT+08:00

    kau nak masuk UMNO? jgn harap kalau kau ada pelajaran dan bakat, seboleh2nya org mcm kau perlu dielakan dr berada dlm UMNO supaya yg sedia ada tak tergugat.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    May 31, 2010 7:11:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • brain drain says:
    May 31, 2010 7:14:00 PM GMT+08:00

    Barah pasti merebak jika Unspin tak bantu rakyat Pahang.

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 7:40:00 PM GMT+08:00

    UMNO cuma kena kembali pada Islam.yg mana tak ada Iman kena Imankan..yg mana dah ada Iman kena pertingkatkan Iman..itu saja ubat utk org Islam.

  • Pemerhati Pemuda Phg says:
    May 31, 2010 7:48:00 PM GMT+08:00

    Saya ingin sentuh psl Pemuda Umno Pahang. Dari Pahang ada 2 exco pemuda - Dato Wan Amizan, Jerantut dan Supian Awang, Kuantan.
    Ada Setpol Kpdnkk - Dato Azizan Che Omar, Bera merangkap NKP Pahang dan Abu Jimi, Kuala Lipis adalah KP Pahang.

    Permainan goyang dan laga-laga telor adalah agenda utama kpd nama2 di atas khas utk Umno dan DS Najib sebagai PM!

    Bukanlah niat saya nak merendahkan nama2 pimpinan Pemuda Pahang itu, tapi seharusnya di bwh pimpinan DS Najib selaku PM inilah Pemuda Pahang sepatutnya menonjol dan berusaha keras membantu utk membawa Umno kembali ke arah kegemilangannya.

    Patutnya Pemuda Pahang mengatur strategi utk memperkasakan parti. Buat program yg blh menarik golongan muda menerima Umno. Penghayatan perjuangan Umno perlu diterapkan kpd anak-anak muda di bahagian2. Janganlah hanya sekadar hanya tau main bola bola bola...!

    Jika ditanya pada kwn2 di luar Pahang, siapakah KP Pekan tempat PM..? Rasanya tentu ramai geleng kepala tak kenal. Belum lagi tanya siapa KP Temerloh, Bentong, Raub, Kuala Krau, Maran, Cameron Highland dll..semuanya ada mcm takada. Bagaimana org nak kenal jika suara dan rupa pun tak pernah keluar media. Maknanya malu nak tunjuk muka psl tak buat kerja, jawatan semua hendak. Contonya bila ada isu yg berkaitan Umno dan negara, ada tak pemuda dari Pahang bersuara, berdemonstrasi atau adakan sidang media?

    Sejujurnya hingga skrg, saya tak nampak apakah kejayaan dari Abu Jimi selaku KP Pahang yg boleh dibanggakan buat Umno. Kebanyakkan di bahagian2, pemuda terbiar serupa anak ayam hilang ibu. Tiada sebarang program pemantapan dan pengukuhan kpd generasi muda Umno dilakukan oleh pemuda.

    Manakala bagi NKP iaitu Dato Azizan Che Omar, setelah dilantik sebagai Setiausaha Politik nampaknya semakin ghairah mencari kekayaan membentuk kroni di luar. Sudahlah tidak menghiraukan pemuda Pahang, tapi asyik melayan pemuda dari Kedah dan Penang. Mentang2lah beliau berasal dari Kedah, tapi dia harus ingat dirinya naik di Pahang bukan di Kedah, jadi jagalah anak buah di Pahang!

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    May 31, 2010 8:09:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • The Unspinners says:
    May 31, 2010 8:18:00 PM GMT+08:00

    Anon atas ni

    Kau jangan sibuk dalam hal dalaman UMNO. Pu**mak haramjadah

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 8:33:00 PM GMT+08:00

    tau xpe..he he he
    UMNO tak kan boleh berubah sebab memang tak bolih. Struktur organisasi UMNO macam multi level marketing (MLM) or pyramid. Cawangan kena support bahagian dan bahagian kena support ahli majlis tertinggi. Selagi pelantikan atau undian based on popularity dan bukan nye merit, selagi tu masaalah kepimpinan ni tak akan selesai. Ambil satu contoh, dulu ade seorang x menteri besar bekas cikgu pulak tu and nak jadikan cerita pernah jadi cikgu bini aku kat sekolah dulu. Mende ni..X-cikgu sekolah jadi menteri besar. Ape yang dia tahu nak manage kerajaan negeri? Tengok menteri2 sekarang. Ape kelayakan diorang ni nak jaga kementerian masing2. Menteri Pelajaran, Dalam Negeri, Kewangan..ape kelayakan diorang ni sebenar nye? Aku tengok, kebanyakan nye masuk UM, amik degree yg memang sure boleh lulus punye i.e keusasteraan..tak pecaya pegi chek kelulusan menteri2.

    Perlantikan ni sebenarnye lebih kepada popularity bukan nye merit. Kalau ade yang pandai2 sikit, abis kena cantas. That is why ramai golongan cerdik pandai ni malas nak masuk UMNO. "It is not what you know, it is who you blow".

  • Wake UP! says:
    May 31, 2010 10:35:00 PM GMT+08:00

    Berkatalah benar walaupun pahit.

  • toing! says:
    May 31, 2010 11:07:00 PM GMT+08:00

    dia org tak peduli pon apa nk jadi ngan umno, sementara UMNO tgh berkuasa ni cekau selagi boleh

  • teratailiar says:
    May 31, 2010 11:32:00 PM GMT+08:00

    bro unspinners...
    kita berlainan ideologi...
    tapi biar kita berhujah dan bertanding dalam gelanggang dan pentas yang sama rata...
    prinsipnya,
    dalam demokrasi unggul...
    PEMERINTAH akan dinilai dari apa yang dikata dan dibuat.
    akhirnya, niat, amal dan natijah mesti selari.
    PEMBANGKANG akan dinilai dari keupayaannya mengkritik dan mewujudkan suasana check and balance sesebuah pentadbiran negara...
    mana2 yang tempang dari kedua2 ini akan dihukum oleh rakyat...
    saya rasa pada akhirnya semua kita mahu negara kita aman damai, agama didaulatkan, maruah bangsa ditegakkan dan kebenaran dijunjung.
    Setuju?

  • Anonymous says:
    June 1, 2010 12:11:00 AM GMT+08:00

    kebanyakkan pemimpim2 umno hanya memikirkan bila nak dapat projek2 kerajaan saja. Bukan untuk memperjuangkan nasib rakyat. Kita boleh lihat berapa banyak aktiviti pemuda umno buat..Bila ada PRK baru sibuk sana sini..
    Jangan fikir dlm masa yang singkat pengundi atas pagar sokong kita..

  • Anonymous says:
    June 1, 2010 12:17:00 AM GMT+08:00

    cadangan saya kita patut unspin pemimpim2 UMNO yang menjadi serangga perosak agar UMNO lebih dihormati.

    Dlm kita sibuk mendengar ahli2 PAS,PKR keluar parti, sudahkah kita kaji berapa ramai ahli UMNO yang berubah angin tetapi tidak dilaporkan.

  • Anonymous says:
    June 1, 2010 12:18:00 AM GMT+08:00

    Teratailiar,

    "PEMBANGKANG akan dinilai dari keupayaannya mengkritik dan mewujudkan suasana check and balance sesebuah pentadbiran negara...
    mana2 yang tempang dari kedua2 ini akan dihukum oleh rakyat..."

    Bagus kalau anda mahu menerima hakikat bahawa selama 52 tahu rakyat telah menukum pembangkang. Cumanya yang belum tentu lagi ialah rakyat akan mengangkat PR setelah mereka dinukum selama itu.

    TQ

  • teratailiar says:
    June 1, 2010 12:26:00 AM GMT+08:00

    anon 12:18...
    pra syarat demokrasi...
    antaranya media yang tidak berpihak. setuju tak? Hanya kebenaran.
    kalau 52 tahun rakyat menghukum PAS,DAP, atau siapa sahaja yang dianggap pembangkang, 2 tahun kebelakangan ini apa?
    terimakah hakikat yang rakyat dah mula menghukum BN.
    Apakah rakyat di Kelantan, Perak, Kedah, Penang dan Selangor terlalu naif...?
    harap kita setuju untuk berbeza pendapat...

  • BRAINSPINNER says:
    June 1, 2010 4:29:00 PM GMT+08:00

    HAkikatnya ini strategi politik untuk melemahkan kepimpinan sedia ada baik di negeri mahupun memberikan kesan dan impak kepada YAB Perdana Menteri...usaha2 terancang dan berhemah untuk menunjukkan sokongan generasi muda khususnya dalam UMNO kepada kepimpinan kini dilihat seakan-akan taktik basi pihak tertentu yang cuba untuk spin bahawa tibalah masanya untuk PEROBAHAN dan TRANSFORMASI dilakukan untuk kesejahteraan rakyat di pahang . Namun, adakah puak2 ni terfikir bahwa mereka sudah cukup layak ke untuk memimpin negeri yang menjadi manifestasi kuasa Perdana Menteri dan unik ini, di mana pembangkang memiliki kekuatan yg tersendiri dan jangan di underestimate..adakah pemimpin yang ada telah lari dr tanggungjawab dan amanah membela rakyat?
    Jangan disebabkan KUASA, kita menggadaikan negeri ini kpd parti pembangkang..yang penting parti kena kuat waima sape jua yang tercalon mentadbir negeri KPI ini...

  • silbi_manahaj says:
    June 2, 2010 10:45:00 PM GMT+08:00

    Kepada anonymous May 31, 2010 8:33:00 PM GMT+08:00

    Jangan lupa bro. Segala-galanya bermula di sekolah. Statement kau memperlekehkan kebolehan guru dalam menyumbang pembangunan negara, kau tau tak?

    Tok kau dulu pun pergi sekolah baru dapat ilmu nak mengurat nenek kau.

    Bini ko dulu sekolah menengah sulaiman bentong ke atau sekolah agama pelangai?

    Takpe. Nanti aku check....

fda