Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Monday, March 29, 2010

Politicking untuk kerusi Hulu Sngor dalam PKR bertambah panas


Semalam berakhirnya teka teki samada akan berlaku Pilihanraya kecil [PRK] Parlimen Hulu Selangor atau tidak?. Buat julung julung kalinya pesta demokrasi akan diadakan di negeri Selangor Darul Ehsan tak lama lagi. Pasti panaaasss…. Sebuah negeri yang penuh dengan kehangatan bahang politik!

Bermula dengan isu Setiausaha Sulit Khalid Lembu Gagap letak jawatan, diikuti dengan kisah penternakan babi besar-besaran secara moden, perlantikan bukan melayu sebagai orang kuat PKNS, sekatan jualan arak, gambar bogel Elizabeth Wong, kematian Teoh Beng Hock di bangunan terletaknya pejabat SPRM, isu kuil penduduk Seksyen 18, bantahan penggunaan nama Allah yang mendapat “restu” MAIS, isu tanah tapak pembinaan UiTM di Serendah kontrovesi MB dan YBK, dan ada beberapa lagi isu panas telah berlaku di negeri yang terkaya kini jajahan pemerintahan PKR yang mengikut telunjuk DAP dan PAS pula menjadi barua angguk…

Siapakah yang paling layak diberikan peluang untuk duduk bersama sama Anwar dan kuncu kuncunya didalam Dewan Rakyat menggantikan Allahyarham Datuk Dr Zainal..?

Ramai menjangkakan Dato Zaid Ibrahim akan menjadi calon yang sesuai untuk pertaruhan PKR mahu pun Pakatan Rakyat. Apatah lagi dimata beberapa pemimpin Pakatan, Zaid dilihat berani membuat keputusan drastik meletakkan jawatannya sebagai Menteri kerana TAK setuju dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA]. Tindak tanduk bekas pemimpin “terbuang” UMNO Kota Bharu ini disambut sebagai wira oleh pemimpin Pakatan seperti Lim Kit Siang dan kuncu kuncunya yang sememangnya tak mahukan penggunan ISA …!

“Jangan ingat semudah itu Zaid boleh dapat tiket nak bertanding…, dia masih baru dalam parti. Masih ada lagi otai otai yang mesti diberikan peluang untuk jadi Ahli Parlimen…” kata seorang sahabat yang berada didalam pimpinan PKR Selangor.

“Apa pun keputusan mesti dapat green light dari Azmin…. For your info, Zaid nie dah jadi “ancaman” dalam kedudukan politik Azmin. Ada group yang nak lobby Zaid contest jawatan Timbalan Presiden masa pemilihan PKR nanti…” sambungnya lagi.


Disini jelaslah bahawa mainan politik dalam kain PKR yang dikuasai oleh Azmin semestinya tidak mahu memberikan ruang kepada Zaid Ibrahim dilihat menjadi semakin prominent dalam barisan kepimpinan parti yang sudah diliwat oleh Anwar Ibrahim.

Dikalangan ramai bekas pimpinan PKR yang sudah meninggalkan kapal yang sedang karam dinakhodakan oleh Anwar, hampir kesemuanya tahu bahawa Azmin punyai suatu “magical power” untuk Anwar menuruti segala kehendaknya. “Azmin is a good schemer” kata Ezam yang pernah disiarkan oleh akhbar The Star sewaktu berita bekas Ketua Pemuda itu tinggalkan PKR.

Apabila Blogmaster dimaklumkan bahawa calon pilihan Azmin ialah Ketua PKR Cabang Kelana Jaya, maka persoalannya “kenapa Tuan Syed Shahir jadi pilihan..?”

“Calon mesti calon import la bro.., cabang Hulu Selangor mana ada tokoh. Arwah Dato Zainal pun bukannya Ketua Cabang Hulu Selangor, dia tu Ketua Cabang Hulu Langat. Untuk PRK kali ni, no issue la kita bawak another calon import …” jelas sahabat Blogger itu.

Menurutnya lagi hampir kesemua Ketua ketua cabang di Selangor yang bertanding pada PRU 12 sudah mendapat gelaran YB ADUN atau pun Ahli Parlimen seperti Khalid [Ketua Cabang K Sgor], Azmin Ali [Ketua Cabang Gombak], Yaakop Sapari [Ketua Cabang Puchong], Sivarasa [Ketua cabang PJS], Hee Loy San [Ketua Cabang PJU], Xavier Jeyakumar [Ketua Cabang Kota Raja] dan beberapa lagi pemimpin PKR.

“Ada dua lagi ketua cabang yang ada tokoh tapi tak dapat jadi wakil rakyat, Tuan Syed Kelana Jaya dan Dr Badrol Amin Sabak Bernam ...” sambung sahabat Blogger sambil menghabiskan minumannya. Kami bersembang sambil minum petang.

“Dah tentulah Tuan Syed jadi pilihan Azmin. Jangan lupa bahawa PKR Cabang Kelana Jaya menjadi cabang yang pertama memberikan pencalonan kepada Azmin untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden lawan Dr Syed Husin Ali pada Mesyuarat Agong tahun 2007….” berakhir penjelasan sahabat Bloggers itu tadi.

Beliau terpaksa beredar awal kerana mahu menghadiri perbincangan dengan pimpinan PKR Perhubungan Negeri Selangor.

Mengikut rekod, Syed Shahir tewas ditangan Ong Tee Keat sewaktu bertanding Parlimen Pandan pada PRU ke 12. Manakala Badrul Amin pula ditumpaskan oleh Abdul Rahman Bakri di Parlimen Sabak Bernam.

Jika dibuat perbandingan keatas kedua-dua nama ini, memang jelaslah Syed Shahir lebih layak kerana Badrul Amin yang “bertopengkan” watak Islamic leader ini bukanlah calon sesuai untuk kawasan yang mempunyai 45% pengundi bukan Melayu….

Tetapi yang menariknya disini ialah untuk kita saksikan “power play” bakal digunakan oleh Azmin Ali…. Apakah beliau akan pastikan Zaid Ibrahim tidak berpeluang untuk mencapai status seorang Ahli Parlimen PKR sekaligus menjadi “ancaman” kepadanya untuk selesa memenangi jawatan Timbalan Presiden bila tiba waktu pemilihan parti nanti..?

Atau pun seandainya Azmin bijak, beliau seharusnya membuat penilaian untuk “calculate the winning chances”. Bermakna setelah dihitung, bahagi, darab dan campur maka keputusannya kelihatan seperti peluang untuk Pakatan menang dan pertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor terlalu tipis…, inilah peluang terbaik buat Azmin mengkuburkan Zaid Ibrahim..!

Kekalahan itu nanti bakal menjadi modal buat kesemua “kempen manager” Azmin memburukkan lagi kredibiliti Zaid sekiranya benar bekas pemimpin UMNO Kelantan itu mahu mencabar anak emas kesayangan Anwar ini dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR nanti….

Sangat Menarik! PRK Hulu Selangor boleh menjadi ruang untuk Azmin membunuh karier politik seorang “potential opponent” untuk jawatan Timbalan Presiden PKR…..

Sumber: Medan Info

17 comments:

  • wira putih says:
    March 29, 2010 at 8:42:00 AM GMT+8

    tak kisah la sapa PKR pilih... asal bukan pemimpin PORN STAR, PENGEBOM dan RAMBUT PALSU sudah... amin...

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 8:59:00 AM GMT+8

    memang benar.....anwar tu porn star, pengebom dengan menggunakan anu war nya ke bontot mangsa...aku suka dalam blog parpu anu war pakai rambut palsu..auw auw auw nyah...

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 9:14:00 AM GMT+8

    gay star

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    wira putih says:
    March 29, 2010 at 9:18:00 AM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    wira putih says:
    March 29, 2010 at 9:27:00 AM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • The Unspinners says:
    March 29, 2010 at 9:31:00 AM GMT+8

    Wira tongong

    sila cari blog yang bincangkan benda yang kau bincang. Luar tajuk dibuang sini. Rasanya kamu tahu tapi buat tak tahu ...

  • bayan says:
    March 29, 2010 at 9:37:00 AM GMT+8

    mengikut suasana politik di Selangor pada masa kini harapan BN utk menang kerusi parlimen Kuala Selangor memang cerah.
    Justeru itu letakkan calon yg menyenangkan hati pengundi.Insaallah BN menang.Tsunami 1946 akan tiba.

  • Ipin says:
    March 29, 2010 at 10:14:00 AM GMT+8

    PKR nak lawan ke mana ada org melayu yg nak undi PKR, kalau ada pun ahlul PAS saja jadi jangan buang masa dan habiskan duit rakyat bagi saja kat BN selesai masalah.

  • Kay Du Lac says:
    March 29, 2010 at 10:18:00 AM GMT+8

    Short term UMNO - Indian sure gonna be pissed of. But BN will have chances to win.

    Long term MIC - BN will almost surely 'kalah'. But uphold the concept of 1Malaysia. Maybe Indians will come back to BN.

    Anyway, 'ceramah' Anwar in KKB did have some -ve impact on BN's repo in Ulu Selangor.

  • joehan says:
    March 29, 2010 at 11:02:00 AM GMT+8

    erm...harap rakyt usahlah diperbodohkn lg dgn anwar yg bodoh tu...ayuh..pastikan hulu selangor bebas dr pakatan haram jadah yg ske wt huru hara kt malaysia ni..

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 11:26:00 AM GMT+8

    "Long term MIC - BN will almost surely 'kalah'. But uphold the concept of 1Malaysia. Maybe Indians will come back to BN.",

    No need 2 come back oso can. Better still. The longer Semi Value hang on there as MIC President, Neither Indians nor Malays will vote for MIC again.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    March 29, 2010 at 11:26:00 AM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • The Unspinners says:
    March 29, 2010 at 11:40:00 AM GMT+8

    Dahlah kena buang tak ikut tajuk. Nak maki2 pulak. Itulah budi bahasa dan sopan santun pakatan rakyat.

  • mawar berduri says:
    March 29, 2010 at 12:19:00 PM GMT+8

    PKR penuh dgn dendam kesumat terhadap BN.
    Hati pemimpinnya busuk mengalahkan bangkai. Cakap berdegar2 nak membela rakyat, tapi dah bagi peluang memerintah bukan nak membela malah harapan rakyat dikecewakan tiada hentinya. Banyak sudah kelentong2 murahan mengiringi kepimpinan mereka.

    Rakyat bukannya bahlol mcm yg disangkakan PKR. Rakyat dah jelak, muak & meloya dgn kerenah kepimpinan bercelaru PKR. Manifesto yg dibentang hanyalah omongan kosong yg hanya menipu rakyat. Sifat rakus, tamak dan gila kuasa adalah intipati perjuangan PKR seperti yg dilihat di Selangor.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    wira putih says:
    March 29, 2010 at 12:58:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 1:03:00 PM GMT+8

    Harus diingatkan PRK kali ini adalah sgt bergantung kpd calon Barisan Nasional. Terpulanglah pucuk pimpinan BN utk mebuat keputusan ssewajarnya dlm memilih caon utk kawasan ini.

    Kita tahu Palanivel tewas di kawasan ini kerana rakyat Hulu Selangor sudah jemu meletakkan calon yg sama terutamanya org Melayu, yg mempersoalkan knape kawasan ini harus diberi kepada MIC.

    Keptusan 2008 membuktikan bhw, palanivel tewas kerana UNDI PROTES terhadap pencalonanya. Oleh itu mereka memilih Allahyarham dm PRU lepas.

    PKR tak payahla nak berkempen bagai nak gila, kerana rakyat tahu segala manifesto dan janji pilihanraya akan dibakulsampahkan juga nanti. Puak PKR ak payahla bekerja keras nak menipu rakyat sbb rakyat selangor dah muak dgn perangai geng khalid gagap merintah Selangor. Oleh itu pekutusan PRK ini SGT bergantung kpd calon BN yg akan diletakkan.

    Sekiranya Palanivel terus diletakkan nescaya PKR akan menang besar lg walaupun calon PKR itu seekor babi tonyok, kerana rakyat akan membuat UNDI PROTES. Kemungkinan majoriti yg lebih besar kerana lebih ramai yg nak menghukum kebodohan percaturan BN utk PRK ini.

    Oleh itu, BN haruslah meletakkan calon yg sesuai. Kalo bole yg fresh, biar geng PR takde modal nak wat fitnah kat calon BN itu nanti. Elakkan pertemuan calon berlainan bangsa kerana ianya boleh mendedahkan bahaya isu perkauman.

    Sekian..

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    March 29, 2010 at 2:17:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)