Sunday, May 30, 2010

Nak ke menang PRU? Rakyat menyampah pemimpin berbaik orang mcm Jho Low

Kami penat dok defend serangan-serangan terhadap kerajaan. Pemimpin pula terus buat perangkap untuk jerat kaki sendiri. Benda macam ini kami kena defend ke????

PKR telah mula mengungkit mengenai J Lo.


Maaf salah orang. Taek Jho Low. Gambar dia sedang berparti di New York dengan begitu mewah menyusul.

Berikut adalah sedutan dari blog Aku Pemikir sini mengenai Jho Low.

1. Dalam Kongress PKR di Kota Bharu, Ketua AMK, Shamsul Iskandar membuat satu pendedahan mengenai seorang yang bernama Jho Low yang didakwa beliau sebagai orang dibelakang dalam beberapa projek kerajaan.



2. Jho Low ini disebut beliau seorang anak muda 20-an yang mempunyai hubungan rapat dengan anak PM. Kisah hidup mewah Jho Low ini dipaparkan di dalam akhbar New York Post yang bertarikh 10 November 2009 [klik sini] (Laporan versi Citymail sini)



3. Dalam akhbar Malaymail yang bertarikh 8 November 2009 menyatakan Jho Low ini telah membelanjakan hampir 50-60,000 USD setiap hari dan menetap di apartment yang bernilai USD 100,000 per bulan di Park Imperial , di West 56th Street yang mana di situ juga tinggalnya James Bond, Daniel Craig dan P. Diddy.

4. Akhbar Malaymail juga memberitakan yang Jho Low ini telah ditunjuk untuk menjadi 'non- independent non-executive director di Bursa Malaysia-listed UBG Bhd' pada 19 September 2008.[klik sini]

5. Ketua AMK ini pula mendakwa dan cuba untuk mendapatkan penjelasan DS Najib adakah Jho Low ini mendapat projek kerajaan di Kem Sungai Besi yang bernilai RM500 juta. Dan beliau juga mendakwa Jho Low menjadi penasihat kepada Terengganu Investment Autority yang menguruskan wang royalti Terengganu.

6. Pihak Pakatan cuba untuk mengaitkan nama Jho Low yang ceritanya didedahkan oleh akhbar tahun lalu dengan PM kita kerana anak beliau ada hubungan rapat dengan Jho Low. Benar ke?

Maklumat yang dikatakan Shamsul Ketot banyak salah. Dia pun kemungkinan mensensasikan perkara mcam ini.

Namun begitu, kenapa kerajaan mahu melibatkan diri dengan karakter yang boleh menimbulkan kecurigaan rakyat terhadap kerajaan. Dulu kita bermasaalah dengan anak2 yang terlalu muda diberi kuasa dan tanggungjawab besar.

Kini masih lagi pula? Jho Low baru budak 20an!!!!

Tak lojik budak mentah boleh dinaikkan begitu saja. Yang membina kepakaran dan pengalaman bertahun2 tu main campak saja? Itu yang disebut2 berlaku dalam Petronas kini!!!!

Orang biasa yang tidak tahu pasti ingat Jho Low adalah kroni Tok Najib. Ini tentu menjatuhkan imej Dato Najib dan memburukkan persepsi orang ramai mengenai Dato Najib dan Rosmah akan dipalit bersama.. Rakyat akan kata macam-macam.

Betul boleh kata PR macam ini dan macam itu. Tapi rakyat akan nampak gambar2 macam ini dan membina persepsi sendiri, Bila mereka dah buat kesimpulan, walaupun salah, bukan senag nak betulkan persepsi dan kesimpulan salah.

Masalaah kerajaan Dato Najib lemah ... sangat lemah dalam menjawab, membidas dan bersedia dalam hal public relation. Seolah-olah semua main cakap tanpa memikirkan akibat dan persepsi orang ramai. Jawapan tidak menjawab dan selalu masaalah nak meyakinkan.

Sebelaum buat sesuatu, rancanglah dari segi impak PR. Pre-empt la sesuatu itu.

Lantaklah budak Cina ni. Penting kerajaan BN perlu kekal. Kensel apa saja jawatan dia sampai dia tahu bawa diri dia. Kedudukan dan hati budak ini lebih penting ke dari mempertahankan kerajaan BN?

24 comments:

  • Anonymous says:
    May 30, 2010 9:19:00 PM GMT+08:00

    1.Ada satu lagi faktor yang rosakkan imej najib!!faktor terpentingg!!
    2.Kalau hangpa tak percaya!hangpa buat survey dikalangan puak yang educated sikit!!atau dikalangan puak muda!!hatta puak mat rempit dan mat gian sekali pun!!
    3.Siminah gedik!!nak termuntah bro!!dia!shahrizat!yang pakai tudung tapi tak bertudung tu!tak releven lagi dah!!lani zaman 2010!!bukan zaman jogetlambaq dah!!pemaisuri agong pun dah bertudung oii!
    4.Tak tertepih dan tak terjawab nanti puak propaganda umno dalam pru 13 nanti!!nampak kecik tapi besaq kesan dia!!

  • Anonymous says:
    May 30, 2010 9:39:00 PM GMT+08:00

    Ada kemungkinan dak Najib nak kena macam Pak Lah . .? Sebab satu persatu yang dia buat macam nak jerat dia balik . .sekali gus dengan BN sekali terjerat . . Harap2 Tan Sri Muhyiddin kena perhatikan dia lebih sikit ...

  • kingnek says:
    May 30, 2010 9:45:00 PM GMT+08:00

    aku rasa, negara Malaysia ni sudah diambang bankrap, ini berpunca dari kegilaan Pak Lah dan kroni KJ seperti Riong Kali dan lain2.

    Kontrak besar2 seperti ni sepatutnya diberi adil kepada orang Melayu Islam, bukan satu kompeni aje dapat.

    Lagi satu, saham IPO yang diberi ke tangan bumi, sepatutnya dilarang dari dijual terus lepas dilancar, dan dihadkan ke tangan orang Islam.

    Sebab tu 30% tu hilang begitu aje, cina terus beli lepas IPO dilancarkan, kalau hanya melayu boleh beli, baru saham tu kekal ke tangan melayu.

    bangang betul lah segelintir orang UMNO ni, memang benar cina kaya raya dek UMNO, namun, sekarang mereka dah kaya, dah bersedia untuk membuang UMNO yang masih berdegil tidak mahu kuasa politik diberi ke tangan cina.

    Si PR pulak, sudah bersedia mahu berikan kuasa ke tangan cina, dengan wang dan kuasa, nampak gayanya, cina akan menang besar di Malaysia, tanah yang menyebabkan impian mereka tercapai.

    Nak huraikan senang aje, PAS dan UMNO bersatu, tapi kedua2 nya ada pemimpin bangang dan penuh dendam antara satu sama lain.

  • Anonymous says:
    May 30, 2010 9:47:00 PM GMT+08:00

    Ada orang menggunakan mesin basuh yang menggunakan teknlogi "SPIN" yang terkini.Pakaian yang telah di"BASUH" dan di"SPIN" masih berbau busuk.
    Ada juga pakaian yang telah di "BASUH dan di "SPIN" masih mengekalkan bentuk yang asal.....
    Yang sebenarnya ... Orang yang menggunakan mesin basuh itu terlupa nak masukan serbuk pencuci!
    Kah kah kah

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    May 30, 2010 9:55:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    kingnek says:
    May 30, 2010 10:07:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    May 30, 2010 10:21:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    May 30, 2010 10:38:00 PM GMT+08:00

    Aku sedang kebingungan sekarang ni

    toleh kiri nampak PKR toleh kanan nampak BN


    toleh sekali lagi kekiri nampak Anjing toleh kekanan semula nampak Babi

    Dua2 tak leh pakai

  • paktam says:
    May 30, 2010 10:46:00 PM GMT+08:00

    1-Malay Mail-Jika diperhatikan dari dulu lagi Malay Mail main kayu tiga, iaitu tidak terang-terang menyokong kerajaan tetapi laporannya selalu negatif terhadap kerajaan. Selalu mencari sensasi dengan isu-isu walaupun tanpa sambutan.

    2-Ulu Selangor-Pemberian wang kepada sekolah cina memang dicanang-canang, tetapi wang yang akan dikeluarkan untuk membena kawasan kediaman Felda yang tertipu mungkin menelan berpuluh juta rinmggit atau lebih.

    3-Juga wang yang diberi kepada sekolah cina di Sibu diriuhkan tetapi kerajaan akan membina ladang kelapa sawit untuk bumiputra, juga diumumkan, tidak diambil kira. Jumlah ini juga melangkaui puluhan juta ringgit.

    4-PM kata apa-apa model ekonomi baru yang dicadangkan tidak bersifat muktamad, sehingga pihak beliau menyetujuinya. Ini mungkin bermakna mereka yang menjadi ahli dalam kumpulan itu hanya melobi untuk agenda masing-masing, bersama media-media yang disebut di atas. Contoh:-Lihat kes subsidi: kerajaan suruh cari cara mengekalkan subsidi kepada yang miskin, tetapi dihapus kepada yang kaya. Sebaliknya heboh dengan negara akan bengkrup dan sebagainya.

    5-Sebelum mempercayai sesuatu berita, terutama dari media utama negara, kita perlu berhati-hati terhadap Astro Awani, TV Bernama (dikuasai oleh Musa Hitam), The New Straits Time (mungkin juga sama), Utusan (dikuasai oleh kepentingan Kelantan) dan The Stars (dikuasai oleh MCA).

    6-Kegelisahan terhadap kehilangan payong ini memang dirancang dengan tujuan untuk menghilangkan kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO. Ahli-ahli ekonomi yang bukan Melayu sudah menjadi fitrah akan mencadang mengurangkan atau menghapuskan hak keistimewaan orang-orang Melayu.

    7-Kita patut juga mengutarakan kepada pemimpin-pemimpin UMNO lain apakah mereka lakukan dan adakah mereka pak turut? Atau mereka juga bersubahat dengan yang lain dengan tujuan menjatuhkan Najib, walaupun orang-orang Melayu akan binasa akibatnya?

    7-Apa kita patut perhatikan, bukan sahaja polisi kerajaan supaya ianya tidak merugikan, tetapi kita harus juga memerhati gerak-gerik media-media utama negara.

    8-Walau apapun Najib tetap hadir untuk menutup kongres ekonomi bumiputra.

  • Anonymous says:
    May 30, 2010 10:47:00 PM GMT+08:00

    Dalam kabinet mana-mana dapur tak mungkin ada satu item saja yang boleh dijadikan bahan untuk memasak. Di situ ada Soya Cina, Parpu India mali dan Kesum Melayu.

    Apabila masakan sedap apakah Kesum Melayu saja dapat nama? Tidakkah, Soya Cina dan Parpu India juga dapat nama.

    So VINNAN apabila masakan tidak enak apakah kamu, Soya Cina dan Parpu India yang merupakan sebahgian dari ramuan masakan berkenaan boleh mengatakan Kesum Melayu pu**m*4? Apakah Soya MCA dan Paarpu Mic tidak ada Pu**?

    Kah, kah, kah betul kot!!

  • rinandamku says:
    May 30, 2010 10:51:00 PM GMT+08:00

    mari kita balik isu asal , bagaimana dan apa kerajaan patut buat utk kembali gagah disamping engembalikan kepercayaan rakyat seperti dulu ?
    a] patahkan segala isu yg PKR bawa..kena agresif ,
    b] najib kena tegas , dengar suara akar umbi , undi ditangan kita , najib dan muhyiddin kena ubah cara , ubah cara menyerang , harus keras dan tegas dalam parti , berani buat keputusan , kalau tdk orang tak akan hormat/segan dgn u all ..

  • rinandamku says:
    May 30, 2010 10:56:00 PM GMT+08:00

    ketika blogger berhempas pulas berjuang melawan dan menangkis segala taktik PKR , pemimpin2 Umno kaku terpaku , statik tdk berubah , masing2 dengan gaya sikap dan matlamat peribadi , menjelang PR baru bergerak ,
    ketika blogger berhempas pulas berjuang , Umno diam tersengih malu , rasa selesa ..aman dengan keadaan , cuma segelintir yg aktif bergerak , ini perkara yg paling mendukacitakan , menyedihkan , merisaukan akar umbi , PKR bergerak segenap ruang sepanjang masa , UMno bergerak bermusim ..

  • Anonymous says:
    May 30, 2010 11:10:00 PM GMT+08:00

    Kalau di Kelantan menantu menjadi kriteria pilihan, eleh apalah sangat kalau seorang muda belia yang tidak ada pertalian darah dimanja-manjakan. Dua-duanya adalah sama kategori: kronisma dan nepotisma

    Cumanya, berpada-padalah berbuat baik dengan sesiapa jua. Sekupang dua tak apalah tetapi kalau lebih-lebih tak payahlah. Ia bisa dipolitikkan oleh pihak lawan.

    Golongan mentah lagi berhingus, meskipun layak dari segi akademik tetapi mereka tidak 'cool' dan selebihnya sukar untuk mengungkapkan perkataan terima kasih. Itulah impak negatifnya.

    Tak boleh salahkan golongan muda saja, sedangkan yang tua bangka juga tak pandai berterima kasih. Kerana tidak pandai mengenang jasa, bahtera REFORMASI KARAM dek terpukul gelombang keluar parti!

    ALPASIKU

  • Anonymous says:
    May 30, 2010 11:18:00 PM GMT+08:00

    "bahtera REFORMASI KARAM dek terpukul gelombang keluar parti"?

    al=fatehah, amin.

  • Anonymous says:
    May 30, 2010 11:19:00 PM GMT+08:00

    taken from "Malaysian Business, History and More. blog:

    Monday, November 9, 2009
    Taek Jho Low Employed by UBG Berhad
    Taek Jho Low is a 27 year old Wharton School of Business graduate, hailing from the country of Malaysia. He is employed by the Malaysian investment holding company of UBG Berhad.

    There are four segments to the operation of UBG Berhad:

    1. Construction which includes building and civil construction and also electrical and mechanical engineering.

    2. The development of property which also invests in land with the development of commercial and residential properties.

    3. Investment holding and cash reserves which are deposited with financial institutions.

    4. Quarry operations and trading in water related equipment both wholesale and retail.

    bukan sembarangan budak 28 tahun ni. jutawan keturunan campur genius...kalu salah, unspin please....

    mengenangbudi

  • Anonymous says:
    May 30, 2010 11:28:00 PM GMT+08:00

    salam,

    mana jutawan2 melayu islam yg boleh menambat hati kerajaan utk mendapatkan tender juta2 tu? orang2melayu islam terlalu bergantung dgn orang2 islam kaya yg lain sedangkan diri sendiri tidak mampu utk berbuat apa2pun bagi pihak orang melayu sendiri terutama yg dok menyalak kuat2 marahkan kerajaan. bolehka kita sendiri membantu keluarga sendiri keluar dari kepompong kemiskinan jika belajarpun ala kadar? orang belajar sampai tahap cemerlang, kita selalu dgn attitude nasib baik & cukup makan......kesian.

    diri sendiri & keluarga tak terjaga, pandai mengetuk2 keyboard computer sajala. mujur masuk sekolah kerajaan, masuk universiti kerajaan & mujur lagi kerja dgn kerajaan. merasala jugak...itu pun masih nak salahkan semua orang lain kecuali diri sendiri...

    aku cuba mengubah perspektif anak2 pelajarku dgn memberikan pendidikan yg boleh membuka minda mereka berfikir membantu diri, keluarga & negara mereka suatu hari nanti, bantu diri secara sedar. bukan berteriak kosong beretorik semata2....

    pensyarah sambilan

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 8:03:00 AM GMT+08:00

    Bukan budak 28 tahun ni genius, tapi melayu yg bagi kontrak tu yg bodoh, kena tipu kat budak. Kalau genius dia tak enjoy mengalahkan setan lagu tu. Ni jenis putar belit.

  • I help you, you help me wakakaka says:
    May 31, 2010 10:20:00 AM GMT+08:00

    Bro anon 8:03 lagi genius sebab boleh baca karekter orang.

    Yup betul tu kalau genius takan bodoh sangat berbelanja berpuluh ribu untuk enjoy beratus ribu untuk tempat tinggal...sewa pulak tu.

    Hoii orang-orang kampung...wakakaka..sedar tak kita negara boleh bangkrap kalau subsidi tak di tarik balik...dalam usaha nak selamatkan malaysia dari bangkrap, ada ahli-ahli UNITED MUNGKEE NATION ORG dan kengkawannya boleh idup senang lenang macam cita atas tuuuu

    wakakaka...dalam mengutuk PAS dikudakan oleh DAP korang tak sedar umno bersengkongkol dengan cukong cina menipu sebilangan besar orang melayu...wakakaka

    Padan muka...wakakaka

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 10:53:00 AM GMT+08:00

    agaknya anwar dah tak da nama2 besar nak dia salahkan ke??

    ketua hakim ketua polis ketua mahkamah syariah, kjaan menteri2 semua dah abis disalahkan anwar sampai kan ke bdak hinggus mcm jho low ni pun dia nak politikkan.

    terdesak betul anwar nihh.....

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 11:00:00 AM GMT+08:00

    anak2 cina yg melingkari pemerintah ni pun bukan perkara asing dan bukan cerita baru.

    umno yg jaga kepentingan melayu dan islam di negara ni pon kadang2 boleh lemah iman dengan godaan puak2 cina. ini kan PAS dan pkr yg lembik, lagi la jahanam.

    tgk contoh di perak&penang cukup la, melayu2 pas kunci mulut bila diberi camry dan merc oleh pemimpin2 dap.

    semua benda di beri sampaikan khalifah guan eng rasmikan surau di komtar pun pas aminkan. lagi tak bleh harap.

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 11:06:00 AM GMT+08:00

    sekurang2nya umno satu oeganisasi yg well structured. semua tindakan pemimpin atasan di counter semula masa mesyuarat MT umno. bukan sewenang2nya utk seleweng.

    kalau pengerusi umno negeri seleweng atau dilihat seleweng nanti nama sure naik di p/jaya. kena panggil dan jelaskan.

    ada mesyuarat tertutup umno negeri di pengerusikan MB negeri semua benda boleh cakap dan debatkan, kalau tak puas hati.

    cuba lihat pas plak. kes seleweng balak di kelantan semua pemimpin pas pusat tak tahu menahu. senyap sunyi. pandai makan pandai simpan. organisasi mcm ni kalu diberi peluang memerintah pusat, gerenti habis telingkup.

    joe

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 2:03:00 PM GMT+08:00

    setuju dengan kingnek.....PEMIMPIN dalam KEDUA DUA PARTI....UMNO DAN PAS.....kalau x bersatu.....jadi lagu tu la...nanti kalau dah terlepas KUASA....JANGAN LA PULAK MENUDUH SATU SAMA LAIN YEA....SEBAB APA...SEBAB MANGKUK MANGKUK JAMBAN DUA DUA PARTI....SEKALI DENGAN PEMIMPIN YANG TERLALU LIBIRAL.....DALAM PKR....YANG BUAT ANGKARA...SAPA SUSAH NANTI...ANAK CUCU HANGPA LA SEMUA...YANG KAYA TAMBAH KAYA ...YANG MISKIN TERUS TERHIMPIT....BILA NEGARA DAH KECOH....SENDIRI MAHU INGAT LA YEA

  • Anonymous says:
    May 31, 2010 3:02:00 PM GMT+08:00

    aku pun sikit2 was2 jugak dengan pm najib

    tengok dia asyik nak jaga hati cina sepet....3million here 2million there.....FOR WHAT!!!!

    tapi kat kongres MPM baru ni nampak macam ok sikit....TAPI JANGAN CAKAP SAJA MR PM

    kami orang melayu meletak SEGUNUNG HARAPAN PADA ANDA...org cina ada mca, gerakan, dap, ngo2

    BARANG DIINGAT...JANGAN KHIANATI KAMI

    brader izzy..of course

  • Anonymous says:
    June 3, 2010 1:21:00 AM GMT+08:00

    Kenapa pemimpin2 kita tidak belajar dari kesilapan yang lepas..

    Dia orang ni bodoh ke atau saja nak memusnahkan parti.

    Kalau sayang sangat pun kat kuncu2 jgnlah pertaruhkan maruah parti dan duit rakyat..

    Taktik memberi peruntukan ala mee segera ketika pilihanraya dah tak laku..

    Sekarang rakyat menilai setiap aspek pemimpin2 yang bertanding.

fda