Friday, April 30, 2010

'Jangan datang ke S'ngor,' kata Sultan kepada Nik Aziz


Jangan datang ke Selangor

KLANG 29 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sesiapa sahaja termasuk ahli politik yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau sebaiknya tidak perlu datang ke negeri itu.

Titah baginda, jika ingin datang ke Selangor, mereka perlu mematuhi dan menghormati segala peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.

‘‘Rakyat harus maklum beta tidak menghalang rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki.

“Bagaimanapun mereka hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang di sini dan tidak mempertikaikannya kerana ia diwujudkan untuk keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.

“Sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin yang dulu dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Jalan Kota Raja Klang di Kampung Jawa di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Titah Sultan Sharafuddin, larangan penggunaan masjid dan surau di negeri ini sebagai tempat berpolitik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam.

Baginda menjelaskan, ini kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Titah baginda lagi, sekiranya masjid dan surau dibiar digunakan sebagai pentas kempen politik, dikhuatiri ia akan disalah guna dan dicemari dengan perbuatan mencaci serta memfitnah yang akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di Selangor.

‘‘Beta menjelaskan ini kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik dan menganggapnya karut serta sebagai peninggalan penjajah,” titah baginda.

Baginda seterusnya bertitah, pada zaman Rasulullah, masjid digunakan untuk menyedarkan dan menyeru umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana pada ketika itu mereka diancam dan diserang musuh.

Titah baginda, masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk berlindung dan Rasullullah tidak pernah menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.

‘‘Justeru, adalah tidak munasabah membandingkan peranan Rasulullah menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebar agenda politik masing-masing.

‘‘Pada zaman Rasulullah juga tidak ada kemudahan-kemudahan lain untuk berceramah mengenai politik seperti stadium, balai raya, pusat konvensyen dan juga dewan serbaguna.

‘‘Berceramah di tempat-tempat tersebut dan jangan menggunakan masjid sebagai tempat untuk berceramah politik,” titah baginda.
KOMEN: Khalid Ibrahim memberi ceramah politik menerangkan polisi-polisi kerajaan di Masjid berhadapan Command Centre BN. Hasan Ali memberi khutbah politik di Masjid yang sama hingga tertinggal rukun Jumaat untuk membaca selawat.

Nik Aziz datang mahu berceramah politik di Masjid tetapi dilarang. Reaksinya adalah memanggil larangan Sultan sebagai kuno. Biadap sungguh pengamal wahabi yang memecah belahkan ummah Islam.

26 comments:

  • whackthembugger says:
    April 30, 2010 at 9:17:00 PM GMT+8

    Pihak berkuasa harus menghantar surat perkeliling kepada setaip masjid dan surau di Selangor untuk mengikut dengan rapi perentah Baginda yang tidak membenar berpolitik dikarangan masjid dan surau. Justeru setiap ucapan, usrah, kutbah dan lain-lain di masjid dan surau patut dimulakan dengan ingatan perentah tersebut. Dengan penguatsaan seperti ini, saya percaya anasir-anasir perpecahan Ummah terutama dari luar Selangor akan di halang dari membuat kecohan .

  • kingnek says:
    April 30, 2010 at 9:29:00 PM GMT+8

    Kalau Sultan bugis dulu, tak perlu ulang berkali-kali, terus tetak aje penderhaka macam Nik Aziz Wahabi tu.

    Si Nizar tu pulak, bila nak masuk ISA? Rupanya di Malaysia dah boleh menghasut rupanya, gila betul.

  • d'B says:
    April 30, 2010 at 9:31:00 PM GMT+8

    Hah ambik kau Nik Ajis...degil lagi,sila patuh aturan atau nyah kau jgn masuk kenegeri Selangor, ada faham?

    Harap2 Nik Ajis x keluarkan fatwa mengarut dia berikutan titah Sultan Sngor nih...

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 9:48:00 PM GMT+8

    Aku memang respek Sultan Selangor ni..

    Bila semua org dah merapu.. (cth dulu isu zakat dan sekarang ni isu politik dlm masjid) cepat aja baginda buat keputusan.. nah. Jangan cakap banyak..sendiri mau ingat

    Memang respek..

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 10:01:00 PM GMT+8

    kalau melayu dah mula tunjuk ingkar pada sultan,nanti DAP punya bangsa pun akan buat benda yg sama...sekarang ni NI JIAO anjing DAP ni jadi test dummy..kita tengok apa akan jadi.

  • kingnek says:
    April 30, 2010 at 10:10:00 PM GMT+8

    Aku nak ceritakan kisah aku hari tu berbual dengan prof pro-PR.

    kalau korang nak tahu, aku sebenarnya kenal sangat perangai orang cina ni. orang2 cina yang pro-PR ni sebenarnya nakkan Malaysia huru-hara, baru mereka akan dapat perubahan. maksud aku bukan huru-hara kecil tapi habis terus ranap Malaysia ni.

    haha, korang fikir aku berbual asal boleh kan? percayalah, ini kenyataan dibuat oleh seorang profesor cina yang selalu mengkritik kerajaan BN kat aku. aku kenal benar beberapa tokoh mereka ni, yang selalu tulis kat media alternatif tu.

    malah, mereka mengakui, human rights tu semuanya untuk menyelindung hak Cina, itu sebab prof dan doktor falsafah cina pro-PR tu beritahu aku, NGO2 tersebut kebanyakan anggotanya orang cina.

    tak faham lagi ke penyokong PAS dan PKR? Cukup untuk aku beritahu, orang2 ni selalu menulis di akhbar alternatif yang santa popular. hati2 lah ya!

  • Panglima Perang Cyber says:
    April 30, 2010 at 10:12:00 PM GMT+8

    nik aziz dah kena murka dgn sultan..


    syabas semua..

    mari kita hancurkan nama tok guru nik aziz...

    sebab dialah punca masalah umat bergaduh sekarang ini.


    jika dia dapat di'bogel'kan kita akan dapat sedarkan rakyat.


    mari kita teruskan perjuangan..

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 10:28:00 PM GMT+8

    Ahli PAS tiap2 tahun menunaikan haji & umrah dan kembali ke tanahair berkat haji mabrur. Tiap2 hari membaca surah Yasin. Membuat sembahyang di stadium penuh sesak. Tapi apabila menjadi penceramah mulalah membuat pembohongan, memfitnah, penipuan, hasutan dll. Ini lah PAS sebenarnya. Kerana ingin kuasa politik sanggup membiarkan Melayu di hina Islam di pijak

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 11:00:00 PM GMT+8

    aku sokong pas..aku tak sokong sultan. ke nak buat ceramah kat hard rock cafe?

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 12:14:00 AM GMT+8

    Nanti ada la puak puak pembangkang sebar Sultan ni pun ada simpan perempuan. Nak buat character assasination la konon. Dah boleh baca fikiran jumud kaum kurang cerdik kena tipu dgn bangsa kafir ni

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 12:52:00 AM GMT+8

    Unspinners,

    HIPOKRASI SIFAT AZALI?

    Demi keharmonian, semua pihak perlu ada rasa hormat terhadap hak individu atau kumpulan berlainan. Meskipun seseorang itu menganuti agama (bukan ateis) dan rumah ibadat adalah ruang untuk mereka menjalankan aktiviti dan tanggungjawab dalam konteks keagamaan tetapi hak tersebut masih dibataskan oleh etika dan peraturan.

    Persoalannya, apakah adil kalau dalam rumah ibadat A ada parti A bercakap tentang parti B yang berlainan agama dengan si A, sedangkan parti B yang terdiri daripada penganut agama B belum tentu mendapat peluang untuk menggunakan platform yang sama untuk bercakap mengenai parti A?

    Justeru, apakah akan ada parti politik yang didominasi oleh agama A akan membenarkan rumah ibadat mereka di gunakan oleh parti politik B (iaitu musuh mereka dalam arena politik nasional) yang didominasikan oleh penganut agama B!!!

    Natijahnya: Manusia suka bercakap tentang agama, hak, kebaikan, keadilan dan sifat-sifat sejagat apabila suasana yang ia terlibat menguntungkan dirinya saja, tetapi apabila situasi dan suasana yang dipinta untuk dirinya harus juga diberikan kepada orang lain yang tidak sehaluan dan tidak sekepala dengan dirinya maka apakah ia akan bersetuju dengannya?

    Hmm, tidak hairanlah timbul istilah fasik, munafik dan hipokrit dalam kehidupan kemanusiaan. Tanpa kita sedari pihak yang terlalu banyak melabelkan individu lain sebagai itu dan ini, rupa-rupanya memakai label berkenaan pada lilitan kepala mereka.

    Ronson Nib

  • bigben says:
    May 1, 2010 at 12:53:00 AM GMT+8

    Bila kita kutuk lebih, depa kata kena hormat orang tua pasai dia penuh dengan ilmu. Macam ni nak hormat macam mana? Kan aku dah kata, Sultan mesti tak bagi jejak kaki ditanah Selangor. Padan muka. Dia ingat semua orang mesti dengar cakap dia. porrrahhh

    "To Gain Respect Is To Give Respect"

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 12:57:00 AM GMT+8

    Kalau ada pemimpin pakatan haprak yang ingin membela Nik Aziz dlm isu ni harus dihukum BUANG NEGERI. Baru aman Negeri Selangor.

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 2:15:00 AM GMT+8

    padan muka n.ajis kena sound ngan sultan. lepas2 ni akan adalah fatwa2 politik yang dia carutkan!!!

    inilah n.ajis yang dah terlebih makan najis cina2 DAPig tu!!!

  • d'B says:
    May 1, 2010 at 2:36:00 AM GMT+8

    aku sokong pas..aku tak sokong sultan. ke nak buat ceramah kat hard rock cafe?

    April 30, 2010 11:00:00 PM GMT+08:00
    ------------------------------------
    Anon 11pm,
    ~ Nilah salah satu contoh bodoh xbole diajar dan sombong....selain MESJID kan banyak tempat lain yg boleh nak buat ceramah politik..stadium ke, dewan ke, rumah awam ke, balairaya ke, even padang bola pun bole, yg nak sgt buat diMESJID tuh apeke jadahnya?

    Tapi kalau kalau parti pakat2 nak buat di Hard Rock Cafe pun bole jugak..lantak korang le asal bukan diMesjid! Susah sgt ke nak faham kenapa ceramah politik xdibenarkan di Mesjid?? BIla dah hot berceramah kang maki hamun, fitnah, kata-mengata waima mencarut pun akan terkeluar dan mungkin bertengkar-bergaduh akan terjadi...ada otak fikirlah samdul oii kecualilah otak ko letak kat buntot!

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 6:24:00 AM GMT+8

    anon 11:00 ni bukan bodoh lagi dah...terencat akal.kalau nak sokong PAS pun,bagi lah pendapat yg waras sikit brader..FYI,kalau niat kita jujur kerana ALLAH s.w.t,ceramah kat mana pun boleh asalkan niat kita utk mempertahankan AGAMA dan BANGSA.tapi kalau dah mengajak umat ISLAM melayu berpecah,itu ALLAH s.w.t tak suka.apatah lagi dibuat dlm masjid.lepas tu nak cover silap,bagi pulak fatwa yg bukan2...kita nak menyebut pun tak berani.pada anon 11:00 ni,kau beriman ajer la pada ALLAH s.w.t dan nabi junjungan kita.tak payah beriman dgn pakcik tua dari kelate tu..pakcik tu dah nyanyok..lagi pun pakcik tu dah kena tindik idung dgn DAP kafir harbi paling besar di asia tenggara ni.MU SOKONG PAS,MU SOKONG DAP CELAKA,CELAKA,CELAKA.

  • Akazi is HERE says:
    May 1, 2010 at 7:57:00 AM GMT+8

    salam hormat bro

    wali mulut bacin tak tau nk hormat tuan rumah. suke2 embah dia buat peraturan sendiri.

    wa ingat skrg ni si wali cabok tu tgh garuk pale memikirkan mcm mana nak kaver tongkeng ulama mee celup dgn pendedahan kickdefella

    ekekeke

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 8:52:00 AM GMT+8

    Sejak Khalid GG jadi MB Selangor..ramai orang melayu kena tengking dan di beri isyarat "kong kit" di jalan raya...padan muka melayu...

  • PAKATAN THAILAND says:
    May 1, 2010 at 9:26:00 AM GMT+8

    SEBELUM PRU 13, MARILAH KITA ORANG MELAYU DUDUK2 KAT SELANGOR TERUTAMA KAWASAN CINA RAMAI...padat..

    JANGAN DENGAR CERAMAH: CERAMAH BOLEH PURA2..BERLOKON..NAMPAK CAM REAL 16SEPTEMBER...CAM BOLEH CAYA LA..
    CAM TU lah namanya CERAMAH POLITIK...

    PERGI SENDRI KAWASAN CINA RAMAI..RASA PANDANG MELAYU DAH DOWN BROTHER..

    PATUT2 DENGAN PAKATAN LAGI UP.. .PAS TAKAN MAMPU TEGUR DAP..

    PAS AKAN JADI CAM HASSAN ALI..TEGUR YANG MAKAN DIRI SENDIRI..
    [MASA CERAMAH: HARI NI PAS MENANG, ESOK KILANG ARAK TUTUP]

    WAHAI PAS KUASA BANGSAMU HAKIKATNYA TERLETAK PADA UMNO

    MELAYU PKR LAGI TAK BOLEH TEGUR DAP.. DISINGKIRKAN.. DIPECAT.. ya demi kuasa TERPAKSA..

    WAHAI PKR KUASA BANGSAMU HAKIKATNYA TERLETAK PADA UMNO..

    UMNO TERPAKSA DUKONG MASALAH KAMU TU !!

  • MASJID OH MASJID says:
    May 1, 2010 at 9:39:00 AM GMT+8

    NIK AZIZ TERLUPA HULU Selangor bukan jajahan Takluk Kelantan..

    ni ada kisah SKET. KEJADIAN BERLAKU kat majid johor bahru, air molek..

    tingkat atas untuk budak2..
    BISING NAK MAMPUS..

    menda ni dah lama.. TAK BOLEH NAK BUAT APA LA..DIAM JELAH..BISING GILA..TAK DENGOU APA YG DICAKAPKAN..

    TETIBA NAK KATAKAN HARI BERSEJARAH: MAMAT ni nengok muka memang DAH TAK BOLEH TAHAN LA..macam TARZAN

    D D D D I I A A M M M M M M ! !.....! (JERITAN GERAMMM)

    HA senyap 1Malaysia... kalu jarum jatuh boleh dengao la..

    ITU BARU BISING.. KALU CERAMAH AGAMA BERAPI2 CAM NE.. tengok clip si nizar tu..

    silap2 ada orang baling orang kang..
    kalu nak review la.. orang baling krusi kan kan.. BERGADUH DLM MASJID..CAM NE..kita nak sembahyang ni..hati sakit ni..

    MASJID BAWAK PERPADUAN UMMAH KE..? berdiripun suruh rapat2..pas korang buat benda terbalik LA...!!

    .

  • Pemerhati says:
    May 1, 2010 at 10:28:00 AM GMT+8

    TGNA ni Sultan Kelantan pun murka dgn dia. Tak ada canlah nak jadi MB Kelantan lagi selepas PRU13 nanti. Bodoh sombong betul!

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 1:49:00 PM GMT+8

    wahai pakcik tuo bernama nik aziz,kubor kata mari,rumah kata pergi..berkira2 lah amalan kamu tu..jgn jadi agent DAP yg ternyata benci ISLAM.kelak menyesal kemudian dah tak berguno...

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 2:44:00 PM GMT+8

    SALAM..
    Aku nak tanya sikit, n.ajis tu ada kuasa mutlak ka dalam pas?? anggota pas yg lain sunyi sepi...termasuk presiden... apa hampa buat.. sapa yang kontrol pas..

    bila pas cakap saja ada n.najis..bila ada n.janis saja ada pas yang lain pi mana. mahfos ada ...oh dah mam***

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 6:42:00 PM GMT+8

    pas nak ikut cara pemerintahan islam dulu la...zaman dulu masa pakai sistem khalifah mana ada org boleh lawan cakap dia...ko pegi bukak buku sejarah islam. dlm pas mursyidul am tu yg besar sekali. lepas nik ajis...haron din..tunngu nik ajis padam haron din la ganti. presiden tu tak banyak kuasa sgt aku rasa.

  • Anonymous says:
    May 2, 2010 at 1:49:00 PM GMT+8

    DAULAT TUANKU...

    atas nama islam ....jika berlaku sesuatu, patek sedia berjuang dihadapan mempertahan tuanku

    brader izzy

  • Anonymous says:
    May 2, 2010 at 2:01:00 PM GMT+8

    orang pas taksub gila kat n.ajis kononnya sebab dia ularmak...sampai n.ajis mengadu selipar dia kat rumah pun kena curi...ada keramat lerr konon...

    hua har har.....

    YANG AKU DOK MAKI DIA KAU-KAU...TAK DE PULAK KENA BALA APA2 PUN, SEJAHTERA HIDUP AKU SEKELUARGA...AKU RASA ALLAH TERUS SAYANG KE AKU SEKELUARGA...

    SEBABNYA AKU YAKIN MENENTANG DIA ADALAH BETUL.....

    brader izzy

    p/s
    hari tu ada la aku tanya mamat ni(lulusan u)...apa pendapat beliau tentang nik aziz??

    dia jawab..."hah!! mu panggil dia nik aziz ja"

    HUA HAR HAR...bengong budak ni

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)