
Masalah air masih lagi menghantui rakyat Kedah. Ini merupakan satu cabaran untuk kepimpinan YB Ust. Azizan Razak untuk kesejahteraan rakyat Kedah.
Lebih dari 2 bulan, masalah air masih lagi belum dapat diselesaikan. "Air takdak" satu hal, "air kotor" lagi satu hal, yang "dok bagi ayaq banyak-banyak" kat Pulau Pinang tu satu hal pulak dahhh...
Dengan "musim kemarau" yang sedang melanda Kedah, "air" merupakan satu sumber penting dalam kehidupan rakyat Kedah sendiri. Sawah bendang memerlukan sumber air yang banyak dan begitu juga dengan kehidupan seharian rakyat Kedah.
Jangan jadikan "kemarau" sebagai alasan terbaik untuk Azizan ber"tai chi" lagi. Kemarau adalah urusan Allah dan sebagai Menteri Besar, Azizan sepatutnya mencari jalan untuk mengatasi masalah ini supaya Kedah menjadi "Sejahtera". Namun, nampaknya masalah ini bagaikan "tidak dipandang" oleh Azizan dan kepimpinannya.
Apa yang MB dan Exco yang berkenaan buat untuk mengatasi masalah ini?

Sepatutnya, MB Azizan mestilah mula membuat catuan air kepada negeri Pulau Pinang yang diberi "bantuan air mewah" selama ini. Utamakanlah rakyat Kedah dahulu, barulah rakyat Pulau Pinang. Air "mahal harganya" di musim kemarau.
Lagipun, bukankah "Fir'aun kecil" Guan Eng itu sudah mengakui bahawa rakyat Pulau Pinang terlalu "mewah" dengan air sehingga berlebih-lebihan menggunakan sumber penting itu? Jadi, apa salahnya "catuan" dibuat? Lebihkan rakyat Kedah yang lebih ramai rakyatnya dan menderita kekurangan air. Mengapa "kera di hutan disusukan", sedangkan "anak di rumah mati kehausan"? "Sejahtera"kah Kedah begini?
PR Kedah dahulu pernah mendakwa bahawa mereka lebih "handal" dari Kerajaan BN. Jadi, dimana "handal"nya sekarang? "Handal" mendahulukan kepimpinan Guan Eng berbanding rakyat Kedah sendiri?
Sedang purata hujan semakin menurun di Kedah, tidak ada usaha ke arah pembenihan hujankah? Buatlah sesuatu agar rakyat Kedah tidak menderita di atas kemewahan yang diberikan kepada rakyat Guan Eng! Kalau tak mampu, letak jawatan! Bagi pada pihak yang mampu! Apa laa...masalah air pun tak boleh selesai...
Sumber: Duke of UMNO


Hang merapu pa?
Masalah sampah sampai ke la ni pun x settle lg...
Nak harap masalah ayaq selesai?
Tunggu rumput kat pdng golf tu mampuih baru aku rasa selesai masalah ayaq kat kedah ni Kekekekeke
ash
penang tu bukan malaysia ka?
Dia dah siapkan jawapan . Allah menduga rakyatnya dengan dugaan yang pasti mampu ditanggung. Ini yang positifnya, rakyat Kedah mesti meletakan diri lebih dekat kepadanya.Bila air kurang, pasti maksiat juga akan terhindar, Kelab malam tidak mungkin tumbuh, lagi ape ye ???? oooo tak mungkin mereka berminat nak buka kandang babi.
Sikap membantu jiran (Pulau Pinang), bukankah itu amalan yang mulia ? Kita harus membantu jiran, tuntutan Islam tu.
Orang kedah dah biasa minum air parit, air ujan atau air perigi. Adil bermaksud " kata Uts. Ismail Kamus, kalau kita kahwin dua, Isteri pertama biasa makan ubi kayu, dan isteri kedua biasa makan kentang, kita wajib menyediakan keperluan mengikut kebiasaan mereka"
"So oleh kerana rakyat Kedah dah biasa minum air parit, orang Penang minum air mata air, so let it be"
Bingung
salam..biasala bro..Pakatan Rosak ni menyalak n membohong je lbh..tp kje xreti wt..
heheh. .
Ayaq takdak, bantuan ayaq bagi kat orang kaya ja pun. .
heheh. .
Lagi, hang merapu apa ni ?
Yang penting bukan ayaq takdaq, tapi "rakyat Kedah" bijaksana dan dah membuat fardhu kifayah memilih pemimpin seorang Ustaz jadi MB.
Ganjaran dah dapat banyak, la ni Allah dok duga dengan sedikit kepayahan je tu, hang pa jangan lupa terima kasih kat diri sendiri memilih Ustaz jadi MB.
Selangor dok bagi ayaq free, depa dah pakat nak buat paip ka atau nak pakai lori bawak ayaq selangor pi Kedah.
Depa tengah potong buluh nak buat paip, paip besi nak beli tak cukup duit, hak plastik depa kata UMNO punya, depa segan nak beli.Sabaq nooooo
Sabaq sikit nooo
Orang kedah boleh tawarkan air parit yg akan diminum. Kalau mati pasal sakit perutn nasuk syurga direct takyah soaljawab kubur.
ini semua salah BN.
banyak membazir masa dpt kuasa dulu. La ni, tak paasi2 kerajaan pas kena tanggung semua taik2 BN..
sekarang, kerajaan pusat tak bagi peruntukan, so kerajaan pas tebang pokok.. salah kerajaan pas ke?
semua salah BN la....
BN semua buat tak betul
kata depa laaaa
azizan tak payah buat apa2, cuma buat sembahyang hajat ja...doa supaya masalah ayaq neh setel.pembenihan awan neh semua ciptaan orang kapiaq...tak islamik hahahaha
masalah sampah pon tak payah ambik tindakan apa2...buat sembahyang hajat ja supaya sampah2 tu diangkat ke langit
La ni tak teruk lagi, masih rakyat Kedah sabaq. Azizan belum pakai ilmu terakhir untuk menyelesaikan masaalah tersebut. Kalau kat negara lain lagi dasyat dugaan nya, yang hak kat Kedah sikit je...., apa la hang pa dok kepoh.
Worst come to worst depa nanti jemput Nik Aziz. Alaa hak nak bagi Anwar lepas dari tuduhan pun depa nak sembahyang hajat, hang pa semua tak percaya tengok la, sat lagi Anwar terlepas la tu.
Hak nak ayaq pun , lepas sembahyang hajat untuk Anwar, depa sembahyang hajat minta ayaq pulak. Lepas tu dapat la. Mereka tu semua dah perasan macam wali. Cakap depa macam ............. semua jadi.
Untung rakyat Kedah noooooooooooo
menteri besaq ni aku rasa jnis Datsun 120Y kot, sloooww semacam je..
cakap pun mcm tngh high je..