Thursday, February 25, 2010

MYSTERY: 1,000 ahli DAP P Pinang nak keluar parti?

Dah tunjuk-tunjuk, teruih sajalah buka tingkap dan lompat

1,000 dijangka keluar DAP

BUTTERWORTH: Perasaan kurang senang dan kecewa dengan kepemimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di kalangan akar umbi DAP di negeri ini dikatakan sudah memuncak dengan ramai dijangka keluar parti untuk menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM).

Naib Presiden PCM, Huan Chen Guan, mendakwa lebih 1,000 ahli DAP, majoritinya penyokong kuat parti itu yang berusaha keras pada pilihan raya umum lalu dijangka berbuat demikian dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Katanya, ahli DAP terbabit memberitahunya mereka hilang kepercayaan terhadap Guan Eng yang banyak berubah sejak memegang jawatan Ketua Menteri, berbanding sebelum memenangi Pilihan Raya Umum lalu.

“Mereka mendakwa sejak menjadi Ketua Menteri, Guan Eng tidak mempedulikan nasib ahli yang selama ini berjuang demi parti, sombong dan hanya merasakan dirinya betul dengan sering menyalahkan orang lain.

“Mereka bosan dengan sikap lupa diri Guan Eng dan hanya mementingkan 'orangnya' yang dibawa dari luar Pulau Pinang untuk mengaut keuntungan di negeri ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Jika benar dakwaan Huan akan memberi tamparan hebat kepada Guan Eng yang turut dikritik Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal). Zahrain yang juga bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Kenyataannya itu disokong Tan yang menyifatkan Guan Eng mentadbir negeri ini secara tidak adil sehingga hak rakan dalam pakatan pembangkang terhakis, selain tidak gemar dikritik.

Huan turut mempertikaikan kemampuan Guan Eng mentadbir Pulau Pinang yang hanya berasakan dirinya betul seperti bapanya yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Mereka hanya tahu menyalahkan kerajaan terdahulu dan mereka saja betul. Kalau mereka betul, buktikanlah. Saya lihat tiada perkara membanggakan dilakukannya di negeri ini.

“Guan Eng tidak sepatutnya memegang jawatan Ketua Menteri kerana bukan anak jati Pulau Pinang.

“Guan Eng hanya tahu mengambil kesempatan di negeri ini kerana tahu dirinya tidak diterima di negeri asalnya, Melaka,” katanya.

Sementara itu, Huan menafikan dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beliau cuba memancing Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail untuk menyertai PCM.

“Memang saya ada menghubunginya, tetapi untuk bertanya khabar dan mengetahui kenapa beliau (Azan) melepaskan jawatan Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

“Azlan yang ingin berjumpa saya di Kuala Lumpur, tetapi saya sibuk dengan urusan lain,” katanya.

Sumber: Berita Harian 2/2/2010

5 comments:

  • Anonymous says:
    February 25, 2010 at 6:32:00 PM GMT+8

    lu mmg pandai spin la...lu mmg sangat terer wo!

  • Anonymous says:
    February 25, 2010 at 7:51:00 PM GMT+8

    anak cina mana yg tak tau nahu BM nak comment bela DAP kat atas aku ni, agaknya ya...hahahaha

    zek

  • Anonymous says:
    February 25, 2010 at 7:55:00 PM GMT+8

    kalau org cina sendiri pun dah tak caya dengan parti komunis cina, pelik gak kalau melayu yg perasan arap nak terkeluar burit terjerit2 nyokong parti komunis DAP...

    dapat wahyu agaknya wali selipar tuhh...

    -amir
    taiping

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Saleng Ikling says:
    February 25, 2010 at 9:07:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • mohamed says:
    February 26, 2010 at 9:21:00 AM GMT+8

    Interesting!! PCM, parti cinta malaysia, parti cina malaysia atau parti communist malaya? semua boleh.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)