Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Friday, April 30, 2010

Ahli politik jangan sibuk urusan polis dan politikkan kematian Aminulrasyid


Ahli Politik Diminta Jangan Campur Tangan Kes Remaja Ditembak Mati

SHAH ALAM, 28 April (Bernama) -- Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya tidak campur tangan dalam siasatan polis berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin lepas di Seksyen 11 di sini.

Beliau berkata campur tangan sedemikian akan hanya mengganggu siasatan.

"Ada yang mengada-adakan cerita dan mendesak polis memastikan anggotanya tidak 'cover up' kes berkenaan. Ini semua akan merungsingkan anggota keluarga mangsa dan mengelirukan masyarakat serta menimbulkan persepsi yang tidak betul.

"Janganlah jadi macam ayam yang suka berketuk sebelum bertelur. Biar polis menjalankan siasatan secara telus tanpa melindungi sesiapa bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Jika siasatan mendapati pihak kami (polis) yang cuai dan melebihi kuasa yang diberikan, maka tindakan setimpal akan diambil," katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini.

Dalam kejadian berkenaan kira-kira pukul 2 pagi, Amirulrasyid Amzah meninggal dunia selepas terkena tembakan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.

Khalid berkata polis merakamkan percakapan sembilan saksi berhubung kes itu dan akan merekodkan kenyataan saksi utama hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan membincangkan kes itu bersama Timbalan Pendakwa Raya sebelum hujung minggu ini bagi mendapatkan arahan seterusnya.

Seterusanya sini
Sedih marah ... kecewa atas apa yang berlaku. Lihat juga perspektif polis. Hari ini orang ramai mengharap polis menjaga keselamatan mereka dan menggadai nyawa mereka sendiri.

Perompak dan kecurian hari ini tidak lagi datang tangan kosong tetapi bersenjata. Mungkin berpistol, senapang, parang dan pisau. Kereta pun boleh jadi senjata menlanggar polis.

Dalam detik beberapa saat, kita tidak tahu apa yang sebenar berlaku. Adakah adik Amirulrasyid gerak laku menimbulkan syak polis yang melengkapi cara operasi penjenayah? Polis perlu bertindak segera. Adakah prosudur SOP telah diikuti?

Bukan mahu dikatakan Amirulrasyid penjenayah. On the hind sight, kita tahu Amirul adalah budak baik dan pemain bola yang cekap.

Tidak sekali, tetapi fikirkan pada saat Amirulrasyid cuba melarikan diri. Adakah dia menunjukkan aksi yang seolah2 membahayakan polis hingga keempat2 polis terpaksa bertindak? Ini hanya boleh diserahkan kepad apihak yang berupaya menyiasat iaitu polis sendiri. Usah diandaikan apa2 melainban setelah penyiasatan dilakukan.

Yang kami hairan, kenapakah anak berumur 15 tahun ini dibenarkan membawa kereta kakaknya dan apabila berhadapan dengan situasi sedemikian, anak yang terlalu muda memang mudah panic? Pada kami kakaknya cuai dalam membenarkan budak ini membawa tanpa lesen.

Sayang sekali, anak muda yang ada masa depan yang baik tercabut nyawa begitu aja. Inilah ketentuan tuhan. Bersabarlah kita semua. Sedekahkan fatihah kepada Amirulrasyid.

Sementara itu, ramai ahli politik sudah mengambil peluang dari peristiwa menyedihkan ini untuk agenda jahat mereka terhadap polis. Khalid Ibrahim sudah beri duit RM10,000 untuk urusan guaman keluarga. Lim Kit Siang pun sudah lawat dan membuat kenyataan menuntut IGP berundur. Ahli politik yang lain pun turut sama menziarahi.

Syukur kami, ibu Amirul sudah meminta jangan disensasikan dan dipolitikkan kerana ini hak peribadi mereka. Lihat video di Parpukari sini

38 comments:

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 6:11:00 PM GMT+8

    Org politik ni memamg tak kerja lain. Suka ambik peluang je, tak kira orang mati ke, sakit ke , dalam masjid , atas pentas, di Parlimen atau DUN mereka ni semua hanya pikir kelebihan politik. Memamg tepat titah Sultan Selangor tu.
    Bebaskan lah masjid dari kegilaan ini.Takkan tak cukup memfitnah dan mencaci sesama bangsa dan agama di luar masjid.

  • hahn says:
    April 30, 2010 at 6:15:00 PM GMT+8

    Yang jelas Polis tidak mendapat sebarang faedah dengan tindakan tersebut sekiranya ianya di sengajakan.

    Setiap apa pun perkara di dunia ini tidak ada yang sempurna. Sesungguhnya sifat lupa dan lalai itu adalah sebahagian dari sifat manusia.

    Polis juga manusia seperti kita dan mereka juga ada tanggungan yang perlu di beri makan pakai. Mereka juga berhak melindungi diri mereka semasa menjalankan tugas.

    Keamanan yang kita kecapi sekarang adalah kerana jasa Polis.

    Jika Polis tidak berfungsi, negara ini akan huru hara seperti yang di kehendaki Anwar dan kuncu2nya.

    Itu yang mereka perbuat sekarang supaya rakyat tidak mempercayai Polis!

    Lihat saja tindak tanduk pembangkang yang membayangkan mereka belum berfikiran matang dan bertamadun. Sangat membimbangkan sekiranya memerintah.

    Kekecohan seperti di Thailand adalah impian yang sangat sangat di harapkan oleh Anwar, PR dan yang sebangsat dengannya.

    Begitu, fikiran kita yang Anwar jangkakan. Mungkin sekiranya orang Malaysia berfikiran seperti orang kampung di Thailand iaitu si Baju Merah maka cita cita Anwar tercapai.

    Terima kasih kepada perancangan pendidikan Malaysia menyebabkan rakyat telah lebih maju di segi pemikiran dari Anwar dan anjing anjingnya jangkakan.

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 6:23:00 PM GMT+8

    Tn
    Disebabkan SELALU pihak berwajib LAMBAT/Lembab keluarkan kenyataan dan sering tidak TELUS maka anda tidak bolih salahkan rakyat untuk buat andaian. Tengok KPN apa dbuat kenyataan atas kematian Amiru rasyid KPN makan gaji duit rakyat. Yang penting tubuh aje badan bebas beri kasa macan polis siasat kematian.

    Ingat le macam mane nak maju kan polis kalau semua kesalahan Polis nak coverup..

  • cucu polis says:
    April 30, 2010 at 6:27:00 PM GMT+8

    memang la sedih...tapi dari satu sudut polis kena siasat betul2 dari segenap segi.
    Aku cakap ni bukan nak ganggu tugas polis, cuma sekadar renungan bersama...

    Ni takde kaitan dgn kes baru ni.

    sesekali fikir kadang2 polis yg ronda2 tu skrg terdiri dari anggota yg muda belia sgt lagi. cuba kita bayangkan jika mamat polis umur dlm 20an...bukan apa bila aku tengok budak2 polis muda2 belia ni kadang2 aku tertanya juga, masa dlm training diorg ni dah masak ke dlm aspek psikologi, dlm kawalan emosi dll.

    Bukan nak pertikaikan kuasa polis, jauh sekali nak perkecilkan, namun segala aspek sahsiah dan spritual anggota yg muda2 belia ni kena dititikberatkan juga oleh pasukan polis.

    sebab bila cerita bab polis ni, kita harapkan semua polis menjalankan amanah kuasanya dgn baik. Jika takde polis musnah negara. Tapi kalau tengok filem terutama hindustan, ramai juga polis jahat....tu kadang2 berasap kepala!

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 6:28:00 PM GMT+8

    Poodaah. Mana ada semua polis baik.
    Depan mata saya nampak polis tahan orang curi duit pelancong lebih kurang RM20000.00. 2 orang polis ugut nak tangkap dia dan bawa ke balai rumah pasong. Lepas tu duit tu diberi pada polis. 2orang polis pun lepas. Rupanya polis tu yang ambil duit tu.. macam mane INI polis korup

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 6:30:00 PM GMT+8

    salam semua..aku sedih kalau baca berita online di facebook..byk yang menghasut supaya membenci polis..individu ni hari akan membuat komen menghasut..bagaimana kah untuk memhentikan nya..perkara begini amat merbahaya..unspinner tolong bt sesuatu agar pekara yg buruk lg tidak berlaku..sila tgk kat online berita harian ke sinar ke atau utusan..mamat ni sentisa ada utuk menghasut orang ramai membenci polis..cuba tgk mamat ni AIDIL ADAHAR,PISANG PANAS PANAS.KHALIZAN HARUN,AZHAR ALIAS...DAN BYK LAGI..TAPI YANG MELAMPAU ADALAH AIDIL ADHAR..TGK LAH SENDIRI..TQ MAFIA

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 6:59:00 PM GMT+8

    Budak "Gereja" tu saja nak tutup marah orang Shah Alam dulu...

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 7:06:00 PM GMT+8

    PASberg kan ada Unit Anjing Pengesan dia orang sendiri. Siap pakai baju merah dan bere hijau lagi. Pas ni kalau ada pe2 hal... janagn report polis tau. korang kan benci polis.
    PDRM teruskan usaha murni mu... Benteras penjenayah walau terkorban nyawa... Sekarang ramai yang membela penjenayah dari yang dengar penjelasan orang yang benteras penjenayah.....

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 7:26:00 PM GMT+8

    anon 6:28,lu ala bukti ka hamsap?itu polis corrupt depan mata lu ya?waaahh!!manyak bagut punya opportunity,lu satu olang nampak ka hamsap?kalau semua polis talak baik,apa pasal lu tak jadi polis?lu sama lu punya keturunan masuk polis la!!celita banyak!!itu polis di china sana pun tembak olang tibet sama Uighur.oi hamsap,lu punya bangsa paling racist ata tau tak?!!lu punya olang manyak apartheid!KRHOOOIIIHH PTUIIII!!!

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 7:33:00 PM GMT+8

    salam,

    anon at 6:28:00 PM,

    memang bukan semua polis baik tapi takderla sampai ke tahap macam polis di india @ hongkong yg awak tengok dlm wayang tuh. yg awak tengok sendiri tu pun kes terpencil je. tu pun ramai yg menyamar jadi polis sebab senang nak kenakan orang. awas! dah ramai kena tangkap & didakwa menyamar polis nih. mungkin tak sampai 1% dari anggota polis yg ada berperangai macam tu. jgn menidakkan keamanan yg ada ni kerana kawalan polis & tentera kita. tanpa mereka tak mungkin ada keamanan ini...fikirlah secara tenang...ramai ibubapa polis, anak isteri polis yg akan kecil hati dgn tohmahan umum awak ni. awak takder kaum keluarga yg kerja polis jer? kalau awak sendiri polis tu, macam mana? ye lah, mana mungkin kan sebab awak lebih suka jadi ahli politik tanpa kerusi.

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 7:39:00 PM GMT+8

    Kepada Keluarga Arwah:
    Takziah dikirimkan kpd keluarga arwah. Mungkin Allah s.w.t lebih sayangi beliau, oleh itu kite yg di dunia ambil pedoman teruskan hidup perbaiki kesalahan. Kami paham Ibu aminulrasyid kluar memberi kenyataan media apabila ramai yg mengatakan anaknya sorg penjenayah. Persepsi itu telah ditepis sama skali dan rakyat sudah phm situasi sebenar. Terima kasih kepada Puan kerana menerangkan perkara yg sbnar agar tiada salah paham yg berlaku

    Kepada polis:
    Ambil iktibar dr kecuaian ini. Kami memahami situasi kejadian itu. Polis mana boleh mengagak suspek yg melarikan diri itu adalah hanya bdk berumur 15 tahun. Mungkin kesilapan arwah melarikan diri mungkin kerana panik telah mencurigakan pihak polis sehingga berlaku kecuaian sehingga melepaskan tembakan yg memakan dirinya sendiri. Polis telah menjalankan tugasnya. Teruskan perkhidmatan utk menjaga keamanan. Dan teruskan siasatan kes ini utk keadilan pihak arwah.

    Kepada Pembangkang:
    Tolong jgn politikkan isu ini. Jgnlah membina persepsi bhw 'polis SENGAJA menembak budak bwh umur kerana cuba melarikan diri' Gilo ape kalo ade polis ade undang2 'sile tembak smp mati budak bwh umur yg kluar mlm'. Dlm ke ini polis pun taidak menahu siapakah suspek yg memandu ketika itu. Mungkin ianya perompak? mungkin ianya perogol? mungkin juga ronnie liu yg tgh seludup beer ke shah alam? kesimpulannya waktu kejadian itu polis tidak mengetahui suspek dan apa yg cuba disembunyikan ketika melarikan diri. Jgnla terus menuduh polis itu kejam. Polis tgh jalankan siasatan..jgn cube nak buat perspektif yg bukan2..

    Kepada makbapak:
    Jagalah anak2 anda. Awasi segala kegiatan mereka. Jgn bilee da jadi camni br kite nak menyesal. Mahfuz takperla anak die tak mati pun overdose dadah, kene sumbat dlm serenti jer..sbb tu dier dok melalak salahkan polis lagi. Bile da kene btg idung sendiri br nak diam. Awasilah dan bimbinglah anak2 anda sebaik mungkin.

    Special to DAP:
    Arr...itu budak mati Melayu ka? takpa2 ini small matter jer. Kalo itu budak Cina...mmg itu polis kejam, Rasis saje2 mau tembak itu budak. So we must carry out Suruhanjaya Diraja mcm TBH. Kasi punish itu polis n bgtau satu dunia. -LimKitSiang

  • Anti BODOH says:
    April 30, 2010 at 7:47:00 PM GMT+8

    bodoh punya anon 6.28....kalu dah nampak buatla report polis...kalu tak kat pej kadi pun blh

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 7:48:00 PM GMT+8

    aku cuma risau kalau ahli politik pembangkang bila mereka tidak dapat politikkan kes arwah amirul ini disebabkan keluaga mereka sendiri yg menutup semua ruang utk pembangkang manipulate.

    aku takut2 nanti keluarga ni pulak yg di serang hebat.

    takut nanti dituduh keluarga umno dsbnya. lita faham sangat perangai mereka.

    braHIM

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 7:56:00 PM GMT+8

    Kepada ahli politik jangan ambil kesempatan dalam kes adik aminulrasyid banyak kerja lain patut YB YB buat bukan suruh buat kerja polis Hei dengar sini Ahli Politik bangang macam mana kalau polis ditembak dan langgar sampai mati,koma,cacat ada ahli politik ambil tahu tentang keluarga mangsa macam Tiang chua langgar tentera tempoh hari apa sudah jadi diam saja sebab kena batang hidung mereka semdiri.

  • sayuti bangang says:
    April 30, 2010 at 8:16:00 PM GMT+8

    biasala....ahlul politik pembangkang kan semua spesis bangang...dah minum air kecing nuar...nak bilas bukan senang...minum air tanah pun blum tentu blh jenih kepala otak diorg!!

    Bodoh punye penyokong politik pembangkang!!

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 8:20:00 PM GMT+8

    ini DAP mula ambik kesempatan!konon2 terbukti polis jahat.si TIAN CHUA bunuh anggota askar sampai putus tangan aper citer?semua buat bodoh.konon2 nak jaga hati org cina,wah!untung la jadi cina kat malaysia ni..manja nak mampos!cuba kalau org melayu yg mcm tu kat negeri cina,mati idup balik tak akan dapat keistimewaan mcm tu.dah lah kita bagi singapura kat depa,tu pun tak cukup ka?!!nak satu malaysia ka?!!sudah ada china,HK,taiwan,s'pore tak cukup ka?

  • FAN says:
    April 30, 2010 at 9:12:00 PM GMT+8

    Hal ni bukan susah sangat nak fikir. Polis bertindak kerana keadaan tidak kelihatan langsung budak 15 tahun yg bwk kereta. Sesiapa pun tengok pasti akan berkata penjenayah yang bwk kereta. Tetapi ketentuan Allah dah berlaku. Polis yg menembak mungkin silap pertimbangan dan pasti dia patut dihukum kerana kecuaian. Keluarga yg tak peka sampai mangsa boleh bawa kereta juga patut mengaku silap dalam hal ini. Yang pasti alhi politik yg mengambil kesempatan juga layak dilebel 'penjenayah'. memburukkan persepsi orang ramai terhadap polis..depan mata kes langgar mabuk sampai koma..langgar laju nak pi ceramah politik sampai mati tak disibukkan..hal orang lain disibukkan..Lim Kit Siang memang rasis...!!!

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 10:01:00 PM GMT+8

    Sebelum itu, saya ingin mengucapkan takziah..

    Beberapa menjak ini saya meneroka pelbagai laman web sosial, saya perhatikan:

    1. Ada antara web sosial yg menghina insititusi yg sepatutnya dihormati- PDRM dihina pelbagai gelaran- sebut apa sahaja; daripada Polis israel, polis ada lesen tembak orang sesuka hati, polis rasuah dan segala macam penghinaan diberikan.. tak tertulis

    2. Ada pula laman web sosial yg ditubuhkan khas kononnya utk menuntut keadilan utk Allayarham, tetapi hakikatnya 90% adalah utk mengutuk PDRM

    3. Ada yg menuntut agar KPN diberhentikan

    4. Perbincangan kata-kata kesat di forum mengenai PDRM

    5. Ada juga bersimpati dgn keluarga remaja tersebut

    Pendapat saya:

    1. Walau apapun, polis yg menembak tersebut adalah salah (sepatutnya beliau patut fikir dahulu sebelum buat keputusan]dan telah pun digantung tugas dan dlm siasatan - [tak cukup dgn itu, rakan sejawat yg turut bersama dan tiada kena mengena2 dgn tembakan tersebut turut digantung tugas].....apa lagi mahu? Biar mahkamah jatuhkan hukuman.

    2. Ada sesetengah pihak cuba mempolitikkan isu ini.

    POINT 1- Bagi mereka polis ialah kerajaan, maka kerajaan yg memerintah -persekutuan ialah BN, maka bg mereka yg berpihak pd pembangkang melihat apa yg polis buat mencerminkan kerajaan.

    Sempit betul fikir diorang ni. Mcm thp budak sekolah sungguh. Kalau begitu, Polis di Selangor & Kedah patut goyang kaki. Sebab kerajaan disitu ialah pembangkang.(Hm.. polis yg menembak pun di Shah Alam...)

    POINT 2- Kejadian yg sebegini memang ditunggu2 oleh mangkuk-ayun yg patut dibuang kewarganegaraan ini. Kalau kita fikirkan, penjenayah mcm Kugan pun dijulang dek kerana kemaruk politik, kalau kes budak ini memang panas utk dibuat isu.

    Bagi saya, polis tersebut bukan sesuka hati utk menembak. Mungkin niat agar remaja tersebut tidak lari, tetapi dgn cara yg tidak kena. Manusia membuat kesilapan. Dan atas kesilapan ini, sememangnya polis ini telah menggadai jawatannya secara tidak langsung.

    Kalau betul polis suka tembak org sesuka hati, pasti yg mengutuk dlm web sosial tersebut dah mati (pasti hampir semua org ramai pernah at least sekali seumur hidup terserempak dgn polis.. jumpa polis pasti mati kena tembak punya. Nak kutuk pun dah tak boleh..)

    Tak adil maruah PDRM dipijak. PDRM bukanlah satu2 institusi kerajaan didunia ini.

    Andaikata kalau doktor di hospital cuai hingga meragut nyawa, adakah kita akan hina hospital tersebut? Atau benci semua doktor dlm dunia ini. Kalau macam tu, kalau sakit ubat sendiri... (dalam konteks PDRM, kalau institusi ini seperti yg mereka katakan, kalau ada penjenayah... tangkap sendiri la..ada berani. Penyamun datang hulur parang kat tekak sure terkencing dlm seluar punya. Mcm jiran aku.. last2 panggil polis suruh dtg. )

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 10:03:00 PM GMT+8

    POINT 3- Kalau perkara sebaliknya berlaku, tiada siapa yg ambil peduli.. ucap takziah lepas tu lupa.


    Hmm.. kalau polis lumpuh kena langgar mat rempit (aku ada kenal sorang, anak kecik2 lagi), atau mati ditembak penjenayah, takde sape pun nak buat inkues itu ini, tubuhkan akaun web sosial utk tuntut keadialan.. ( sbb isu ni tak panas kalau dibangkitkan).

    Hm.. ataupun kalau penjawat awam mati dilanggar pihak tertentu (contoh yg berlaku tak lama dulu, seorang ahli politik malas-nak-ckp-lmbang mana dgn drivernya telah terlanggar mati penjawat awam)... senyap membisu seribu bahasa.!!!!!

    3. Budak tu pun mcm problem je...? tapi dh tk bole nk hukum dah..

    KESIMPULAN

    1. Salah tetap salah

    Kalau salah kita bicara hukum. Macamlah takde polis langsung yg kena hukum. Kalau polis tu kebal sgt, takde la unit tatatertib. Takdela yg kena buang kerja (ko ingat polis takde ke yg tak kena buang kerja.. nak aku sebut?) takpun yg turun pangkat. Ada yg kena turun pangkat sebab anak buah punya pasal.. cth macam kes ini, superior dia mesti tk duduk diam punya.

    Konon kata polis jahat, rasuah... ada terkena ke polis mintak duit?

    Kalau ada polis rasuah, ambik nombor dia pergi lapor jgn ckp banyak

    Kalau polis buat salah, lapor je.



    2. Tak payah politikkan isu ni

    Bagi aku, ada politik yang dah sampai tahap busuk bangkai. Daging busuk mcm perut boleh makan lagi..(sedap buat kerabu) tapi yg ni dah tahap bangkai... Kenapa?

    Sebab agama dah dipermainkan,(isu peruntukkan masjid, kalimah Allah, zakat etc)... raja dah dihina, SPRM dan nah sekarang ni giliran PDRM pulak.

    Kalau ada salah betulkan.. jgn kutuk aja(mcm dlm konteks PDRM dgn hospital dalam point sebelumnya)

    Aku bengang sebenarnya bila kutuk polis ni.. polis buat kerja tak kira lambang mana (aku pun bukan suka politik pun). Tapi aku bengang bila kata polis itu ini.

    Penat apak aku kerja. Korang tido lenyak, apak aku ada kat balai. Kadang2 kena ronda.. (korang dah dibuai mimpi). Kalau yg polis trafik, sampai dapat kanser paru2 sbb ada kat j/raya utk tempoh lama. Panas terik toksah cakap. Paling tak best kalau tak dapat balik raya..

    Aku tak kata semua polis baik. Dan Aku tak kata semua polis jahat.

    Mcm aku ckp, kalau baik kita jadi tauladan, kalau salah kita lapor bagi hukuman.Jgn ckp banyak.

    Dah boring. Pikir sendirilah.

    Kita tunggu keputusan mahkamah. abis cite.

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 10:05:00 PM GMT+8

    Kes macam ni diorang ambik endah pun?..silap2 org pun dah lupa...

    http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_d860e18d-cabec5bb-d1f0ad00-9a92212c

    Dua anggota polis ditembak mati, seorang lagi cedera parah dalam operasi



    Dua anggota polis ditembak mati dalam satu operasi membanteras dadah di Jalan TS2 Taman Suria, Kampung Desa Aman, Sungai Buloh Khamis malam.

    Sementara itu, dua lagi anggota polis yang terlibat dalam operasi yang dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Kontinjen Selangor itu cedera parah.

    Anggota yang mati dikenali sebagai Lans Koperal Alagesan Malappan dan Lans Koperal Jayabalan Krishman.

    Anggota yang mengalami kecederaan parah dikenali sebagai Cif Insp Helmi Zakaria dan Cif Insp Rajkumar Laju.

    Kesemua anggota polis terlibat berusia dalam lingkungan 30-an.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian mengesahkan kejadian tersebut yang berlaku antara pukul 7 dan 7.30 malam.

    Bernama melaporkan beliau berkata ketika operasi itu dijalankan, empat anggota polis itu yang berpakaian biasa bersedia menyerbu sebuah rumah di taman terbabit, dipercayai menjadi tempat tinggal anggota-anggota sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

    "Ketika anggota cuba memasuki rumah itu, suspek-suspek yang datang dengan dua kereta jenis Proton Wira dan Nissan Sentra menghentikan kereta di hadapan rumah itu dan melepaskan beberapa tembakan ke arah anggota terbabit.

    "Suspek-suspek berkenaan kemudian berjaya melarikan diri dengan kereta mereka," katanya.

    Musa menyifatkan penjenayah-penjenayah terbabit sebagai amat berbahaya kerana memiliki senjata api.

    Beliau juga berkata semua kontinjen polis negeri telah diarahkan membuat sekatan jalan raya bagi menahan penjenayah-penjenayah terbabit.

    Katanya Jayabalan mati di tempat kejadian manakala Alagesan mati ketika perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

    "Kamera litar tertutup (CCTV) (di pondok pengawal kawasan perumahan itu) berjaya merakamkan imej kereta penjenayah yang melibatkan lebih daripada empat orang dan kini pihak kami sedang meneliti rakaman itu. Mereka tidak boleh pergi jauh," katanya.

    Bernama difahamkan, Lans Koperal Jayabalan, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak sempat menghubungi pegawainya mengatakan bahawa penjenayah-penjenayah tersebut telah menyerang mereka dalam operasi itu.

    Suasana di Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh amat memilukan dengan tangisan keluarga terdekat dan rakan-rakan sekerja mangsa-mangsa yang mati.

    Sementara itu, seorang saksi Tan Ee Kuey, 45, berkata rumah yang diserbu didiami oleh suspek-suspek berkenaan sejak dua atau tiga bulan yang lalu dan mereka jarang berada di rumah.

    "Semasa kejadian saya tengah makan malam di rumah sebelum mendengar bunyi letupan seperti tembakan lebih 10 kali di luar rumah. Bila keluar saya melihat empat orang tersungkur di hadapan rumah jiran saya berlumuran darah.

    "Saya bergegas ke arah mereka dan memasukkan mereka ke dalam kenderaan polis jenis MPV yang tiba di situ. Saya tidak dapat percaya yang jiran saya adalah penjenayah," katanya kepada pemberita.

    Bernama juga difahamkan pihak polis akan mengadakan satu sidang akhbar rasmi dalam masa terdekat berkaitan kejadian ini.- 25/10/2007

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 10:55:00 PM GMT+8

    Nasib baik anak Melayu. Kalau bangsa lain dah menjerit2 lah sijahanam Lim Kit Siang ke, Benggali bangang tu.

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 11:03:00 PM GMT+8

    tak kena kat anak korang boleh la korang kutuk...cuba kena kat anak korang...nak duduk diam je ke? aku jamin korang mesti mintak tolong ibrahim ali punya (mcm la gampang tu boleh tolong hehe)

  • Anonymous says:
    April 30, 2010 at 11:13:00 PM GMT+8

    bagi pendapat aku la kan.

    polis kena trace nama2 yg top yg kaki tabur fitnah, kaki maki hamun dlm laman blog, kaki sabotaj polis, dll yg buat kerja siber yg jahat.

    trace nama2 mereka, ...mcm kaga ke, kembara putih ke, dll.

    tangkap sorg dan keluarkan muka dan biodata mereka dan kenakan tindakan menghasut.

    aku rasa kalau sekali kena mcm tu, baru bdak2 yg lain2 ada akai.

    selagi tak kena , depa ni cakap dan maki sesuka hati. tanpa rasa t/jawap dan kesan buruk pada negara.

    braHIM

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 12:26:00 AM GMT+8

    TAK LAMA DULU ADA KES SEEKOR YB ANJING GILA ADA GIGIT TANGAN POLIS KAT JALAN PARLIMEN, SI CELAKA MAHFUZ AYAH KEPADA PENAGIH DADAH TU, TAK JADI GILA BABI PULAK NAK GANTUNGKAN MP SIANJING GILA TU.

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 12:41:00 AM GMT+8

    Al Fatihah untuk arwah.

    Apabila ibu bapa tidak ambil berat atau terlalu manjakan anak anak, semua permintaan mereka dipenuhi walau pun kita tahu ianya menyalahi undang2. Bila dah berlaku kemalangan atau kematian, kita menyesal tak sudah dan menuding jari menyalahkan pihak lain.

    Yang ini, kita katakan sesal kemudian tidak berguna.

  • neutrality says:
    May 1, 2010 at 2:58:00 AM GMT+8

    al-fatihah untuk yang telah pergi.

    pada firasat saya, kalau ibu bapa yang tahu anak bawah umur tak sepatutnya benarkan anak keluar sebaik masuk waktu maghrib.

    kalau dah pandai bawa kereta, lari dari 2 buah peronda polis, bukan baru semalam seseorang itu belajar bawa kereta.

    kalau yang melarikan diri sebaik kereta itu terlanggar tembok rumah adalah anak polis, takkanlah anak polis tu suruh arwah melarikan diri bila diminta berhenti oleh peronda ?

    kenapa polis tak tembak sahaja yang melarikan diri tu ?

    tayar dah kempis kena tembak, masih cuba melarikan diri. siap mahu berundur melanggar anggota. siapa boleh cam budak atau penjenayah di dalam kereta jam 2 pagi ? apatah lagi jika kereta itu tinted ?

    dari 1987 akta jalanraya mengatakan umur minima untuk lesen memandu kereta adalah 18. takkanlah ibubapa tak tahu ? atau buat2 tak tahu ? atau sememangnya manjakan anak2 ?

    sendiri mau ingat la...

  • IBU ASKAR ITU says:
    May 1, 2010 at 5:16:00 AM GMT+8

    MASA PKR TERLANGAR BUDAK ASKAR. MATI ADA PAS PI COVER JUMPA MAK BAPAK DIAORANG .. PAS MEMANG TAKDA FEELING MAK BAPAK. ! APA ya? ada feeling apa ya? AGAKNYA FEELING CEPAT NAK P CERAMAH POLITIK..BN DAH BYK BERDOSA, JAHAT.. AMAN TENTERAM antara kaum 50 thn! bukan sikit! punya pengalaman beb !

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 6:38:00 AM GMT+8

    anon 11:03,ko tak payah lah nak kaitkan ibrahim ali.jgn la sundal sgt!sekurang2nya ibrahim ali ader jugak ziarah ibunya arwah.kalau kau tak puas hati kau masuk la jadi polis supaya kau boleh ubah persepsi polis yg tak elok.tapi kalau ko ni cina yg menyamar melayu masuk ini blog nak laga2kan melayu,wa punya komen cuma satu..Hai ya lan ciao ci bai ni de huana mama lah!KROOOOIH PTUI!!!

  • shamshul anuar says:
    May 1, 2010 at 8:16:00 AM GMT+8

    Saudara ,

    Ini memberi pengajaran pada ibu bapa supaya lebih tegas jaga anak-anak. Dalam hal ini, polis tak boleh disalahkan kerana mereka hanya jalankan tugas.

    Masalah sekarang timbul bila ahli politik bankrap banyak apikan suasana. Kononnya polis zalim . Mereka tuntut supaya jangan ada "cover up". Pekataan itu saja sudah cukup untuk beri gambaran yang polis cuba "cover up'.

    Ini tak adil pada polis.

    Pada "mamat" seeorang yang nampak polis curi RM20000, sila laporkan. Jangan secakap cakap disini.

    "a swallow does not make a saummer". Maksudnya jangan kerana seorang salah, kita bantai semua tak guna.

    Saya hairan orang sibuk cakap polis minta rasuah. Betulkah? atau kita sendiri cuba tawarkan rasuah untuk lepaskan diri bila langgar kesalahan trafik.

  • ibu pada Askar says:
    May 1, 2010 at 9:52:00 AM GMT+8

    AHLI POLITIK PAKATAN THAILAND

    JANGAN NAK COVER UP KALAH KAT HULU SELANGOR..

    MENANGGUK DI AIR KEROH..


    MASA PRK LANGGAR ASKAR MELAYU ADA TAK PKR KA PAS KE PI ZIARAH IBU BAPAK DIAORANG..

    HANG MANA PEDULI PERASAAN MAK BAPAK PUNYA..

    SILAP2 HANG MARAH POLIS APA PASAL TAK JAGA KESELAMTAN AWAM MASA PKR TERLANGGAR MOTOR ASKAR MELAYU TU..


    .

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 10:57:00 AM GMT+8

    Bagi diorang.. Chin Peng lebih baik diagungkan berbanding dengan polis..

    Kesian betul polis

    Penat pertahankan negara ni. Sia- sia je. Sampai anak bini yg takde kene mengena pun terbabit sekali (mati terbakar mcm kes bukit kepong)

    Diorang ni sebenarnya terlalu lemak.

    Keamanan yg diorang kecapi ni pun tak sedar sapa punya penat lelah.
    Nak2 kalau yg tak rasa susah time zaman jepun dgn komunis dulu.

    Bagi aku diorang ni patut dibuang kewarganegaraan

    Sebab:

    Sebagai rakyat Malaysia, Ikrar dah tak dihayati..diorang fikir benda ni tak penting (silap2 tak ingat dah, maklumlah dah abis skolah..)

    1. Kepercayaan kpd tuhan- (dah tak ingat tuhan... isu kalimah Allah dah buat mainan, peruntukkn masjid dah dipertikai, zakat nk bg kat org bukan islam..politik dlm masjid dsb)

    2. Kesetiaan pada raja dan negara (Tolongle... titah Sultan Selangor dah dipertikai, negara tercinta dah disamakan dgn Israel..)

    3. Keluhuran perlembagaan (hmm.. mana nak hormat perlembagaan dah. Yg tercatit dah dipertikai- agama islam agama rasmi, institusi raja,

    4. Kedaulatan undang2-(badan kerajaan yg menegakkan undang2- SPRM, PDRM diorang anggap penjenayah, penjenayah mcm Chin Peng- Kugan pulak yg diangkat... dah terbalik kot)

    5. Kesopanan dan kesusilaan (Hmm.. kalau tengok cara diorang cakap tu mana ada sopan.. kebanyakan semua ada perkataan 4 huruf, israel, bodoh,... tak tertulis..)

    KESIMPULAN-

    Diorang ni memang tak layak duk kat Malaysia ni. Cari negara lain yg dirasakan bagus, macam kes namawee - terlalu agungkan Singapore dan taiwan, apa lagi bila mau migrate?

    Bila org ancam nk lucut kewarganegaraan, mak apak rayu jgn. Bila lepas, buat balik- kutuk TNB pulak.


    Cakap 1 Malaysia 1 Israel.. aku gelak pun ada setiap kali diorang sebut2 .. bangga konon. Yg duk malaysia tu sapa? Diorang jugak..mengutuk diri sendiri... tak sedar.

    Nasib baik tak duk kat negara lain mcm China.. aku rasa diorang ni mesti kena tembak. Takpun kat US, CIA & FBI mesti kejar diorang.. kat Malaysia ni, masih bebas utk menyalak sana sini..

    Aku bangga jadi warganegara Malaysia. Aman damai. Tak kira apa bangsa- semua bebas nk buat upacara agama masing2

    Diorang ni nk jadikan kita mcm negara jiran. Tak puas hati buat reformasi ke pakai baju merah ke...
    Belum sempat pemerintah nak buat apa2, nak majukan negara (ada yg tak sampai penggal) dah buat rusuhan suruh turun. Takde peluang.

    Kalau cakap pun,semua nak mengutukk.. Cakaplah benda yg berfaedah, cara nak majukan institusi kerajaan ke, naikkan taraf hidup rakyat ke, pembangunan ke.. ini tidak ..salahkan org sana sini.

    Last2 rakyat juga yg susah.. (tapi pikir balik, rakyat diorang yg mmg agresif juga yg buat susah..)Lagi susah bila negara dah pinjam IMF.. nasib baik kita tak pinjam.. fuihh.. lagi teruk ekonomi.

    Nasib baik negara kita belum tahap mmacam tu lagi.

    -AKU ANAK MALAYSIA-

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 12:14:00 PM GMT+8

    itu lah lagi satu siri kecuaian polis dlm menjalankan tugas
    kes keganasan polis bkn baru je terjadi kat org awam..

    tp dah byk berlaku

  • Anonymous says:
    May 1, 2010 at 1:21:00 PM GMT+8

    kalau dah speeding kete mcm penjenayah , mmg patut pun polis kejar dan ambil tindakan .. so tindakan polis ni takyah la nak dipolitikkan atau disensasikan..

    p/s: juak2 PAS, kalau dalam kesusahan takyah telefon POLIS , diorg leh report kat UNIT AMAL PAS aje.. hahahahha..

  • ahlul fikir says:
    May 1, 2010 at 2:10:00 PM GMT+8

    setelah analisis setiap pendapat aku nampak satu sebab je situasi kat M'sia jadi mcmni iaitu sebab ; ANWAR IBRAHIM

  • Anonymous says:
    May 2, 2010 at 8:36:00 AM GMT+8

    AKU NAK JADI POLIS
    SEBAB POLIS BANYAK TANGKAP ORANG SALAH

    KALAU TAK PERCAYA LAWAT2LAH KAT PENJARA DAN PUSAT SERENTI


    ANAK MAHFUT DAH JADI BAIK SEBAB POLIS TANGKAP ANAK DIA YANG HISAP DADAH DAN HANTAR KAT PUSAT PEMILIHAN,

    AKU NAK JADI POLIS
    AKU NAK JADI POLIS
    AKU NAK JADI POLIS

    BOLEH JAGA ANAK MAHFUFFFFF YANG HISAP DADAH TUUUUU.

  • Anonymous says:
    May 2, 2010 at 3:38:00 PM GMT+8

    Ahli potitik memang suka CAMPUR TANGAN URUSAN ORANG LAIN.

    KEPADA PIHAK POLIS, TEMBAK SAJALAH PENJENAYAH-PENJENAYAH ITU. RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMERLUKAN MEREKA. MEREKA(ORANG RAMAI) YANG PERNAH TERBABIT DENGAN PERBUATAN MEREKA TAHU APA RASANYA MENJADI MANGSA PENJENAYAH.

    AHLI POLITIK YANG BISING-BISING TU AKAN DIAM JIKA DIA SENDIRI MENGALAMI: ANAK/ISTERINYA DIROGOL, SAUDARA MARANYA DIBUNUH, DIA SENDIRI DICULIK, RUMAHNYA DISAMUN, KERETANYA DICURI, RUMAHNYA DILONTAR BOM API DLL.

    MEREKE BISING KERANA FAKTOR POLITIK SEMATA-MATA. POORAH.

    masmerah

  • Anonymous says:
    May 2, 2010 at 10:21:00 PM GMT+8

    Anyway.. bagi kebanyakan ahli politik memang mangkuk..

    Kalau jadi mcm ni salahkan polis.. kata polis kejam,kutuk gila2..

    Tapi kalau diorang punya rumah masuk polis.. kata polis tak buat kerja.Pun kutuk gila2 jugak

    Kesimpulan- kalau aku jadi polis..

    Buat kerja salah, tak buat kerja salah..

    Baik tak yah buat.. aku anggap diorang, family dan rumah diorang tak wujud.. biar diorang cari alternatif sendiri kalau ada berlaku apa2 jenayah..

  • Anonymous says:
    May 2, 2010 at 10:58:00 PM GMT+8

    Anyway.. bagi kebanyakan ahli politik memang mangkuk..

    Kalau jadi mcm ni salahkan polis.. kata polis kejam,kutuk gila2..

    Tapi kalau diorang punya rumah masuk polis.. eh.. penjenayah..kata polis tak buat kerja.Pun kutuk gila2 jugak- (sorryla.. aku manusia mesti buat silap punya.. hehe)

    Kesimpulan- kalau aku jadi polis..

    Buat kerja salah, tak buat kerja salah..

    Baik tak yah buat.. aku anggap diorang, family dan rumah diorang tak wujud.. biar diorang cari alternatif sendiri kalau ada berlaku apa2 jenayah..

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)