Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Monday, March 29, 2010

RBF kata asal bukan kuda tua untuk Hulu S'ngor


Mungkin akan ada dikalangan rakan-rakan saya yang tidak setuju dengan apa yang saya perkatakan dalam artikel ini. Mungkin ianya juga tidak menyenangkan sesetengah ahli-ahli Umno.

Tetapi saya terpaksa berkata benar walaupun pahit. Prinsip itulah yang dipegang oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin hingga Pak Lah terpaksa letak jawatan lebih awal.

Perbezaan pendapat antara kita tidak menjadi masalah, malah ianya lebih bagus untuk mencambah pemikiran. Yang penting matlamat dan hala tuju kita sama, iaitu BN menang di Hulu Selangor.

Berbalik kepada isu calon Hulu Selangor yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Perkara ini senang saja. Formulanya mudah. Pegang saja kepada prinsip kekeluargaan BN. Semuanya boleh selesai.

Itu kerusi MIC, maka kita kenalah bagi peluang untuk MIC bertanding. Lainlah MIC dengan rela hati menyerahkan kepada Umno. Kita kena saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam semangat BN yang sudah terjalin lebih 50 tahun.

Kita tidak perlu pertikaikan yang pengundi melayu lebih dari 50 % disana. Kalau nak dikira begitu tiada satu tempat pun daripada 222 kerusi parlimen dan lebih 400 kerusi Dun dalam negara kita yang majoritinya pengundi india. Kita beri atas konsep kongsi kuasa BN.

Kita Umno, sebagai abang sulong dalam BN haruslah menunjuk contoh yang baik kepada adik-adik yang lain di dalam BN. Biarlah ianya selaras dengan kehendak Pengerusi BN yang juga PM iaitu konsep 1 Malaysia.

Jangan pula hasrat Datuk Seri Najib memperkasakan 1 Malaysia menjadi tong kosong. Puas sudah beliau keliling negara sampai naik lenguh mulut bercakap pasal 1 Malaysia, tetapi kita dibawah tidak menyahutnya.

Bukan niat saya hendak menolak Umno dari bertanding di sana. Kalau ikutkan hati saya , saya mahu semua calon Umno yang bertanding di seluruh kerusi parlimen dan Dun dalam negara kita.

Tapi kita kena ingat, kita tak mampu menang tanpa sokongan MCA,MIC dan yang lain-lain. Kawasan melayu yang 70 % keatas mungkin bolehlah. Kawasan campuran hancurlah.

Sebagai contoh, akibat MIC, MCA dan Gerakan banyak mengalami kekalahan teruk di Perak dalam PRU yang lepas , maka kita hilang kerajaan yang ditunjangi Umno di Perak. Calon Umno hampir semua menang. Tapi apa maknanya Umno menang, tetapi tidak boleh membentuk kerajaan dan kehilangan jawatan MB. Kita hanya kekurangan tiga kerusi sahaja di Perak. Begitu juga di Parlimen, akibat rakan-rakan kita kalah banyak, maka kita hilang majoriti 2/3 di dewan rakyat.

Sebab itu kita jangan pandang ringan kepada rakan-rakan kita. Sedikit sebanyak mereka menyumbang kepada kita. Kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Inilah masanya untuk kita menolong mereka memperbaiki balik parti mereka yang rosak imejnya dalam PRU yang lepas. Itu sebahagian dari tanggungjawab kita dalam BN. Kita harus ingat dalam perut yang dikandung BN itu bukan Umno sahaja yang ada. Tiga belas parti komponen yang ada. Cubit paha kiri, paha kanan terasa.

Jika kita tidak sama-sama membantu memulihkan mereka, maka kita terimalah akibatnya dalam PRU yang akan datang. Yang membuatkan BN kalah teruk dalam PRU lepas bukannya Umno. Umno masih lagi kuat. Yang membuat kita kalah adalah parti-parti rakan kita. Jangan sampai mereka terasa hati dan mereka keluar dari BN. Kita yang akan menerima padahnya kelak.

Kita patut bersyukur dengan semangat setiakawan rakan-rakan kita dalam BN yang tidak belot kepada kita dalam peristiwa 16 September 2008. Andai ditakdirkan pada masa itu mereka belot, maka hancurlah kita. Sebab itu kita kena hormat-menghormati satu sama lain dan jangan melakukan perkara yang mengguris hati kawan. Begitu juga dengan kawan kita , jangan mengguris hati kita.

Berhubung dengan calon Hulu Selangor, ada rakan-rakan yang berkata Datuk Zainal Sakom wajar dicalonkan. Ya benar, saya setuju. Datuk Zainal mampu memberi kemenangan kepada BN, tetapi kita boleh calonkan dia jika MIC setuju memberi laluan dengan kepada Umno dengan rela hati.

Tetapi kalau dia tidak beri kita tidak boleh ambil, itu hak dia. Begitu juga dengan kerusi Umno, MIC dan MCA tidak boleh ambil, jika kita tidak beri, itu hak kita. Disinilah penting semangat muafakat dan musyawarah dalam BN. Jangan sampai musuh kita mengambil kesempatan dengan mengatakan Umno menindas rakannya dalam BN.

Andai ditakdirkan MIC bertanding disana, saya rasa tidak perlu untuk MIC mempertaruhkan semula kuda tua mereka yang pernah rebah disana akibat berlaga ibu jari semasa hampir tiba ke garisan penamat sebagai juara. Jarang orang boleh rebah akibat berlaga ibu jari, biasanya berlaga lutut atau buku lali. 198 undi itu, maksud berlaga ibu jarilah.

Kuda Tua MIC

MIC perlu meletak calon baru yang segar,bersih dan muda. Orang Hulu Selangor sudah tolak kuda tua (G.Palanivel). MIC tidak pernah ketandusan bakat baru. Sejarah MIC mempertaruhkan bakat baru dalam p/raya kecil biasanya membawa untung. Lihat sahaja S. Sothinathan dalam p/raya kecil Teluk Kemang 1999 dan Cikgu Parthiban di Ijok 2007.

Kamalanathan

Antara bakat baru yang boleh diketengahkan ialah bekas Ketua Putera MIC yang memegang jawatan Ketua Penerangan MIC sekarang iaitu P. Kamalanathan atau lebih dikenali dengan nama timang-timangannya Kamal.

Beliau tidak pernah bertanding dan orang muda yang tiada isu dan tinggal di kawasan yang berhampiran dengan Hulu Selangor. Jika tidak beliau pun, mungkin ada nama-nama lain yang boleh diketengahkan oleh MIC. Asalkan bukan kuda tua.

Kita sudah boleh baca mengapa kuda tua mengidam untuk bertanding disana. Kerana beliau sebagai Timbalan Presiden MIC sudah tentu akan dilantik sebagai menteri sekiranya menang. Ini bermakna Dr. S Subramaniam akan diketepikan dari kabinet. Berlaku pula perpecahan dalam MIC antara kem kuda tua dan kem Dr. Subra. Sudah jelas matlamat kuda tua bukan untuk jadi wakil rakyat, tetapi untuk jadi menteri.

Beliau menang dalam pemilihan MIC, buka bererti beliau akan menang dalam p/raya kecil ini. Kalau dia kuat dia tidak akan kalah dengan 198 undi, disaat tiga Dun BN menang tujuh ribu lebih undi.

Sifir saya senang,TIDAK KIRA UMNO ATAU MIC , ASAL BUKAN KUDA TUA (G.Palanivel) , BN akan menang mudah di Hulu Selangor.

Kerusi Parlimen dan Dun Hulu Selangor akan menggambarkan semangat 1Malaysia yang sebenar. Parlimen India, DUN dua Melayu dan satu Cina.

Sumber: RBF

31 comments:

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 2:40:00 PM GMT+8

    Kalau orang baru yang bersih dan sedia bekerja dengan semua kaum di situ, letak orang famous pun boleh makan.

    Asal bukan PKR ...

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 2:42:00 PM GMT+8

    PERKASA KEDAH.
    Saya sebagai ahli UMNO di DUN Sg Buaya amat berharap agar kali ini kita pertahankan hak melayu,kalau boleh kita desak agar pemimpin atasan BN meletakkan calon umno di
    P 49 sebab kawasan tersebut adalah majoritinya melayu,kenapa kita mesti bertolak ansur dengan MIC yang mereka sekarang menghadapi masalah dalaman parti,kalau kita biarkan MIC bertanding dan PR letakkan calon melayu berkemungkinan kita akan kalah dalam pilihanraya ni,jadi marilah kita sebagai bangsa melayu harus pertahankan hak kita di kawasan Hulu Selangor,terlalu banyak sangat kita berlembut dengan MIC selama ni.berapa banyak kerusi dah kita berikan pada MIC walaupun kawasan majoriti melayu.saya akan mengerahkan seluruh jentera Dun Sg Buaya agar mendesak supaya kerusi P 49 mesti diberikan kepada UMNO.jika ini tidak berlaku mungkin akan ada ahli yang sabotaj seperti PRU 11 yang lalu.Peringatan buat pemimpin2 UMNO Selangor jika inginkan sokongan dan kemenangan UMNO dan bangsa melayu.
    Wassalam.Sg Buaya.ut

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 2:49:00 PM GMT+8

    Percayalah, kalau dulu orang tolak MIC, sekali lagi orang akan tolak MIC di sana. Saya lebih suka jika lebih ramai MP Melayu di parlimen.

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 2:58:00 PM GMT+8

    AKU SUDAH MUAK DAH..
    KALAU TANPA SOKONGAN PENGUNDI INDIA, BN KALAH..

    TAPI...
    KALAU TANPA SOKONGAN PENGUNDI MELAYU..
    BN BOLEH MENANG KAA ?????
    SUDAH..
    SUDAHLAH....
    FIKIRAN SEBEGITU AKAN MENJADI SEKATAN PERKEMBANGAN TAMADUN MELAYU

    JANGAN LUPA..
    MESTI INGAT...
    JIKA MELAYU TELAH MENJADI TUAN YANG HEBAT. SEMUA BANGSA AKAN MEMBERI SOKONGAN PADU.

    FIKIR...
    FIKIRLAH....

    JIKA HENDAK MENJADI TUAN..
    KITA KENA JAYAKAN MISI UMNO SEBAGAI TUAN.

    JIKA TIDAK....
    AKAN MENJADI SANDIWARA KURA-KURA MEMANJAT POKOK MEMAKAN UMBUTNYA.

    KITA, PERLU TEGAS
    KITA, PERLU TEGAK
    JIKA TIDAK INGIN MELIHAT KURA-KURA MEMANJAT POKOK.

    adam amin
    jerlun, Kedah

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 3:05:00 PM GMT+8

    Bosan tengok Melayu asyik mengalah saja. Tak kira BN ke PR ke, Melayu asyik mengalah. Jangan jadikan 1Malaysia satu alasan untuk terus mengalah. Fikir-fikirkanlah. Bosan betul. Kalau disatu pihak letak calon Melayu, BN letak MIC, sampai hatike pengundi Melayu nak undi bukan Melayu? Kalau saya pengundi tu, saya tidak akan undi orang yang saya rasa tidak boleh membantu memajukan umat Islam.

  • mrakunman says:
    March 29, 2010 at 3:06:00 PM GMT+8

    salam. sangat setuju bro

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 3:07:00 PM GMT+8

    MIC dah xrelevan. itulah hakikat skrg. mengapa skrg baru nk bersuara?di mana MIC semasa BN tgh memerlukan kawan? di dlm masa BN jatuh bukan main lagi nk bersandiwara.

    MIC perlu ingat, calon yg diletakkan pada PRU12 di kawasan yg sama telah gagal. biarpun jumlah undi yg calon MIC itu dpt agak besar, akn tetapi ia sudah gagal. Klu di ikutkan calon itu sudah tidak layak lagi untuk bertanding, seperti gula getah yg sudah tidak manis lagi.

    Apa yg BN harus buat skrg adalah letakla calon disukai rakyat kawasan itu. Sebaik-baiknya letaklah calon berbangsa Melayu.


    Sudah sampai masanya BN perlu bertegas.

  • Mathematician says:
    March 29, 2010 at 3:21:00 PM GMT+8

    Masa PRK DUN Bagan Pinang haritu, BN letak kuda tua. Apa jadi? Majoriti bertambah 2 kali ganda. Ini bukan masalah kuda tua atau pony. Kalau boleh & suka berkhidmat untuk rakyat, kuda tua tetap menjadi pilihan hati para pengundi.
    Bukan sedikit kawasan yang penduduknya lebih suka dijaga oleh wakil Melayu.

    Mahukah lagi pengundi Melayu mengundi MIC setelah DS Samyvelu mengeluarkan banyak kenyataan merapu semenjak kekalahan PRU 2008?
    Jika abang yang tua dalam sesebuah keluarga dilihat terlalu beralah, akhirnya adik-adik akan pijak kepala. Adik-adik yang telah lari dari landasan perlu diberi pengajaran.
    Formulanya mudah: Prinsip kekeluargaan mesti ada semangat Give-And-Take. Kalau mahu UMNO memberi kerusi kepada MIC, MIC mesti bersedia menurunkan DS Samyvelu dari takhta presiden supaya MIC & BN terus relevan.

  • tamingsari says:
    March 29, 2010 at 3:39:00 PM GMT+8

    Mr.Unspin,

    Adakalanya kita boleh menekankan hak orang melayu. Ada ketikanya kita tidak pula menafikan hak kaum lain. Begitu juga didalam BN. Apa yg telah dipersetujui diawal begitu hendaknya diakhir. Emosi tidak menjamin kemenagan calon BN. Kerjasama dgn penuh semangat setiakawan didalam BN acap kali membawa kejayaan. Pada masa pilihanraya yg lepas,Umno dibawah Pak Lah bernasalah dan kesan kelemahan itu sudah menjadi sejarah.

    Didalam kita berusaha mendapatkan semula keyakinan rakyat, lebih2 lagi dari kaum cina dan india,kita membuat tindakan yg boleh menyinggung perasaan mereka. Tidak ada gunanya calon Umno memenangi pilihanraya kecil Hulu Selangor tetapi BN kalah terok di PRU akan datang. Ketika itu emosi dan semangat keperkasaan bangsa tidak memberi erti.

    Mereka yg ariff tentang keputusan PRU yg lepas sedar akan punca kesilapannya. Kini kita hendak lagi sekali mengulangi kesilapan yg sama. kita juga jangan terpancing dengan provokasi dari PR yg berusaha membakar semangat orang Umno untuk merebut kerusi ini.

    BN kalah dgn 198 undi sahaja. Jentera pilihanraya yg kuat boleh mengatasi jumlah undi majoriti PR. Umno sering menekankan 'kontrak sosial' pada kaum lain masakan dalam soal kerusi kita pula yg tidak menepati kontrak sosial dalam BN.

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 3:43:00 PM GMT+8

    Saya sokong, hari tu kalahpun 100 lebih aje. Kalau bukan calun MIC, akan dijadikan modal oleh baruah2 PR terutama PKR haram jadah tu. Prinsip mesti dijunjung. Itu sebab BN kuat.

  • wira putih says:
    March 29, 2010 at 3:47:00 PM GMT+8

    Kah kah kah... BNatang kuat??? kah kah kah.. memang kuat.. PORNSTAR pun UMNgok terima.. kah kah kah!

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 3:55:00 PM GMT+8

    stick with status quo...apa yang perlu dibuat tukar calon laam kepada calon baru..

  • 1 Melayu says:
    March 29, 2010 at 3:55:00 PM GMT+8

    Dah tau akan kalah kalau letak calon India,kenapa nak cari maut.

    Dalam perang kita mahu menang,kalau pengundi mahu calon Melayu letak lah melayu dan kalau orang melayu mahu orang India dicalaonkan pun tak apa.Pokonya pengundi yang yang akan mengundi jadi kita harus dengar apa yang mereka mahu . Jangan paksa mereka memilih orang yang mereka tidak mahu.

  • joehan says:
    March 29, 2010 at 4:19:00 PM GMT+8

    salam...hehe..ms perhimpunan perkasa aritu aku dh pon mndaftar sbg ahli perkasa..ermm..psl calun..mmg aku rs org dh muak dgn mic..nk plak skrng ni si samy tu still berkuase..bile die nk gnti org br aku pon xtau..dhla xwt kje sgt..tp kalo ats rs toleransi aku rs umno akn bg mic lg sbb ats dasar setiakwn..ntah laa..aku pon xsure nk bg pendpt ape..kne realistik bro..xblh emo lbh2..tp aku lg stuju umno letak calon..ape2pon kite sume kne kuburkn pr kt hulu selangor..

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 4:20:00 PM GMT+8

    Benarkah rakyat akan menolak MIC disebabkan Samy Vellu?
    Apakah ada persamaan seperti rakyat menolak BN disebabkan Pak Lah?
    Jika benar, letakkanlah calon MIC untuk menikmati nikmat 'kemenangan'!

  • politik69 says:
    March 29, 2010 at 4:45:00 PM GMT+8

    Balik-balik alasan yang sama. Kalau takda undi MIC, tak menang.

    Ingat orang UMNO bodoh lagi?

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 4:55:00 PM GMT+8

    Saya sokong PERKASA KEDAH..TAPI kurang setuju dengan RBF. Buat masa dan ketika ini... Kita Melayu diambang perpecahan, dengan adanya kemelut sesama kita, entah bila boleh selesai. Kita, Melayu dipandang hina dan lemah.Dalam parlemen pun satu masa dulu ada satu YB( bukan MIC ) menjerit...umno boleh pergi mampos...lebih kurang macam tu lah... UMNO tu sapa ?? bukan China dan bukan India, tapi MELAYU.. Melayu diHulu Selangor kali ini jagan kasi chan lagi.. Sekarang bukan kita nak balas dendam tapi misti tunjuk yang kita bukan saperti apa yang mereka fikirkan dan sangkakan. Kita dah sudah jadi abang sekian lama..tetapi tak diindahkan lansung. Sebab itu BN kalah dalam PRU11.. KENAPA?? Sebab undi MELAYU UNTUK MELAYU, sebab MELAYU dah muak dengan perangai sombong bongkak Undi sapa yang SV dapat hingga beberapa penggal...?? Mereka nampak saperti Melayu akan tumbang. No way bro...HIDUP UMNO...

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 4:55:00 PM GMT+8

    ni pendapat aku...objektif BN setiap kali pR ialah bukan sahaj untuk menang tetapi kena menjaga semangat setiakawan dalam BN..kalau nak menang, untuk PRK kali ni pendapat aku BN kena letak calon UMNO..bukan sebab ade kepentingan lain ke ape, tp ini lah yg rakyat mahukan..lgpon, penduduk india kt hulu sngor (aku rase lah) x kesah pon kalau bukan calon MIC, sbb diorang da bengkek ngan sammy vellu..yg kedua, dalam usaha untuk menjaga semangat setiakawan, perlu ke UMNO je yg kene berkorban?nape parti komponen laen xnak berkorban same?bile BN kalah teruk time PRU12, MIC ngan MCA wat ape untuk kuatkan balik BN?semue dok berebut jawatan...so,ape kate kali ni, dalam usaha untuk menjaga semangat setiakawam, MIC plak yg bg kerusi 2 kt UMNO..insyaallah, BN akan menang dan semangat setiakawan akan semakin kukuh...

    p/s: sammy vellu 2 bile nk turun?xkan la die xtau yg ramai da x ske die..lgpon cam xde fungsi je duk kt atas 2..

  • Syed Mat says:
    March 29, 2010 at 4:58:00 PM GMT+8

    Penulisan serta pendapat yang amat membanggakan. Perlu diperbanyakkan penulisan sebegini. Jutaan tahniah diucapkan. Idea anda amat bernas.

  • Alfonso2009 says:
    March 29, 2010 at 5:09:00 PM GMT+8

    Kini Hulu Selangor jadi taruhan antara calon MIC atau UMNO. Kedua-duanya adalah komponen BN. Matlamat tetap sama iaitu untuk menang. Bukan terdesak untuk menang kerana yang LEBIH TERDESAK adalah PKR untuk mempertahankan kawasan.

    Tradisi kerusi MIC, tetapi sudah ada suara yang mahukan agar dipinda kepada UMNO. Alasan mudah kerana majoriti pengundi Melayu. MIC awal-awal lagi dah namakan calonnya. Tiada dua atau tiga cuma satu.

    Manakala orang Melayu pula mahukan kerusi parlimen ini. Yang akhirnya semua akan serahkan kepada YAB Pengerusi Barisan Nasional untuk tentukan.

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 5:14:00 PM GMT+8

    bottom line is simple aja...
    tampilkan muka baru...rasanya kaum India naik muak dgn MIC bkn ape...sebabnya balik2 org2 lama yg naik bertanding....susah nk jumpa generasi muda MIC yg bertanding...bak kata RBF...asek kuda tua aja...yg penting kenalpasti apa isu yg menghantui hulu sgor...prihatin dan pandai tackle....

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 5:48:00 PM GMT+8

    letak orng India Muslim la senang. leh masuk dua-dua he he. Ustaz Farid Ravi orang sg choh. Ustaz Fitri Abdullah orang Serendah

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    March 29, 2010 at 6:03:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    March 29, 2010 at 6:05:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    March 29, 2010 at 6:05:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • dzieta says:
    March 29, 2010 at 6:06:00 PM GMT+8

    Rakyat didahulukan..tak krialah daripada parti komponen mana pun yang penting,dengar apa rakyat Hulu Selangor mahu..bukan sebab beralah,biarkan MIC buktikan bahawa BN masih perlukan mereka..tapi yang penting,ambik yang fresh..apa pun,RAKYAT DIDAHULUKAN!

  • The Unspinners says:
    March 29, 2010 at 7:20:00 PM GMT+8

    Undang2 saya pasal lari tajuk memang clear.

    Bila pembangkang yang lari tajuk, kami memang berat sebelah kerana strict yang taida maaf.

    Peduli apa aku kau marah. Tak akan kami nak beri muka pembangkang.

    Ingat pembangkang lepaskan komen kami di blog pembangkang?

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 7:29:00 PM GMT+8

    Kalau puah Hindraf dan India telah belot semasa PRU12, masih nak bagi muka ? ???

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 10:19:00 PM GMT+8

    saya setuju benor

  • Anonymous says:
    March 30, 2010 at 12:17:00 PM GMT+8

    aku berpendapat calon MIC kalah itu hari pasal HINDRAF... aku tak kira la kenyataan aku racist ke tak racist ke.. orang melayu bengang dengan HINDRAF yang tak kenang budi... buat tuntutan melampau.. tempias dia kena kat MIC... itu sebab calan MIC kalah dengan calon melayu PKR kat Hulu Selangor tu...

    - parti jahat, kato eh -

  • Anonymous says:
    April 6, 2010 at 8:23:00 PM GMT+8

    tolong la dgr suara rakyat..kalau majoriti mahu kan calon dikalangan melayu..letak la calon melayu..sy sebagai pengundi muda kekadang rasa terkilan bila pemimpin atasan tidak mendengar suara "kami" lebih utamakan setia kawan sampai bangsa sendiri terasa ati dan kena mengaku kalah..

    renung-renung kan la..

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)