Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Tuesday, March 30, 2010

Anwar guna ABIM untuk kepentingan peribadi


Sepanjang kepimpinan Yusri, ABIM kembali kepada prinsip perjanjian mereka bahawa sesiapa yang terlibat dengan politik tidak sepatutnya memegang apa saja jawatan dalam ABIM. Maka ABIM bebas dari politik kepartian dan beri tumpuan kepada peranan mereka menaikkan Islam.

Nampaknya keadaan sudah mula berubah sejak Anwar Ibrahim dalam keadaan desperado perlukan sokongan sejak didakwa kerana meliwat Mohd Saiful Bukhari.

Anwar dan Wan Azizah menghadiri suatu perjumpaan tertutup bertemu pemimpin-pemimpin ABIM di Sungai Ramal Kajang pada pagi Sabtu Mac 27hb lepas. Perjumpaan ini diuruskan oleh Wadah (Pertubuhan untuk veteran ABIM) khususnya Ahmad Azam dan Dr Md Nor Manuty.

Kehadhiran adalah lebih kurang 300 orang. Sebahagian besar adalah pemimpin pusat dan negeri berhampiran. Dari yang hadhir itu, 60% boleh dianggap sebagai pro kerajaan.

Anwar datang untuk mendapatkan kembali sokongan dari ABIM. Dia ingin kepastian arah sokongan ABIM secara sepadu kepada kerajaan atau PR.

Dalam ucapannya dia telah membangkitkan kes liwatnya tetapi tidak bersungguh-sungguh. Dia tahu ABIM telah ambil pendirian menyerahkan perkara ini kepada mahkamah untuk diputuskan.

Anwar lebih memberi tumpuan kepada isu perunding kommunuikasi APCO yang dikatakan punya kaitan dengan Zionis. Fitnah Anwar dalam hal ini kelihatan berjaya dan ini membahayakan.

Tidak tahu samada orang2 ABIM ini tahu bahawa Institiut Kajian Dasar (IKD) yang merupakan kenderaan Anwar dibiayai Yahudi melalui Konrad Adreneur Foundation.

Dalam hal isu Allah dan perpaduan Melayu, reaksi kebanyakan hadhirin tidak menyebelahi Anwar.

Namun rata-rata Anwar telah mendapat in-road untuk mendapatklan kembali sokongan ABIM kepadanya. Tidak mustahil ABIM kembali menjadi Anwar Bin Ibrahim Malaysia dengan jari jemari mereka-mereka seperti Ahmad Azam dan Siddiq Fadhil.

Organisasi ABIM sedikit sebanyak terbagi kepada Wadah untuk veteran, AbIM untuk Belia dan PKPIM untuk pelajar2 Universiti. Sejak akhir-akhir ini, Ahmad Azam dan Siddiq Fathil sedang berusaha menguasai ketiga-tiga organisai.

Mereka berdua adalah opportunis yang cuba menghakmilik ABIM kepada mereka. Ini menjadikan perpecahan dalam ABIM.

Semasa Anwar tewas dalam permainan politiknya, mereka mengambil keputusan untuk kembali kepada kerajaan. Mereka seperti Ahmad Azam bergantung nasib kepada Dr Khir Toyo. Sebaik saja Anwar mula kembali kuat, mereka kembali kepadanya.

Sebenarnya mereka hanyalah budak mencari peluang dan ruang untuk perut dan jawatan tetapi bukan dakwah Islamiah. ABIM perlu jadi jurubicara ummat dan sentiasa meletakkan dakwah dan pendidikan samada untuk kerajaan dan juga pembangkang.

ABIM sepatutnya jauhkan diri dari politik kepartian yang akan akhirnya menjerumuskan ABIM kepada penyisihan ummat.

11 comments:

  • Mussolini says:
    March 30, 2010 at 2:47:00 PM GMT+8

    ABIM - Anwar Bin Ibrahim...Mokhtarrrr

  • joehan says:
    March 30, 2010 at 3:00:00 PM GMT+8

    hahahaha....Aku xnmpk lngsung usaha ABIM utk berdkwah kt generasi muda n belia...harap nm je lbh...cube la jd agresif skit..
    ni setakat nk berorganisasi je lebih..nuar berahi plak sibuk2 nk influence abim skong die blk..kalo abim terpengaruh mmg ABIM bongok la..sbb dh terang2 kaitan anwar dgn zionis..awas..gerakan zionis seluruh dunia..harap umt islam bersatu..AMIN.

  • Anonymous says:
    March 30, 2010 at 3:53:00 PM GMT+8

    22. Sebarang kenyataan yang dibuat oleh PAS, adalah mencerminkan pembelaan terhadap Anuar Ibrahim yang telah diisytiharkan sendiri oleh Allahyarham Dato’ Haji Fadzil Nor, Presiden PAS. “Bahawa Anuar Ibrahim telah murtad”.
    klik kat sini http://yazidothman.com/content/view/184/1/

  • Gangga Negara says:
    March 30, 2010 at 4:44:00 PM GMT+8

    Salam Tuan,
    Harap dapat linkkan blog ini dengan blog tuan.
    http://umnoberuasperak.blogspot.com
    Terima Kasih.

    Gangga Negara

  • Anonymous says:
    March 30, 2010 at 5:06:00 PM GMT+8

    pelik..?
    fikiran sempit...

    Sdr Anuar tiada ruang untuk menjelaskan kedudukan dan situasi sebenar. Abim mungkin dapat membantu menjelaskan situasi sebenar. Salah betul sdr anuar, Allah sahaja yg menghukumnya.

    Zalim...
    zalim sesama islam berprasangka buruk.. Manusia telah medahului Allah dlm semua perkara...

    Masih butakah mata..
    pekakkah telinga...
    merata dimana2..
    masuk neraka..
    kerana prasangka..

  • Anonymous says:
    March 30, 2010 at 5:10:00 PM GMT+8

    Anwar Ibrahim amat ketara berada dalam keadaan defensive pada masa ini. Dia akan berusaha dengan apa cara untuk menyerang pihak lawan. Selama ini hanya Anwar yang menyerang tetapi bila kena serang mula lah cakap merapu macam nenek umur 170 tahun. Menyampaikan maklumat-maklumat palsu semata-mata untuk mengelirukan orang ramai.

    Dalam soal ini tidak hairan lah kalau Anwar kembali kepada ABIM kerana di situ bermula kerjaya politik beliau. Mampukah Anwar sekali lagi menipu ahli dan pemimpin ABIM untuk di jadikan kuda tunggangan politknya, maka kita serahkan kepada bijak pandai dalam ABIM utk sama fikirkan. Yang mana lebih penting keamanan, kesejahteraan atau hidup di laknat yang penuh dengan pura-pura

  • Anonymous says:
    March 30, 2010 at 6:59:00 PM GMT+8

    anon 5:06

    anwar tidak ada ruang?

    sampai buat contempt of court ddan buat fitnah cerita dongeng dll, apa lagi ruang yg di mahu.

    besar sangatkah konek dia sampai nak pakai ruang besar mana???

  • Anonymous says:
    March 30, 2010 at 10:21:00 PM GMT+8

    Kalau sudah muka berkulit tebal , apa pun dihalalkan.
    Kepada ABIM... jangan lah anda semua menjadi KALDAI tunggangan kepada yang tak berkenaan.
    Ingatlah kepada intipati perjuangan asal anda.
    Jangan dilayan kepada yang HIPOKRIT !!!!!!

  • Ibnr Rizal says:
    March 30, 2010 at 10:30:00 PM GMT+8

    Tak perlu risau tentang ABIM. Ramai dalam ABIM sedar siapa Anwar sekarang.

    Saya salah seorang ahli ABIM yang menghadiri perjumpaan tertutup tersebut. Anwar sekadar mengulangi lagu2 lama.

  • Anonymous says:
    March 31, 2010 at 9:39:00 AM GMT+8

    ABIM memang tidak boleh dipercayai!!. Cuba masuk dalam arus perdana,golongan belia dan mahasiswa kerana menjadi tunggangan Anwar Ibrahim. Mungkin juga tali barut negara luar.

  • Anonymous says:
    March 31, 2010 at 12:00:00 PM GMT+8

    apabila sesuatu yang dinyatakan oleh pembangkang akan dikatakan fitnah oleh UBN,ini adalah fitnah pembangkang, tup...tup... bila kes tu dah diketahui berita sahih dan benar maka pihak UBN mengelabah contoh skandal PKFZ mula dulu bila PR timbulkan isu ini tapi dinafikan UBN dan dikatakan fitnah,bila dah ada kebenarannya maka UBN gunakan seluruh institusi kerajaan agar mempertahankannya,beginilah perangai munafik umno.tapi sibanggang-sibanggang ahli dan penyokong bapa munafik ni masih setia bersama UBN sebab Allah dah butakan hati2 mereka ini kerana dari wang haram yang mereka perolehi dengan cara penipuan.tak hairanlah kalau kita tengok betapa rosaknya akhlak dan moral anak2 pemimpin UMNO disebabkan dibesarkan dengan wang haram menjadi artis2 yang nyata mereka ini jauh dari islam terbabit dengan dadah,arak,judi dll.Nau'zubillahiminzalik.inilah wajah pemimpin akan datang hasil dari didikan UMNO 20 tahun lagi jika ia masih memerintah malaysia.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)