Saturday, February 6, 2010

NEWS: Guan Eng layan PKR macam anjing


Guan Eng layan PKR macam anjing? - Tee Beng

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang diminta berhenti mengkritik Lim Guan Eng, hari ini mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang itu melayan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti anjing.

Menurutnya, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP hanya berkelakuan sopan dan menunjukkan sikap bertanggungjawab apabila berhadapan dengan media.

"Sebenarnya beliau tidak endahkan wakil rakyat PKR langsung dan terlalu berlagak dengan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Tee Beng, ramai wakil rakyat PKR dan Ketua Bahagian PKR di Pulau Pinang yang semakin kecewa dengan pentadbiran Guan Eng.

"Sehubungan itu, saya meminta rakyat Pulau Pinang bersikap lebih terbuka dengan memilih calon yang benar-benar sesuai pada pilihan raya akan datang bagi menggantikan Ketua Menteri itu.

"Sudah tiba masanya untuk Guan Eng melepaskan jawatan Ketua Menteri kerana kepimpinannya tidak lagi diperlukan rakyat Pulau Pinang," katanya.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu diminta Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Hussein Ali supaya berhenti mengkritik Guan Eng kerana ia hanya menjejaskan imej parti.

Bagaimanapun semalam Utusan Malaysia melaporkan, Tee Beng tidak akan berhenti daripada terus mendedahkan kepincangan kepimpinan Guan Eng sekalipun berdepan risiko dipecat.

Tee Beng yang merupakan bekas Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang berkata, beliau bersedia membongkar semua rahsia dan cara pentadbiran Guan Eng pada bila-bila masa sahaja.

Tambah beliau, hampir semua wakil rakyat di negeri itu sudah muak dan bosan dengan janji-janji Guan Eng yang kononnya akan memperjuangkan nasib rakyat.

"Bayangkan setiap kali mesyuarat dalam negeri atau perjumpaan biro diadakan, Guan Eng tidak pernah mengambil tindakan susulan daripada perkara berbangkit sebaliknya hanya cakap kosong.

"Sehubungan itu, saya sebagai wakil akar umbi bertindak menegur beberapa perkara berbangkit kepada Guan Eng namun beliau menuduh saya telah mengkritik kepimpinannya," katanya.

Tee Beng turut mencabar Guan Eng menafikan dakwaannya itu jika ia salah.

"Saya tahu beliau tidak akan berani berbuat demikian kerana selama ini jika ada isu-isu berbangkit, beliau akan meminta pihak-pihak tertentu menjawab bagi pihaknya," jelas beliau.

Ditanya sama ada beliau berhasrat menyertai parti lain, jelasnya, setakat ini Jawatankuasa Disiplin parti belum membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

"Pada masa ini tiada orang yang mempelawa saya menyertai mana-mana parti, biasanya kalau mereka nak pecat, saya akan dikenakan tindakan tatatertib dahulu," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

Baca juga posting oleh Big Dog sini.

9 comments:

  • Anonymous says:
    February 6, 2010 at 9:27:00 AM GMT+8

    Kalau Lim GE layan PKR Penang macam anjing maka sama jugalah DAP akan layan anwar dan Pas macam anjing juga. Bapa kencing berdiri anak kencing berlari

  • king brutal says:
    February 6, 2010 at 10:03:00 AM GMT+8

    allo Tee Beng... tatak baik woo lu cakap itu mcm...nanti itu LGE kasi komplen sama dia munya bapak woo.. lu jgn main2 ah... dia munya bapak banyak gemuk woo... lu banyak kurus... nanti dia kasi itu slam dunk sama lu... apa pasat ini LGE dr melaka bulih jd itu Penang punya CM??? olang penang tatak yg bulih jd CM meh? Ini macam ah.. lu olang PKR sama PAS ala 10 ADUN (9+1) sama itu BN ala 11 ADUN mah... itu DAP ala 19 saja mah... lu olang kasi itu undi talak pecaya mah... kasih buang itu LGE.. 10 + 11 alah 21.. sulah lebih dr itu DAP mah... mesti boleh menang mah... apa macam ala belani??? kah lu pun main itu kulit punya wayang??? muahahahahaha

  • Anonymous says:
    February 6, 2010 at 10:37:00 AM GMT+8

    orait aaa tu jadi anjing utk jaga khalifah LGE.

    muka yg jadi anjing tu sesuai sesangat....ekekeke

  • NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN says:
    February 6, 2010 at 10:38:00 AM GMT+8

    Heeeeee DAP hanya bermuka2 dengan nuar aljuburi untuk mendapat pengaruh dan segala rahsia peribadi aljuburi ada dalam genggaman mereka.DAP tahu aljuburi sibuk dengan masalah peribadi dan terlalu gilakan jawatan PM takde masa nak ambil tahu apa DAP lakukan terhadap pemimpin bawahan PKR.PAS pula hanya bergayut pada pengaruh aljuburi dan menempek pada DAP.Kalau mereka layan macam anjing atau pun sampah aljuburi tak sempat nak ambil tahu dan PAS macam dah makan nasi kangkang PKR ikut saja demi nak menempek kuasa.Pengikut totok yang bodo piang macam taik palat sondol tanpa berfikir panjang.Memang patut DAP layan PKR dan PAS macam sampah.PADAN MUKA muahahahahahaha

  • sri mersing says:
    February 6, 2010 at 10:41:00 AM GMT+8

    king brutal mmg best!sokong lu!

  • Anonymous says:
    February 6, 2010 at 11:07:00 AM GMT+8

    betul tu sepatutnya peminpin2 PKR dah lama sedar, yg mereka sebenarnya hanya kena tunggang dgn PAS & DAP.

    PKR sebenarnya bukan tak ada suara tapi mereka tak da pengalaman dlm politik.

    rata2 semua new comers. inggus lelehh lagi.

    skrg ni pemimpin agong dia bakal masuk sg.buloh, patut mereka dah menconggak2 masa depan mereka.

    bagi aku senang aje, do or dont dan kalau nak tenggelam dan org terus lupakan dan berhenti politik, boleh la tengelam bersama2 anwar.

    tapi kalau nak aktif berpolitik, kena buat gila meroyan, pecahkan kapal PKR dari dlm, tempur habis2an dgn DAP, highlightkan diri, baru ada value.

    TV, blog dan paper semua akan highlight, baru boleh jadi hero, baru boleh demand.

    ahh..tu basic dlm berpolitik.

    tapi kalau bdak2 inggus leleh dia boleh pilih nak karam sama nuarr.

    joe

  • Anonymous says:
    February 6, 2010 at 11:12:00 AM GMT+8

    Hahaha.... DAP parti kafir...; PAS parti Islam...; PKR parti cacamarba....! Nak cakap bab kapir tak buleh..., nak cakap bab Islam pun tak boleh....!!

    Dalam PKR tu segala jenis manusia ada.. Semua ada 'perjuangan' masing2.. Yang paling beruntung kat PKR hanya satu jenis manusia jer...: yang nak ambik kuasa.., pastu hantam duit...! Itu paling berbaloi..

    Dapat jadi MB, kira dah best ler... Dapat jadi Tim. KM pun ok jugak..., janji dapat pangkat free. Nak berjuang apa lagi?

    Macam laa rakyat tak faham.... PRU13 ni, siap ler korang dalam PKR semua... Mau kasi antar balik kampong..

    Balik kampong..., tanam kunyit..., lagi best..

  • mawar berduri says:
    February 6, 2010 at 12:47:00 PM GMT+8

    Patutnya T.Beng sedar lama dah.
    DAP jadi bongkak la sbb Pakatan Rakyat nak bergayut sgt dgn dia.

    Anwar berjaya menyatukan PAS-PKR-DAP, tapi dia tak blh control Pakatan. Guan Eng pengaruhi Anwar nak jadi KM dan bagi org PKR jd TKM1 Penang. Nampak mulanya DAP-PKR gabungan ideal. PAS was2 lagi.

    Dlm Pakatan Guan Eng nampak PAS paling lembab. Sebelum tunjuk belang kat Penang,DAP lambung dulu PAS kat Perak bwk naik Nizar. Semua PAS jd hutang budi dgn DAP. PAS tambah khayal lg bila Guan Eng konon jadi ala Khalifah Islam. DAP test baca Quran. Pas pun lulus sambil tu DAP terus seal mulut PAS.
    Penang pun dh jd mcm takde PAS.

    Guan Eng tau Anwar nak jd PM. Tapi cita2 Guan Eng lg besar drp Anwar. Sifu dia Kuan Yew. Dia hrp Anwar jd batu loncatan je utk dia.

    Kemelut mula timbul bila Adun PKR Perak buat hal jadi bebas. DAP start bengang sama PKR. TKM1 Fairuz PKR pulak buat suwei! Anwar masih senyap. Guan Eng nampak Anwar penting dirinya saja. Guan Eng bengang bila Anwar cakap tak serupa bikin nak cilok MP BN. Tambah bengang bila tipu 16 Sept. Last sekali bengang menyumpah waktu undi bajet 14 Dis 2009. Plan DAP nak perintah M'sia makin malap. Guan Eng frust kat Anwar.

    Guan Eng dah dendam sama Anwar-PKR. PKR banyak rosakkan plan dia.
    Satu demi satu org Anwar dilanyak. Yg penting GERAKAN tengok Guan Eng hebat! Jui Meng pun dah nak dekat!
    Nak kukuhkan cengkaman kuasa Guan Eng titah pd Tunku Aziz pelawa melayu join DAP! Guan Eng tau Anwar masalah liwat. Dia tak nak support. PKR dah nak terbarai.

    Maka Guan Eng pun peduli apa dgn PKR. Sebenarnya lebih dari anjing dia nak buat PKR. Hingga Zahrain pun ckp Guan Eng mcm KOMUNIS!!

  • Anonymous says:
    February 6, 2010 at 1:00:00 PM GMT+8

    dua sikap anjing.
    1- kuat melalak
    2- good companion

    jadi sama la dgn pkr, kuat melalak dan teman yg baik bagi dap dan pas

    pkr memang kompom anjing.

    kalau kena tendang dgn LGE tu, faham2 aje la yaa. dah memang anjing.

    salleh

fda

Link2Me WeLinkBk (275)