Wednesday, May 26, 2010

Nor Mohd Yakcop: Setiap yang disentuh puluhan billion negara rugi


Oleh Ulu Jempul

Orang Melayu terlalu mudah rasa terharu dengan orang yang pandai bercakap, pandai berbelit dan pandai membohong. Ini yang menjadi masalah sebenarnya yang membantut kemajuan orang Melayu.

Maka sesiapa saja penipu dan pembohong yang ingin cap duit dengan mudah, bolehlah berjumpa dengan orang Melayu. Orang Melayu tersangat sedia dan setia menjadi mangsa yang rela.

Di sini ada cerita pasal Tan Sri Nor Mohd Yakcop – seorang korup dan penipu yang begitu licik dan licin dalam hal menipu orang.

Kawan ini mempunyai kebolehan luar biasa menelan duit rakyat dan merugikan berbillion ringgit duit negara. Tapi yang menjadi pelik ialah bagaimana dia boleh bertahan begini lama, malah dinaikkan pangkat lagi menjadi Menteri Kabinet.

Terkini yang kami dapat maklumat dari seorang sahabat dari dalam UPE (Unit Perancang Ekonomi) bahawa Nor Mohd sedang berusaha songlap kontrak projek Hospital Wanita bernilai RM800 Juta.

Seorang kroninya sudah buat permohonan atas nama sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2.00 saja (2 Dollar Paid Up company).

Sebuah lagi syarikat kepunyaan Nor Mohd ialah Kemuncak Facilities Management Sdn Bhd (634787-U) beralamat di 1401-1 Level 14, Tower 1, Kelana Brem Tower, Jalan SS7/15 (Jalan Stadium), 47301 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, Tel: +603 7806 3388 Fax: +603 7806 3332. www.kfmsolutions.com.my

Setakat ini syarikat ini telah sapu begitu banyak kontrak untuk membersih bangunan (cleaning and maintenance contract) bagi Jabatan Kerajaan, Universiti Awam dan Hospital.

Mengikut laman web mereka, KFM sekarang memegang kontrak ‘cleaning and maintenance’ bagi bangunan kerajaan yang berikut:
i) Hospital: Hospital Ampang, Hospital Sg. Buloh, Hospital Serdang, Hospital Alor Setar, Hospital Sg. Petani, Hospital Cameron Highlands, Hospital Pekan, Hospital Temerloh, Hospital Jempol.

ii) Mahkamah: Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, Kompleks Mahkamah Alor Setar, Kedah, Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, Selangor

iii) Jabatan Kerajaan: Jabatan Kerja Raya, the Palace of Justice (Putrajaya), Universiti Teknnologi MARA (UiTM) dan Majlis Daerah serta Majlis Perbandaran di seluruh negara.
Daripada hanya 10 orang pekerja pengutip sampah dan pencuci tandas bangsa Bangladesh pada tahun 2003, KFM sekarang mempunyai 4,300 pekerja yang sebahagian besarnya ialah pekerja Bangladesh juga.

Cuba bayangkan, dalam tempoh tujuh tahun saja, syarikat kepunyaan geng mamak Pulau Pinang ini telah berkembang 430 kali ganda (dari segi penambahan pekerja).

Dalam tempoh tujuh tahun saja, pendapatan syarikat juga telah naik daripada beberapa puluh ribu Ringgit setahun menjadi beratus Juta Ringgit setahun.

Lonjakan perniagaan KFM yang sebegitu pesat ini jauh melebihi syarikat-syarikat taraf dunia seperti Toyota, Petronas, Citibank, Singapore Airlines dan Air Asia.

Semua ini boleh berlaju sebab penaung besar syarikat ini adalah Tan Sri Nor Mohd Yakcop, seorang Menteri Kabinet yang licik dan lincah menyusun langkahnya.

Sudah tentu syarikat KFM meletakkan harga yang berlipat kali ganda untuk kontrak ‘cuci tandas’ mereka. Memang inilah ‘style’ Nor Mohd Yakcop daripada dulu lagi. Sila baca dengan rapi.

Dalam perkembangan terkini, KFM melalui penaungnya Nor Mohd sedang cuba untuk mendapatkan kontrak ‘cleaning and maintenance’ untuk semua Penjara di Malaysia seperti Penjara Kajang, Penjara Sungai Buloh dsbnya.

Nama-nama pengurusan syarikat ini seperti berikut: Nurolamin Abas, Fardan Abdul Majeeed, Muzamil Mirza Mahmoood Mirza, Riza A.B. dsbnya. Semuanya nama mamak yang cun.

Sejak Nor Mohd Yakcop menjadi Pengutus di Bank Negara Malaysia, beliau telah mengakibatkan kerugian berpuluh billion Ringgit wang rakyat Malaysia. Dan kerugian ini masih berterusan.

Dulu kita ingat dia hanya melakukan kesilapan besar yang mengakibatkan kerugian berpuluh billion Ringgit duit Bank Negara (duit rakyat), sekarang kita dapat tahu bahawa dia sebenarnya mengambil kesempatan untuk cap duit masuk kocek sendiri.

Sewaktu di Bank Negara, Nor Mohd bertanggung jawab menjaga simpanan rizab matawang asing kepunyaan Bank Negara (foreign currency reserves). Dia juga bertanggung jawab menjaga nilai matawang Ringgit Malaysia. Di sinilah Nor Mohd telah melakukan perbuatan haram dan jenayah yang masih tidak diketahui ramai.

Dia telah melibatkan diri dalam jual-beli matawang Ringgit Malaysia untuk menguntungkan diri sendiri. Caranya begini.

Untuk menstabilkan kadar pertukaran matawang Ringgit/US Dollar, Ringgit/Spore Dollar, Ringgit/Yen Jepun dsbnya Bank Negara akan menjual dan membeli matawang asing yang berkenaan. Jika nilai Ringgit jatuh berbanding dengan US Dollar, Bank Negara akan segera menjual sedikit sebanyak daripada simpanan US Dollar. Ini akan mengakibatkan nilai Ringgit berbanding US Dollar naik semula.

Jika nilai Ringgit jatuh berbanding Yen Jepun, Bank Negara akan menjual Yen Jepun dalam simpanan rizabnya yang akan mengakibatkan Ringgit naik balik berbanding Yen Jepun.

Bagi Money Traders, “Broker” dan “Forex Traders” pula, mimpi idaman mereka ialah jika mereka boleh tahu matawang apakah yang Bank Negara bakal menjual dan banyak manakah Bank Negara akan jual pada esok hari. Sebab sudah tentu nilai Ringgit akan naik. Sesiapa yang tahu maklumat ini (insider trading) lebih awal, maka bolehlah mereka membuat keuntungan yang tersangat besar.

Nasib baik yang sungguh menakjubkan ini telah jatuh ke riba seorang bekas Money Broker keturunan anak India Muslim warganegara India bernama Ayub bin Ali, seorang kawan karib Nor Mohd sehingga hari ini.

Pada masa itu Ayub bin Ali bekerja di Singapura untuk Banker’s Trust. Sebelum itu, dia bekerja dengan Citibank, Kuala Lumpur dan Singapore.

Nor Mohd akan menelefon si Ayub untuk memberitahunya perancangan jual beli matawang asing oleh Bank Negara pada hari tertentu. Banyak mana dan bila Bank Negara akan membeli atau menjual matawang asing untuk menstabilkan nilai Ringgit.

Contohnya:
Jika Nor Mohd ingin menjual 50 juta US Dollar pada hari Rabu, sudah tentu nilai Ringgit akan naik pada hari itu. Maka sehari sebelumnya iaitu pada hari Selasa, si Ayub di Singapura pula akan membeli Ringgit.

Pada hari Rabu, semasa Nor Mohd mengarahkan Bank Negara menjual 50 juta US Dollar, nilai Ringgit akan naik, walaupun beberapa sen sahaja – tapi sudah cukup untuk menghasilkan untung besar bagi si Ayub di Singapura.

Katakanlah si Ayub membeli dan kemudian menjual RM10 Juta. Jika nilai Ringgit naik tiga sen sahaja, dia akan dapat untung tiga peratus (3%) ia itu RM300,000. Dalam sekelip mata saja boleh untung RM300,000. Sudah tentu Ayub kongsi keuntungan ini dengan Nor Mohd.

Jika Ayub beli RM50 Juta, dia akan mendapat untung RM1.5 Juta – dalam sekelip mata saja. Sebenarnya ini adalah kes pecah amanah dan juga insider trading yang melibatkan Nor Mohd dan sahabatnya Ayub bin Ali.
Tapi ini adalah permainan judi matawang yang simple.

Muslihat Nor Mohd dan Ayub ini telah dapat dikesan oleh bank-bank British dan bank Wall Street di Amerika. Mereka sediakan perangkap untuk Nor Mohd.

Peluang ini timbul bila Nor Mohd menjadi terlalu tamak dan mula menceburi ‘derivatives’ dengan menggunakan simpanan rizab Bank Negara Malaysia tapi untuk menguntungkan koceknya juga.

Melalui manipulasi matawang yang lebih tersusun dan canggih, mereka telah akibatkan kejatuhan Ringgit yang cukup untuk mengakibatkan kerugian yang besar bagi Bank Negara Malaysia.

Akhir sekali rakyat Malaysia terpaksa menanggung kerugian berpuluh billion Ringgit kerana pecah amanah dua orang mamak tamak haloba ini.

Bila Nor Mohd naik menjadi Menteri, Ayub menjadi Managing Director sebuah syarikat bernama Bumiwerk Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan boutique Investment Banking dalam hal ehwal Bond.

Hampir kesemua staff utama adalah Cina dari Singapura dan orang warganegara asing serta token Melayu untuk marketing dan PR. Pelanggan utama Bumiwerk adalah kerajaan dan pernah terlibat dalam penerbitan Cagamas.

Siapa lagi yang kasi jalan kalau bukan Nor Mohd? Bekas budak Tingkat 4 pun Director situ. Untung Ayub yang ditinggalkan mak bapak di KL semasa kecil dan hanya pelajaran setakat Form 6.

Satu lagi perbuatan korup Nor Mohd yang diketahui adalah pecah amanah sewaktu dia menjadi kroni Anwar Ibrahim di Abrar Mun Loong. Budak-budak Anwar dalam Abrar termasuk Siddek Ghouse, Dr Wan Hasni, dll.

Nor Mohd telah diberi peluang membeli 5% saham Mun Loong Bhd. Dia telah mengambil pinjaman bank untuk membeli 5% saham syarikat Mun Loong itu.

Oleh kerana mereka tidak tahu apa pun berkenaan bisnes retailing, Mun Loong jadi bankrap. Nilai saham Mun Loong jatuh merudum. Nor Mohd panik sebab saham Mun Loong 5% itu telah menjadi cagaran dengan bank. Bila harga saham jatuh, bank pula panik dan suruh Nor Mohd bayar wang ‘top up margin’.

Pada masa itu, antara anak syarikat Abrar Group adalah Abrar Asset Management yang menjadi pemegang amanah ‘dana pelabur awam’ (asset management company).

Nor Mohd sebagai Pengerusi Abrar telah mengarahkan Abrar Asset Mgmt menggunakan hampir kesemua dana pelaburan orang awam untuk membeli saham Mun Loong.

Dengan ini, harga saham Mun Loong boleh di stabilkan dan Nor Mohd terselamat daripada cengkaman bank. Hampir 95% dana pelaburan awam yang dikendalikan oleh Abrar Asset Mgmt digunakan untuk menampung harga saham Mun Loong.

Ini adalah satu lagi kes pecah amanah oleh Nor Mohd untuk menguntungkan dirinya dengan menggunakan duit orang.

Ezam Mohd Nor (tiada kaitan) pernah membuat Laporan Polis terhadap Nor Mohd berkenaan kes pecah amanah di Abrar ini tapi tiada tindakan yang diambil. Nor Mohd Yakcop terlepas kerana Menteri Kewangan semasa itu adalah Anwar Ibrahim dan mamak ini sudah ampu baik punya Dr Mahathir.

Pada zaman Dr Mahathir, Nor Mohd diletakkan sebagai Timbalan Menteri untuk khusus membantu berkenaan masalaah matawang dan pemulihan ekonomi tetapi tidak diberi kuasa. Abdullah Badawi pula pergi lantiknya menjadi Menteri penuh dalam Kabinet.

Nor Mohd diberi kuasa untuk menyusun semula syarikat kepunyaan Kerajaan terutama sekali Khazanah. Sejak Nor Mohd bertanggungjawab ke atasnya, banyak sekali kerugian yang di alami syarikat Kerajaan GLC.

Hinggga kini yang masih dapat dikesan, syarikat GLC seperti Pos Malaysia, Sime Darby, Khazanah Nasional, Maybank dan banyak lagi menghadapai kerugian besar-besar.

Sime Darby kerugian satu billion Ringgit dan dijangka akan bertambah dengan pendedahan lain. Maybank kerugian lebih tiga billion Ringgit membeli saham bank di Indonesia pada nilai terlalu tinggi dari Temasek. Pos Malaysia kerugian setengha Billion Ringgit.

Khazanah Nasional juga kerugian berbillion Ringgit. Tetapi kerajaan masih menyambung perkhidmatan Tan Sri Azman Mokhtar atas kehendak Nor Mohd. Mungkin sekali Azman berperanan menutup kesalahan.

Pertanyaan Dr Mahathir berkenaan wang Petronas sebanyak RM290 billion yang tidak dapat diambilkira oleh pentadbiran pasti melibatkan Nor Mohd.

*Dan dalam bab terkini, Hasbi Satar SetPol Nor Mohd Yakcop ditangkap oleh SPRM atas tuduhan rasuah. Sebelum ini seorang lagi SetPol Nor Mohd bernama Norza Zakaria juga ditangkap atas tuduhan rasuah.

Hasbi Sattar ditangkap disebuah apartmen di Seberang Prai dengan jumlah wang sebanyak RM2.0 Juta tunai. Tapi apabila disoal oleh SPRM, Hasbi Sattar telah mendedahkan bahawa duit RM2.0 Juta itu bukan kepunyaan dia. Hasbi memberitahu kepada SPRM bahawa apartmen itu adalah kepunyaan isteri Nor Mohd manakala duit RM2.0 Juta itu adalah kepunyaan Nor Mohd.

Yang anehnya bukan Nor Mohd yang ditangkap atau dihadapkan ke mahkamah tetapi Hasbi Sattar yang dibuang kerja dan dihadapkan ke mahkamah.

Jadi ini menjadi kali ketiga di mana Nor Mohd terlepas daripada ditangkap atau dihadapkan ke mahkamah dan terselamat daripada dijatuhkan hukuman atas segala amalan pecah amanah dan rasuah yang dia terlibat.

Mungkin kisah Nor Mohd ini ikut pepatah Inggeris 'a cat with nine lives'. Sebenarnya dia lebih licik daripada Boss seperti Dollah Badawi dan Anwar Ibrahim dulu dan Najib Tun Razak sekarang. Nor Mohd telah memperbodohkan mereka semua. Sebenarnya Nor Mohd boleh memperbodohkan semua orang.

Setiap kali Nor Mohd terlibat dalam apa jua urusan Kerajaan dan bisnes, ianya pasti akan membawa kerugian pulohan atau setidaknya ratusan billion ringgit. Dia masih lagi songlap kontrak dan projek dengan menggunakan kroninya dari Pulau Pinang.

Apakah Kerajaan Melayu begitu buta dan bodoh sekali?


Komentar pembangkang sering tuduh The Unspinners tidak berani dedahkan kelemahan kerajaan BN. Kami sudah sahut cabaran tersebut dengan pendedahan tentang Nor Mohd Yakcop. Kalau pembangkang tak turut kritik bersama, sahlah balaci Anwar ini adalah Menteri pembangkang dalam kerajaan yang diletak untuk menjahanamkan negara.

Sekarang kami cabar blogger pembangkang untuk bersifat ikhlas dengan mengkritik dan mendedahkan kepincangan pemimpin dan kerajaan Pakatan yang sudah obvious penuh dengan najis taik hingga tidak tertutup lagi. Kalau kamu dedahkan sendiri dan tidak cuba coverup, tak perlu The Unspinners dedahkan. Beranikah? Atau takut DAP dan Ronnie Liu marah?

* Tambahan 4:17 PM

35 comments:

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 2:53:00 PM GMT+08:00

    Apabila seseorang tidak boleh disentuh makanya setiap apa yang dia sentuh akan sering terkulai layu!

    Manusia terikat dengan batas waktu, tempat dan takdir. Tanpa menyedari hakikat itu, makanya akan ternafilah untuknya ruang, masa dan pentakdiran.

    ANTIHIPOKRIT-MARIT

  • Tong Keat says:
    May 26, 2010 3:11:00 PM GMT+08:00

    Bro Ulu jempol memang dasyat la kasi kelebek nor yaakob ni. Cuma kejalangan mamak ni dato najib tau tak gamaknya..? Hrp2 menteri mcm ni najib tamatkan aje riwayat politik dia...m'sia ni bukan mak pak diaorg punya!

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 3:41:00 PM GMT+08:00

    Tak sangka ye. Suara macam bapok pencen perangai mamak ni macam haram jadah....Kesian Shariff Omar..terpaksa beri laluan kerana mamak ni diletakkan bertanding kawasan dia.

  • paktam says:
    May 26, 2010 3:53:00 PM GMT+08:00

    Nuar Brahimi mamak
    Dolah Badwi mamak
    Noor Jacob mamak
    Semua tiada Sultan
    Apa maknanya?
    ... Tun Keling?

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 3:57:00 PM GMT+08:00

    "Bila Nor Mohd naik menjadi Menteri, Ayub menjadi Managing Director sebuah syarikat bernama Bumiwerk Sdn Bhd. Syarikat ini menjalankan boutique Investment Banking dalam hal ehwal Bond. . . Pelanggan utama Bumiwerk adalah kerajaan dan pernah terlibat dalam penerbitan Cagamas."


    Fulamak. Kepala pundek betul. Bro Unspinners ini ada maklumat sikit. Ayub kerap jumpa dgn Nor Mohd Yakcop dekat satu restoran di Bkt Dsra. They always smoke cigar there together. I think Nor Mohd kasi Ayub more inside information about Cagamas Bond so that Ayub boleh 'corner the market' Cagamas Bond sekali. Untung million-million Bro.


    Bro Unspinners, they are doing it again. Pundek betul lah. Mamak mainkan belakang Melayu. Anwar Ibrahim pun mamak keling juga. Main buntot Melayu juga.

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 4:02:00 PM GMT+08:00

    Dedahkan lagi tentang penyelewengan pelakon2 murahan perosak bangsa negara yang masih survive dlm kerajaan. Aku rela kerajaan runtuh untuk membersihkan Geng Mamak ni. Cukuplah!

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 4:31:00 PM GMT+08:00

    dr.m terhutang budi pada noor yakcop masa krisis ekonomi yg dulu.

    ingat lagi masa interview dengan tun, tun ada cerita pasal dia panggil nor yakob di argentina ceritakan berkenaan pasaran dan tukaran matawang asing.

    balik dari lawatan di argentina dr.m perkenalkan kawalan matawang utk kawal RM dari terus di speculate oleh soros and the gang. selebihnya sudah jadi sejarah.

    cuma nor yakob yg cekap pasal tukaran matawang dan instrumennya. dia ni cakap lembut mcm bapuk tapi otak ligat nak kaut.

    aku sokong dia ni digugurkan dari menteri kabinet. kalau dia cerdik pun hanya lantik jadi penasihat mcm mten ke, mier ke dll. duit pun dah banyakk.

    braHIM

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 5:04:00 PM GMT+08:00

    MASA TU DIA BETUL TAKUT PADA TUN M SBB LEBIH BIJAK,,JADI SEWAKTU TU WORLD CRISIS -NO DEAL NO TRANSACTION,,,NAIK DILDOLTUN SAHM NOR KOP KEUDARA SBB PM SIKIT BODOH

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 5:06:00 PM GMT+08:00

    pendapat aku, si nor mohd ni ada hubungkait dengan lesapnya 30bilion duit BNM dulu dengan anwar la.

    sama2 conman dengan anwar. mana boleh lesap 30billion dia boleh lepas tangan dengan anwar. tau la anwap pandai cakap dan klentong.

    dr.m memang stail dia mcm tu. dia akan letak org yg dia dah dengar mcm2 cerita, di tempat yg tinggi.

    mcm kes anwar dulu, dr.m dah dgr ceta anwar main blakang. tapi dr.m terus naikkan anwar jadi tpm.

    rimau tak akan selama2nya berlakun jadi kucing kalau taruk di dlm kandang yg penuh dengan ayam.

    satu hari keluar juga belang rimau tu. lagi pun takkan la berbaloi penjarakan nor mohd hanya lesapkan duit 2juta, kurang2 cekup dia dengan duit rasuah 1 billion.

    baru berbaloi-baloii...

    jai

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 5:10:00 PM GMT+08:00

    tapi kalu tak dpt cekupp gak cam ne?? bisness bodo mcm kohilal tu senang la nak cekop, sbb puak2 pas tak pandai niaga, tapi duit bilion2,transaksi complicated, intangible, berbelit2, sprm follow punya follow akhirnya kepala terantuk reban ayam. tak jumpa satu habuk. cam ne broo??

  • azman says:
    May 26, 2010 5:16:00 PM GMT+08:00

    Assalamualaikum!!

    Fullamak!!!kita ni punyalah di suruh berjimat cermat gupanya dia yang nak kaut suma ekk..

    Ape nak buat ni???PM tolonglah denga dan ambil perhatian sket..
    Rasuah.. salah guna kuasa...untuk tembolok mereka sahaja.

  • Abu Garcia says:
    May 26, 2010 5:18:00 PM GMT+08:00

    Aku pun nak bukak cerita sikit ni. Seperti mana yang semua orang tau, penswastaan sisa pepejal telah pun mula dilaksanakan di seluruh negara walaupun masih di peringkat interim.

    Di negeri-negeri utara, UEM-Metacorp menerusi anak syktnya E-Idaman telahpun diberikan kontrak ini. Negeri Perlis dan Kedah sudah diambilalih. Malangnya sykt GLC ini agak buta perut memandangkan pihak pengurusan atasan langsung tak ambil tahu apa yang sedang berlaku.

    Pihak pengurusan bawahan mereka telah melantik beberapa syarikat subkontraktor yang terdiri daripada penyokong kuat PKR dan PAS. Sila periksa kontraktor di Kulim dan Sg Petani, siapa mereka. Kenapa hal ini boleh berlaku? Adakah wang rasuah yang dijadikan kriteria pemilihan kontraktor?

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 5:37:00 PM GMT+08:00

    ya tak ya jugakk. nik aziz pi makan duit rasuah billboard RM65K pi haji sapa suruhh bak angg.

    pokok pangkainya kena ada ilmu bak angg. tapi ilmu yg betui mesti kena ada iman yg tebal.

    1- ilmu ada, iman tak dak = mat nor & anwar

    2- iman ada, ilmu tak dak = kohilal & nik aziz

    3- ilmu ada, iman ada = bang najib

    ckp teruih terang la, bang najib kita tak pernah nak dengaq sqandal dia. altantuya ciptaan anwar dan rpk. ziana zin & hantu rosmah ciptaan anwar & azmin.

    baguihh anak tok razak & toh puan roha. berkat sungguh mengaji pandai.

    pie

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 5:42:00 PM GMT+08:00

    anon 5:10:00 ,

    aku pun tak tau.

    jai

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 5:52:00 PM GMT+08:00

    anon 5:37

    iman & ilmu tak dak = n.ajis + nuar berahi

    Jgn tersilap. Depa bukan islam.


    Wa Aamana Bil-laahi

  • Tong Keat says:
    May 26, 2010 6:02:00 PM GMT+08:00

    cekup sprm ke tidak...itu soal lain.
    Perkara pokok - BUANG SEGERA NOR MOHAMAD YAAKOB DARI KABINET..!!

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 6:04:00 PM GMT+08:00

    Last sekali yg nampak bodoh org Melayu. PM Melayu, parti UMNO Melayu, orang Melayu semua yg diperbodohkan.


    Org Melayu tak tahu bahasa Inggeris. Nor Mohd Yakop faham sikit cakap Inggeris - derivative lah, forex trading, arbitrage lah, collars, caps, swaps dan entah apa-apa lagi.


    Tapi mamak tu tak lurus. Dia crook yg crooked. Jadi dia tipu lah duit kita - duit rakyat. Yang rugi orang Melayu juga (dan orang lain pun rugi juga).


    Lepas tu dia pandai cakap lemah lembut dan belit-belit (macam pondan bapok pencen??) Sampai Tun Mahathir pun terpukau - lantik dia jadi penasihat. Dollah Badawi lagi sayang Nor Mohd Yakop pasai dia pun korup giler.


    Tapi PM Najib pula apa pasal? Orang Bugis pun kalah kat mamak ke? Mamak lagi pandai dpd orang Bugis ke? Bugis pun diperbodoh juga ke oleh mamak Nor Mohd Yakop?


    Camno nak eja nama dia betul : Nor Mohd Yakop ke, Nor Mohd Yakob ke, Nor Mohd Yakcop ke, Mat Nor Yakob ke?

    Whatever la, yg nampak bodoh sekali lagi org Melayu gak. Sedih aku. Sedih.

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 6:22:00 PM GMT+08:00

    wei...jangan cakap banyak...
    kalo ade bukti...apelagi teruskan kemuka pengadilan...
    risau gak cerita banyak...tapi sampai takat tu je tindakan...xde penyudah..salah ke x dia tuh

  • Mr. K says:
    May 26, 2010 6:40:00 PM GMT+08:00

    duit dia dah ada berbilion2....ingat senang ke nak tgkap

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 6:59:00 PM GMT+08:00

    Tahniah Unspinners, harap ada pihak akan bersama mendesak siasatan dan tindakan tegas diambil dan hasil rampokan itu dikembalikan.Tapi !!!!! terdengar rungutan mengatakan kerajaan pun sama, sekarang sedang berurusan untuk mengadaikan KTMB, ye ke ????

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 7:42:00 PM GMT+08:00

    Buat kerja kena ikhlas.

    Pilih mana isu kamu dan perjuangkan.

    Usah nak peduli hal orang lain, anon 6:59

    Kalau tak, buat kerja fardu ain sajalah. Itu pun bukan senang.

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 8:38:00 PM GMT+08:00

    1.Tenguk muka pun dah tau mamat ni perosak melayu dan islam!!pasai apa ha!!puak-puak mamak ni teruk betui!!tenguk muka dia dalam rundingan tanah KTMB!!dah tau dan dah agak!!ada yang akan tergadai nanti!!
    2.Hangpa tenguk brekas setiausaha dia hari tu!rasuah berjuta!!duit cash lagi!!setiausaha!rasuah berjuta!menteri atau tuan dia!!rasuah sekupang ke!!!
    3.Bila lagi puak umno nak terajang keluaq mamat ni!!tu!ada lagi semuka dengan dia!!ketua mat rempit!ketua umno baling tu!mai mana dapat duit berjuta-juta!!peghambatttt keluaqla!!!
    4.Ma det!!mamak je jugaaa!!!anak dia dulu pun juai pusat perubatan kat temasik singapura jugak!!

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    BILA LAGI..model model model.. says:
    May 26, 2010 9:52:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 9:54:00 PM GMT+08:00

    Mamak-mamak jadi penasihat kerajaan sejak zaman empayar Melaka lagi. Salah pemerintah juga tak percaya kepada marhain sendiri, takut marhain yang majoriti jadi pandai dari Raja dan bangsawan. Rela mereka ini bersahabatkan mamak, arab dan si mata sepek.

    Salleh Telegu anti Mamak.

  • The Unspinners says:
    May 26, 2010 10:02:00 PM GMT+08:00

    BILA LAGI..model model model..

    Abende yang komen ni? Ikut tajuklah!!!

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 10:18:00 PM GMT+08:00

    Anonymous said...
    Tahniah Unspinners, harap ada pihak akan bersama mendesak siasatan dan tindakan tegas diambil dan hasil rampokan itu dikembalikan.Tapi !!!!! terdengar rungutan mengatakan kerajaan pun sama, sekarang sedang berurusan untuk mengadaikan KTMB, ye ke ????

    May 26, 2010 6:59:00 PM GMT+08:00

    Anonymous said...
    Buat kerja kena ikhlas.

    Pilih mana isu kamu dan perjuangkan.

    Usah nak peduli hal orang lain, anon 6:59

    Kalau tak, buat kerja fardu ain sajalah. Itu pun bukan senang.

    May 26, 2010 7:42:00 PM GMT+08:00


    -------------

    The Unspinners said...
    BILA LAGI..model model model..

    Abende yang komen ni? Ikut tajuklah!!!

    May 26, 2010 10:02:00 PM GMT+08:00


    ----
    amenda ni? ada baca komen semua ka..haiya..

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 10:34:00 PM GMT+08:00

    pie.

    najib tuh pahlawan bugis tuu. org bugis memang handal2. sebab tu inggeris dan belanda labelkan sebagai lanun sebab dah tak mampu nak bertempur dengan pahlawan bugis.

    org bugis cukup sabar dan berazam tinggi tapi strategis dan amarahnya jangan dilawan. kelak akan binasa.

    agakareba.
    madiaching sapokk.

    keturunan
    pahlawan bugis

  • The Unspinners says:
    May 26, 2010 10:36:00 PM GMT+08:00

    Kami baca

  • BERITA TERSGT PENTING says:
    May 26, 2010 10:41:00 PM GMT+08:00

    BERITA PENTING UNTUK SEMUA--TERSANGAT PENTING -maaf lari tajuk tp tersangat penting,adakah mereka tahu apa yg mereka lakukan!! mereka nak pastikan husam naikke..siapa tangan dibelakang mereka?

    -----------------------berita:

    Ahli Bukan Islam Dalam PAS Mula Besar Kepala?

    Penyokong PAS bukan Islam diingatkan supaya tidak bersikap terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan terhadap parti itu walaupun mereka akan diberi hak bersuara apabila diterima menyertai gabungan atau sayap baru dalam parti itu.



    Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, walaupun pada prinsipnya ahli PAS bersetuju dengan kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerima bukan Islam sebagai anggota parti, mereka harus lebih berhati-hati.

    Menurutnya, ia kerana perkara tersebut akan diperincikan Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Agung parti bulan depan.

    "Oleh itu, kita minta mereka (bukan Islam) jangan terburu-buru dalam membuat sebarang tuntutan sebelum ianya diperjelaskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya hari ini ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw, bahawa penyokong PAS bukan Islam mahu dipercepatkan kelayakan mengundi dalam parti.

    Abdul Fatah juga menasihatkan ahli baru parti supaya memahami budaya yang tidak mudah menerima sesuatu pandangan atas dasar mendesak.- malaysia-instinct

    at 5/26/2010 08:00:00 PM 2 komentar Links

    Labels: Dewan Himpunan Penyokong PAS


    http://novandri.blogspot.com/

  • Anonymous says:
    May 26, 2010 10:51:00 PM GMT+08:00

    Saudara The Unspinners,

    Satu saja harapan iaitu jangan penaya individu atau entiti yang ada merit. Tak salah buat itu dan ini secara kronisma (Pas jua amalkannya), tetapi usah sempitkan periuk nasi orang dengan tindakan sedemikian.

    Kalau sekalipun tergamak 'outsource' sebahagian keperluan perkhidmatan GLC tertentu kepada syarikat besar asing atas pertimbangan bla, bla, pastikanlah tiada sayrikat bumi yang mencari makan bawah GLC apatah lagi yang berdaya saing, tidak dianaktirikan oleh syarikat besar tadi!

    Pribumi tidak sepatutnya berada dalam situasi syarikat besar menang tetapi mereka kalah semata-mata kerana tidak memiliki 'kabel' yang besar.

    Syarikat asing yang bertopengkan nama-nama besar tempatan yang diuruskan oleh bukan bumi perlu dipantau agar tidak mendahulukan bukan bumi mengatasi pertimbangan untuk pribumi yang berdaya saing.

    Jangan lupa bahawa syarikat besar dari luar tadi tidak ada hak menentukan tampuk pemerintahan sedangkan syarikat kecil bumi memiliki hak itu.

    Apabila ada entiti pribumi yang mempunyai hak dan merit (tetapi dipencilkan) membawa ketidakpuasan hati kepada pihak di Putrajaya tentang layanan ketidakadilan yang mereka terima, ambillah ia sebagai sesuatu yang berat, penting dan utama.

    Memperlekehkannya pada ketika pra 2008, meskipun permasalahan disampaikan terus secara berdepan dengan mantan tim MENteri di kem KEWangan, dan oleh kerana ia dianggap tidak berat, tidak penting dan tidak perlu diutamakan (KERANA PENGADU APOLITIKAL), maka natijahnya ialah 'tsunami politik' di utara.

    ANDIKARYA MAYA

  • Pak Itam says:
    May 27, 2010 1:47:00 AM GMT+08:00

    Tahniah Unspinners!! Skarang aku nak tgk pembangkang tepi longkang puk!mak yg suka main bontot tu bentangkan kelemahan diaorg pulak! Ada berani ? Setakat nak berpolitik tanpa menilai yang baik atau buruk utk bangsa & negara kucing kurap pun buleh buat.

  • SelangorWave says:
    May 27, 2010 8:14:00 AM GMT+08:00

    Golongan mamak bukan boleh percaya bila dah pegang jawatan2 besar ni. Lihat saja sejarah, apabila golongan mamak dibawa masuk ke dalam Istana Melaka, pegang jawatan berkaitan duit pulak tu, Bendahara Tun Mutahir (dia ni mamak) tu merencana siasah jahat dengan Tun Senaja (mamak jugak, bini Sultan pulak tu) nak bunuh Raja Hussain@Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Melaka yang adil. Akhirnya Sultan Alauddin mangkat diracun di Pagoh.

    Sejarah boleh berulang bro.

  • Anonymous says:
    May 27, 2010 8:36:00 AM GMT+08:00

    tahniah bro..

    lu punya blog info and fakta mmg sial punya mantap!!

    hope PM buat tindakan
    kalau dia buat bodo gak, mmg sah dia nih sengaja buat taktik paling best di dunia..

    letak sorang dua yg bodo dan korup supaya dia nampak perfect di mata org

    kalau semua org dia perfect, maka sapa yg nak pandang dia..

    apa aku ckp ni ehh

  • Anonymous says:
    May 27, 2010 8:42:00 AM GMT+08:00

    Selangorwave,
    Bagus la u punya sejarah. Dalam buku sejarah patut ditulis Tun Mutahir adalah 'mamak' yang menjahanamkan kesultanana Melaka. Biar org ramai tau perangai mamak.

  • Budak Kampung says:
    July 4, 2010 6:17:00 PM GMT+08:00

    Janganlah kita terus menfitnah manusia begini..berfikiran positif dan jangan kita menuduh tanpa bukti.

    Bukti mesti sesuatu yang nyata, tak baik kita menuduh orang begitu lah,begini lah.

    Kadang2 kawan2 karib kita pun kita tidak tahu siapa mereka ini sebenarnya. Kita tidak tinggal sekali dengan mereka dan tidak selama 24 jam bersama mereka. Jadi berfikiran positif la wahai insan2 yang baik hati semua. Jangan lah kerana khabar angin ini, kita jadi hilang arah dan menuduh tentang seseorang itu tanpa mengunakan fikiran yang waras dan menjatuhkan sesuatu suku kaum itu.

    Tak salah ibu mengandung.

fda