Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Friday, January 29, 2010

NEWS: Kontraktor diugut ADUN PAS, Zaki Ibrahim paksa pulang kontrak

PAS cakap mengenai rasuah ikut bontot

TUMPAT, 22 Jan (Bernama) Seorang kontraktor membuat laporan polis terhadap seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana mendakwa menerima ugutan akan dikasari daripada pemimpin PAS itu.

Wan Din Wan Mamat, 49, mendakwa beliau diugut oleh ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, dengan pelbagai ugutan termasuk akan menggunakan pengikutnya untuk bertindak kasar ke atasnya.

Katanya ugutan itu dibuat melalui telefon bimbitnya kira-kira pukul 1 tengah hari semalam ketika dalam perjalanan menaiki kereta dari bandar Tumpat ke Pasir Pekan dekat Wakaf Baharu di sini.


Wan Din berkata beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat pada pukul 5 petang semalam kerana takut dan bimbang dengan keselamatannya.

"Dalam perbualan telefon dia telah mengugut saya dengan pelbagai ugutan termasuk dia mempunyai pengikut yang ramai dan sekiranya pengikutnya bertindak, dia tidak akan bertanggungjawab apa jua yang berlaku ke atas saya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, pada hari Jumaat.

Wan Din berkata ugutan itu dibuat setelah beliau membuat kenyataan balas terhadap cabaran ADUN terbabit yang dikatakan mempertikaikan kewibawaannya mendapat kontrak membersih Kawasan Bebas Cukai (KBC) Pengkalan Kubur.

"Dia suruh saya serah balik kontrak yang diperolehi itu, dia juga kata boleh batalkan kontrak saya itu," katanya.


Seorang jurucakap polis daerah Tumpat mengesahkan menerima laporan daripada kontraktor tersebut. BERNAMA

9 comments:

  • awang merah menyala says:
    January 29, 2010 at 6:07:00 PM GMT+8

    n.ajis tak campur ke kes ni..?
    Pas kelantan dah sesak agaknya..duit takde, hutang balak tak bayar lagi

  • Anonymous says:
    January 29, 2010 at 6:43:00 PM GMT+8

    dah tau dah... si Najis ni mesti cakap CILAKO! CILAKO! CILAKO!

    -ice-

  • Anonymous says:
    January 29, 2010 at 8:13:00 PM GMT+8

    huk aloh duk berebut kontrak pulok doh...abih doh ko balok? bebas cukai pkln kubur tu hasil usaha UMNO bakponyo org pas pulok ni gie masuk campur, berebut emas takpo jugak ni rebut sampoh?...uhh aloh lupo plak..ado org kat bebas cukai pkln kubur tu niago kat situ lar tapi kaya dah lor ni...tapi kayo lepah abe dio jd tok wakil PAS...hok pelik nyo jd tok wakil 5 taun jah tapi kayo sampai ker lor ni...pelik22222

  • Anonymous says:
    January 29, 2010 at 9:43:00 PM GMT+8

    bro unspinners, selalunya saya buat komen dgn nickname Ice tapi hairan ada juga -ice- yg bukan saya disini (lihat anon 6.43). tak apalah, asalkan BAHASA dan KATA-KATAnya 'cool' spt ice.

    Ice.

  • Anonymous says:
    January 30, 2010 at 12:12:00 AM GMT+8

    bro, saya tertarik dengan logo kelantan bangkit itu. bro, boleh tak reka satu lagi logo dengan flash dua tiang bendera. bendera BN naik bendera PAH turun.hihihi. aku nak buat tak pandai.. lepas tu letak laa ayat2 yg best2 sikit..PRU13 ker.zaman kejatuhan ker.. zaman kebangkitan ker.. apa-ape2 laa.ini kasi idea jer la. bulih pakat2 letak kat blog bagi yg sudi.

    pasl isu tu aku pening denga set2 diorg tu. tengok saja kat vote sinar harian versi kelate, isu cah keting, nampak sangat dok deki kata pati lain pun wujud. kalau pati lain ujud pati kite pun ujud mana pergi perjuangan selama ini. wat apa nak turut. wat apa nk halalkan.

    itu jer komen yg dapat di sertakan .. lain kali singgah lagi..hiih tapi idea diatas tu dapatlah sekiranye diambil perhatian oleh tuan blog atau set2 bloger yg pandai it buat.

  • Anonymous says:
    January 30, 2010 at 1:10:00 AM GMT+8

    itulah asyik mengatakan orang dok buat hal tak elok,Allah itu maha adil tengok sekejapan dah dibalas,sepatutnya kita sebagai orang melayu islam kena bersatu dan menyokong antara satu sama lain,kalau bangsa lain blh buat kenapa kita tidak.

  • jamil says:
    January 30, 2010 at 4:52:00 AM GMT+8

    Di Selangor lagi hebat. Surat tawaran telah diserahkan pada kontraktor alam flora, dibatalkan dan serah kpd kontraktor mereka.

  • Anonymous says:
    January 30, 2010 at 8:33:00 AM GMT+8

    anon 9.43..
    lorr yer ke.. saya biasanya guna nick -iceberg-, tapi memeber email or chat panggil saya -ice-, tapi ok, saya guna tukar balik guna -iceberg-, kadang tu kalau saya rajin saya hentam tranungkita guna nick -iceberg-

    HAPUSKAN PARTI PELIWAT YG ASYIK NAK TUNDA PUNYA TUNDA!! DAH SETAHUN 5 BULAN ASYIK TUNDA!!

  • Anonymous says:
    February 1, 2010 at 12:17:00 AM GMT+8

    bro iceberg, tak apalah kita bersaudara, sama misi, visi dan matlamat. anyway, TQ.

    Ice.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)