Monday, March 29, 2010

PKR terdesak guna tipu helah dan taktik kotor di Hulu S'ngor


Tanah dikubur Allahyarham Dr Zainal masih basah lagi. Pemuda Pakatan sudah tidak sabar lagi untuk memulakan kempen pilihanraya kecil. Waktu tengahhari 2:30, mereka bermesyuarat di Merchant Square Tropicana.

Pengerusinya adalah Yusmadi Yusuf bukan Shamsul Akin-cing. Ada lebih kurang 25 yang datang.

Misi mereka dalam mahukan kemenangan untuk Pakatan Rakyat adalah mensasarkan pengundi atas pagar. Mereka menyedari bahawa sepanjang ceramah mereka hanya dihadhiri oleh 45% penyokong setia. Pengundi atas pagar tak datang.

Gerak kerja yang mereka rancang adalah untuk mendatangi mereka secara rahsia di rumah atau tempat kerja atau di lokasi awam.

Pekerja kempen diminta lebih "forceful" dalam mendapatkan perhatian pengundi atas pagar. Tak peduli orang kata "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong".

Strategi aggresif yang diguna mereka adalah 3M ia-itu memujuk, mendesak, dan memutarbelit. Mula di approach di lokasi awam dan cuba ajak bual, konon dengar dan cara pujuk dan memahamkan isu. Tetapi ianya akan meningkat menjadi lebih mendesak dan apabila tidak berjaya, mereka akan memutarbelit.

Taktik yang diguna termasuk juga mengekori pengundi sasar ke rumah atau pejabat untuk di ziarahi. Pengundi harus berhati2 apabila ada peraih kempen yang datang secara berahsia dan bersembunyi.

Pemuda Pakatan menyedari banyak masaalah dalaman dalam Pakatan khususnya PKR dan PAS. Mereka akan cuba mengaburi mata dengan membuat satu deklarasi.

Malam esok pada malam kedua, PKR dah mula berkempen dengan ceramah perdana dengan gimik pelancaran Kempen Selamatkan Malaysia. Dikatakan ramai yang datang dalam 5,000 dengan hadirin impot dari luar. Itu pun bawah sasaran 50,000.

Penipuan yang dibuat adalah tentang kononnya Dr Zainal banyak jasa di situ. Itu tidak benar langsung kerana semasa dia Timbalan MB kepada Mat Taib, dia bukan berasal dari situ. Malahan dia adalah Ketua Cabang Ulu Langat. OLeh kerana orang baru meninggal, adalah tidak sopan untuk menidakkan penipuan ini. Dalam hal Dr Zainal, ada banyak lagi penipuan tentang hubungan Anwar dengannnya.

Siang-siang lagi mereka nampaknya tidak ada modal melainkan mencerita keburukan kerajaan dan salahguna kerajaan Persekutuan. Kononnya kerajaan Selangor itu baik sangat. Mereka menonjolkan kerajaan Selangor seolah-olah baik dengan program air percuma dan lain2. Tukang kempen dan panglima-panglima siber BN perlu dedahkan salahlaku kerajaan Selangor yang berjela-jela panjang.

Permainan kritikan peribadi dibuat terhadap PM dan rekod kerja bekas AP, Palanievel. Disamping itu, mereka sudah mula memainkan psywar membisik pengundi jangan pilih India. PKR yang konon multiracial akan meletakkan calun Melayu. Depan penuntun kata konon nak letak seorang calun Cina atau wanita.

Penyampaian isi kandung ceramah ini sudah termaktub dalam mesyuarat biro politik PKR yang dipengerusikan oleh Pengarah Pilihanraya Fuziah Salleh pada siang hari itu.

Dalam mesyuarat itu, mereka menyedari peluang untuk calun PKR menang adalah hanya 45% memandangkan kemelut dalaman yang melanda Cabang Hulu Selangor dan Pusat masih berlarutan. Mereka berharap BN kekalkan calun lama.

Mereka menyedari janji pilihanraya mereka belum yang belum dilaksanakan dan pengundi Melayu sudah mula menolak PKR. Pengundi Melayu masih belum lagi kembali lagi kepada BN dan UMNO. Ini yang menyulitkan kerana atas pagar ramai. PKR tidak sedar bahawa pilihan pengundi Melayu situ hanya antara UMNO atau PAS.

Mesyuarat menyedari kesulitan dari cara pentadbiran MB Selangor yang kurang mesra Melayu.

Fuziah Salleh yang penyokong kuat Anwar memberitahu akar umbi Ulu Selangor mahukan Zaid Ibrahim sebagai calon.

20 comments:

  • Kay Du Lac says:
    March 29, 2010 at 11:57:00 AM GMT+8

    PR wants to win this PRK badly. It's their state. It's not weird that they are doing everything they can just to win.

    Plus, PKR needs this seat. Don't forget, they are loosing seats pretty fast in the parliament. Maybe more will leave the party, that's why they're so fired up!

  • Anak Lenggong says:
    March 29, 2010 at 12:07:00 PM GMT+8

    kalau tak menipu bukan PKR dan PAS nama diberi:-

    Kita tunggu je la mainan seterusnya daripada mereka ni semua..akan terjadilah kisah seperti diBagan Pinang..orang umno bersikap ganas menyerang orang pas dan pkr..sama seperti kes mamat yang kena tetak tu tapi nasib baik laa mamat tu kebal (badan tak luka cuma kesan hirisan kat baju jee) dan juga kes melelong keburukan calon bn pabila si ketua taliban tu dok menjaja calon umno tu dengan mengatakan mengabaikan bini muda...

    Begini lah yang bakal terjadi di hulu selangor nanti..kita tunggu je la apa pula fitnah yang dibawa oleh melayu yang kononnya dia terlebih islam daripada orang islam lain.

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 12:10:00 PM GMT+8

    PENYOKONG ATAS PAGAR P 49. sekotor-kotor politik PR tak lah sampai ada kematian atau pembunuhan keatas orang lain,tak macam umno yang sanggup berbunuhan dan cantas mencatas kawan atau lawan untuk merampas kuasa.sebodoh-bodoh penyokong PR tak lah sebanggang penyokong UMNO munafik lidah biawak yang banyaknya fitnah dari fakta.termasuklah T.Unsp dan sewaktu dengannya yang teramatlah bodoh untuk menyokong parti melayu rasuah yang jelas lagi nyata ni.

  • Shamsul Yunos says:
    March 29, 2010 at 12:16:00 PM GMT+8

    He he ada yang marah nampak, tanyalah Anwar dia baik sangat ke???

    tanyalah polis di zaman Anwar TPM samada Anwar tu tak pernah salah guna kuasa

    bab bohong membohong ni memang Anwar punya kerja

    politik wang di Umno pun adalah diasaskan oleh Brother Anwar Bin Ibrahim ni

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 12:35:00 PM GMT+8

    PENGGUNDI ATAS PAGAR P49.... keh...keh...keh.....
    ngaku jugak ye yang umno ni bapak rasuah dan ibu segala maksiat.
    Saidina Abu Bakar R.A sahabat nabi dulu pun masa zaman jahilliah dia tanam anak hidup2 tapi setelah dia terima hidayah maka ditinggalkan segala kemungkaran tersebut,tak kan nak samakan zaman jahilliah dengan selepas peluk islam,awat la hang ni bodo piang sangat.Allah akan terima keampunan seseorang itu sebelum nyawa melepasi halkumnya,kalau dia bertaubat sebelum mati insyallah Allah s.w.t akan terima, tapi perangai umno ni tak berubah biar pun nak mati.penuhkan ilmu dan iman didada dulu lepas tu kita berhujah.

  • wira putih says:
    March 29, 2010 at 12:54:00 PM GMT+8

    jangan lupa Umngook sangat terdesak sehingga menggunakan taktik sangat kotor and TERKUTUK.. employed Yahudi Zionist sebagai ejen komunikasi mereka.. 1ISREL BOLEH!!!

    tak terkejutla jika umngok guna askar (seperti puak zionist) jaga urusan hari mengundi..

    1ISREL boleh!!!

  • mat nisfu says:
    March 29, 2010 at 12:57:00 PM GMT+8

    Ingat tu, pengundi atas pagar P 094boleh jadi penentu kemenangan calon.

    Kwsn Hulu Selangor majoritinya Melayu. Kalau kepimpinan BN masih "rabun" dan berhajat nak calonkan G Palanivel atau Mike Tyson atau Zainal Sakom, gerenti BN bungkus lagi.

    G. Palanivel dh berapa kali jadi MP Hulu Selangor tapi apa jasa dia kat kami.Ckp je pandai. Sama jugak dengan Zainal Sakom yg tiba - tiba satu Malaya tau namanye pasal isu YBK. Ustaz ni pun apa kurengnye. Cakap memang pandai tapi habuk pun tarak. Mike tyson pula patut pencen je. Org2 Felda Gedangsa dan Suharto pun dah tak sokong dia lagi, apatah lagi orang2 Bukit Beruntung, Bkt Sentosa dan Bandar Baru Sg Buaya

    So, BN kalu nk rampas balik kerusi ni, pilihlah calon yg berwibawa dan bersih. Insyallah, peluang nak menang cerah

  • mawar berduri says:
    March 29, 2010 at 1:07:00 PM GMT+8

    PKR akan mengambil pendekatan 'muka tak malu' dlm meraih simpati menagih undi. Mereka akan berbuat apa saja dari berbohong sampailah memfitnah. Strategi ala mosad pasti banyak digunapakai nanti, bergantung pd siapa calon lawannya.

    BN kena peka. Jgn banyak tunggu dan lihat. kewibawaan calon BN nanti amat perlu utk menang. Calon yg perasan blh menang haruslah diletakkan ketepi berbanding yg popular di hati rakyat.

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 1:12:00 PM GMT+8

    Harus diingatkan PRK kali ini adalah sgt bergantung kpd calon Barisan Nasional. Terpulanglah pucuk pimpinan BN utk mebuat keputusan sewajarnya dlm memilih caon utk kawasan ini.

    Kita tahu Palanivel tewas di kawasan ini kerana rakyat Hulu Selangor sudah jemu meletakkan calon yg sama terutamanya org Melayu, yg mempersoalkan knape kawasan ini harus diberi kepada MIC.

    Keputusan 2008 membuktikan bhw, palanivel tewas kerana UNDI PROTES terhadap pencalonannya. Oleh itu mereka memilih Allahyarham dlm PRU lepas.

    PKR tak payahla nak berkempen bagai nak gila, kerana rakyat tahu segala manifesto dan janji pilihanraya akan 'dibakulsampahkan' juga nanti. Puak PKR tak payahla bekerja keras nak menipu rakyat sbb rakyat selangor dah muak dgn perangai geng khalid gagap merintah Selangor. Oleh itu keputusan PRK ini SGT bergantung kpd calon BN yg akan diletakkan.

    Sekiranya Palanivel terus diletakkan nescaya PKR akan menang besar lg walaupun calon PKR itu seekor babi tonyok, kerana rakyat akan membuat UNDI PROTES. Kemungkinan menang dengan majoriti yg lebih besar kerana lebih ramai yg nak menghukum kebodohan percaturan BN utk PRK ini.

    Oleh itu, BN haruslah meletakkan calon yg sesuai. Kalo bole yg fresh, biar geng PR takde modal nak wat fitnah kat calon BN itu nanti. Elakkan pertemuan calon berlainan bangsa didlm PRK kerana ianya lebih senang utk mencetuskan isu perkauman.

    Sekian..

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 1:16:00 PM GMT+8

    BN harus letak orang muda baru yang tidak ada track record buruk.

    Rasanya kaum calun tidak jadi isu. Kawasan pun bukannya Melayu lebih 65% dan India pun ada dalam 18%, Cina 23% ... kira kawasan mix.

    Kawasan 1Malaysia

    Asal calun itu boleh diterima semua kaum.

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 1:33:00 PM GMT+8

    aku ni tkde la sokong mana2.atas pagar kut aku nih,,hehehe,,aku rasakan,kalau nak kenal pemimpin dia,kenali lah dulu kuli2 dan pencacainya dulu..penyokong2 PKR ni kalau tak ngutuk,tak maki,tak fitnah org, tkboleh kut..OH lupa aku..pasal peminpinnya cam gitu!!dr pemimpin pakai serban sampai ke pemimpin yg berarak dijalanan, pemimpin kencing berdiri,kuli2 baring atas jalan lagi..kuli2 suka telan bulat2 apa yg pemimpin beri..dulu mengkafirkn UMNO berkawan ngan MCA dan MIC,,tungganglanggang kampung aku..sampai semayang jumaatpn 2 imam dgn masjid dan surau sebelah menyebelah,gitu gak dr haiwan sembelihan sampai nikah kawin..laki bini bercerai takyah cita lah,,ler ni apa cite..ADA FATWA BARU KE??..apapun kita tunggu je la APA fitnah2 tu,tp yang pasti aku tau..YANG BERKUASA MEMANG PERASUAH..UMNO DAN PKR SAMA AJE..tp aku tau gak,,rasuah PKR dlm 2/3 tahun nih dh melebihi rasuah UMNO ygy berpuluh tahun,dan bang anwarlah pelopornya dn segala pemasalahan skrg..menu baru pasal 1Israel plk...yg dok pukul keliling ni semua,semua bang Anwar lah.NAPE AH!!GAJAH DEPAN MATA TAK NMPK ISRAELNYA...tp aku selesa tengok Datuk Najib nih memerintah dan Perkasa yg sentiasa menerjah..JAUHKAN MELAYU YG INGIN MENJATUHKAN MELAYU,,

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    March 29, 2010 at 2:07:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 2:16:00 PM GMT+8

    Rakyat selangor tak akan lupa janji manis PR,BN pula kalau menang tu buatla kerja bantu rakyat.

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 2:20:00 PM GMT+8

    apa yang ada sangkut paut dgn Umno mmg celaka besar dalam dunia ni.

  • The Unspinners says:
    March 29, 2010 at 2:33:00 PM GMT+8

    Azean ... Latheefa Koya letter not relevent.

    You cant defend yourself and yet try to whack back thru something unrelated.

  • -krisjawa lok3- says:
    March 29, 2010 at 3:45:00 PM GMT+8

    Kalau tak putar belit kenyataan,maki hamun dan meletakkan kesalahan pada orang lain tu bukan PKR atau Pas lah...memang puak ni terkenal dengan trade mark camtu...

    Baik dari setinggi2 pemimpinnya hinggalah pencacai yang tahu menyalak saja tapi tak tahu apa benda yang disalakkan..

    Janganlah terlalu riak mengaku ilmu dah penuh didada kalau nak berdebat atau berhujah...Allah tak menyuruh hamba2Nya menjadi riak dan takabur sesama hamba2Nya.

    Soal cantas mencantas tu bukan dlm umno saja yg ada..skrg PKR dan Pas juga bergelut dlm masalah yang sama..dlm PKR skrg dah ada 3 team dan Pas ada 2 team..kalau nak tuduh soal sampai berbunuhan tu tak tahulah nak kata apa..tak kanlah dah hilang prinsip kemanusiaan semata2 gila nak berkuasa...tapi kalau soal salahlaku seks luar tabii memang berlaku...industri kecil kilang kunyit....

    Wira putih..kalau tak faham dan mengerti tak usahlah bercakap sebab itu semua akan mendedeahkan tahap pemikiran anda...usaha kerajaan memperkukuhkan bangsa malaysia dianggap satu dosa yang besar kononnya meniru dari israel..bagaimana pula slogan Pas tu..Pas 4 All? Kalau cara saudara berfikir tu...jelaslah saudara juga menolak al-quran kerana sebahagian isi kandungan dlm alquran ada tertulis juga dlm kitab Bible kristian dan kitab taurat bagi ugama yahudi.Apakah saudara akan berkata islam adalah agama yng diadaptasi dari kitab bible dan taurat??menulis janganlah ikutkan nafsu..nanti badan juga yg lesu.

    Tadi sempat terbaca ada mangkok ayun yang menulis pasal anak dramatis Azean..Benjy....aku heran la mengapa masalah camni pun nak tulis kat sini..itu masalah persendirian sama juga dengan masalah CIFUT DSAI tu..apakah nak disensasikan juga kah soal si Benjy nie??

    Sekali lagi polis dihentam tadi...kurang ajar punya penulis..bila polis jalankan kerja dan menegakkan perjalanan undang2 dan keselamatn dala negara dituduh menjadi alat dan perkakas kerajaan tapi kalau polis abaikan tugas mereka tuduh pula yang lain...Apa kamu ingat Polis DiRaja Malaysia tu bapak kamu yang punya boleh ikut saja segala perbuatan yang kamu mau dan buat??

    Banyak sangat mat laluk yang teringin nak tulis tapi tak tahu apa pun yang ditulis..lain topik yang ditengahkan..melalut dia tulis.Tak jawab sakit hati...

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    March 29, 2010 at 6:00:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • The Unspinners says:
    March 29, 2010 at 7:24:00 PM GMT+8

    Kawan Azean

    Peduli apa kami kau marah kami berat sebelah. Komen kami tak boleh keluar di blog pembangkang. Apa cerita?

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 10:19:00 PM GMT+8

    Nik Aziz kata pada PKR yang dipimpin nuar berahi: CELAKA, CELAKA, CELAKA.
    Karpal Singh kata pada nuar berahi pula: Anuwar Ibrahim harus bertaubat!

    kita mainkan saja video ni di hulu selangor. kompem bn menang.

    siapkan pentas untuk bekas2 orang pkr. biar derang tembak sendiri.

    Takbirrrrrrrr!

  • Anonymous says:
    March 29, 2010 at 11:39:00 PM GMT+8

    Aku setuju dengan Krisjawa....
    Kecoh pasal 1malaysia.. memang zionis anti-Islam, tapi banyak cara hidup orang Yahudi lebih baik daripada kita yang mengaku sangat Islam dari orang lain.. Cuba kaji bagaimana mereka mendidik anak mereka, apa makanan mereka... bagaimana anak-anak mereka menjadi sangat bijak.. Tak salah rasanya kita mengambil yang baik daripada mereka...

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)