Greetings

Wednesday, January 27, 2010

MYSTERY: Aduka Teruna dimaaf dan Tasyrif didakwa, Abenda ni Rais?

Nak menari atau bersilat? Janji cakap serupa bikin, bukan putar belit.

Kami The Unspinners difahamkan dari laporan berita bahawa Dato Rais Yatim sedia memaafkan Aduka Teruna atas kesalahannya menghina Almarhum DYMM Sultan Johor hanya kerana dia telah meminta maaf.

Kami tahu kenyataannya ada caveat atau bersyarat atau jalan untuk keluar iaitu Aduka Teruna dimaafkan oleh Sultan Johor. Pada kami alasan itu tidak penting. Yang kami persoalkan bagaimana Rais boleh tergamak memandai-mandai mengeluarkan kenyataan?

Adakah Rais membaca tulisannya yang begitu kasar dan biadap? Sedarkah Rais bahawa selepas meminta maaf, Aduka Teruna masih terus mempersendakan pihak berkuasa dan menghina Almarhum Tuanku dengan postingnya mengenai tulisan blog Gutter Malaysia?

Baiklah, memaafkan menunjukkan betapa tinggi hemah kita sebagai orang Melayu kepada budak asuhan Dr Dzulkifli Ahmad, pengkaji PAS. Orang Melayu yang tinggi budi pekerti dan sedia memaaf. Kalau kita mahu berbudi dan ketepikan polisi, kita mesti konsisten.

Apa hal pula dengan penuntut Aswara bernama Tasyrif yang hanya berjenaka di Facebook? Walaupun jenaka dia jenaka bodoh, tapi Tasyrif belum lakukan apa-apa dan tidak memudaratkan sesiapa. Di mahkamah pun, dia tidak mengaku salah.

Aduka Teruna mengaku salah tapi terus lakukan. Dia berjanji ubah perangai tapi masih lagi bersikap demikian.

Kalau nak ambil pendirian, sila konsisten.

Adakah sebab Tasyrif menaikkan kemarahan orang bukan Melayu maka dia didakwa? Manakala, Aduka Teruna hanya menaikkan kemarahan orang Melayu dan menghina orang Melayu khususnya Raja-Raja Melayu. Orang Melayu walaupun Raja Melayu takpa?????

Dulu Rais teriya-iya pertahankan hak Raja-Raja dan masih berpendirian tidak menyetujui pindaan-pindaan Perlembagaan berkenaan kuasa Raja. Bila Raja dihina, Dato boleh sedia memaafkan? Tak kah pelik itu.

Siapa Dato Rais untuk memaafkan? Bukan Dato Rais yang dihina. Dato bukan kaum kerabat keluarga Di Raja Johor. Kenapa memandai-mandai nak maafkan? Sultan yang dihina itu pun bukan Sultan negeri Dato. Kenapa sibuk-sibuk?

Kami tahu Dato Rais pasti ada jawapan dan cekap bersilat kata-kata. Maklumlah lawyer, ahli politik dan peminat bahasa. Cuma beringat dan berfikirlah sedikit sebelum cakap.

Baca juga GAP sini dan Putra Merdeka sini.

37 comments:

  • malayjuniors says:
    January 27, 2010 at 8:48:00 PM GMT+8

    Salam.
    Memang sy bersetuju dgn sdr. Sy melihat Dato' Rais begitu cepat dan melatah memberikan respon yg sepatutnya tidak diberikan atas alasan kononnya kerajaan sedia memaafkan.
    Hari ini Datuk Hisham pula menjelaskan bahawa siasatana akn terus dijalankan.

    Ermmmm...dato Rais dan Datuk Hisham ni mewakili kerajaan yang berlainan ker. Mcmana la org ramai tak keliru dengan kenyataan yg berbeza.

    Kalau sdr dapat berjumpa dgn Dato Rais, sampaikan salam dr sy, katakan 'kalau nak bercakap tu pandang2 dengar2 dan intai2.
    sekian.

  • Anonymous says:
    January 27, 2010 at 9:04:00 PM GMT+8

    nak naik kan political mileage dia di negeri sembilan kutt...

    tak naik mana rais oiii, kalau membela budak poly aduhkera tuuu.

    kena ada bottom line laaa... kalau dia nak makihamun kata rais bioll ke , nik aziz kaki lancap ke...lantak laa, sbb dua2 org politik. tapi ni kena kat sultan.... raisss.

    sultan aku dan sultan ko. mana adil macam tuu...

    walaupun dia bdak2, ... tapi dari bdak2 laa kita nak ajar. kalau dah tua bangka mcm nik aziz tu dah tak guna, pakat buang ke laut jee.

    zek

  • Syah says:
    January 27, 2010 at 9:06:00 PM GMT+8

    Bebas nanti
    Semua pakat nak bunuh dia

  • GAP KEMBALI says:
    January 27, 2010 at 9:07:00 PM GMT+8

    unspinner

    kita ketandusan pemimpin konsisten.

    pemimpin bila bercakap lebih mementingkan kepada persoalan jual beli untung rugi politik..

    memalukan

  • Anonymous says:
    January 27, 2010 at 9:10:00 PM GMT+8

    rais ni dia tak baca blogg...

    zaman dia bukak suratkhabar yg besar sedepa pagi2 sambil pekena kopi 'o'.

    sbb tu stail dia stail lamaaa bak angg....

    penat membaca dia berpantun.

    dlm bilik bacaan penuh buku, bertan2.

    zaman skrg membaca duduk di sofa rais sambil melayari blog.

    kehkehkeh....

    pencen aje la, jaga cucu lagi baikkk, raisss....

  • anturais says:
    January 27, 2010 at 9:13:00 PM GMT+8

    maaflah, memang tak patut langsung Rais keluarkan kenyataan sebegitu.

    Tapi saya masih bergantung harap pada Rais untuk memperjuangkan Bahasa Kebangsaan, mengenali sejarah negara, berusaha utk perpaduan dengan Melayu sebagai teras Malaysia.

    Harap2 Rais cuma tersasul cakap dalam hal ini. Saya tak rasa Rais ni salah seorang menteri yang apologetik. Agak jauh kalau nak dibandingkan dgn Najib dan sepupunya Hishamudin tu. Maaflah, ini cuma pendapat peribadi.

  • Anonymous says:
    January 27, 2010 at 9:15:00 PM GMT+8

    dulu datuk rais juga yg maafkan apanama pelakun tu yg kata i look stupid when talking in malay...

    tapi tu cerita lain, ni cerita lain datuk rais. tak sama.

    bukan apple to apple comparison tu.

    ni cerita soal kedaulatan, kalau kita org melayu dah tak reti nak jaga sultan, siapa lagi yg kita nak harapkan??

    dap?? makkal sakti??? guan engg??

    biar polis buat siasatan dia, kalau salah, hukum lah ...habis cerita.

    joe

  • Anonymous says:
    January 27, 2010 at 10:29:00 PM GMT+8

    betol kata unspinner...
    mana lojik..orang lain yg di hina...orang lain pulak bole maafkan
    entah2 teruna berduka tu anak sedara dia tak?
    cuba tanya dia...
    rais rais..
    kecewa btol aku ngan dia neh...
    cakap ngan najib...bentikan dia dari jadi menteri..buat malu jer..

  • Anonymous says:
    January 27, 2010 at 10:34:00 PM GMT+8

    R pernah bakar jambatan tapi dia buat jamtan gantung

  • Anonymous says:
    January 27, 2010 at 10:57:00 PM GMT+8

    Kami menentang sSEKERAS KERASNYA dengan apa yang Rais katakan...

    Kalau inilah kata2 dari sorang yang arif tentang budaya Malaysia.,ada baiknya Rais letak jawatan saja...

    Kami tidak ingin punya menteri yang "bacul"!!!

    Dan harap Hishamudin tidak mengikut rentak si Rais ini...
    MEMALUKAN!!!

    Anak Johor

  • Anonymous says:
    January 27, 2010 at 11:06:00 PM GMT+8

    Rais memang bacul. Macamana dia nak pertahan MARUAH Sultan Melayu kalau begini 'dingin' sekali perasaannya? Apa kapasiti dia nak bercakap bahawa Kerajaan tak nak dakwa budak biul tu? Patut ler tak pernah menang naib Presiden UMNO ... orang UMNO dah kenal betapa lekehnya hati Rais ni..!

    Oppss... Saya minta maaf Dato'..

  • Anonymous says:
    January 27, 2010 at 11:09:00 PM GMT+8

    Dato Rais ta ada watikah dari Kerabat Almarhum dan tidak di lantik menjadi jurucakap.
    "jump the gun"
    "shoot self in the feet"
    Dengan kenyataan ini adalah pendirian kabinet ?
    Betul lah kata Brother Penghuni Gua --- Buka Kauntar minta maaf.
    Kali ni semua blogger yang kurang ajar bolih di lantik menjawat kakitangan Kauntar minta maaf.
    Menteri koordinasi minta maaf bolih menyelia kakitangan ini.
    Bolih juga kaji buka kaunter amaran demi amaran dan tak ter agak agak.
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

  • Najib silap pilihan kabinet says:
    January 27, 2010 at 11:19:00 PM GMT+8

    rais kau ni dah ketinggalan zaman, elok berhenti ajelah, kalau tidak pun kau jagalah kebudayaan dan kesenian, itupun kalau kau tak nyanyuk lagi

    anyway Rais ni satu lagi contoh kegagaln PM memilih mereka yang ahli untuk jawatan masing masing...

  • ismail says:
    January 27, 2010 at 11:43:00 PM GMT+8

    Orang lain yang dihina, orang lain pula yang hendak memaafkan. Dah hilang akal ke? Cuba tanya semua orang Melayu Johor, setuju kah mereka memaafkannya?

  • Romlie says:
    January 28, 2010 at 12:25:00 AM GMT+8

    Bahasa dlm blog cam sampah mcm mana Pak Rais nak baca BLOG,baca surat khabar besor bole la.

  • glassman says:
    January 28, 2010 at 12:36:00 AM GMT+8

    Pak Rais tau tak apa dia audiens? pi tanya pemberita yg suka guna istilah audiens ni, jang dok sebok hal Sultan2 lah!

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 1:21:00 AM GMT+8

    Budi Bahasa Budaya Kita,

    Mari kita ramai2 tulis blog yang maki hamun orang, lepas tu kita minta maaf dengan 'tulus ikhlas'

    Saya meluap2 juga dengar komen dia di TV sebabnya sehari sebelum tu di UKM Bangi beria-ia Dato' Rais ni nak menyiasat ADUH KA tu.

    ARKIB : 25/01/2010
    SKMM akan siasat penulis blog hina raja Melayu
    25/01/2010 1:49pm


    BANGI 25 Jan. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melakukan siasatan terhadap seorang penulis blog yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Institusi Raja-Raja Melayu.

    Beliau yang memandang serius perkara itu berkata, beliau juga akan meminta Peguam Negara untuk membuat siasatan mengenainya selepas SKMM membuat siasatan awal.

    "Kerana ini adalah salah satu daripada perkembangan di negara kita yang tidak perlu dipanjang-panjangkan.

    "Kita mahu rakyat menghargai mereka yang telah memberi banyak sumbangan kepada negara dan sangat jarang sekali di negara Asia, rakyatnya menghentam bekas ketua negeri, terutamanya Almarhum Sultan Johor yang pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Serantau Seabad Buya Hamka di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini. - Bernama

    Tapi lain pul ceritanya di Penang

    Tiada tindakan terhadap penulis blog yang mohon maaf – Rais
    26/01/2010 3:26pm


    PULAU PINANG 26 Jan. – Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka setelah menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

    Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu.

    Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.

    Susulan daripada kecaman pelbagai pihak, penulis blog itu kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikelnya itu.

    Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman penjara tiga hingga tujuh tahun. – Bernama

    Takkan dalam tempoh sehari dah bertukar rentak..maleh den nonga ea..

    JOKIDEN NSDK

  • cekodokmasin says:
    January 28, 2010 at 1:26:00 AM GMT+8

    Salam Unspinner,
    Orang nogori dongan orang nogori.. warikh jari hantu ruponyo...
    Daulat Tuanku!!!

  • Senjaliza says:
    January 28, 2010 at 1:48:00 AM GMT+8

    Salam Unspinner,
    Bagi saya maaf itu lain perkara. Undang-undang lain urusan. Dia memaafkan kesalahan besar bermakna "dia manusia besar". Tapi hukum MESTI JALAN.Mana boleh STOP. Nanti jadi precedence yang BURUK. Tak setujulah main lepas lepas. Tak ada hikmahnya. Tak ada pengajarannya.

    Denda dia Community Service sekurang-kurangnya.

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 2:28:00 AM GMT+8

    adoyai pak rais.. dah nyanyok ni.. report dah wat kat polis , sure polis kena siasat .. belum siasat apa2 , dah tetiba pak rais kata takmo amik tindakan .. ni lagi satu menteri dlm umno/bn yg patut dicantas..

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 2:37:00 AM GMT+8

    bro spinners,

    1.yg ko beriya2 bela kesultanan ni pulak apahal?

    2.Ko tau tak berapa sultan/raja kita ada?

    3.ko tau tak brapa juta sebulan duit pembayar cukai _____________ (sila isi tempat kosong..hehe)

  • DuniaKu.. Duniamu says:
    January 28, 2010 at 2:50:00 AM GMT+8

    plz.. aku orang johor.. aku sakit ati ngan kenyataan rais yatimm.. hishamudin tlg bersuara

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 4:43:00 AM GMT+8

    Berita terkini sy dgr, Dato' Rais bersetuju pula mamat bernama Aduka Teruna tu didakwa di mahkamah. Inilah masalahnya apabila seseorang menteri bercakap sst perkara di luar kapasiti/portfolio sebenarnya. Memanglah Rais menteri komunikasi, tetapi dari segi pendakwaan/siasatan kes spt ini, beliau perlu memberi ruang kpd Datok Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri. Beliau juga telah menyinggung perasaan kaum kerabat diraja Johor,kerajaan dan rakyat Johor dengan memberi kemaafan sebegitu. Serupalah juga apabila Datok Nazri memandai-mandai kata "Allah" boleh diguna di Sabah dan Sarawak oleh bukan Islam. Memanglah beliau menteri undang-undang, tetapi dlm ms yg sama, beliau perlu menghormati menteri portfolio agama, Datok Jamil Khir. Jadi segalanya jadi bercelaru. Orgpun dh pening skrg. Pening krn terlalu byk arahan dari ramai sgt orang. Pening dgn BN, Pening dgn PR. Itulah pasal lebih 4 juta tak daftar jd pengundi dan dah 200,000 org tinggalkan Malaysia. Bosan!

  • Local Fighter says:
    January 28, 2010 at 7:30:00 AM GMT+8

    Wahhh.. Menteri Senegeri sembilan dengan aku ni dah buat konar baring dekat Bukit Tangga,Jelebu (Parlimen dia) sebab dah rasa-rasa macam nak jadi 'sudah jatuh ditimpa tangga' nnati! hehe

    Flip flop terbaru kerajaan 1Malaysia!

    Siapa lagi menteri nak jadi flip flop? angkat tangan!!!

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 8:12:00 AM GMT+8

    Umdang-undang di luluskan oleh Parlimen, siasatan dibuat oleh penguatkuasa dan pendakwaan dibuat oleh Pejabat Peguam Negara serta hukuman di putuskan mahkamah. Di mana kedudukan Dato Rais dalam isu ini ini yang beliau melatah seolah-olah Mahkamah memutuskan untuk memberi maaf terhadap budak jahat tu. Kalau lah seorang ahli parlimen tak tau kedudukan di mana tak payah lah jadi ahli parlimen. Kalau nak cari makan janganlah sampai membelakangi peraturan sehingga melampaui batas.

  • Gen-X says:
    January 28, 2010 at 8:18:00 AM GMT+8

    sorang kata kat bangsa Melayu,bolehlah minta maaf..sorang lagi dah sentuh sensitiviti kaum lain,kenalah dakwa..yg kata kat Melayu tu tak bawa kemudaratan,yang sorang lagi tu pulak boleh timbul kekacauan..tu bukan double standard..tulah satu Malaysia!tuan rumah kena jaga penyewa elok2 tau!

  • anaklangkawi says:
    January 28, 2010 at 9:43:00 AM GMT+8

    rais ni dah season pnya menteri.. selayaknya diletak tepi seangkatan dgn rafidah aziz & lain2..

    kalo akula , org hina pak aku.. mampuih aku tak maafkan.. hang pila meratap kat kubuq mintak maaf..

    p/s: dia terasa dia setaraf sultan. itu pasal dia boleh maafkan adukataruna dulu sebelum Sultan maafkan..

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 10:08:00 AM GMT+8

    boleh tak the unspinners keluarkan gambar Aduka Teruna besar-besar!..mcm mana rupa dia saya tak tau la...

  • gagasan_warisan says:
    January 28, 2010 at 10:28:00 AM GMT+8

    Rais plak tukang bagi ampun.....apa daa dato'....kene kat org melayu bukan main cepat nak ampunkan...bila hina bangsa lain tangkap terus ...tak dak ampun....

    Daulat Tuanku!!!!! Jangan ampunkan si bangsat tu kasi hukum terus....heheheh

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 11:41:00 AM GMT+8

    Salam Hormat sdr The Unspinners,

    Kecewa,sedih dan amat terkejut mendengar keyataan Dato' Rais bersedia memberi maaf kepada sipenderhaka biadap dan durjana itu kerana sebelum ini saya beranggapan beliau salah seorang menteri yg berkaliber,berpegalaman,matang dan rasional.Kenyataan beliau itu telah menimbulkan kecelaruan,kemarahan dan rasa kurang hormat dikalangan sebilangan besar rakyat terhadap beliau dan kerajaan.

    Kenyataan beliau telah menimbulkan persoalaan berikut:
    1.Kenapa beliau perlu mencampuri urusan kementerian lain yg bukan dibawah bidang kuasanya,yg kemudiannya menyebabkan percanggahan kenyataan dengan menteri yg berkenaan.Bukankah celaru namanya.Selalu sangat berlaku perkara semacam ini,seolah-olah PM hilang kawalan.
    2.Kenapa beliau beria-ia benar bersedia memberi maaf sedangkan perbuatan sipenderhaka itu amat serious.Pada masa yg getir ini dimana terlampau ramai manusia yg mencabar dan mempersoalkan perlambagaan negara yg melibatkan hak keistemewaan Bumiputra,Bahasa Melayu dan kedaulatan Raja-Raja.Pada masa kita memerlukan keberanian dan ketegasan dalam mengkuatkuasakan undang-undang,nampaknya pihak kerajaan banyak mengalah dan bertolak ansur.Walaupun pemberian maaf merupakan satu tindakan yg harus,tapi ia ada batas dan ketikanya.Yg pasti, ini bukan masanya kita berlembut.Apakah seorang pak menteri yg begitu berpengalaman,berkelulusan lawyer tidak dapat menilai keadaan dan sentimen orang ramai pada masa ini.Kalau beginilah keadaan,elok sangatlah beliau meletak jawatan dan bersara dari politik.

    Askar Tuah

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 12:59:00 PM GMT+8

    PI tanya dia..kalau orang maki kapla bapak dia..dia maaf tak?


    adukadara

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 1:23:00 PM GMT+8

    Rais ni da tua biler plak nak mampos?
    Nak mampos sok jangan lak nyusah kan orang ramai, bodo nyer menteri...


    OOOPPPPSSS....soorrryyyy...minata maaf ye..settle ..eeh..kosong-kosong tau..heeee


    Orang Kulai

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 2:52:00 PM GMT+8

    Salam.

    Kau tahu tak Rais ni selalu buat spoil dan memandai mandai. Dulu semasa isu kontroversi Perak pun sama.

    Yang lebih parah hangpa tau dak dia lah yang suruh pinda undang-undang supaya bahan-bahan pertuduhan dimaklum dan diserah kepada orang yang dituduh. Dia pinda semasa dia jadi Menteri Dijabatan Perdana Menteri dulu. Sekarang kan dah susah. Anwar guna pindaan ini untuk dapat bahan pertuduhan terhadapnya.

    Hangpa tengok Rais punya bengap...

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 3:27:00 PM GMT+8

    APA SALAHNYA ADUKA TERUNA DIMAAFKAN? ITUPUN KALAU SULTAN JOHOR SUDI MEMAFKAN DIA.
    SEDANGKAN SI CINA BARUA 'NAME WEE' YG MENCIPTA/MENYANYIKAN 'NEGARAKUKU' BOLEH DILEPASKAN BEGITU SAJA WALAUPUN SECARA TERANG DAN NYATA LIRIK LAGU LAHANAT TU MENGHINA POLIS, KERAJAAN MALAYSIA, BANGSA MELAYU & LAUNGAN AZAN.

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 4:43:00 PM GMT+8

    Jgnlah marah sgt kt pak raistu.Dia kan ada Phd law lagi from singapure..kang kena saman belako2nyo..husband I minat giler kat dia,konon bahasanya berbunga2,siap berpantun2 lagi.But not me.zaman sekarang orang cakap straight to the point.kalau nak bermadah2 jadi juruhebah klasik nasional yee..

  • Anonymous says:
    January 28, 2010 at 11:49:00 PM GMT+8

    SEBAGAI ANAK JOHOR, PESALAH BODOH ITU TAK PATUT DIMAAFKAN. DIKENAKAN HUKUMAN BERAT. ITU KERANA DERHAKA KEPADA SULTAN YANG MENAUNGI NEGERI JOHOR DATUL TAKZIM. PANTANG MELAYU DERHAKA KEPADA SULTAN. HIDUP JOHOR. Bila dah derhaka sekali alamatnya akan ada lagi yang derhaka. dulu nizar, la nie si bangsat nie. lepas nie bangsat mana lagi yang nak derhaka.

  • Anonymous says:
    January 29, 2010 at 4:52:00 PM GMT+8

    ADUKA TARUNA NIE PERLU DIREJAM JE.
    Pengkianat bangsa, agama & negara.
    Bukan dia saja. Bagi aku Sultan Johor & kerabat2nya saja yg layak bagi hukuman kat Adura ni. Siapa saja yg jadi penderhaka perlu diambil tindakan. (Daulat Tuanku)
    Pelik betullah si rais ni. Dulu aku bergitu kagum dgn penggunaan bahasa melayu dia. Tapi sejak negok respon yg dia berikan ari tu terus nyampahlak.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)