Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Saturday, January 30, 2010

NEWS: PR huru hara, Ada kena hukum dan kelahi menunggu hukum


Ini cerita hukuman disiplin ke atas Khalid Samad berikut:

Khalid digantung enam bulan, Hasan lepas

Malaysiakini Jan 29, 10

Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan menggantung jawatan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad selama enam bulan berkuatkuasa hari ini.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali.

Khalid digantung daripada menjadi yang dipertua PAS Shah Alam dan anggota biro politik parti.

Manakala Hasan juga didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (Selcat) dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.

Bagaimanapun, jawatankuasa tersebut hanya memutuskan memberi amaran bertulis kepada Hasan.

Baca seterusnya sini
Ini yang hairan. Apa jadi kesalahan yang ditujukan kepada Hasan Ali berkenaan tidak mengikut tatacara "collective responsibility" exco kerajaan negeri?

Adakah ini digugurkan untuk mengimbangkan mengugurkan satu lagi kesalahan kenyataan Khalid Samad yang menghina MAIS sebagai kolot?

Sementara, parring partner Khalid iaitu Zulkifli Nordin turut sedang dihadapkan kelembaga disiplin PKR. Tiada keputusan lagi yang dibuat. Lembaga masih mahu menyiasat dan meletakkan gag order terhadap Zulkifli. Mana jadi kemarahan Anwar kepada Zul?

Terbau Lembaga takut membuat keputusan, Zaid Ibrahim yang mahu tindakan segera naik marah sini.

Zulkifli membalas sini akan sikap Zaid yang tidak menghrmati keputusan Lembaga Disiplin dan memanggil Zaid sebagai sampah yang dibuang UMNO. Hehehe ... memang pun.

Di Pulau Pinang, respons kepada kata-kata Dato Zaharian Hashim yang memanggil Lim Guan Eng sebagai diktator, cauvanis Cina dan komunis sini hanyalah PKJR Pulau Pinang kesal.

Guan Eng masih belum jawab.

Di Pahang, kita tunggu perkembagan dari Azan yang meletakkan semua jwatan dalamn PKR. Dari mana hendak kemana bekas Bendahari GPMS?

5 comments:

  • Anonymous says:
    January 30, 2010 at 6:07:00 PM GMT+8

    Itulah adat dunia...kekadang bila kita terlalu mengata orang, apa yg dikata terbalik pd diri sendiri. Diorang berdoa agar pimpinan yg ada ditimpa bala dan huru-hara, benda sama jadi kat diorang. Diorang mengata BN rasuah, nepotisme....sama je

  • MctHeory says:
    January 30, 2010 at 6:51:00 PM GMT+8

    PR TUNGGU NAK TENGELAM JE LA!

  • Anonymous says:
    January 30, 2010 at 7:04:00 PM GMT+8

    ni yg ko kate tak sebelah umno porahhhh! mengaku la lorang ni sokong umno. semua pun ko nak kutuk apa barang brader

  • wak segen says:
    January 30, 2010 at 10:53:00 PM GMT+8

    PAS dah kecut perut.Dia tau dengan issue Allah dia sudah silap langkah.
    Lepas ni kita tengok pula PKR. YB Zul juga akan lepas dan Zaid pulak akan di tegur.Tambah lagi dengan issue DS Zahrain yang tak tahan sampai termuntah keluar kata2 kesat,PAS dan PKR mula buat damage control.

  • Anonymous says:
    January 31, 2010 at 7:56:00 AM GMT+8

    Wei anon Jan 30, 7.04, bukan maknanya kalau aku kutuk PR bererti sokong UMNO...dua-duapun aku x sokong. Kalau pilihanraya, aku tengok pada ketokohan, nilai keislaman, integriti dan kewibawaan pemimpin sebelum pangkah. Maaflah kalau aku nak pangkah Cina wangkang DAP atau MCA bila tiba waktu mengundi atau manusia bebal mcm Khalid Samad atau Nazri Aziz. Hanya manusia bebal aje yang terlalu ekstrem menyokong mana-mana pihak sdgkan Allah beri otak hendak berfikir.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)