Wednesday, March 24, 2010

Sejarah ringkas Wahhabi - Ibn Taimiyah


Dia ialah Abu al-`Abbas bin `Abd al-Halim atau lebih dikenali Ibn Taimiyyah (m.728H/1328M). Pendapat dan pemikirannya bercanggah dan berlawanan dengan akidah ulama dan umat Islam pada zamannya sehingga tokoh-tokoh ulama telah mengeluarkan perisytiharan perang dan menghukumkannya fasiq dan sesat, terutama selepas akidahnya yang penuh kebatilan dituliskan dan disebarkan kepada orang ramai.

Penentangan terhadap Ibn Taimiyyah dilakukan menerusi dua cara:
(1) Penulisan kitab-kitab dan tulisan-tulisan yang menjawab dan menyangkal pendapat dan pemikirannya yang batil berdasarkan pandangan al-Qur’an dan al-Hadith. Contohnya:a) Taqi al-Din al-Subki dengan kitabnya, Syifa’ al-Siqam fi Ziyarah Qabr al-Imam.b) Al-Subki dengan kitabnya, al-Durrah al-Mudi’ah fi al-Radd `ala Ibn Taimiyyah.c) Taqi al-Din Abi `Abd-Allah al-Akhna’i, Qadi al-Qudat al-Malikiyyah.d) Fakhr bin Muhammad al-Qarsyi, Najm al-Muhtadi wa Rajm al-Mutadi.e) Taqi al-Din al-Hasani, Daf` al-Syubhah.f) Taj al-Din, al-Tuhfah al-Mukhtarah fi al-Radd `ala Munkir al-Ziyarah. Semua tokoh yang disebutkan di atas menolak pendapat dan pemikiran Ibn Taimiyyah dan memperlihatkan kedangkalan serta kecetekan pendapatnya.

(2) Celaan dan kritikan para ulama dan fuqaha’ terhadapnya dengan mengeluarkan hukum dan fatwa tentang kefasikan dan kekufurannya, dan mereka turut memberikan peringatan tentang bid`ah dalam agama yang boleh merosakkan, yang dihasilkan daripada pemikirannya.
Tokoh ulama tersebut ialah al-Badr bin Jama`ah, Qadi al-Qudat di Mesir. Umat Islam telah menulis kepadanya tentang pendapat Ibn Taimiyyah mengenai ziarah kubur Nabi (s.`a.w).

Qadi al-Qudat tersebut menjawab: “ Ziarah Nabi adalah sunat yang dituntut. Ulama bersepakat dalam hal ini dan sesiapa yang berpendapat bahawa ziarah itu adalah haram, maka para ulama wajib mengutuknya dan menegahnya daripada mengeluarkan pendapat tersebut. Sekiranya dia enggan, maka hendaklah dipenjarakan dan diperendah-rendahkan kedudukannya sehingga umat manusia tidak mengikutinya lagi.”

Bukan Qadi al-Syafi`iyyah di Mesir sahaja yang mengeluarkan fatwa ini, bahkan Qadi al-Malikiyyah dan al-Hanbaliyyah turut sama mendakwa kefasikan Ibn Taimiyyah dan menghukumkannya sebagai sesat dan menyeleweng.

Al-Dhabi, salah seorang ulama abad ke - 8H/14M, tokoh sezaman dengan Ibn Taimiyyah telah menulis sebuah risalah kepadanya, dengan menegahnya daripada mengeluarkan pendapat tersebut ... dan beliau menyamakannya dengan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi dari segi kesesatan dan kejahatan.

Ibn Taimiyyah meninggal dunia pada tahun 728 H/1328M di dalam penjara al-Syam. Ibn al-Qayyim cuba menyambung dan meneruskan usaha gurunya, tetapi tidak berjaya. Dengan kematian Ibn Taimiyyah, segala pendapat dan pemikirannya juga turut mengalami kematian, dan umat Islam terlepas daripada bid`ah dan kesesatannya.

Kemudian lahirlah Laknatullah Muhammad bin `Abd al-Wahhab datang dengan membawa pemikiran Ibn Taimiyyah dan bersekongkol pula dengan keluarga Sa`ud yang saling menyokong di antara seorang dengan yang lain dari segi pemerintahan dan keislaman. Di Najd, kesesatan telah tersebar dan fahaman al-Wahhabiyyah merebak ke seluruh pelusuk tempat seumpama kanser (al-saratan) dalam tubuh badan manusia.

Dia menipu kebanyakan umat manusia dan menubuhkan sebuah pertubuhan ataupun dengan kata-kata lain, mazhab atas nama Tawhid dengan menjatuhkan hukuman ke atas Ahl al-Tawhid, menumpahkan darah umat Islam atas alasan jihad menentang golongan musyrikin hingga menyebabkan beribu-ribu orang manusia, lelaki dan wanita, kecil dan besar menjadi mangsa bid`ah mereka yang sesat.

Ia turut sama menyebabkan perselisihan (khilaf) yang sempit semakin membesar dan menjadi-jadi di kalangan umat Islam dan dengan cara itu, mazhab yang baru ini dihubungkan dengan mazhab-mazhab yang banyak itu.

Musibah itu akhirnya sampai ke kemuncaknya dengan jatuhnya dua buah kota suci, Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah. Penduduk Najd bermazhab Wahhabi memperolehi bantuan dan pertolongan Britain yang ingin melihat perpecahan negara Islam kepada negara-negara yang lebih kecil dari segi kedudukan geografi.

Mereka dengan secara sengaja berusaha menghapuskan segala kesan dan tinggalan Islam di kota-kota Makkah dan Madinah dengan memusnahkan kubur para wali (awliya’) Allah, mencemarkan kehormatan kerabat Rasulullah (Al Rasulillah) dan lain-lain dengan perbuatan-perbuatan jenayah dan dosa untuk mengoncangkan hati dan perasaan umat Islam.

Sesetengah ahli sejarah menyebutkan: “Kemunculan secara tiba-tiba mazhab Wahhabi dan sewaktu mereka memegang kekuasaan di Makkah, operasi pemusnahan secara besar-besaran telah dilakukan oleh mereka dengan memusnahkan pertamanya, apa sahaja yang ada di al-Mu`alla, sebuah kawasan perkuburan Quraisy yang terdiri daripada kubah-kubah (qubbah) yang begitu banyak, termasuklah kubah-kubah Sayyidina `Abd al-Muttalib, datuk Nabi (s.`a.w), Sayyidina Abi Talib, al-Sayyidah Khadijah sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada kubah-kubah tempat kelahiran Nabi (s.`a.w), Abu Bakr dan al-Imam `Ali. Mereka juga turut memusnahkan kubah zamzam dan kubah-kubah lain di sekitar Ka`bah, seterusnya diikuti oleh kawasan-kawasan lain yang mempunyai kesan dan tinggalan orang-orang salih. Semasa mereka melakukan pemusnahan itu, mereka membuang kekotoran sambil memukul gendang (al-tubul) dan menyanyi dengan mengeluarkan kata-kata mencaci dan menghina kubur-kubur ... sehingga dikatakan sebahagian daripada mereka sanggup kencing di atas kubur-kubur para salihin tersebut.

Al-`Allamah al-Sayyid Sadr al-Din al-Sadr mengatakan: “Demi usia hidupku, sesungguhnya al-Baqi` telah menerima nasib yang sangat malang, kerana hati-hati yang kecewa, mengikut nafsu dan berperangai kebudak-budakan, maka berlakulah pencetus kepada segala kecelakaan, apabila tiada lagi kedamaian. Bagi umat Islam kepada Allah diadukan, hak Nabi-Nya yang telah memberikan petunjuk dan syafaat.”

Katanya lagi: “Celakalah anak cucu Yahudi (WAHHABI) dengan perbuatan jenayah yang mereka lakukan, mereka tidak mendapat apa-apa daripadanya dengan membongkarkan harim Muhammad dan kaum kerabat baginda. Neraka wail untuk mereka dengan apa yang mereka tentang terhadap orang-orang yang kuat (al-Jabbar). Mereka musnahkan kubur orang-orang salih dengan perasaan benci mereka. Hindarkanlah daripada mereka kerana sesungguhnya mereka membenci orang-orang yang terpilih (di sisi Allah).”

Sumber: Blog At-Tahzir

37 comments:

  • Jalak Lenteng says:
    March 24, 2010 at 9:05:00 PM GMT+8

    bro TU,

    Dasyat betul org wahabi ni beb...kalau kat M'sia ni mau N.aziz & Ahmad Awang suruh pengikutnya kencing pulak atas kubur Harussani nanti...

  • Anonymous says:
    March 24, 2010 at 9:30:00 PM GMT+8

    Wa dengar pas dah mula takut benda ini meletup ...

  • anak says:
    March 24, 2010 at 9:38:00 PM GMT+8

    fahaman wahabi dah semakin merebak pesat...antara yang di fokuskan ialah kearah budak2 baru naik..(IPT/IPTA)!

    Sampai kan aminah wadud(IMAM solat Jumaat)tu pun diserap masukkan untuk mengajar di Malaysia.

    Apa yg kita boleh buat ialah mengadakan forum dan panggil semua golongan termasuk pendakwah2 yg mendokong wahabi..insyaallah nanti akan diadakan forum di Perlis...

  • j3bat says:
    March 24, 2010 at 9:56:00 PM GMT+8

    Assalamualaikum

    Harap dapat dikeluarkan posting ni tak ada sebab tuan hendak menfitnah Ibnu Tamiyyah.

    Bacalah juga cerita Ibnu Tamiyyah dari sumber yg lain juga.

    Dr al-Qardawi once said:
    “Al-Imam Ibn Taimiyyah is from amongst the scholars of the ummah that I love. Perhaps he may be the most beloved to me of them all, and the closest to my way of thinking.” (Al-Qardawi, Kayf Nata`amul ma`a as-Sunnah, pg. 170, Egypt: Dar al-Wafa).

    Almost all of his books are filled with the works of Shaykh al-Islam Ibn Taimiyyah (d. 728H) and his student, Imam Ibn Qayyim al-Jawziyyah (d. 751H). This is because, these two renowned scholars were known with their efforts in reforming the ummah and liberating them from fanaticism, rigidity, and the laziness to think.

    Al-Qardawi: A Man of Reform
    http://drmaza.com/english_section/?p=91

    Buat pengetahuan tuan perbankan islam di Malaysia juga dipengaruhi oleh pendapat Ibn Qayyim dan gurunya Ibnu Taymiyyah, jika beliau sesat maka perbankan islam di malaysia juga sesat.

    Sila Baca

    "Kedudukan Sistem Kewangan Islam Di Malaysia - Satu Tinjauan"

    http://www.islam.gov.my/erujukan/lihat.php?jakim=4258


    Ibn Taimiyyah bagaimana beliau dikatakan wahabi sedangkan beliau meninggal sebelum kelahiran Muhammad bin `Abd al-Wahhab

  • Anonymous says:
    March 24, 2010 at 10:35:00 PM GMT+8

    Pendekatan perlis tidak mengajak kepada perpecahan sesama ummah seperti yang dilakukan oleh nik aziz.

    Saya rasa perlis bukan wahabi.

  • fly says:
    March 24, 2010 at 10:47:00 PM GMT+8

    Mesyuarat Panel Kajian Aqidah kali ke-23 bertarikh 13 Mac 2003, kertas kerja bertajuk “Ibn Taimiyyah” telah dibentangkan. Mesyuarat memutuskan bahawa Ibn Taimiyyah dan Wahhabiyyah adalah dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

    Mesyuarat juga memutuskan karangan Haji Said Haji Ibrahim dalam bukunya Perbandingan Aqidah Dan Fahaman Umat Islam dan K.H. Siradjuddin Abbas dalam bukunya Iktikad Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang menyentuh tentang kesalahan aqidah Ibn Taimiyyah mengandungi fakta yang salah dan boleh menyebabkan orang menuduh Ibn Taimiyyah adalah kafir.

  • fly says:
    March 24, 2010 at 10:51:00 PM GMT+8

    pandangan prof. zakaria stapa - “Masyarakat perlulah memahami bahawa fahaman Wahabi ini bukanlah ajaran sesat kerana ia juga termasuk dalam kumpulan aliran Ahli Sunah Wal Jamaah.
    Secara umumnya, Imam Muhammad Abdul Wahab muncul ketika pengaruh mazhab Hanbali merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah dan penyelewengan amalan keislaman seperti percaya kepada khurafat dan melakukan amalan bidaah. Sehubungan itu, beliau melancarkan gerakan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab untuk membersih dan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan hadis. Jadi, dari aspek sejarahnya mereka ini terpaksa mengambil pendekatan yang agak keras dalam usaha mencapai matlamat pembersihan akidah dan amalan keislaman tersebut”.

  • Anonymous says:
    March 24, 2010 at 10:51:00 PM GMT+8

    byk org tak faham tentang wahabi ni.

    wahabi dgn imam mazhab yg 3 selain dari syafie tak banyak beza.

    byk ciri2 persamaan, jari telunjuk goyang2, niat tak perlu ada suara, doa qunut, doa lepas solat, talqin, melawat kubur, dll.

    tapi yg bahaya nya wahabi ialah permasalahan tauhid.

    tauhid ni perkara pokok , perkara tunjang. kefahaman wahabi pada tauhid ada perbezaan dari ASWJ.

    pengikut2 pas tegar rata2 bdak2 ngaji pondok. pengikut2 ngaji pondok ni wala pada guru mereka.

    wahabi memang susah nak dpt tempat dipondok2 ngaji di malaysia.

    nik aziz cuma tempah kerandanya sekarang.

    nik aziz cuba pikat intelek muslim pertengahan tapi dlm masa yg sama PAS hilang grip pada grassroot nya.

    brahim

  • fly says:
    March 24, 2010 at 10:52:00 PM GMT+8

    Dasar kerajaan adalah jelas, Wahhabiyyah ditolak kerana metodologi dakwah mereka yang keras terutama dalam masalah fiqh dan bid’ah tidak sesuai untuk diamalkan di negara ini. Ia dikhuatiri boleh mengundang kegelisahan dan perpecahan umat Islam. Bagaimanapun aqidah Wahhabiyyah masih dianggap sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan bukan ajaran sesat.

    Sumber,
    Cawangan Aqidah
    Bahagian Penyelidikan JAKIM
    PUTRAJAYA

  • fly says:
    March 24, 2010 at 10:55:00 PM GMT+8

    anon-ibrahim tulis-tauhid ni perkara pokok , perkara tunjang. kefahaman wahabi pada tauhid ada perbezaan dari ASWJ. - perbezaan dari segi apa tu?

  • fly says:
    March 24, 2010 at 10:58:00 PM GMT+8

    anon-ibrahim tulis - tapi yg bahaya nya wahabi ialah permasalahan tauhid.- cuba terangkan permasalahan tauhid yg terdapat pd wahabi.

  • Kunta Kinte.. says:
    March 24, 2010 at 11:05:00 PM GMT+8

    kalaupun nak halang bidaah ukhwah tu kena la jaga.Ukhwah tu penting utk ummah.

  • j3bat says:
    March 24, 2010 at 11:05:00 PM GMT+8

    Anom, seperti fly, aku pun nak tahu juga.

    apa masalah tauhid yg diperkatakan ?

  • Ahli Sunnah Wal Jamaah says:
    March 24, 2010 at 11:07:00 PM GMT+8

    Minta fly dan j3bat terangkan yang nampaknya menunjukkan ada bijak pandai untuk terangkan berikut:

    Musibah itu akhirnya sampai ke kemuncaknya dengan jatuhnya dua buah kota suci, Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah. Penduduk Najd bermazhab Wahhabi memperolehi bantuan dan pertolongan Britain yang ingin melihat perpecahan negara Islam kepada negara-negara yang lebih kecil dari segi kedudukan geografi.

    Mereka dengan secara sengaja berusaha menghapuskan segala kesan dan tinggalan Islam di kota-kota Makkah dan Madinah dengan memusnahkan kubur para wali (awliya’) Allah, mencemarkan kehormatan kerabat Rasulullah (Al Rasulillah) dan lain-lain dengan perbuatan-perbuatan jenayah dan dosa untuk mengoncangkan hati dan perasaan umat Islam.

    Sesetengah ahli sejarah menyebutkan: “Kemunculan secara tiba-tiba mazhab Wahhabi dan sewaktu mereka memegang kekuasaan di Makkah, operasi pemusnahan secara besar-besaran telah dilakukan oleh mereka dengan memusnahkan pertamanya, apa sahaja yang ada di al-Mu`alla, sebuah kawasan perkuburan Quraisy yang terdiri daripada kubah-kubah (qubbah) yang begitu banyak, termasuklah kubah-kubah Sayyidina `Abd al-Muttalib, datuk Nabi (s.`a.w), Sayyidina Abi Talib, al-Sayyidah Khadijah sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada kubah-kubah tempat kelahiran Nabi (s.`a.w), Abu Bakr dan al-Imam `Ali. Mereka juga turut memusnahkan kubah zamzam dan kubah-kubah lain di sekitar Ka`bah, seterusnya diikuti oleh kawasan-kawasan lain yang mempunyai kesan dan tinggalan orang-orang salih. Semasa mereka melakukan pemusnahan itu, mereka membuang kekotoran sambil memukul gendang (al-tubul) dan menyanyi dengan mengeluarkan kata-kata mencaci dan menghina kubur-kubur ... sehingga dikatakan sebahagian daripada mereka sanggup kencing di atas kubur-kubur para salihin tersebut.”

  • hafiz says:
    March 24, 2010 at 11:09:00 PM GMT+8

    wahabbi ni bahaya. mesti dibendung, selain dari kurang hormatnya pada rasulullah mereka focus too much on form and fail to understand the importance of ar rahman and ar rahim

  • pelat says:
    March 24, 2010 at 11:14:00 PM GMT+8

    fitnah pebendanya, tak nampakah kesan yg dibawa oleh Ibnu Taimiyah.sama juga kes ngan Nik Ajis, kita tgk Nik Ajis baik, tapi bila anak buah dia main gila dia buat dek je..cuma lebih cket Nik Ajis ni sebab dia siap cover lagi.
    kalau dah jadi bunuh membunuh tak guna nak cakap dah.

  • fly says:
    March 24, 2010 at 11:17:00 PM GMT+8

    ahli sunnah wal jamaah - apa kena mengena perkara itu semua dgn tauhid?

  • Hang Mokhtar says:
    March 24, 2010 at 11:17:00 PM GMT+8

    Ibnu Taimiyah tak kafir cuma dia mungkin terlepas pandang akan kesanya
    yg maha dahsyat..

  • fly says:
    March 24, 2010 at 11:19:00 PM GMT+8

    hafiz tulis - wahabbi ni bahaya. mesti dibendung, selain dari kurang hormatnya pada rasulullah - dari segi apa kurang hormatnya wahabi pd raulullah? boleh tolong jelaskan?

  • Anonymous says:
    March 24, 2010 at 11:21:00 PM GMT+8

    begitu juga Nik Ajis, beliau juga mungkin terlepas pandang..
    Nak betulkan akidah org sampai sanggup...

  • Khalid Jamlus says:
    March 24, 2010 at 11:25:00 PM GMT+8

    fly ko tak payah la nak defend wahabbi, wahabbi ok, cuma kesanya, kesanya kalau nak betulkan akidah sesama Islam.Sampai tahap mana, sampai tahap pengikut2 kencing atas makam?

  • Anonymous says:
    March 24, 2010 at 11:32:00 PM GMT+8

    posting unspinners adalah untuk mengaitkan fahaman wahadi dengan nik aziz adalah difahami.

    namun begitu,soal pegangan keimanan tak kiralah ahlul sunnah, wahabi, ajaran ayah pin, buddha, hinduisme, zoroster atau pendek kata soal keimanan seseorang tidak siapa pun tahu dan hanyalah sekadar sangkaan semata.

    soal menghakimkan seseorang atas keimanannya haruslah diberikan kpd Tuhan.

    soal pemikiran seseorang yang betul atau salah cthnya kelemahan politik nik aziz atau sesiapa shj adalah satu perkara berbeza dengan keimanan.

    Mengaitkan keimanan dengan kelemahan berfikir dalam membuat keputusan, pada hemat saya tidaklah begitu wajar.

    juga kita menggunakan sejarah(sumber sekunder maklumat) pasti akan mengundang soal kesahihan.
    di mana ajaran islam yang bertunjangkan hadis skrg byk dipengaruhi oleh bible.

    analogi "Chinese Whisperer" dirujuk, di mana 10 org dibisikkan maklumat pada org pertama sehingga org terakhir di mana pasti maklumat berubah walaupun sela masa yang pendek dan dalam persekitaran yang terkawal.
    bayangkan islam 1400 tahun dahulu, ajaran hadis atau sumber maklumat sekunder pasti berubah dan diputar belit oleh mereka yang berniat jahat.

    maklumat yang didokumentasikan pastu tidak terlepas daripada masalah ini.

    tiada siapa dapat membuktikan sejarah samada ianya benar ataupun salah kecuali ajaran Quran yang terpelihara.

    posting "Sejarah ringkas Wahhabi - Ibn Taimiyah" terdapat ruang pertikaian yang luas dan dapat disangkal dengan mudah oleh sesiapa shj yang mengemukakan hujah masing2 bg membuktikan dakwaan mereka.

    namun begitu, saya menyokong fakta2bernas drp theunspinners membongkarkan kelemahan/percaturan/hidden agenda/isu2 politik sesiapa sahaja tanpa ada prejudis atas landasan kebenaran utk kesejahteraan semua.

    teruskan usaha anda.

  • Anonymous says:
    March 24, 2010 at 11:38:00 PM GMT+8

    mengaitkan keimanan dengan kelemahan berfikir dalam membuat keputusan, pada hemat saya tidaklah begitu wajar.
    ....................................
    Hanya akan menjadi wajar bila darah sesama Islam tertumpah...

  • fly says:
    March 24, 2010 at 11:41:00 PM GMT+8

    Di zamannya, Sheikh Muhammad Ibn Abdul Wahab merupakan seorang yang tegas dalam membersihkan akidah umat islam yang mana ketika itu dicemari dengan pelbagai unsur-unsur inovasi dalam agama seperti pemujaan kubur alim ulama’ dan pembinaan di atas kuburan. - khalid jamlus, betulkah akidah mereka2yg melakukan pembaharuan didalam akidah seperti pemujaan kubur alim ulama' dan pembinaan diatas kubur? nak betulkan akidah, aku tak nampak kesan buruk apa yg akan timbul?
    sesetengah ahli sejarah menyebutkan... ahli2 sejarah mana tu?kerana aku sangsi bahawa mereka2 yg bertauhid spt tauhidnya muhammad abd wahab sanggup kencing diatas kuburan. aku melihat tulisan itu mempunyai niat yg buruk!

  • fly says:
    March 24, 2010 at 11:46:00 PM GMT+8

    anon 11:32 tulis - di mana ajaran islam yang bertunjangkan hadis skrg byk dipengaruhi oleh bible. - atas dasar apa engkau menyatakan begitu?
    bayangkan islam 1400 tahun dahulu, ajaran hadis atau sumber maklumat sekunder pasti berubah dan diputar belit oleh mereka yang berniat jahat.- apakah engkau langsung tidak beriman dgn hadis?

  • Anonymous says:
    March 25, 2010 at 12:37:00 AM GMT+8

    ade yg tentang, ade yg sokong..so,nk percaye yg mane ek..antara org2 yg pandai pon x sependapat..camne la org2 yg kurang pandai ni x pening..so,ade sape2 leh finalized kan x isu ni...yg penting kene neutral r,jgn ade kepentingan kat mane2 pihak plak..

  • Anonymous says:
    March 25, 2010 at 12:46:00 AM GMT+8

    Askm wbt...
    Pada asasnya faham wahabiah ini termasuk di dalam golongan ahlul sunah wal jamaah. Jadi adalah tidak adil untuk menghukum bahawa faham ini adalah sesat secara total.

    Apa yang berlaku pada pendapat saya apabila faham ini dicampur adukkan dengan faham kabilah sehinggakan faham wahabiah ini tidak dapat berfungsi dalam membentuk pemikiran umat agar selaras dengan kehendak syarie. Apa yang berlaku faham wahabiah ini dibentuk kembali agar mengikut kepentingan kabilah disebabkan beberapa faktor terutama politik. Ini berlaku ketika pertentangan antara keluarga bani al-saud dari najd dengan pemerintah makkah, keluarga sheikh ibrahim yang dinaungi oleh khilafah turki uthmaniah. Ketika itu faham wahabiah telah dijadikan satu manhaj penolakan terhadap pemerintahan turki kerana turki bukan berketurunan arab.

    Pada hakikatnya perkara seperti ini sebenarnya terjadi bukan sahaja kepada umat islam sahaja. Pihak yahudi sendiri berhadapan dengan pertentangan antara golongan neo-zion dengan orthodok talmud.

    Anyway, thankz bro unspin 4 post nie.

    Wasalam

  • Anonymous says:
    March 25, 2010 at 12:54:00 AM GMT+8

    inilah akibat nya apabila orang islam di negara ini berbalah pendapat!
    tak faham lagi ke Cina dan keling negara ni ambil kesempatan?
    apa kamu semua fikir agama islam kamu sudah kuat fahaman nya?
    bukan kah molek jika pas dan umno bersatu?
    bukan kah... ini harapan orang melayu semua di negara ni?
    mengapa nik aziz menentang perpaduan ini?
    berbalah demi menuju kebaikan dalam satu saf dan barisan yang rapat? tak boleh? salah?
    tak fikir ke kamu semua?

  • ketam says:
    March 25, 2010 at 1:24:00 AM GMT+8

    pelembagaan kita telah tetapkan bahawa di malaysia mazhab syafii ASWJ..... yang lain darinya not relevan(utk disebarkan bg mengelakan kekeliruan dan pepecahan).

    itu sudah cukup difahami.

  • joehan says:
    March 25, 2010 at 9:05:00 AM GMT+8

    salam...percanggahan pendapat tu bagus..dianjurkn oleh islam..so kite blh berbncang lg..tp aku harap kite jgn smpai bergduh utk tegakkn pendapat msing2..niat bro unspin ni bgs..bg kite faham..tp yela..skrng byk sgt sumber rujukn..lg satu..kite kne ati2 dgn sumber rjukan..xmustahil kite terambil sumber rujukn dr YAHUDI LAKNATULLAH yg ske tgk umat islam berpecah..bibit2 perpechan tu jelas sgt kt malaysia hasil usaha anwar al juburi..yg ni kite ptt tentang..mog PAS singkirkn pok nik,husam musa n lain2 geng die..aminnn..

  • Anonymous says:
    March 25, 2010 at 3:42:00 PM GMT+8

    j3bat said...
    Dr al-Qardawi once said: "Al-Imam Ibn Taimiyyah is from amongst the scholars of the ummah that I love.

    Kawe, yusuf qardawi adalah penjilat puki budak umur 15 tahun. itulah umur bini mudanya. depa ni semua anak sundal. pakai jubah tapi pelir dia tak pikir lain kecuali nak tibai pompuan. qardawi ke, taimiyah ke, nik aziz ke semua sama juga anak sundal. ngko pun lebih kurang kot.

  • Anonymous says:
    March 25, 2010 at 6:41:00 PM GMT+8

    Sahabat Kanan,

    Saya faham yg Unspinner ni nak guna label Wahabi kepada Nik Aziz,dan PAS utk takutkan ramai kepada fahaman Wahabi. Tapi, sebenarnya Unspinner dan org awam tidak tahu yg Wahabilah adalah antara gol. ataupun aliran ugama yang paling keras menentang gol. yang ingin menjatuhkan pemerintah terutamanya PAS.

    Ini blog yg boleh dijadikan rujukan:

    http://bahaya-syirik.blogspot.com/

    beberapa pendapat Ibn taymiyyah ttg wajib taat kepada pemerintah:

    http://bahaya-syirik.blogspot.com/2010/02/110-manhaj-dan-prinsip-ibnu-taimiyyah.html

    Berikut adalah bukti tentangan "wahabi"terhadap PAS:

    http://bahaya-syirik.blogspot.com/2009/09/102-parti-islam-atau-khawarij.html

    Pihak unspinner boleh guna video ini pun utk artikel2 akan dtg.

    Saya berharap Unspinner dahulu ttg apa itu wahabi sebelum menyerang wahabi.

  • kingnek says:
    March 25, 2010 at 9:13:00 PM GMT+8

    orang berfahaman wahabbi ni memang dasyat, aku kenal kawan aku satu ni, ahle hadith, kira sama geng lah tu, seperti salafi dan lain2

    Diorang ni hipokrit ah, kata nak pejuang Islam, abih memang tak boleh tentang pemimpin.

    masalahnya, pemimpin bukan wahabbi diorang tentang, tapi ketua haprak macam Raja Saudi Arabia mereka tak tentang

    pirah!

  • Anonymous says:
    March 25, 2010 at 10:03:00 PM GMT+8

    jawapan to fly:
    saya tidaklah bercakap tanpa fakta dan kajian.
    kajian saya spt theunspinners berdasarkan fakta.
    ini fakta2:
    -----------------------------------

    1- isteri tak boleh puasa jika suami tak izin?

    bible
    Bilangan 30: 13
    Setiap nazar dan setiap janji sumpah perempuan itu untuk merendahkan diri dengan berpuasa, dapat dinyatakan berlaku oleh suaminya atau dapat dibatalkan oleh suaminya.

    komen:
    rasanya pernah terjumpa hadis yang melarang isteri berpuasa sekiranya suami tak izin.

    -----------------------------------

    2-trend org berpuasa utk tuhan mengkabulkan permintaan
    Bible:
    Ezra 8: 23
    Jadi berpuasalah kami dan memohonkan hal itu kepada Allah dan Allah mengabulkan permohonan kami.

    komen:

    saya perasan kakak2 pekerja di sini berpuasa menjelang pengumuman peperiksaan anak SPM di sini! adakah budaya bible?
    -----------------------------------

    3- hukum murtad wajib dibunuh?

    Imamat 24: 16
    Siapa yang menghujat nama TUHAN, pastilah ia dihukum mati dan dilontari dengan batu oleh seluruh jemaah itu. Baik orang asing maupun orang Israel asli, bila ia menghujat nama TUHAN, haruslah dihukum mati.

    komen:

    dalam islam takada paksaan.hukuman bunuh bg mereka yang murtad mungkin dicedok drp ayat bible ini.islam agama kasih sayang.bukan agama paranoid kejam.
    -----------------------------------

    4- sedekah tarik balik umpama peribahasa anjing makan muntahnya balik?

    Hadith :
    Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Perumpamaan orang yang bersedekah lalu menarik kembali sedekahnya itu hanyalah seperti anjing yang muntah lalu memakan muntahnya itu. ”
    Riwayat Muslim

    komen:
    adakah terdapat persamaan dengan peribahasa anjing dalam hadis dengan Amsal bible?

    Amsal 26: 11
    Seperti anjing kembali ke muntahnya, demikianlah orang bebal yang mengulangi kebodohannya.

    dan juga Petrus bible?

    2 Petrus 2: 22
    Bagi mereka cocok apa yang dikatakan peribahasa yang benar ini: "Anjing kembali lagi ke muntahnya, dan babi yang mandi kembali lagi ke kubangannya."

    sambungan...

  • Anonymous says:
    March 25, 2010 at 10:04:00 PM GMT+8

    to fly (sambungan)

    5 - pengurangan solat daripada 50 waktu ke 5 waktu? satu tawar menawar rasul dgn tuhan?

    Hadith :
    Dari Anas r.a katanya:”Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:”Sembahyang fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...” ( Bukhari )

    fakta:
    proses tawar menawar Ibrahim dgn tuhan utk penduduk Sodom.bermula 50org benar sehingga tinggal 10 org benar.

    analisis:
    ada persamaan dengan hadis tawar menawar rasul tatkala israk mikraj di langit ke tujuh mintak kurang solat? perlukan seorang rasul yang taat tawar menawar dgn tuhan? adakah tuhan yang maha bijaksana tak tahu apa2? ini adalah pengaruh israeliyat utk up kan bangsa Israel (musa) dan menjatuhkan bangsa Quraisy (Muhammad SAW)!

    Proses tawar menawar dalam bible!

    Kejadian 18: 22
    Lalu berpalinglah orang-orang itu dari situ dan berjalan ke Sodom, tetapi Abraham masih tetap berdiri di hadapan TUHAN.
    Kejadian 18: 23
    Abraham datang mendekat dan berkata: "Apakah Engkau akan melenyapkan orang benar bersama-sama dengan orang fasik?
    Kejadian 18: 24
    Bagaimana sekiranya ada lima puluh orang benar dalam kota itu? Apakah Engkau akan melenyapkan tempat itu dan tidakkah Engkau mengampuninya karena kelima puluh orang benar yang ada di dalamnya itu?
    Kejadian 18: 25
    Jauhlah kiranya dari pada-Mu untuk berbuat demikian, membunuh orang benar bersama-sama dengan orang fasik, sehingga orang benar itu seolah-olah sama dengan orang fasik! Jauhlah kiranya yang demikian dari pada-Mu! Masakan Hakim segenap bumi tidak menghukum dengan adil?"
    Kejadian 18: 26
    TUHAN berfirman: "Jika Kudapati lima puluh orang benar dalam kota Sodom, Aku akan mengampuni seluruh tempat itu karena mereka."
    Kejadian 18: 27
    Abraham menyahut: "Sesungguhnya aku telah memberanikan diri berkata kepada Tuhan, walaupun aku debu dan abu.
    Kejadian 18: 28
    Sekiranya kurang lima orang dari kelima puluh orang benar itu, apakah Engkau akan memusnahkan seluruh kota itu karena yang lima itu?" Firman-Nya: "Aku tidak memusnahkannya, jika Kudapati empat puluh lima di sana."
    Kejadian 18: 29
    Lagi Abraham melanjutkan perkataannya kepada-Nya: "Sekiranya empat puluh didapati di sana?" Firman-Nya: "Aku tidak akan berbuat demikian karena yang empat puluh itu."
    Kejadian 18: 30
    Katanya: "Janganlah kiranya Tuhan murka, kalau aku berkata sekali lagi. Sekiranya tiga puluh didapati di sana?" Firman-Nya: "Aku tidak akan berbuat demikian, jika Kudapati tiga puluh di sana."
    Kejadian 18: 31
    Katanya: "Sesungguhnya aku telah memberanikan diri berkata kepada Tuhan. Sekiranya dua puluh didapati di sana?" Firman-Nya: "Aku tidak akan memusnahkannya karena yang dua puluh itu."
    Kejadian 18: 32
    Katanya: "Janganlah kiranya Tuhan murka, kalau aku berkata lagi sekali ini saja. Sekiranya sepuluh didapati di sana?" Firman-Nya: "Aku tidak akan memusnahkannya karena yang sepuluh itu."
    Kejadian 18: 33
    Lalu pergilah TUHAN, setelah Ia selesai berfirman kepada Abraham; dan kembalilah Abraham ke tempat tinggalnya.

    komen:
    satu penyusupan halus sengaja@tidak!) ajaran bible ke dalam hadis!
    -----------------------------------

  • Anonymous says:
    March 25, 2010 at 10:05:00 PM GMT+8

    to fly (sambungan)

    6- sedekah tangan kiri kanan tak perlu tau?

    Hadith :
    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi.......sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
    Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah

    komen:
    ekstrak drp hadis di atas:
    orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,

    Matius 6: 3
    Tetapi jika engkau memberi sedekah, janganlah diketahui tangan kirimu apa yang diperbuat tangan kananmu.

    satu persamaan atau kebetulan hadis abu daud/ibn majah dengan matius 6:3?

    kesimpulan:

    saudara/i fly,

    saya tidaklah menolak hadis yang tally dgn al Quran tetapi menolak ajaran Bible yang diasimilasi secara halus ke dalam sunnatullah.
    umat Islam sekarang berpecah belah kerana keliru dan hilang panduan spt Syiah dan Sunni di Iraq, Palestina,mahzab2 di malaysia spt UMNO,PAS,PKR, juga wujudnya golongan2 spt hizbur tahrir, jemaah islamiyah malaysia yang wajar dicurigai.
    musuh2 Islam mencipta pelbagai cara utk melaga2kan ummah Islam agar lemah dan tidak bersatu.

    tiada umat Islam sanggup menumpahkan darah saudaranya sendiri.
    manusia bertopengkan Islam terlalu banyak.
    fly pilihlah mana yang suka.
    saranan saya: kembalilah kepada Al Quran dan Sunnah.
    mengikut biarlah berakal, bercakap biarlah berfikir, landasilah hidup dengan AL Quran.

  • Anonymous says:
    December 20, 2013 at 11:12:00 PM GMT+8

    fahaman wahabi ni bercanggah dengan fahaman ASWJ..wahabi menyatakan bahawa "allah silo lendit atas arasy" (dipetik drpd kata2 nik aziz)

    mungkin mereka ni salah tafsir ayat quran sepertimana yang disebut dlm quran surah ar-ra'du ayat no 2:

    " Allahlah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian dia bersemayam (sesuai dengan keagungannya) di atas arasy, dan menundukka matahari dan bulan. masing-masing beredar hingga tempoh waktu yang ditentukan. allah mengatur urusan (makhluknya), menjelaskan tanda-tanda (kebesarannya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan tuhanmu"

    wahabi ni salah tafsir ayat quran ->"kemudian dia bersemayam (sesuai dengan keagungannya) di atas arasy" inilah kesalahan tauhid yg ade pade wahabi...

    maksud ayat itu tadi bukannya merujuk yang allah SWT itu bersemayam seperti seorang raja yang bersemayam...

    makna bersemayam disitu ialah kekuasaan... (kemudian Dia bersemayam di atas Arsy) dalam arti kata kekuasaan yang layak bagi keagungan-Nya " bukannya allah itu duduk diatas arasy...

    jika ingin memahami ayat quran perlulah rujuk kepada tafsir2 yang muktabar seperti tafsir jalalain

    surah ar-Ra'du ayat 2 yang diambil dari terjemahan kitab Tafsir Jalalain..
    "(Allahlah yang meninggikan langit tanpa tiang sebagaimana yang kalian lihat) lafal `amad merupakan bentuk jamak dari kata tunggal `imaad, yang artinya ialah tiang penyanggah. Dan memang sebagaimana yang terlihat langit itu tidak mempunyai tiang penyanggah (kemudian Dia berkuasa di atas Arsy) dalam arti kata kekuasaan yang layak bagi keagungan-Nya (dan menundukkan) menjinakkan (matahari dan bulan. Masing-masing) daripada matahari dan bulan itu (beredar) pada garis edarnya (hingga waktu yang ditentukan) yaitu hari kiamat. (Allah mengatur semua urusan) yakni memutuskan semua perkara kerajaan-Nya (menjelaskan) menerangkan (tanda-tanda) yang menunjukkan akan kekuasaan-Nya (supaya kalian) hai penduduk kota Mekah (terhadap hari pertemuan dengan Rabb kalian) melalui hari berbangkit (meyakininya)"

    -Diriwayatkan oleh Ibnu Mu`allim al Qurasyi dalam kitabnya Najm al Muhtadi Wa Rajm al Mu`tadi. h. 155 bahawa Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallahu`anhu (W. 203 H) berkata:
    "مَنْ قَالَ أَوِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ فَهُوَ كَافِرٌ".
    Maksudnya:
    "Barangsiapa berkata atau berkeyakinan bahawa Allah duduk di atas `Arasy maka ia telah kafir ".

fda

Link2Me WeLinkBk (254)