Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Thursday, January 28, 2010

MYSTERY: Nak bina UiTM Khalid kacau YBK, Nak pindah baru cakap pasal rakyat


Pindah Projek UiTM: Khalid Akui Rakyat Selangor Akan Rugi Besar

SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui rakyat negeri itu akan mengalami kerugian besar daripada segi pembangunan sosial berikutan keputusan kerajaan pusat memindahkan projek pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), yang akan dibina oleh Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Selangor, ke Jasin, Melaka.

Katanya beliau juga tidak mempersoalkan keputusan kerajaan pusat untuk memindahkan projek itu kerana yang akan rugi ialah rakyat dan bukannya kerajaan negeri sebab tanah itu boleh dibangunkan untuk tujuan lain.

"Cuma saya berharap penggunaan duit pembayar cukai yang diambil kira dalam projek ini, akan dikaji sedalam-dalamnya oleh kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengesahkan kampus baru UiTM itu dipindahkan ke Jasin, Melaka.

Mohamed Khaled dilaporkan berkata cadangan asal pembinaan kampus itu yang sepatutnya didirikan di Serendah, Rawang dibatalkan ekoran keengganan kerajaan negeri Selangor meluluskan tapak bagi projek tersebut.

Masalah kelulusan tapak itu bermula apabila YBK enggan mengikut syarat ditetapkan oleh kerajaan negeri iaitu mesti melantik Menteri Besar dan seorang Exco sebagai anggota dalam lembaga yayasan tersebut.

Khalid percaya kos membangunkan kampus baru UiTM itu akan menjadi lebih rendah lagi jika kerajaan persekutuan dari awal berunding terus dengan kerajaan negeri tanpa melibatkan pihak ketiga.

Betul ke Khalid? Apa tak Ronnie Liu dan orang PKR akan minta syarat macam-macam untuk dapatkan kontrak? Kontrak di Selangor sengaja tak mahu diberi pada Bumiputera.
Di samping itu, beliau juga berkata pihaknya tidak akan campur tangan dalam apa-apa urusan perniagaan yang melibatkan YBK dengan entiti perniagaan lain.

Si gagap ni betulkah dia cakap? Kamu mahu jadi Pengerusi YBK dan mintak ini itu yang mana bukan kuasa kerajaan negeri dan tak ada kena mengena dalam entiti sukarela itu. Apa cerita tak campur tangan? Penipunya ...
Sementara itu, Khalid berkata semua wakil rakyat pakatan pembangkang akan mengadakan satu perjumpaan esok bagi membincangkan strategi dalam usaha memenangi hati dan minda rakyat. - BERNAMA

Dah ceramah tiap2 hari, nak strategi memenangi hati rakyat lagi? Rasuah tanah banyak2 sajalah ...

6 comments:

  • anaklangkawi says:
    January 28, 2010 at 9:52:00 AM GMT+8

    baru nak terkedek2 kata rakyat rugi.. haritu ckp punya sombong.. kalo dah dasar $$ tu ckp jelah..

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 12:39:00 PM GMT+8

    Kesian Khalid ni kan? Macamane la Selangor leh lantik dia sebagai MB

  • Anak Lenggong says:
    January 28, 2010 at 12:40:00 PM GMT+8

    Aku rasa sebab si kalid ni gagap kut..tu pasal laa dia bercakap berbelit belit...apa punya orang ..dah la tak tau menjana ekonomi negeri ...orang nak nolong dia berlagak pulak dan tamakkan kuasa..laa ni sape yang rugi..rakyat selangor gak yang rugi...

    So wahai rakyat selangor buka lah minda dan fikirkan dan insaf lah bahawa ini lah bahana bila soal kepimpinan negeri cuba dibuat praktikal..kalau tersilap buat pilihan..ini lah akibatnya..sebab peralihan sesuatu kerajaan tu bukan dibuat secara kerap..tapi bahana nya adalah satu penggal pemerintahan...entah apa lagi la yang puak ni akan lakukan diselangor ni sebab mereka tau bahawa ini lah masanya mereka nak menjahanamkan dan juga mengaut segala hasil bumi selangor...next pemilihan mereka belum tentu lagi dipilih...so fikir2 lah sebelum anda semua membuat pemilihan calun sewaktu mengundi..

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 12:53:00 PM GMT+8

    bukan ker khalid ibrahim ada penasihat ekonomi yang hebat, nasib kau lah rakyat selangor. akhirnya rakyat melaka jugak yang untung..ha..ha.UiTM tu kawan!!1

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 3:52:00 PM GMT+8

    Punah-sihat ekonomi dia kini di Plaza Ekonomi membeli KY Jelly.
    Sekian, Terimakasih.

  • KhalidFasih says:
    January 28, 2010 at 10:17:00 PM GMT+8

    Ceh

    Kuat betul dendam si khalid gagap ni pada uitm

    mungkin khalid gagap ni nak amik balik tanah ybk untuk gagalkan projek kampus uitm

    atau....

    khalid gagap nak kontrol ybk dan kampus uitm kepunyaan ybk...dan masukkan pelajar bukan bumiputera. Kalau pelajar bukan bumiputera nih skor cemerlang, akan dijadikan alasan untuk bukak seluruh kampus uitm kapada bukan bumiputera

    KhalidFasih

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)