Visitors

Wednesday, April 7, 2010

MAFREL, IRI, dan CIA

Mula saja pilihanraya, timbullah suara aktivis MAFREL yang konon membuat rungutan terhadap SPR dan amalan SPR. Yang jelas, rungutan ini adalah rungutan pihak pembangkang. Aktivis mereka adalah aktivis dan apologis PKR.

Siapakah MAFREL?

AIDC News merungkai persoalan ini.

Pendedahan Phil Agee, bekas pegawai CIA mengesahkan bahawa MAFREL adalah mata rantai CIA, sebuah badan perisikan terkemuka di Amerika Syarikat.

Menurut Phil Agee, CIA menubuhkan satu pasukan task force untuk memantau pilihan raya di peringkat Asia Pasifik yang dikenali sebagai NAMFREL berpusat di Filipina.

Menurut bekas pegawai CIA itu lagi walaupun diwar-warkan motif NAMFREL adalah untuk 'memantau pilihan raya' tetapi peranan badan itu lebih besar daripada itu, iaitu campur tangan dan membantu calon proksi Amerika Syarikat di sesebuah negara itu.

NANFREL adalah singkatan kepada Nasional Association Free Election.


Menurutnya lagi, sebelum ini CIA pernah menaja beberapa yayasan Kristian Jerman seperti Friedrich Ebert Foundation (FEF) dan Konrad Adeneur Foundation (KAF) untuk melaksanakan misi yang sama.

Namun pada tahun 1980-an, CIA menukar taktik dengan menaja sepenuhnya 'yayasan demokrasi' apabila Amerika Syarikat menubuhkan NED (National Endowment foe Democracy) pada tahun 1983. Klik di sini

Penggubal undang-undang NED, Allen Weinstein, turut mengesahkan NED adalah nama lain kepada CIA.

"Apa yang telah dilakukan oleh NED hari ini adalah perkara sama yang pernah dilakukan oleh CIA, 25 tahun dahulu", Kata Allen Weinstein dalam Washington Post, 22 September 1991.Klik di sini

NED mempunyai empat cabang penting iaitu IRI (International Republican Institute), NDI (National Democratic Institute for International Affairs), CIPE (Chamber of Commerce's Center for Private Enterprise) dan ACILS (American Center for International Labor Solidarity), di mana pengkhususan kepada pilihanraya di sesebuah negara terletak di bawah bidang kuasa IRI.

Menurut Abd Malek Hussin penubuhan MAFREL di Malaysia kerana bantuan dana daripada IRI dan IRI sendiri mengakui menaja badan 'pemantau pilihanraya' Malaysia itu. Klik di sini

Abd. Malek merupakan bekas Pengerusi MAFREL (Malaysians for Free and Fair Elections).

MAFREL merupakan cabang ANFREL atau NAMFREL yang dibawah kawal selia sepenuhnya IRI dan CIA.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua pembangkang Malaysia adalah salah seorang panel pemikir NED yang dilantik sejak dari tahun 2007 [klik di sini] dan NED khususnya IRI telah terlibat secara langsung membantu karier politik Anwar di Malaysia khususnya dalam PRU 12. Klik di sini.
Rangkaian ini hanya menunjukkan kaitan rapat pembangkang dengan CIA untuk menumbangkan kerajaan.

Mengapa kerajaan asing yang zalim dan terlibat menganiaya negara2 seperti Afghanistan, Iraq, Palestin dan lain-lain mahu membantu pembangkang menjatuhkan kerajaan kalau tidak untuk membawa agenda mereka dalam negara?

11 comments:

  • Anonymous says:
    April 7, 2010 at 2:57:00 PM GMT+8

    Dirty tricks CIA di amalkan oleh Anwar apabila menyuruh pemimpin2 partinya mengaitkan Altantunya dengan Najib.

    Jijik betul si Anwar ni.

  • tamingsari says:
    April 7, 2010 at 3:03:00 PM GMT+8

    MAFREL.pemantau pilihanraya bagi pihak CIA. Sebenarnya Marafel tak begitu penting pada CIA. Stratiji CIA adalah menubuhkan seberapa banyak pertubuhan berbau politik untuk tugas2 tertentu. Saya yakin kerajaan sedar siapa Mafrel sebenarnya.

  • Anonymous says:
    April 7, 2010 at 3:14:00 PM GMT+8

    PAS pun cuba main dirty tricks CIA dengan keluarkan gambar palsu ahlinya kena tetak pedang.Semata2 untuk menimbulkan HURU-HARA!!!!!!
    Tanpa memikirkan kemungkinan kehilangan nyawa.

    Nasib baik penipuan PAS dapat dikesan.

  • Anonymous says:
    April 7, 2010 at 3:16:00 PM GMT+8

    Anwarlah Arah Zulkifli Noordin Kait Najib-Rosmah Dengan Altantuya kata Zaharin Hashim.

  • Local Fighter says:
    April 7, 2010 at 3:35:00 PM GMT+8

    Woit Mafrel, malam tadi kat Taman Sentosa Hulu Selangor ada ceramah haram atas lori oleh 3 badut muda - Tantawi, Shamsul dan Anthony Loke!

    terang - terang buat ceramah politik sebelum penamaan. Ha..ni apa kes?

    Gambar pun ada kat minaq-jinggo fotopages!

    Masa Si Shamsul tu ckp dpn rostrum, nampak kepala je, hehe..renek sangat!

  • joehan says:
    April 7, 2010 at 3:43:00 PM GMT+8

    hipokrit n pembohong paling besar kt malaysia ni adalah PR...menipu n memfitnah je kjenye semata2 nk undi politik...ape punye manusia aa..aku pon xtau..
    PR akn bungkus PRK kali ni ..aminn

  • Anonymous says:
    April 7, 2010 at 3:49:00 PM GMT+8

    Biarkan dia menyalak sana sini sebenar rakyat nak lihat sampai mana pembohongan nya kalau macam ni nak jadi PM aku mati hidup balik tak akan aku benarkan Si pembohong besar ni Jadi PM Rakyat semua sudah tahu tembelang nya hanya tunggu masa saja nak tumbangkan nya PRU 13 nanti tiada lagi PKR(PR)dinegara ini.

  • Anonymous says:
    April 7, 2010 at 4:10:00 PM GMT+8

    Kita sudah menyaksikan gerakan massa berasaskan warna, Bersih yang dikenali dengan warna kuning. Bersih, menurut NDI, “was started by the Joint Action Committee on Electoral Reform (JACER) that emerged from a July 2005 workshop organized by NDI and attended by the three main opposition political parties,” (lihat http://www.ndi.org/malaysia?page=0,1#Funding.)

    Parti-parti politik tempatan termasuk PAS sendiri pernah terlibat dengan bengkel dan latihan dikendalikan NDI dan IRI yang didanai NED (lihat http://www.iri.org/asia/malaysia/2006-08-06-Malaysia.asp.) Merdeka Center, sebuah badan kajian pendapat yang ada kalanya boleh dipersoalkan hasil kajiannya juga mendapat dana daripada IRI (lihat http://www.merdeka.org/pages/08_links.html.)

    Rujuk kembali artikel penuh tentang NED di blog Faisal Tehrani http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/07/artikel-penuh-ned-dan-campurtangan.html

  • Wak Dol says:
    April 7, 2010 at 5:02:00 PM GMT+8

    OK confirm MIC jadi Calon!

    Perkasa hantar satu Melayu jadi calon, hantar yg baik punya!

    Wak Dol

  • utuh says:
    April 7, 2010 at 5:31:00 PM GMT+8

    BN akan kalah kali ini.kah kah kah..ko tgk je lah

  • Anonymous says:
    April 8, 2010 at 8:20:00 AM GMT+8

    ni MAFREL karut ler...bila BN je semua asik salah, kerja dia kutuk BN.kalu PR buat semua betul.pastu SPR minta laporan pilihanraya kecil barulah nk tekencing dibuatnya, akan bagi sebelum pilihanraya kecil ulu selangor lah, setakat bagi je tapi tak ikut format, salah sana sini, kerja mcm buat dgn kaki buat ape. alasan yang dibagi tak cukup kakitangan, dah tau tak mampu kenapa gatal sangat nk tawar diri.nampak sangat depa ni proksi lubang kunyit!

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)