Saturday, February 27, 2010

UNSPIN: Khalid tidak jujur, sombong dan pendendam


Penulis Belantan menganalisa kes Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan hutang saham Guthrie dengan Bank Islam untuk memahami keperibadian Khalid Ibrahim.

Dalam kes YBK Khalid lebih rela tanah dirampas dari menerima cadangan penyelesaian dan bayaran cukai. Hairan mengapa setelah dua tahun dia menjadi Menteri Besar, baru pengambilan balik tanah YBK itu mahu dilakukan? Mengapa sekarang baru timbul pihak orang lain tidak boleh bayar untuk pemilik tanah? Langsung tidak ada tolak ansur untuk mencari penyelesaian.

Dalam hal hutang Khalid yang tertunggak sebanyak RM66.43 juta, Belantan melihat proses mahkamah tidak akan berpihak kepada Khalid dan dia terpaksa akan menghadapai kemungkinan bankrup. Akhirnya dia mungkin kena mengundur diri dan sepatutnya dia berundur diri sekarang dari membiarkan kerajaan Selangor kucar kacir.

Dari kedua-dua kes ini, Belantan mempersoalkan kejujuran Khalid dalam tindak tanduknya sebagai pemimpin dan insan.

Menurutnya apa yang KHalid lakukan terhadap YBK dan salahguna kedudukannya di PNB untuk mendapatkan saham dalam Guthrie pada harga murah bawah pasaran hanya menguatkan kesangsiaan bahawa Khalid adalah seorang yang beruopaya menyalahguna kuasa.

Belantan mengungkit peristiwa keengganan Khalid mengisytiharkan harta dan aset-aset nya. Turut dipersoal oleh Belantan, dia hanya mengistiharkan hanya gaji sebagai Menteri Besar tetapi tidak berapa rumah dan kenderaan kepunyaannya, aset mudah alih miliknya, liabiliti yang ditanggungnya dan elaun sebagai Pengerusi MBI yang berjumlah ratusan ribu ringgit!

Pada Belantan, Khalid bersikap sombong terhadap Bank untuk menyaman kembali Bank dimana dia berhutang. Pelik pada orang biasa untuk mendengar orang yang diberi hutang menyaman pihak menuntut. Ini hanya mendedahkan sedikit sebanyak karakter atau warna sebenar Khalid.

Dia merasakan tindakan Khalid terhadap YBK adalah tindakan balas dendam kerana dia tertekan oleh Bank, maka dia perlu tekan pihak lain.

Untuk membaca keseluruhan artikel tersebut, sila ke MyKMU sini.

2 comments:

  • Anonymous says:
    February 27, 2010 at 8:57:00 PM GMT+8

    Bro...mane pegi post ttg liwat meliwat sblm ni? Baguslah kalau sudah dikeluarkan. Kena hati2 sbb implikasi amat besar..sensiviti org2 di Kelantan boleh menyebabkan keadaan yg lebih parah dalam pilihanraya kalau gambar sebegitu ditonjolkan. Sekadar menasihat..tq.

  • jon says:
    February 27, 2010 at 9:56:00 PM GMT+8

    Pakatan Liwat ni mmg jnis dasar samseng ngan penipu kuat, to pnyokong2 PR yang tegar tu, enkorang knal ke bang nuat enkorang tu, setakat pnah dngar ceramah dia bek x payah ckp knai, khalid ni mmg jnis lalang ngan opportunities, dari dulu lagi khalid ni jnis mkn duit haram..
    alahai khalid wei jgn la dok wat wayang cina lagi..kami bknnya bodoh..
    n nyawa khalid ni nk sampai hujung tanduk dah...brdoa siap2 khalid wei...

fda

Link2Me WeLinkBk (254)