Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Wednesday, April 28, 2010

Jentera BN rajin dan kerja keras tapi macam orang mabuk tak guna otak


Yang kaki botol adalah Zaid tapi kami rasakan jentera BN bergerak macam mereka pula yang mabuk. Jentera BN tidak tersusun dan kelihatan seolah2 tidak tahu apa patut dilakukan. Berterabur.

Pertama jentera BN tidak bekerja sepadu. MIC buat kerja dia, MCA buat kerja dia. UMNO buat kerja dia. Command Centre yang besar hanya berfungsi untuk operasi UMNO. Bilik2 Pemuda, Wanita, Penerangan dll tidak didiami oleh parti2 komponen. Tak faham kenapa command centre jauh dari pusat di Kuala Kubu Baru dan tidak central.

Dua, untuk tempat macam Hulu Selangor, komunikasi adalah satu masaalah. Hulu Selangor ini besar kawasannya dan kemudahan Internet terjejas. Patut difahami bahawa komunikasi utama adalah risalah, ceramah, rumah ke rumah, jumpa kawasan awam di kedai kopi dll. Maaf saya cakap, UMNO dan BN lemah dalam semua bidang ini.

Kami difahami kononnya ada goup SelangorKita yang ditanggungjawab menyebar risalah. Boss mereka cakap besar seolah-olah mereka dah sedia bahan, timing dan tempat sebelum orang lain. Rasanya nak sumbat stokin dalam mulut Dato tu. Mereka sub kontrak ke group lain sebenarnya. INi kes dia orang sapu duit ta[pi ornag lain buat kerja gut?

UMNO lemah dalam penyebaran risalah. Ini patut kerja kumpulan macam Pemuda dan Puteri.

Ketiga, bahan yang disebarkan. Nampaknya bahan yang disebarkan tidak memahami psikoloji orang yang membaca. Kami terjumpa satu majalah bernama MediaNusa.


Sekali baca ini kerja ciplakun dari blog2. Majalah ini dijumpai di majlis MCA untuk pujuk Cina. Terkandung dalamnya adalah isu Zaid persoal Ketuanan Melayu, gambar Eli Wong tak ada moral dll. Ini menunjukkan kita beberapa perkara.

a) ini ada kutu kerja menyamun material orang tanpa memperakui siapa punya bahan.
b) boleh jadi ad akutu guna peluang untuk samun bujet umno untuk buat duit dari ciplak bahan orang.
c) penyebar majalllah ini betul tak ada otak. Ada ke hantar kawasan cina. mana tidak cina sensitif,
d) penulis tak faham bahawa propaganda pilihanraya mesti fokus, mudah/simple dan terpilih. Terlalu banyak sangat mesej yang mahu disampaikan dalam majalah ini dan juga majalah SelangorKita. Selangor kini pembangkang sudah sedar perkara ini dan pendikkan jadi fokusm mudah/simple dan terpilih dan bukan sebemban seperti yang merteka pernah lakukan.

Keempat, Dato2 dan pemimpin jentera UMNO dilihat bermain politik sesama sendiri. Pasal tak suka Mat Taib, ada mereka tidak mahu sediakan material untuk jawab isu Felda Sg Buaya.

Ada pula sibuk nak jaga bontot sendiri. Ada satu risalah nampak macam risalah seorang pemimpin nak menjawab kontroversi dari kesalahannya sendiri yang tidak peka semasa mengatur Konvensyen BN. Siap bayar orang khusus untuk tengok kalau boss kena.

Ada pula macam seorang Ketua Wanita syok nak atur kempen untuk mengetengahkan diri sendiri dan bukan untuk bekerjasama dengan pengurusan.

Masaalah tidak percaya mempercayai antara satu sama lain begitu tersebar. Kebanyakan tidak percaya mempercayai kebolehan sesama sendiri dan akhirnya buat kerja sendiri.

Kalau ada ide nak kasi pada orang UMNO, mereka suka perkecilkan kebolehan dan keupayaan orang lain. Ada lepas tu akan samun idea orang for free.

Kelima, UMNO hanya pandai event management dan bukan pandai berkempen. Patutnya dengan ahli pulohan ribu di Hulu Selangor, UMNO dan BN patut ada orang di setiap kedai kopi, tempat awam, rumah ke rumah, dan lain2 untuk memberi risalah, bercakap, memujuk, dll.

Kadang2 memenangi pilihanraya melibatkan cutting deal. Perlu diketahui loudspekaer dan opinion leader satu2 tempat.

Keenam, UMNO tak tahu pilihanraya zaman IT. Walaupun Internet akses di Hulu Selamgor slow, ini tidak bermakna cara berkempen tidak bileh di IT kan. IT bermakna data base, penyebaran maklumat segera, respons yang cepat dan pelbagai media.

Kalau pembangkang bantai dengan dakyah, kita kena boleh jawab dengan risalah atau SMS blast. SMS blast yang disebarkan oleh operatif BN nampak sangat berfikir macam UMNO dan hanya faham pengundi UMNO. Mesejnya pun mondom. Tak appeal. Tak cool. Mesej yang tak kena pada medium media yang digunakan.

Mula fikirkan penyebaran video. Video production sudah tidak makan masa macam dulu dan ada keupayaannya sendiri seperti face to face communication.

Ketujuh, cubalah berseni sedikit bila nak sampaikan mesej. Bandingkan bawah ini, lain tak limit kasarnya.


Kelapan, kebanyakkan masaalah yang disebuta da kemajuan tapi masaalah yang asyik berulang berkali2 adalah Pemuda dan Puteri lembab dan tidak efektif. Inilah dia bila tidak ada semangat juang tapi memikirkan wang dan upah.

Apa perlu UMNO belanja duit dan upah orang jika tenaga Pemuda dan Puteri ada? Harapkan baju berseragam dan cantik aje? Semangat elek!!!!

Ketua Pemuda dan Ketua Puteri patut dipersalahkan dan lakukan sesuatu. Mungkin Ketua2 Pemuda dan Puteri tidak patut jadi Menteri jika pergerakan masing2 tidak bergerak ..... Kedua2 Ketua nampaknya hanya syok sendiri datang Majlis disambut macam VIP.

Kesembilan, kenapa Cina tidak undi BN? Jawabnya Cina masih menyampah dengan MCA. Chua Soi Lek jangan salahkan Perkasa. Jentera MCA paling lemah sekali dalam semua PRK2. Batang Kali pun anti Chua Soi Lek. MCA hanya nak menyalahkan UMNO tapi bila diminta suggestion, tak ada di kasi. Otak MCA dah lembab. Bila mereka nak menuntut sesuatu, mereka hanya menyalahkan UMNO tapi tak salahkan diri sendiri. Gerakan lagi tak boleh harap. Baik mereka masuk DAP.

Kau orang sila tambah2.

UMNO ni kena bedil sampai mampus baru nak sedar. Kalau mereka tidak berasa cemas dengan kemenangan nipis di Hulu S'ngor tak tahulah. KUbu BN dah boleh terima pembangkang.

Padahal jentera PKR hancur tengah jalan pasal kena bom. Itu pun kita tak boleh score banyak2.

Masaalah sikap, attitude, semangat, kesungguhan, keupayaan, dan kerjasaam dalam UMNO sangat meruncing. Jangan terlalu selesa. Kamalanthan boleh jadi Parthiban dan Hulu Sngor boleh jatuh kembali ke pembangkang pada PRU13 ...

Oh ye ... Terakhir sekali, syabas blogger Pro UMNO. Hangpa hebat dan berkoordinasi. Harap tidak ada malaun cuba mengambil peluang nak menaikkan politik peribadi dan sapu duit hasil kejayaan blogger kali ini.

Yang hebat adalah blogger pro UMNO yang independent dari mana2 perkumpulan. Kalau ikut birokrasi UMNO, tulisan macam pakai kondom.

33 comments:

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 3:03:00 PM GMT+8

    aku cuma sempat pergi sekali saja tengok suasana kempen di HS dan aku setuju apa yang dikata oleh unspinners.... jentera umno/bn tak tersusun. tapi bagi yang buat ceramah samada besar atau kecil, mereka buat kerja. mereka pergi rumah ke rumah. kena halau, kena ejek, kena maki tapi mereka teruskan juga. antara mereka ialah wanita dan putri umno. kesian aku tengok mereka buat kerja. upahnya cuma makan di rumah negeri masing2.. masa tu hari hujan lebat tapi cerama rumah ke rumah terus berjalan. ada satu ceramah cuma tujuh org saja hadir tapi mereka tak kecewa. yang aku marah ialah yang tak pergi ceramah, duduk dekat bilik gerakan, makan, minum dan sembang pagi sampai malam. bila datang VIP, menteri atau pemimpin parti, dia org ke depan dan cakap macam dia org tahu semuanya.. siap bagi peratusan menang kalah lagi. org macam ni umno perlu hapuskan.

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 3:08:00 PM GMT+8

    kami blogger pro BN buat kerja free je bro...takde main2 duit, dkt opis,dkt rumah,dkt kopitiam, sampai dalam tandas pun ada tau, janji ada wifi je...sambil tengah buang kunyit pun boleh hentam pembangkang kenapa org lain tak boleh?kalu nk harap jentera amno terutamnya putera,puteri, pemuda amno je harap boleh melawan dan mengayat puteri je la boleh (pemuda dan putera).

    puteri plak ramai lagi yg tak pakai tudung, rambut biru hijau kuning, seluar ketat (aku tengok pun tak tahan).bini najib pun satu hal, pakai ler tudung, salam dgn laki pakai ler sarung tangan...aduh benda haram dok buat juga.....

  • Mctheory says:
    April 28, 2010 at 3:18:00 PM GMT+8

    Unspin,

    Mc setuju 100 peratus! Mc akan postkan artikel ni di Blog Mc.

  • Mozas says:
    April 28, 2010 at 3:28:00 PM GMT+8

    tersangatlah setuju! ketua pemuda dengan ketua puteri patut la tak jadi menteri.

  • wakilrakyat says:
    April 28, 2010 at 3:30:00 PM GMT+8

    postkan artikel ni ke blog KJ..

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 3:32:00 PM GMT+8

    bro theunspinners,
    you guys are right.
    your analysis are in depth and taken from a reality.thats for sure.
    kalau mangkuk hayun dlm putera,pemuda, puteri or UMNO itself duk gila duit,kuasa tgklah nanti.
    nasehat Tun Mahathir depa buat2 tak sedaq.
    melayu mudah lupa.
    apakah yang depa perjuangkan?
    hanya mereka dan keluarga mereka!

    good analysis bro!
    keep up the good works!

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 3:46:00 PM GMT+8

    syor ini kene hantar terus ke ahmad maslan. dia patut bertanggungjawab lah!!!

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 4:00:00 PM GMT+8

    1.Kesian orang melayu dan islam yang sokong Bn!menang!tapi!puak hindu yang menang sebenaqnya!
    2.Berapa peratus je!puak hindu yang sokong Bn!
    3.Lagi teruk!!berapa peratus puak kapiaq harbi yang sokong BN!Dapat duit berjuta!sekolah cina!last sekali sokong DAP!!
    4.akai tak dak kot puak melayu umno ni!!ini contoh!menang sorak!kampung tergadai!!

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 4:02:00 PM GMT+8

    ahmad maslan should go out.
    nama saja ketua penerangan umno.
    the result shows everthing about malaysian's choices.
    if u read this ahmad maslan, better rethink why you shouldnt be ketua penerangan UMNO drp ribuan yang berkelayakan?
    even theunspinners more dedicate.
    jentera theunspinners is better than UMNO's or BN's propanganda's machine.
    what a shame ahmad maslan.

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 4:05:00 PM GMT+8

    Salam Unspinners..

    Setuju dgn post ni.x perlu tuding2 jari kat sapa2..check jentera BN masa tu..mmg mcm x buat kerja..sepatutnya jentera PKR dah lumpuh BN boleh buat finishing kat diorang...tu lah asyik tidur jer...ni nasib pembangkang kat negeri..x klo tak habis la korang...BN spatutnya tukarkan jentera2 mcm ni..ingat!! BN jgn ambil mudah dan terlalu selesa..

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 4:07:00 PM GMT+8

    1. Setuju 500% post Unspinner..mejoriti ahli UMNO yang dtg ke HS kononnya untuk membantu berkempen ?? mana ada ? apa yang ada dlm kepala mereka hanya " Upah"upah, upah,upah" nampak duit terbeliak biji mata...??? mula persangka macam2

    2. Kebanyakan mereka rasa bahawa semua ahli umno boleh memberi kemenangan,maka mereka asyik suk.. sek..suk..sek..sesama mereka, mereka lupa bahawa yang boleh beri kemenangan adalah pengundi2 di luar UMNO..bukan ahli2 UMNO menyombong pada pengundi2 di satu2 kawan Dun atau pun perlimen.

    3. Harap ambil iktibar pekara ini..
    kalau tak kerana PM dan TPM..susah nak menang..!!

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 4:22:00 PM GMT+8

    1. Kempener BN tidak ada idea macam mana nak jawab balik tuduhan pembangkang. Mereka asyik-asyik cerita lama. Dunia dah nak kiamat pun masih guna cara kuno.
    2. Bila orang bagi tahu bila masuk kampung jumpa mak cik dan pak cik tu kena rendah diri sikit, maklumlah nak meraih undi tapi ramai yang tak sedar diri kempener Umno. Berlagak macam akan berkuasa 1,000 tahun. Angkat kaki pandai nak kempen hancur.

    3. Berkempen tak pernah pakai otak bagaimana nak balun pembangkang. Asyik duduk di Command Center saja dan harap pengundi datang cium kaki mereka. Duduk kedai kopi sampai berjam-jam sembang berdekah-dekah macam orang mabuk candu tapi hasilnya kosong. Cakap pandai tapi kerja tak pandai. Harap duit saja mana boleh.
    4. Kempener BN dan UMNO gagal menilai masalah rakyat dengan cepat dan tepat. Datang kempen main redah saja dan tak bersedia.
    5. MCA dan Gerakan hancur sama sekali. Datang tunjuk muka dan blah. Bilik gerakan mereka macam reban ayam saja. Setengah mati nak bekerja. Macam pahat dengan penukul. Mati calon BN berlari sana-sana. Tee Keat pula tak ikhlas kempen. Mana boleh kempen kasi tau dekat orang Cina "saya datang kempen sebagai ahli biasa MCA saja". Macam nak tak nak saja kempen. Kalau begitu tak payah datang kempen buat semak saja.
    6. MCA dan Gerakan langsung tak jawab isu yang dibangkitkan oleh Lim Kit Siang semasa berceramah depan orang Cina. Tuduhan Lim KS itu menyebabkan orang MCA bisu, pemimpin MCA dan Gerakan mati kutu. Mana semuanya bijak pandai MCA dan Gerakan. Jawab lah, belalah BN atau mereka ini bersekongkol dengan Lim KS nak jahanamkan BN.
    7. Bila PM dan TPM datang saja maka berekor mereka ikut sehingga tak bagi ruang pada pengundi nak jumpa PM dan TPM. Mereka ingat pengundi tak penting. Buat apa nak menyebok bila PM datang. Pegi lah buat kerja masing-masing. Dah ler tu letak kereta di merata tempat sampai rakyat nak letak kereta pun tak ada tempat bila nak dengar ceramah PM.
    8. Kempener UMNO dan BN kena ejek sebab mereka bodoh sombong. Tak tau isu, tak tau masalah kawasan dan tak tau masalah rakyat. Rakyat sakit gigi tapi bagi ubat sakit pinggang. marahlah pesakit.
    9. Kempener BN dan UMNO perlu belajar dari kesilapan di Hulu Selangor ini. Kena betulkan sebelum terlambat. Ada ilmu, ada duit tapi otak lembab.

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 4:34:00 PM GMT+8

    Aku syokkan kajian ni ko brefing kat orang besar2 BN tu, biaq depa sedar apa yang patut nak buat di zaman siber nie. Ingat nie zaman ngundi gambar kapal layar lagi ker...???

  • Unit Media Wangsa Maju says:
    April 28, 2010 at 4:42:00 PM GMT+8

    DEAR UNSPINNERS,

    NAK MINTAK ADVISE SKIT LA !!!

    BLOG KITA ORANG OK TAK ... KE MACAM BLOGGER UMNO PAKAI KONDOM !!!

    MINTA NYAWA !!!

  • Jalak Lenteng says:
    April 28, 2010 at 4:52:00 PM GMT+8

    bro unspinners..,

    Seluruh struktur Umno kena jiwakan semula perjuangan Umno. Ini tanggungjwb semua. Mulai skrg DS Najib wajib fikirkan setiap momentum dari grassroot dlm setiap aspek.

    Utk meletakkan Umno kembali utuh di persada politik tanahair, transfomasi adalah wajib sebenarnya. Perkara ni bukan main-main malahan dah jenuh bercakap dan berwacana.

    Paling menjolok mata contohnya kini adalah seperti KJ yg dilihat amat berbangga dgn youth lab nya manakala Puteri pula merewang-rewang dgn gayanya, tapi kemana hala dan utk siapa, tiada yg tahu allahualammubissawab... Itu belum dikira lagi betapa syok sendirinya naib-naib presiden dan ahli-ahli MT yg lain. Diaorang perjuangkan apa sebenarnya..?

    Terus terang aku katakan, apa yg dilihat disepanjang era Najib seperti semua azam, misi dan visi segenap struktur parti masih tak ubah umpama telor separuh masak. Jika dilihat kpd berapinya ucapan setiap susuk dlm perhimpunan agung Umno yg dulu,nyata ibaratnya seperti hendak meruntuhkan gunung tahan!

    Hakikatnya, roh perjuangan Umno dulu sebenarnya masih lagi di takuk bawah paras kelembapan tegar peninggalan warisan Pak Lah yg dilabelkan sebagai bapa perpaduan M'sia.

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 4:53:00 PM GMT+8

    Lepas ni kurang cikit tekanan dlm PRK Sibu. Sebab nyer kalu BN menang Alhamdulillah, kalu PR menang plak mereka akan punya masalah. Kena tentukan sape yg layak jd ketua pbangkang kat parlimen. Xkan pkr nk jd ketua lg kot. So bila bapak cina jd ketua, tentu ada negative effect jugak kot sokongan melayu kat pakatn haprak tu.. Minta ulasan member2 dlm bloger ckit..

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 5:08:00 PM GMT+8

    WAHHH!!!!! PANAS...PANAS..

    UNSPIN...
    SEBAGAI PENYOKONG PEMBANGKANG AKU MEMANG SOKONG 101% HANG PUNYA "BEDAH SIASAT". KALAU SEKALI BACA DAN TAK TAU SAPA PENULISNYA, AKU SENDIRI TAK DAPAT BEZAKAN HANG NI PENYOKONG PEMBANGKANG ATAUPUN PENYOKONG BN.

    APA2 PUN AKU TABIK SPRING KAT HANG SEBAB BERANI MEMBONGKAR KEBENARAN. TAK RAMAI BLOGGER DAN PENULIS PRO UMNO-BN ADA KEBERANIAN MCM NI. SILAP2 HARI BULAN BOLEH KENA ISA.

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 5:10:00 PM GMT+8

    pemuda umno kena belajar cara pkr dan pas pasang poster dan bendera.mereka pasang lebih cantik,kemas dan tersusun.bendera siap ada frame kayu atas bawah supaya melayang tak ditiup angin.

    aku kadang-kadang bosan dengan gaya pemuda umno atasan yang cerdik tapi tak cukup rajin buat kerja kempen.

    macam IBDIL SUK Pemuda UMNO, asyik twitter saja apahal? buatlah kursus pasang bendera dan poster kat pemuda macam kami ni.

  • PUTRA MERDEKA says:
    April 28, 2010 at 5:15:00 PM GMT+8

    pilihanraya dah menjadi komoditi, bahan dagang yang lumayan bagi sesetengah kutu di Pejabat BN..

  • Aqram says:
    April 28, 2010 at 5:29:00 PM GMT+8

    wa sokong artikel ni. sistem umno kena ubah.

    kita generasi muda kena buat REVOLUSI dalam umno!

  • naDim'IQ says:
    April 28, 2010 at 5:30:00 PM GMT+8

    conRatoOos the MASTER-TU...

    post moterm yg CUKUP mengajar untuk CAPTAIN yg pandai cakap je.. aku copy paste posting ni then aku eMail kat semua PEMUDA negeri.. Xsedar gak, kita pakat ramai2 TERJAH FaceBook DS Najib..

  • joehan says:
    April 28, 2010 at 6:19:00 PM GMT+8

    btul tu bro...pemimpin2 umno ni lemah btul dlm bg hujah2 bernas..walaupon peluru berlambak2 dpn mata tp xreti gune senjata..cmne nk mng..kalo nuar berahi tu..hujah2 yg bodo pon bole jd bernas..tp xpe bro..aku akn support bolgger pro bn dgn tujuan yg sm iaitu menumbngkn pr n yg paling utama menumbangkn manusia paling bodo kt malysia..nuar al juburi..weh kwn2..best siot bertarung kt blog perisik rakyat aka puaka rakyat..hahaha.

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 7:27:00 PM GMT+8

    Salam Unspinners,

    Saya seorang penyokong hardcore Umno dan semenjak isu Anwar tercetus tahun 1998 semasa sy berumur 18 tahun. giat berceramah secara freelance di tempat2 dan dgn kawan2 terdekat. tp percaya x kawan2 bahawa saya belum dpt jd ahli umno, pemuda jauh sekali. tp sy punyai matlamat yg jelas iaitu ingin membela Umno supaya terus jadi kerajaan. bayangkan la sejak tahun 2003 dah 3 kali sy hantar borang melalui balaci pemuda tp lepas dpt borang senyap, kol pun x angkat. di hulu selangor tempoh hari sy turun 3 hari termasuk hari mengundi, tp sy bukan ahli umno so dpt tgk dari jauh aje. so sepatutnya pihak atasan umno kena buka mata hal ini tp kerana kesetiaan tinggi, jujur dan ikhlas sy tetap setia ngan umno

    jgn sekat kemasukan ahli baru. setakat ini sy masih sokong kerajaan dan masih berceramah tanpa mengharap apa2.

    bukhairi 013-3977569

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 8:39:00 PM GMT+8

    Aku respek Puteri UMNO jer.. mmg keras dorg nih. Walaupun tegedik2 sane-sini smp penyokong PR pun mcm beruk bile tgk puteri UMNO aku tetap respek kegigihan mereka.

    Realitinya BN tak boleh selesa lg selepas kemenangan HS. Aku mmg stuju jentera BN g lain seperti MCA dan GERAKAN mmg hampeh!. Kalo aku jadi najib mmg da disiku2 due parti nih. Kalo da buat keje mcm nak taknak jer takpayahla nak demanf tinggi. Patutnye bile Ibrahim Ali sound takpayahla nak melatah Chua Soi Lek oii..! Mmg MCA tak buat keje pun.

    Aku tak sokong pendirian Ibrahim Ali, Najib sbg PM mmg kene tunaikan janji2nya sebab najib adalah PM untuk semua rakyat. Mmg tugas dier utk memberi kesamarataan dan keadilan walaupun undi kaum cina tak memihak kpd BN. Tp hakikatnya ape yg diperkatakan Ibrahim Ali itulah kebenaran yg dirasai oleh semua org Melayu. So MCA jgnla nak terus menerus menuduh PERKASA. Selidiklah kelemahan parti itu sendiri gn mebuat tuduhan smebarangan

  • kingnek says:
    April 28, 2010 at 9:47:00 PM GMT+8

    Kadang2 aku tengok pemimpin UMNO ni, alahai, nak tangkis penipuan puak munafik tu senang aje, tapi macam tak bermaya gitu.

    Mungkin tak cukup exercise kot, banyak makan, takde kuasa nak baca blog pro-BN seperti Unspinners, GAP, Pisau dan lain2.

    Syabas bloger jalanan yang berjaya menghumban si Zaid Ibrahim ke dalam longkang, ALLAHUAKBAR!

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 10:35:00 PM GMT+8

    SHABAS THE UNSPINNERS! UMNO oh UMNO. TUKAR KAEDAH, TUKAR GAYA, TUKAR...TUKAR...TUKAR KONSP KEMPEN ANDA. TENGOK GAYA NIZAR, TENGOK MAHPOS, TENGOK KIT SIANG, TENGOK NIK AJIS... MEREKA BELASAH SEMACAM (TANPA GERUN)DAN MEREKA TINGGALKAN KESAN DISENUBARI PENDENGAR. BERANIKAH UMNO KEMPEN KAT SURAU, MASJID., STADIUM. DULU PAS BUAT GITU MASA UMNO PERINTAH...MEREKA BELASAH. UMNO MISTI BERANI BERDEPAN DAN ARGUE DENGAN MUSUH. ANGGAP PR MUSUH YANG PERLU DIKUBURKAN. JANGAN BAGI CAN. JANGAN TAKUT KENA SIMPAN DI TAIPING. KALAU MAHU MENANG LAKUKAN PERUBAHAN NOW!(KETUA PENERANGAN TAK ADA IDEA...UMNO BUAT BANYAK UNIVERSITI BANYAK PROFESSOR, BANYAK GRADUATE DLM BIDANG KOMUNIKASI DAN PUBLIC RELATION ...GUNA MEREKA JANGAN BIAR MEREKA DICIBAI OLEH PR. KESIAN UMNO GAH TAPI TAK UNGGUL.

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 10:36:00 PM GMT+8

    Betul...betul...betul!

    Pilihanraya daj jadi satu perniagaan bagi puak tertentu...mereka ini macam tauke jual keranda..hali-hali mintak olang mati...pauk inipun sama. Kalau ada MP mati, ada pilihanraya, ada pilihanraya bermakna ada bisness.

  • BKK says:
    April 28, 2010 at 10:49:00 PM GMT+8

    kadang2 aku rasa kelakar jugak bila tengok komen org spt Kingnek yang siap bertakbir bangga pilih hindu yang dok sembah berhala berbanding orang melayu Islam yang mengaku sudah bertaubat.

    Sebenarnya Umno telah tersilap pilih langkah yang mana sepatutnya Melayu Umno yang jadi calon. Dek kerana terikat dengan slogan 1Malaysia, maruah tergadai. Yang untungnya di sini adalah MIC melalui putar belit Samy Vellu, hasilnya mereka dapat 1 MP dan 1 Senator yang bakal bergelar Timbalan Menteri, Palanivel.

  • Anonymous says:
    April 28, 2010 at 11:50:00 PM GMT+8

    betul, aku pun stuju 100%.

    kadang2 isu yg dimainkan pembangkang tu dah kene hentam berjuta2 kali disini, sampai Kaga dah tak boleh angkat muka, stakat pos 1-2 comment konun nak tunjuk masih bernyawa.

    kita disini dah balun puas2 tapi on ground mereka masih terkial2.

    braHIM

  • Anonymous says:
    April 29, 2010 at 9:42:00 AM GMT+8

    bab blog hang dah sebut...aku nak ungkit pasal TV3..

    perluke malam terakhir pengundian ditayangkan janji najib nak bagi 3 juta pada sekolah cina...at the same time umum surau dapat 100k

    kat situ je berapa ribu dah undi melayu lari..undi cina mmg tak dapat...

    bab2 janji pilihanraya ni tak perlu la tayangkan kat tv...umum saja dalam majlis sudah...

    bab kaki botol ngan lumba kuda suratkhabar tak payah campur...biar blog uruskan...bila surat khabar bukak, semua org baca...org cina berjudi ngan menonggang memang kerja dia...

    kelabpemudajiwaluka@gmail.com

  • Anonymous says:
    April 29, 2010 at 10:25:00 AM GMT+8

    Aku sangat setuju dengan Unspinners. BN jangan dabik dada claim kemenangan di Hulu Selangor berpunca daripada penat lelah depa. Maaf cakap k****a b***h. Kalau takde agnesi kerajaan yang bantu BN, kirim salamlah. Setakat korg datang naik mercedes, bmw, harrier, perdana sambil memakai baju kemeja linen kasut kilat nak menunjuk kat pengundi persetanlah. Yang huru hara nak buat keje bangang pasang poster kejadahnye ialah budak-budak muda yang tak cukup umur mengundi yang dituba dengan duit minyak motor RM 10 sorang, itupun kalau dapat. Aku respek kat PAS, pasal pak lebai berjanggut karat pun sanggup pegang bendera dari pagi smpai petang. Ade BN buat? Ahmad maslan janganlah sebok-sebok nak ambik kredit kemenangan ini. Porahlah, kalau setakat pasang poster bendera dan buat ceramah yang ntah ape-ape. Aku cukup respect dengan polis yang setia berkhidmat tak kira penat walau dicerca setiap masa sampaikan makan di kedai makan ramai-ramai dengan YB bergelar Dato' pun kena bayar sendiri! Apalah tahi hidung masinnya YB p*****k tu.Tolonglah berubah BN, kalau tak jangan haraplah nak menang lagi. Rendahkankah diri kita supaya disenangi pengundi, tak perlulah pakai kemeja linen masa kempen sebab bila mati pakai kain kapan gak! Nak tegur sikit UMNO Melaka yang tengok orang tempatan macam aku ni terhegeh-hegeh nak mintak duit korang. Kirim salam! Aku datang nak bantu tapi kau tengok aku macam hanjing laparkan duit korang.

  • Anonymous says:
    April 29, 2010 at 12:14:00 PM GMT+8

    ini baru panggil analisis. critical tapi constructive. way to go unspinners!

    boleh tak sesapa copy this entry and go paste kat muka that blogger sakmongkol yg perasan dialah yg pandai dan paling intelectual dalam UMNO.

    aku nak buat, tapi malas dah nak pegi blog tu lagi sebab meluat sakan. bukan main lagi dia puji si KJ - kononnya ketua pemuda tu bertungkus lumus tapi takpun draw attention to himself, just perform cemerlang tahap supergaban jer masa kempen kat HS kelmarin.

    he painted a totally different picture than this report. pada aku, apa yg unspinners kata more believable sbb sakmongkong bunyi mcm penjilat. no creds whatsoever.

    on top of that sakmongkol nih tulis macam telan buku teks. self-impressed pulak tu. loser betul. hahaha!

  • Chairman Kaga says:
    April 29, 2010 at 5:20:00 PM GMT+8

    MUHAHAHHAHAHA
    TAK PAYAH NAK CRITA PANJANG2. RAMAI KENGKAWAN CINA KU TERBACA BLOGGERS UMNO SPT UNSPIN, DAN BEBERAPA BLOG YG TIDAK BOLEH DINAMAKAN ATAS DASAR KALAU DINAMAKAN KOMEN KITA AKAN DIPADAM, TAPI ORG PAHAMLAH BLOG TERSEBUT (DIKENDALIKAN OLEH KELING YG MENGAKU MELAYU YG SUKA NAK GUNTING TAMPAL POSTING ORANG, SAMPAI POSTING NI PUN DIA GUNTING TAMPAL), IALAH YAKNI MEREKA TERBACA BLOG TERSEBUT DAN BERPAKAT TIDAK SAMA SEKALI MENGUNDI PUAK GEROMBOLAN, APKO AMNENO DAN MEREKA2 SEWAKTU DENGANNYA.

    TERUSKAN BERJASA KPD RAKYAT. BIARLAH BLOGGERS GEROMBOLAN SENTIASA MEMBAKAR HATI RAKYAT DARI MEREKA MENJADI SEJUK SPT KOKA KOLA DAN MUDAH MENDEKATI KONSEP, GAGASAN DAN BUKU 1MALAYSIAH

    YANG BERMUAHHAHAHAHAH DAN HE HE HE HE

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)