Greetings

Monday, November 30, 2009

NEWSBRAKER: N.Ajis tuduh "Kolonel Mat" Yaacob untuk kekal berkuasa

|11 comments

Nik Aziz mendedahkan ada usaha untuk menjatuhkannya oleh seorang bernama Kolonel Mat. Dengan segera Kickdefella seolah-olah mengaku bapanya sebagi Kolonel Mat walhal pangkat terakhirnya adalah Leftenen Kolonel seblum pencen.

Kesegeraan Kickdefella mengaku membuat kami The Unspinners curiga. Terlalu obvious Shieh sedia dirinya dihentam keroyok ramai-ramai, termasuk oleh dua anak first ulamak family. Ini dijangka bila Shieh mula hentam N.Ajis dan menantu.

Dari penelitian kami, N.Ajis sedang berkias. Andainya ada coup dalam tentera oleh Kolonel, mestilah untuk menjatuhkan General. Yang mahu dijatuhkan adalah Nik Aziz dan dengan demikian boleh kita anggap N.Ajis adalah General. Kolonel yang dimaksud pula kemungkinan Ahmad Yaacob, Timbalan MB.

Mungkin ini mengelirukan. Cuba fikir balik kenapa Husam merendah diri tak mahu MB dan cadangkan Ahmad Yaacob? Kickdefella dan Husam boleh dianggap satu geng, melainkan kalau dah bergaduh. Husam cuba nak letak jawatan kerana tindak tanduk Kickdefella tapi ditolak. N.Ajis tak mahu pula letak Husam sebahai MB. Dia kata Husam ini untuk rakyat Malaysia. N.Ajis mungkin marah dengan Husam kerana cadangkan Ahmad Yaacob bila dia belum kata mahu turun.

Bila N.Ajis hentam Kolonel Mat, kemungkinan dia tembak Ahmad Yaacob yang sedang berdiam. Tapi sudah tersebar idea Ahmad Yaacob orang ualama macam N.Ajis juga. Group ulama berkait dengabn kumpulan Hadi. N.Ajis sudah dapat kenalpasti komplot Husam dan Kickdefella tapi tidak tahu permainan Ahmad Yaacob.

Nik Amar pun bau juga. Nik Amar cuba-cuba nasib dengan menuntut mahu N.Ajis tentukan siap pengganti.

N.Ajis tak mahu undur. Dalam artikel Sinar Harian hari ini bertajuk "Pas Kelantan terus kukuh tanpa Nik Aziz?" ada ungkapan berikut.

Maka tidak hairanlah Nik Aziz masih mahu meneruskan kepimpinannya kerana beliau sedar pertama, rakyat dan Kelantan masih perlukannya dan kedua, Pas Kelantan pasti huru-hara jika beliau mengundurkan diri disebabkan Pas Kelantan masih gagal memilih seorang pemimpin yang bakal menggantikannya.

NEWSBREAKER! Nudin Awang, kroni Nik Aziz 2

|16 comments
Bersambung dari sini

Syarikat Abroad Technology Centre Sdn Bhd

Nudin Awang adalah salah seorang pemilik saham dalam syarikat Abroad technology Centre Sdn Bhd (Abroad). Dia merupakan salah seorang dari empat orang pemegang saham syarikat tersebut dan memegang 15,000 dari 50,000 saham syarikat.

Tempat perniagaan adalah di alamat 2818-D Tkt 1, Jalan Che Su, Kota Baru. Abroad didaftar pada tahun 1996 dan didapati mendapat kontrak membekalkan digital billboard disekitar Kota Baru.

Nudin berjaya memperolehi projek ini dengan bantuan dan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pelancongan, ADUN YB Takiyuddin Hassan. Takiyudin mengetahui akan hubungan rapat Nudin dengan Nik Aziz dan terpaksa memberi projek ini untuk dilihat baik pada pandangan Nik Aziz.

Syarikat J-Corp Sdn Bhd

Nudin juga adalah proksi kepada Nik Aziz dalam sebuah syarikat bernama J Corp Sdn Bhd. Syarikat pernah mendapat keluluskan dari kerajaan negeri untuk menanam kelapa sawit bersama Yayasan Kelantan Darul Naim untuk peruntukan tanah seluas 22,000 ekar.

Usahasama ini dijalanakan di bawah syarikat bernama Ladang Relai Sdn Bhd tetapi tanah itu kemudiannya dijual kepada Tradewind Berhad.

Nudin telah memainkan peranan dalam mendapatkan kelulusan tanah 22,000 ekar tersebut. Walaupun kelulusan perlu melalui satu jawatankausa, tetapi keputusan hanya dibuat oleh Nik Aziz yang mana ahli-ahli jawatankuasa yang lain tidak berani membantah.

Dari jualan tanah kepada Tradewind, bahagian keuntungan untuk Nudin dipercayai adalah sebanyak RM2 juta.

Konsesi syarikat Great Eastern Mills Sdn Bhd

Nudin juga telah mendapat konsesi balak seluas 20,000 ekar yang diterima secara usahasama dengan Yayasan Islam Kelantan (Yakin), anak syarikat SEDC Kelantan.

Konsesi balak itu ialah konsesi yang telah diberi kepada syarikat Great Eastern Mills Sdn Bhd tetapi ditinggalkan ekoran masaalah dengan kerajaan negeri.

Nudin memgang ekuiti 85% dan SEDC memgang hanya ekuiti 15% dalam projek usahasama tersebut.

Lain-lain

Nudin juga tersenarai sebagai Pengarah dan Pemegang saham dalam enam buah syarikat berikut:

1. Zata Bahjan Sdn Bhd
2. Zinatan Sdn Bhd
3. Pelita Gagasan Sdn Bhd
4. Al Amin Properties Sdn Bhd
5. Abroad Multi Network Sdn bhd
6. An Minda Sdn Bhd
BERAKHIR.

NEWSBREAKER! Nudin Awang, kroni Nik Aziz 1

|29 comments
Salah satu sebab krisis politik yang melanda Kelantan sekarang disebabkan pengakuan dari Nik Aziz sendiri bahawa rancangan pemergiaan haji buat dirinya suami isteri, menantu dan anaknya, Ariffahmi dan Nik Amalina, dan seorang rakan ditaja oleh seorang bernama Nudin Awang.

Ekoran dari isu ini, Nik Aziz telah mengumumkan membatalkan hasratnya untuk mengerjakan Haji. Difahami dari laporan akhbar, Nudin Awang sedang disiasat oleh SPRM.

Kepimpinan Nik Aziz yang konon memperjuangkan kemajuan bersama Islam sudah tercemar dengan amalan penyelewengan dan kronisma. Masaalahnya Nik Aziz berada dalam keadaan in-denial dan tidak mengerti perbuatannya menyalahi etika pentadbiran yang baik (good governance) yang sering diwar-warkan Pakatan Rakyat.

Nudin Awang adalah bekas dreber di Mardi dan sering digelar dengan nama Nordin Mardi. Dia pernah menjadi bekas pemandu kepada Mohamad Sabu, bekas Naib Presiden PAS. Kelulusan Nudin hanyalah sekadar SPM tetapi hasil hubungan rapat dengan tokoh-tokoh Kelantan khususnya Nik Aziz sendiri, dia menjadi kontraktor jutawan.



Nudin adalah seorang kontraktor jutawan. Kekayaannya boleh dilihat dari bangko mewahnya di PT 1948, Kg Terusan Limbat, Jalan Pondok Pasir Tumbuh Kota Baru. Dua kereta Mercedes kelihatan di perkarangan rumahnya.

Namun begitu, dia mempunyai beberapa rumah sebagai seorang yang beristeri tiga. Sebelum ini, Nudin pernah mempunyai isteri warganegara Isrtan yang dikahwini secara mutaah semasa mengikut Mat Sabu ke sana.


Nudin mendapat kepercayaan dan mempunyai pengaruh terhadap Nik Aziz hingga beliau kelihatan menaiki kenderaan-kenderaan mewah Nudin semasa PRK-PK. Dia mempunyai ikatan mesra dengan keluarga Nik Aziz dan dipercayai menanggung perbelanjaan keluarga Nik Aziz.

Hasil perhubungan rapatnya, Nudin dikatakan telah campurtangan dalam pentadbiran kerajaan negeri dalam pemberiaan tender ladang rakyat, konsesi balak dan projek-projek kerajaan negeri kepadanya atau rakan-rakan perniagaannya.

Nudin merupakan pemegang saham dalam syarikat Abroad Technology Centre Sdn Bhd dan proksi kepada dua syarikat J Corp Sdn Bhd dan Sykt Great Eastern Mills Sdn Bhd.

Bersambung ke sini ...

UNSPIN: Tok Guru Lah tidak salah anggap Nik Aziz sebagai Mudalilul (Penyesat)

|35 comments
Lebih kurang 10 hari lepas pada November 29, Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Madrasah An Najmiah, dilaporkan akhbar Sinar Harian berkata banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

Beliau turut berkata, "Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya."

Abdullah Sa’amah, 64, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Nik Aziz perlu perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Dalam keadaan tertekan dari salahlakunya sendiri untuk melakukan kronisma untuk melantik menantunya Ariffahmi sebagai Ketua Eksekutif PMBK dan menerima sogokan haji dari penerima kontrak kerajaan, Nik Aziz tidak boleh meninggalkan tabiat menyesatkannya.

Beliau cuba mengalih pandangan rakyat kepada isu wang ihsan dengan perbuatan salah dan perkataan yang kesat berikut dalam video:


Rasulullah sendiri mendoakan yang baik buat musuhnya sebagaimana diriwayatkan oleh Fatimah yang mendengar Rasulullah SAW berdoa: "Ya, Allah, teguhkanlah Islam dengan berIslamnya Abi Alhakam bin Hisyam (Abu Jahal) atau Umar Ibnul Khattab. Waspadalah, wahai Umar."

Penasihat Majlis Agama Islam Johor dan bekas Mufti Johor, Datuk Noh Gadut, berkata umat Islam yang berhajat supaya orang lain yang seagama dengannya menderita dan kehidupannya musnah sebenarnya mahu mencabar al-Quran yang menegaskan orang Islam bersaudara. Bukankah lebih sesuai doa sedemikian dituju kepada Zionis Yahudi yang zalim?

Wang ihsan atau royalti ada urusan dunia yang mana terpulang kepada kita untuk menentukan yang mana satu jalan terbaik. Nik Aziz sendiri guna hujah sama dari hadis untuk menjustifikasikan salahlaku dan etika berpolitik buruk PAS yang penuh pembohongan, putarbelit dan salahguna ugama.

Dari pandangan Najib sebagai ketua negara, wang ihsan lebih bersesuaian dengan undang-undang dan perjanjian-perjanjian. Memang ada pihak yang tidak bersetuju (Baca Ku Li sini). Namun perkara ini mempunyai pelbagai pemahaman undang-undang (Baca sini oleh Goh Wei Liang yang baru dilabelkan oleh blogger minda tertutup).

Najib pasti telah mendapatkan nasihat Peguam Negara dalam hal ini. Kalau rasa tidak setuju, bawalah ke mahkamah dan saman keputusan kerajaan Persekutuan. Urusan manusia sesama manusia diselesaikan sesama manusia. Tak malukah kita perlu meminta campurtangan Allah? Mungkin ini hanya permainan persepsi politik Nik Aziz tapi kena salahguna statusnya sebagai 'orang ugama'?

Yang menjadi hairan, Nik Aziz yang sudah kata bersyukur dapat wang ihsan sebelum ini? Yang tak setuju wang ihsan dan mahukan royalti adalah Husam. Nik Aziz flip flop pula.

Sudahlah buat kerja salah dengan mendoakan tidak baik kepada orang Islam yang lain. Buruk sekali perangai Nik Aziz yang mengaku diri ulama dan mengarah orang gelar dirinya Tok Guru berdendam dengan berkata diakhir video ini, "Dema sorang saja kasar, kita bole kasar juga."

Nik Aziz berdendam atas salahlakunya sendiri. Nampaknya dia tak faham apa yang dilakukan salah. Dia tidak boleh bezakan mana yang salah dan mana yang betul. Kenalah kita dedahkan ... jeng jeng jeng.

Sunday, November 29, 2009

UNSPIN: Nizar tuduh Zambery untuk tutup tembelang sendiri dalam PAFA

|4 comments

Lama kita tak tulis pasal Nizar giler. Malah isu PAFA pun menunjukkan Nizar sudah kehabisan modal. Dia tuduh Zambery tak ambil kisah hal rakyat pasal tak tolong PAFA.

Ehhh ... cerita NGO badan sukarela apa pasal nak paksa-paksa orang. Zambery tak mahu jadi Presiden PAFA, dia yang tergila2 nak publisiti, tapi salahkan orang. Itulah dia gila.

Blog Selamatkan Perak sini sudah dedahkan apa cerita sebenar. Hangpa baca berikut:

DALAM kegilaan Nizar Jamaludin mengutip wang untuk PAFA (dengan membebankan rakyat dan peminat bola Perak), Dr Zambry menjadi mangsa. Maklumlah sejak Nizar jadi presiden kakitangannya melancong ke luar negara guna RM500,000 duit persatuan itu.

Kini setelah persatuan kering duit dan dalam usahanya menyembunyikan "tembelang"nya, dia tuduh kerajaan negeri tak mahu tolong sebab Dr Zambry nak jadi presiden PAFA.


Bekas MB Perak itu patut sedar bukan semua orang gila kuasa macam dia. Bukan semua orang sanggup gadai maruah bangsa dan agama semata-mata kerana nak jadi MB atau jadi presiden persatuan. Dan yang penting bukan semua orang macam dia sanggup jilat ponggong Ngeh dan Nga kerana tamakkan kuasa, serta bukan semua orang sanggup "jual agama" macam dia.

Yang penting Dr Zambry dah sebut berkali-kali beliau tidak berhajat menjadi presiden PAFA. Menteri Besar Perak itu berpegang pada janji. Kawan-kawan yangmengenali beliau zaman beliau Ketua Pemuda, jadi tahanan ISA, jadi Adun, jadi wakil rakyat, jadi exco dan jadi MB tidak pernah pun beliau mungkir janji.

Tetapi dalam perbualan saya dengan orang yang mengenali Nizar termasuk sahabat keluarganya, Nizar hari ini bukan seperti Nizar yang dikenali dulu. Nizar sekarang macam hilang pertimbangan dan mengamalkan matlamat menghalalkan cara. (Dah giler la lani.)

Jadi pada bloggers Pakatan tak payahlah nak spin kononnya Dr Zambry ada hati nak jadi presiden PAFA. Pada Nizar bila orang suruh berhenti tu berhentila. Don't overstay your welcome dan janganlah terus nak perasan.

MYSTERY: Dim-wit LGE use The Star and a corrupt to do his errands

|3 comments

Lim has now become dim-witted. A friend of mine in Penang recently sent me a test message which made me wonder why Lim had stooped so low in his fight against BN.

I was told that Lim had issued a directive to all state agencies, local councils and departments under his jurisdiction not to put up advertisements in print and electronic media aligned and friendly to Barisan Nasional, except The Star. The order was his latest strategy to fight BN.

We all know why The Star was given the exception. The Star in Penang had been helping Lim to promote his ideologies, the state government’s policies and jingles as well as Lim’s political struggles and doctrine. Many know who is behind The Star in Penang and why this bloke is using the newspaper to help Lim. He was handpicked by The Star Editor-In-Chief Datuk Seri Wong Chun Wai to lead Penang. He succeeded Anna Cheah who retired after more than 30 years in The Star.

I was told that this bloke had accessed to Guan Eng’s office and home and the latter would only accept his calls and not from other reporters or editors based in Penang.

And for the record, Guan Eng, through his errant boy, Datuk Zainal Rahim, the state secretary and for former MPPP president had ordered the director of State Development Office, Nik Ali, out of his government bungalow for refusing to co-operate with the state government and Guan Eng. In retaliation, Nik Ali had ordered all staff under the federal government to boycott all functions held by the state government.

I would like to enlighten yon readers that Zainal was implicated for corruption while serving as president of the local council before assuming the state secretary, a post he has been eyeing for sometime. You can get details of his alleged abused of power from his buddy, Fadzil Hassan, the famous contractor in Penang or you can ask the outspoken Pak Deris, who is Fadzil’s cousin and also nemesis.

Extracted from blog Malaysian Story here.

NEWS: Ronnie Liu kepanasan, Mintak Unker Kit tolong

|16 comments

Semalam portal ejen Singapura The Malaysian Insider mengeluarkan berita Lim Kit Siang membidas portal UMNO kerana menggambarkan DAP sebagai komunis. Bca laporan berita itu sepenuhnya sini.

Kalau benar DAP bukan komunis, kenapa Ronnie Liu tidak dedahkan latarbelakang hidupnya? Kenapa Ronnie dipanggil Robin Hood oleh Theresa Kok? Kenapa Ronnie mewakili kawasan kampung baru Pandamaran dan tidak dedahkan dia berasal dari kawasan kampung baru Cheroh Pahang?

Kenapa Ronnie menjadi orang pertama mahukan Chin Peng kembali? Kenapa Kulasegaran sendiri mengaku di Parlimen bertemu Chin Peng di selatan Siam? Tidak ada parti politik lain yang bersungguh-sungguh mempetahankan CHin Peng selain dari DAP!

Kit Siang mengatakan blog-blog pro-UMNO membuat fitnah tetapi dia sendiri memfitnah kami sebagai blogger upahan. Mana dia dapat bukti? Atau dia main teka-teka? Kalau dia tahu macam mana UMNO dan keangkuhan setengah-tengah pemimpin melayan penyokong, baru dia sedar betapa bodoh kenyataannya itu.

Dia turut mengkritik seorang blogger Parpukari kerana membuat gambar Ronnie Liu sebagai komunis. Ohhh ... abis kenapa dia tidak tegur Tian Chua yang membuat karikutur Najib bersama penyanyi Korea yang dikata Altantunya. Kenapa dia tidak kutuk penulsi blog pembangkang seperti Kickdefella dan Mob Crib yang begitu buruk sekali karikutur yang dikeluarkan.

Untuk pembetulan, karikutur itu The Unspinner yang rekalah! Do your homework please. Baca sini. Tak malu salah fakta.

The Unspinner adalah blog yang Ronnie Liu hantar balaci-balaci untuk buat polis repot tapi sebelum itu kata tak akan buat polis repot. Baca sini pula.

Sebenarnya kenyataan Kit Siang menunjukkan DAP sedang berusaha sedaya upaya menyelamatkan imej Ronnie Liu yang masa kecil pernah menjadi pembawa bekal untuk PKM di Cheroh Pahang dan bapanya adalah terlibat dengan PKM (menurut blogger Cucu Tok Selampit sini).

Dia juga sedar dia perlu menjawab isu ini kerana Ngeh dan Nga dari kawasan Setiawan memang ada kaitan persaudaraan dengan Chin Peng. Baru-baru ini semasa perayaan Merdeka, tiga ahli politik DAP Perak yang mana Kualsegaran mengaku bersama telah menziarahi Chin Peng. Ronnie Liu juga anmtara orang pertama mengaku Komunis adalah pejuang kemerdekaan.

Baca Barking Magpie sini untuk mehami maksud istilah komunis selain dari yang betul-betul komunis dan gangster macam Ronnie Liu.

Kit Siang cuba mengkritik blogger sukarelawan yang menyokong UMNO dengan konon minta dikritik dengan professional berkenaan polisi DAP dan langkah-langkah kerajaan DAP. Itu banyak kita tulis di The Unspinners dan banyak bertimbun-timbun lagi akan kami keluarkan. Lepas ini pun kami akan kasi satu cerita mengenai P Pinang. Kenapa dia tidak ulas?

Kenayataan Kit Siang menunjukkan dia sudah kepanasan dan perlu meluahkan kemarahannya kepada seseorang lain. Dia tidak sedar bahawa dengan membuat fitnah terhadap blogger cacai seperti kami ini, dia telah meletakkan dirinya sama standard dengan kami.

Seperti jawapan balasan Parpukari, kami rasa kamu baik pencen sajalah Kit Siang. Beri peluang New Guard pula. You are no class act yourself.

Saturday, November 28, 2009

OPINION: DAP's ploy to cover their corrupt, criminal and subversive activities

|8 comments

By S Samad Sempit

Bloggers Rocky Bru here and Syed Akbar Ali here questioned the court's decision to rule in favour of the application of the murderous (we alleged) DAP Kajang councillor Tan Boon Wah to limit MACC's questioning to within office hours.

That precedent could be capitalised by DAP to be extended to all law enforcement activities from police, corruption, drugs, and your local authority when it suits them. Immediately upon the court judgement, DAP Chairman, Karpal Singh made a call to limit police interrogation to within office hours too (Read here). If the ruling is allowed, it will put to a halt Government machinery from carrying out their duties. This will probably be what DAP wants in order to pinpoint their finger to accuse the BN Government of inefficiency.

Rocky raised a pertinent point in that such questioning practices are common in reputable and respected agencis like the Scotland Yard, ICAC, and Interpol. Furthermore, it is not the business of the court to intervene in day-to-day operation of any Government agencies. Their business should be limited to issues involving the protection of the legal rights of suspect and witness and ensure no coercion is applied on suspects and witness into false confessions.

We The Unspinners notice that court decisions recently like in this case and Anwar's court delays in his sodomy trial is glaringly favoured with the opposition. It raises suspicion that our judges are too fearful of taking the right legal decision and succumbed to pressure from the fear of being ostracised by opposition parties. The court's over accomodation allowed the opposition to abuse the system with their constant perception play and drama.

There is also the suspicion that some judges have partisan involvement and are intentionally taking partisan political position. This in contradiction with their code of conduct as judges to be impartial and free of partisanship.

The application by DAP with the court to intervene in the modus operandi of the MACC runs contrary to the calls by DAP to eradicate corruption and crimes. It shows DAP is not consistent and sincere in their position. It is only playing a game to paint the perception of corrupt on the BN Government.

Whenever any investigation is made against DAP members and politicians suspected of corruption and crimes, DAP have no reservation to cover up using the courts or street protests or playing perception games. DAP is also covering up wrongdoings within the party.

In comparison, the present BN Government in its 52 year history has never attempted to manipulate the court to stop corruption investigation against their peers. There is no confirmed records available to-date to accuse the BN Government of interfering in the work of the police and corruption prevention agencies.

The Unspinners strongly believe that the legal action by DAP serves nothing more than to coverup their own wrongdoings. We will highlight few cases to show that the tradition of corruption, deciet and gangsterism in DAP still strive.

Subversive and Organised Crime

Historically DAP derives it's support from the communist infiltrated new villagers and the 'proletariat' urban Chinese. They are inextricably linked to Chinese triads organised crimes, and gangters.

Theresa Kok used the term "Robin Hood" to describe Ronnie Liu in her defence against various allegations against him. "Robin Hood" is a famous English outlaw known for "stealing from the rich to give to the poor." She had unintentionally acknowledge Ronnie involvement in illegal activities.

Since August this year, the public was exposed to the linkage of gangsterism and criminal activities by DAP Selangor. The first expose was made by PKR's Wee Choo Keong (read the Malay Mail here). He claimed a certain DAP politician in Selangor, which is widely believed to be Ronnie Liu, is involved in organised crime activities.

Then came the murder of Teoh Beng Hock. It exposed DAP's willingness to resort to organised crime-style murder to coverup investigation by MACC in the misappropriation of assemblymen allocation in Selangor by DAP politicians. Instead of cooperating with the authorities, the public is fed with the DAP game of accusing MACC for the murder with organised mass street protest to agitate the public, the court antics by their lawyers, Gobind Singh to steer away from the truth, and the drama of fake injury and disapperance by suspect to disrupt MACC investigation.

At the same time, Johor DAP Chairman and Opposition leader, Dr Boo Cheng Hau was reported by the local paper making statement on the presence of organised crimes within the Johor State DAP. Read the Sun here.

Embezzlement of Public Money

Dr Boo and Bakri DAP MP, Er Tek was concerned with money diverted from the Donation Fund to buy Wisma DAP Muar. The Star reported on November 2nd of a resolution passed to refer DAP ADUN for Bentayan, Gwee Tong Hian to the DAP Disciplinary Comittee. (Read in MT here) Gwee had allegedly siphoned money by raising the purchase price of the building from RM275,000 to RM300,000 (read Garamanis here). Few days later, Dr Boo received a death threat at his home. Read here.

There is an internal political problem in Johor DAP where Dr Boo has been at loggerhead with Guan Eng. In 2007, he offered to resign as Johor DAP Chairman to test Guan Eng to replace him (read here). Guan Eng is allied with Gwee and before the recent current position taken by Johor DAP, Dr Boo was forced to initially let off Gwee with only a warning. This was reported by a local paper but information on the allegations against Gwee was witheld.

Will DAP Central Committee decide against its own allies or will they put aside principle for the sake of politics? If they do, they should take actions also against Lim Kit Siang and Lim Guan Eng for squandering the Bukit China funds raised from the public in the 80s.

Dr Boo is remembered for creating furor in Johor when he accused Malaysia of practising apartheid early March this year. Gwee created controversy when he refused to wear songkok on the first day of Johor DUN seating in 2008 and receive the wrath of the Sultan of Johor.

Drugs Linked Crimes


The Unspinners made a posting recently here of two aides to ADUN Janice Lee of Teratai Selangor arrested for crimes related to drugs.

The blogger Gomo who made the expose here claimed of being informed by his source that the arrest is linked to a major RM10 million drug bust at the Penang International Airport in the middle of year. This revelation was also hush hushed by DAP.

These examples should raised doubt if not convince that DAP is a corrupt, deceitful and subversive political organisation. Their application to the court to restrict MACC operation is ridiculous and is intended to safeguard their political interest at the expense of public safety and interest.

The higher court should not fall to this cheap trick of DAP which is intended to cover their own wrongdoings. The court should review their decision to limit MACC questioning to within office hours so that the smooth working of law and order in the country is not hindered.

Friday, November 27, 2009

MYSTERY: N.Amar menunggu melihat N.Ajis dikorban

|12 comments


Akbar Sinar harian melaporkan Nik Amar sebagai menyatakan terserah kepada N.Ajis untuk menentukan siapa penggantinya. Husam pula sudah sebut Ahmad Yaacob sebagai pengganti yang sesuai. Boleh tak boleh akhirnya Nik Amar turut bersetuju dengan kenayataan Husam.

Ada pula bersuara terpulang kepada PAS Pusat untuk tentukan. Ohhh ... masing-masing lupa, perlu perkenan Sultan kelantan.

Betul macam pertandingan wrestling tagteam. Buat hiburan dicuti Raya Haji. Baca berikut dari blog Pilahanraya Kini:


Di sangat pertembungan hebat antara klik Husam dan klik Ariffahmi di Kelantan, sebenarnya orang tidak tahu yang ada klik ke-3 yang sedang membuat keuntungan daripada pertelingkahan tersebut. Pasukan tersebut diketuai oleh Ustaz Nik Amar. Disokong kuat oleh Nasharuddin Daud (Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan), Takiyuddin Hassan, Ustaz Zaki Ibrahim dan Ustaz Latif Rahman.

Klik Husam diketuai oleh Kickdefella sendiri dengan sokongan kuat dari YB YB yang pro pada Anwar Ibrahim yang sudah lama menyelinap masuk dalam PAS. Kamaruddin Jaafar sebagai funder terbesar. Saifuddin Nasuiton sebagai perancang kerja-kerja jahat Husam untuk jatuhkan Nik Aziz termasuklah pendedahan kes tajaan haji untuk cepatkan proses Nik Aziz turun sebagai MB. Orang dalam yang melakukan semua ini, mengeledah ofis dan membekalkan butiran terperinci kepada UMNO adalah Annual Bakri sendiri, SU Politik Nik Aziz.

Nik Aziz terpaksa bergantung harap pada anak dan menantunya untuk terus memimpin Kelantan. Ariffahmi dan Nik Abduh menjadi kepercayaan Nik Aziz daripada terperangkap dengan kerakusan kuasa Hussam Musa. Nik Abduh dan Ariffahmi sedang melatih seorang lulusan muda dari UIA untuk menjadi agen mereka di pihak Hussam. Memang sudah lama, Ariffahmi tidak mempercayai Husam. Semuanya berlaku ketika Husam memangku jawatan MB ketika Nik Aziz sakit.

Di peringkat pusat, Nik Abduh kena berharap kepada Salahuddin Ayub yang memihak kepadanya dan amat benci kepada Hussam dan Anwar Ibrahim. Salahuddin kena ikut klik Ariffahmi kerana nak menang di Kubang Kerian. Dia orang Johor, kalau tidak ikut, alamatnya lingkup.

Di pihak Anwar Ibrahim dan Hussam, rancangan sulit Zaid Ibrahim untuk meletakkan Nik Aziz sebagai penasihat Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu ancaman kepada Anwar sendiri. Nik Aziz dan Zaid Ibrahim amat percaya Anwar Ibrahim terlibat dengan liwat. Malah Anwar sedaya upaya memujuk Najib melepaskannya daripada tuduhan menggunakan salah seorang pengasas universiti swasta di Cyberjaya. Tapi tidak berjaya.

Hadi Awang, Nik Aziz dan Zaid percaya Anwar bakal masuk lokap. Mereka menyediakan Nik Aziz untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan dalam diam diam menyediakan Nik Amar menjadi MB Kelantan. Ariffahmi dan Nik Abduh hanya dijadikan kambing hitam untuk selamatkan imej Nik Aziz yang tercalar. Liciknya.

MYSTERY: Kickdefella 'korban' N.Ajis, Konon Husam tak nak MB

|9 comments

Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata dia akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat. Dia berkata Datuk Ahmad Yaakob yang merupakan Timbalan Menteri Besar lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan untuk menggantikan Nik Aziz.

Ini adalah merupakan kenyataan yang paling pelik dari Husam. Betulkah dia tidak mahukan jawatan MB Kelantan ini?

Jika kita selusuri perjalanan politik Husam, dia merupakan "anak emas" kepada Nik Aziz. Wataknya amat serupa dengan Anwar yang pernah diasuh dan di didik oleh Tun Mahathir. Cuma bezanya, Husam kini berguru pula kepada Anwar sedangkan Anwar mendapat didikan terus dari agen-agen yahudi barat selepas dipecat oleh Tun Mahathir.

Husam dilihat mula menunjukkan belangnya yang sebenar selepas bebasnya Anwar dari penjara Sg Buloh. Pelbagai agenda yang diaturkan Husam bagi menaikkan namanya didalam saf kepimpinan Pas khususnya di Kelantan.

Dengan Anwar menjadi penasihat utama kepada Husam, agenda pertamanya ialah untuk memastikan Nik Aziz berada dibawah kawalannya. Nik Aziz adalah "core" didalam Pas yang perlu Husam jinakkan jika dia ingin berkuasa. Dengan kelebihan Husam sebagai anak didik kesayangan Nik Aziz, Husam telah berjaya dengan cemerlang didalam agenda utamanya.

Demi untuk menaikkan namanya didalam arus media maya dan juga melonjakkan namanya dikalangan golongan muda, Husam telah berkolobrasi dengan Syed Azidi atau lebih dikenali dengan nama "Kickdefella". Dan sebagai habuan, Kickdefella dilantik menjadi salah seorang eksekutif didalam PMBK dengan imbuhan yang lumayan.

Didalam perihal politik, Husam merupakan orang yang bertanggung jawab mencadangkan nama Ibrahim Ali supaya bertanding di kerusi Pasir Mas diatas tiket Pas. Husam telah berusaha sedaya upaya meyakinkan Nik Aziz dan atas rayuan dari Husam itulah Nik Aziz bersetuju dengan pencalonan Ibrahim Ali.

Husam menyangka bahawa strategi politiknya akan membuatkan Ibrahim Ali bakal menjadi orang suruhannya apabila menang di kawasan tersebut. Tetapi telahan Husam meleset kerana Ibrahim Ali telah mengkritik serta menghentam Pas setelah beroleh kemenangan.

Husam juga cuba menunjukkan kelebihannya didalam percaturan ekonomi seperti Anwar dengan melaksanakan projek Skim Takaful Kifalah dikalangan ahli-ahli Pas. Pada permulaannya, nama Husam begitu gah dikalangan pemimpin serta ahli Pas hinggakan dilabel sebagai pakar ekonomi didalam Pas.

Boleh dikatakan setiap negeri ditubuhkan unit untuk mempromosi skim tersebut dan ramai yang memuji serta kagum dengan kehebatan Husam. Tetapi akhirnya disebabkan masalah dalaman, projek tersebut gagal dan melibatkan kerugian hampir 8 juta ringgit. Kerugian ini terpaksa ditanggung oleh Nik Aziz dan juga exco negeri Kelantan.

Husam kembali dengan idea separuh masaknya di Kelantan. Projek seterusnya ialah ternakan kambing jamnapari. Husam menyuarakan idea kepada Nik Aziz tentang projek ini dan diberikan restu oleh Nik Aziz dengan syarat mestilah berkerjasama dengan exco pertanian Kelantan.

Malangnya, Husam telah mendahului menguruskan projek tersebut bersama-sama rakannya tanpa pengetahuan Exco pertanian. Dan apabila projek tersebut juga gagal akibat banyak ternakan yang mati, Husam telah meletakkan kegagalan projek tersebut di bahu exco pertanian.

Segala kegagalan dan juga kerugian yang diterima oleh Husam tidak pernah merunsingkannya kerana mempunyai "benteng kukuh" iaitu Nik Aziz. Walau bagaimanpun, nama Husam semakin membusuk dikalangan para pemimpin Pas.

Pemimpin-pemimpin besar PAS Kelantan seperti Dato Abdul Halim, Dato' Takiyudin,Ust Mat Iraq, Dato Nik Amar, Dato Ahmad Yaakob dll adalah di lihat tidak begitu menyukai Husam dan selalu tidak bersetuju dengan Husam dalam banyak hal

Dan sewaktu perlantikan untuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz telah mendapat tentangan hebat ketika menyarankan nama Husam. Sebab itulah Nik Aziz tidak berani berkeras untuk menjadikan Husam sebagai Timbalan Menteri Besar kerana bimbang Pas akan berpecah di kelantan.

Namun Husam yang dibawah pengaruh Anwar terus melaksanakan agendanya didalam Pas dengan menubuhkan team ERDOGAN secara tidak rasmi. Nyata Nik Aziz sekali lagi menjadi "godfather" Husam didalam Pas apabila berkompromi dengan team Erdogan menentang team pro Hadi.

Perpecahan didalam Pas semakin ketara dan banyak pihak telah menyedarinya tetapi malang bagi Nik Aziz kerana Husam berjaya mengabui matanya.

Yang terbaru, Husam telah berjaya menyingkirkan Ariffahmi yang juga menantu Nik Aziz sendiri dari kerusi PMBK. Namun agak malang bagi Husam kerana dikhabarkan Takiyyudin yang bakal mengisi kekosongan Ariffahmi di PMBK. Takiyyudin adalah merupakan "orang kuat" Nik Abduh Nik Aziz yang merupakan "musuh" Husam sejak sekian lama.

Kini, kenyataan tidak mahukan jawatan MB Kelantan hanyalah satu lagi sandiwara dari Husam Musa. Didikan Anwar Ibrahim telah menjadikannya begitu taksub kepada kuasa.

Percaya atau tidak, Husam sedang meniti naik untuk merebut tahta hiraki didalam Pas dengan bimbingan Anwar. Disaat ini, tembok yang memisahkan Husam dengan matlamatnya hanyalah kumpulan pro Hadi dan juga Dewan Ulamak Pas yang dianggotai oleh Nik Abduh.

Husam membawa bayangan permainan politik serta corak pemikiran Anwar didalam mengejar kuasa.

Hanya masa yang dapat menentukan agenda Husam yang seterusnya.

Sumber: MyKMU

Selamat Menyambut Aidil Adha

|2 comments

Thursday, November 26, 2009

MYSTERY: Sedarkah PAS/Melayu PKR bangsa dan ummah menunggu terkorban di P Pinang?

|22 comments

Besok kita meraikan Hari Raya Korban. Hari ini, satu saja posting kerana ramai akan mula sibuk untuk buat persediaan mulai tengahhari nanti. Posting ini bertujuan untuk kita fikirkan apa hala tujuan perjuangan dari pengorbanan yang kita masing-masing lakukan.

Kita adalah penduduk teramai dan kuasa politik sepatutnya pada kita. Tapi apa jadi pada kita? Samada anda dalam UMNO atau PAS, kita semua tahu mana ada DAP, disitu mereka membawa sialan terhadap umat Melayu dan Islam. UMNO kata dengan terbuka. PAS tahu dan kata dalam diam2. PKR masih in-denial.

Kuasa dalam tangan kita tetapi masaalah kita mudah sangat termakan dengan kata-kata manis. Asal orang tu boleh cakap Melayu fasih macam Melayu, kita ingat dia sudah Melayu. Asal dia boleh sebut Assalamualaikum dan ayat Quran walaupun bacaan tak betul dan ayat tak sesuai, kita ingat mereka mereka sudah Islam.

Bila dia kata mahu ikut Saidina Umar Abdul Aziz dan sedia masuk Islam jika tidak kerana ayah masih hidup, kita dah anggap dia khalifah yang akan bela nasib rakyat Melayu dan Islam yang tersepit di Pulau Mutiara tetapi kini bertambah-tambah kedurjanaan.

Sedarkah kita apa yang berlaku? Antara agenda-agenda halus ultra kiasu DAP di Pulau Pinang adalah berikut:

1) Arak telah dibenarkan penjualannya secara terbuka di dalam majlis rasmi kerajaan negeri. Buktinya ialah penjualan arak ketika sambutan Hari Belia Negeri yang diadakan di Autocity Juru.

2) Perbadanan Ketua Menteri dibentuk bagi menjalankan kepentingan politik DAP untuk menghancurkan geo-politik melayu Pulau Pinang. Sasaran pertama perbadanan ini ialah tanah wakaf melayu di seluruh negeri Pulau Pinang.

3) DAP telah memperkenalkan dasar kelulusan terbuka terhadap status tanah. Penukaran syarat tanah akan dilaksanakan di kawasan parlimen melayu dimana status tukar tanah pertanian kepada kediaman akan dilakukan secara terbuka tanpa sekatan.

4) Kerajaan negeri di bawah DAP telah mewajibkan pengisian dan penempatan jawatan pegawai Kerajaan gred tertentu perlulah mendapatkan kebenaran daripada Lim GE. Dengan ini Lim GE telah berjaya menempatkan penyokong DAP untuk mengisi jawatan Ketua Penolong Pegawai Daerah (KPPD) di kawasan melayu.

5) Lim GE tiada hak untuk campur tangan tentang hal ehwal Islam di negeri Pulau Pinang dengan mempersoalkan perlantikan YDP MAIPP. Lim GE juga berjanji untuk memberi jawatan tersebut kepada Pas sedangkan yang mempunyai kuasa perlantikan adalah Sultan.

6) DAP pernah mendesak portfolio exco pembangunan tanah diberikan kepada Lim GE sejurus selepas memenangi kuasa pentadbiran negeri. Ini adalah senjata utama mereka bagi menghalau keluar melayu dari Pulau Pinang. Taktik ini mirip kepada Lim KY yang telah berjaya menghapuskan ketuanan melayu di Singapura.

7) DAP juga mendesak supaya perlantikan pengerusi PDC dan juga PBA Pulau Pinang dipilih dari kalangan orang-orangnya. Ini adalah kerana pihak mereka mempunyai misi dan kepentingan didalam perbadanan tersebut.

8) Kerajaan DAP melonggarkan syarat mewajibkan pemaju swasta membina rumah kos rendah didalam projek perumahan. Dengan kelonggaran ini, makin ramai rakyat Pulau Pinang terutama melayu tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana hanya rata-rata kos sederhana mewah yang disediakan oleh pemaju.

9) Tender perolehan kerajaan dibuka seluas-luasnya kepada kontraktor semua bangsa termasuk warga asing. Ini sebenarnya episod dari penolakan dasar ekonomi baru oleh DAP. Akibat dari tindakan ini, lebih 1800 kontraktor melayu di Pulau Pinang terpaksa gulung tikar.

10) Peniaga-peniaga kecil melayu ditekan oleh kerajaan DAP negeri Pulau Pinang dengan tindakan merobohkan gerai-gerai kepunyaan mereka sedangkan peniaga cina dibiarkan berniaga dengan sewenang-wenangnya.

11) Pembangunan Marina, hotel mewah, dan juga resort-resort di sekitar kawasan perkampungan melayu Balik Pulau dibuat supaya melayu dapat dihalau secara perlahan-lahan dikawasan tersebut.

12) Wakil rakyat melayu diperlakukan seolah-olah tidak diiktiraf oleh kerajaan DAP Pulau Pinang. Mereka dari PKR dan Pas ibarat boneka kepada Lim GE. Ini jelas menunjukkan kuasa total DAP didalam pentadbiran negeri Pulau Pinang dan bukannya PR.
Baca sepenuhnya artikel di MyKMU sini. Kalau ini tidak cukup, baca pula risalah di blog sini. Ada juga sini. Fikir-fikirkan.

Selamat Hari Raya Korban.

Muga Melayu yang hanya leka dan lena untuk menyalahkan yang lepas sedar bahawa bangsa mu kini sedang menunggu dikorkan macam lembu korban. Apa erti pegang kuasa kalau tidak tahu guna???

Wednesday, November 25, 2009

MYSTERY: Nik Aziz akan pencen bila-bila, Husam terkedu

|15 comments

Masa sarapan minum pagi lepaih sembahyang subuh pagi tadi, ustaz yang merupakan 'informer' saya dalam PAS kata pertemuan beberapa pemimpin utama PAS menemui N.Ajis dipejabatnya bukan saja berkenaan meminta Ariffahmi berundur dari PMBK.

Saya dah tangkap dah apa dia kata. Ariffahmi mesti disuruh berundur kerana tempat untuk dia berpaut sudah tak ada. Betul tak ustaz saya tanya. Betoi dia kata. Kalau Ariffahmi sudah undur, mestilah itu petanda N.Ajis sudah tidak lama lagi.

Kalau mahu analisa, N.Ajis sudah patut pergi lama. Malas nak cerita. Baca saja tulisan sini oleh spy leman. Bukan situ aja yang dah bau hari-hari terakhir N.Ajis, Pemuda UMNO Kelantan pun dah cari skit untuk kelihatan heron sini.

Adakah dengan begitu mudah N.Ajis akan berundur? Dia banyak pengikut. Depa tahu kalau N.Ajis berundur, puak-puak Hadi dan geng UG akan bertambah lagi kuat amereka. Pasti penyokong N.Ajis akan cuba sesuatu.

Saya pun cek dengan informer lain. Katanya kepimpinan PAS menjangkakan N.Ajis akan cuba melawan tapi dia tak akan berjaya. Sayapnya akan dicabut bulunya hingga dia tak boleh terbang. Penghormatan yang ada pada N.Ajis timbul dari kedudukannya sebagai Murshidul Am dan ini yang macam lesen besar untuk dia cakap sesuka hati hingga mencemar nama PAS.

Informer kata Dewan Ulamak PAS akan dibubarkan dan dengan demikian N.Ajis tak ada peranan lagi. Pengaruhnya sebagai antara orang Islam berpengaruh didunia akan lenyap sekelip mata. Tapi kata informer itu semua sekejap aja. Lepaih tu Dr Hartun Din yang sekarang ini adalah Timbalan Mursyidul Am akan hidupkan kembali dengan bentuk baru dan ambilalih sebagai Musridul am baru.

Maknanya N.Ajis hanya menunggu hari saja. Kalau dia tak buat apa-apa, lagi malu kejatuhannya. Kuasa parti masih pada Presiden dan AJK Pusat. Nampaknya roda sejarah kembali berputar. Apa yang N.Ajis lakukan kepada Asri Muda kini kena pada dirinya balik? Malah lagi malu kerana kini tercemar dengan rasuah haji RM65k.

Siapa yang naik jadi MB untuk gantikan N.Ajis? Cuba kita fahami apa dimaksudkan kenyataannya Husam adalah untuk semua rakyat Malaysia. Adakah Husam lompat parti? Rasanya tidak. Husam akan kekal dalam PAS seperti yang dikatakannya. Mana boleh keluar PAs, tercerai bini talak tiga. Cuma dia tak dapat jadi MB.

Husam ada masaalah dengan istana dan dia telah cuba bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri dengan istana. Disebalik Tesco itu ada cerita melobi. Takyah cerita lebihlah. Ikutkan PAS tak mahu ada Tesco tapi terpaksa suka kerana Husam. Khalid Samad tak tahu cerita main cakap saja Tesco adalah petanda Kelantan maju. Lurus bodoh!

Itu pun tidak memberi kepastian pada Husam. Dalam herarki Kelantan, Nik Aziz adalah teratas sebagai MB. Selepas dia bukan Husam tetapi Timbalan MB yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah iaitu Dato' Ahmad Yaacob. Kemudian bawah tu baru Husam. Ahmad Yaacob nampaknya MB baru ...

Apa hal pun Husam kena cari jalan untuk naik dalam PAS menjatuhkan Nasharuddin second round. Tanpa N.Ajis dan Anwar dalam penjara, nampak gaya Husam masam kalau Mat Sabu kacau. Itu pun susah kerana Nasha is the President's man.

Politik politik ... sekejap naik mendedak, tiba-tiba habis gitu aja.

Apa jadi dengan Kickdefella? Jangan hairan jika dia dapat kerja balik di PMBK untuk jadi CEO salah satu syarikat PMBK. Mana tau bos baru dia Ahmad Yaacob. Hahaha .. kita cuma teka aja.

Update 26/11 8:15 am:

Rajin-rajin baca Skrewkuat sini. Hampir sama cerita nampaknya.

NEWS: Tambah lagi untuk senarai kenyataan bodoh N. Ajis

|4 comments

Ketika diwawancara oleh Haprakdaily berkenaan ura-ura Husam akan meletakkan jawatan dan meninggalkan parti, N.Ajis menjawab seperti dipetik berikut:

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan. Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita. Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita.”
Pasti dia maksudkan pada wartawan PAS yang semuanya orang Melayu dan adalah kebanyakkan dari blogger PAS. Keh keh keh ... he he he ... ha ha ha ...

Betoi ka Husam nak masuk PKR? Bukankah N.Ajis kata Husam adalah untuk semua rakyat Malaysia? Pasai PAS hanya untuk Pak Lebai selalu pening lalat konfius saja.

Apa pun baca posting malam ini pada pukul 8:30 pm. Maklumat panassss .... hahaha ... mengenai Nik Aziz, Husam dan PAS.

UNSPIN: N.Ajis sebenarnya tak rela Ariffahmi berundur

|18 comments
Dah sakit-sakit pun nak pegang lagi kuasa, turunlah ... Dr Mahathir dah tegur pun. Jangan sampai turun dgn hina.

Sana sini PAS sedang buat propaganda menutup malu kata Nik Aziz suruh Ariffahmi untuk jaga nama parti PAS. Dia sebenarnya masih kata Ariffahmi tak salah dan hanya blogger Kickdefella buat fitnah.

Ariffahmi siap kata, "Saya yakin tidak bersalah. Saya hanya menerima arahan dan seperti biasa sentiasa patuh kepada kepimpinan, untuk menjaga Kerajaan Negeri serta menjaga nama naik Tok Guru (Nik Aziz)."

Punya baik punya cerita. Bukti integriti la. Mengenepikan kepentingan keluarga la. Apa pun baca Kickdefella teruskan drama wayang lagi sini.

Betoi kah Nik Aziz lakukan dengan keredaan hati? Sebelum ini dia masih bertegas kata Ariffahmi tak bersalah. Kenapa dia suruh turun kalau Ariffahmi tak salah? Apa perlu mendahului penyiasatan SPRM?

Keputusan Nik Aziz hanya dibuat setelah Hadi boroi, Nasha heart trouble, Harun Din, Salahuddin Koyop, dan Hatta Erdogan bertemu dengannya selama lebih sejam setangah. N.Ajis kena pun kena smash di Seminar PAS dan mesyuarat PAS Pusat.

SPRM kata mereka masih mahu siasat Ariffahmi. Jangan lupa siasat N.Ajis juga. Pasal dia terima sogokan haji RM65k dari kontraktor iklan. N.Ajis lakukan kronisma lantik menantu sebagai CEO PMBK. Helah dia penasihat undang2 ada bersama2 semasa dia melantik. Isu bukan pasal undang2 tapi rekod kerja buruk.

Orang yang kuat mengata orang rupanya kata orang dia lebih. Lebai ka ... Pak Lebai. Ini pula ustaz gelar diri sendiri Tok Guru dengan kasi arahan pekeliling. Ke ke ke ...

MINDA PAS KEDAH: Enggan bantu mangsa banjir?

|25 comments

Memetik dari blog Generasi Baru Tikam Batu bertarikh Nov 23hb sini, terdedah kerajaan PAS Kedah bersikap berpilih-pilih dalam membantu mangsa banjir.

Alasan yang mereka guna adalah mangsa bukan orang miskin. Dari yang dilaporkan, solah-olah depa pilih parti dalam membantu mangsa.

Baca sedutan berikut:

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah kecoh hari ini apabila ADUN BN bangun beramai-ramai membantah jawapan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat berhubung pengurangan jumlah bantuan bencana dan tragedi pada 2008 dan 2009.

Semasa menggulung perbahasan bajet 2010, pengerusi jawatankuasa itu Siti Aishah Ghazali (PAS-Merbau Pulas) berkata bantuan itu dikurangkan kerana ramai daripada mangsa bencana bukan dari golongan miskin atau yang memerlukan bantuan.

"Sehingga Sept lepas kerajaan negeri mengeluarkan bantuan berjumlah lebih RM289,000. Itu tidak termasuk bantuan am," katanya menyebabkan beberapa ADUN BN bangun meminta laluan untuk bertanya soalan.

Kedegilan Pengerusi Jawatankuasa itu tidak memberi laluan menyebabkan Speaker Datuk Dr Isa Ismail mencelah:

"YB Merbau Pulas, kalau depa minta, kita bagi depa tanya. Bagilah peluang depa tanya." Celahan Dr Isa mendapat tepukan Dewan menyebabkan Siti Aishah terpaksa memberi laluan untuk menjawab soalan.

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) bertanya mengenai senarai penerima bantuan e-Sinar (senarai kerajaan negeri) sahaja atau termasuk senarai e-Kasih (senarai BN); manakala Tajuddin Abdullah (BN-Belantik) meminta kerajaan negeri mengkaji semula bantuan bulanan RM80 yang kini tidak relevan.
Giler ...

Mangsa banjir adalah orang dalam kesusahan yang memerlukan bantuan sekarang. Rumah dah ditenggelam air. Nak macam mana lagi. Kalau kaya pun, masa itu tak ada masa mereka nak tunggu depa jual tanah atau nak jual stok padi. Kalau salah tuduh kaya. macam mana?

Masa kempen pak lebai ni baik sungguh janji-janji. Macam-macam tuduh BN dan menawarkan perbezaan bawah PAS. LAni dah takda dah ... depa bukan lagi malaikat rahmat tapi setan gila kuasa dan berbohong.

MINDA PAS KEDAH: Apa dia kerajaan Batu 9 di Kedah?

|16 comments
Ini rakyat Kedah dah soksek soksek dok cerita. Mereka kata Kedah ni diperintah oleh kerajaan Batu 9. Sebelum ada mesyuarat exco di kompleks kerajaan Darul Aman, akan ada mesyuarat di Batu 9 dahulu. Mesyuarat exco hanya indors saja.

Adakah ini satu kitchen cabinet yang jadi penentu segala-gala keputusan dan polisi kerajaan negeri? Ini akan bermakna semua ahli exco jadi tunggul jadi rubber stamp yang menerima saja apa yang sudah ditentukan di batu 9?

Jika demikian, ia bermakna kerajaan Kedah tidak mengikut amalan pentadbiran good governance. Kuasa rasmi terletak pada exco yang terdiri dari ADUN-ADUN yang dipilih oleh rakyat. Tanggungjawab terletak pada mereka dan bukan terletak pada mereka-mereka yang menganggotai mesyuarat Batu 9. Sebarang keputusan atau polisi yang ditetapkan exco perlu dibincang sendiri oleh ahli-ahli exco sebagai badan tertinggi dalam kerajaan neeri dan bukan ditentukan oleh badan-badan lain.

Kita difahami bahawa Batu 9 itulah dimana terletaknya pejabat PAS Kedah. Ini betul-betul parti menguasai kerajaan. Depa bukan saja menguasai kerajaan melalui Menteri Besar dan wakil-wakil dalam exco kerajaan negeri tetapi hingga siapa dapat projek potong rumput dan konsesi balak ditentukan oleh pejabat PAS dan bukannya kerajaan.


Mungkin hujah mereka adalah ianya sama saja. Ianya tidak sama. Parti dan kerajaan adalah dua entiti berbeza. Penguasaan parti mesti melalui proseder yang ditentukan Perlembagaan dan amalan lazim iaitu dengan melalui wakil. Jika piohak parti tidak puashati dengan keputuisan kerajaan, ia boleh lakukan melalui waklil mereak dan bukan cara parti membuat keputusan untuk kerajaan.

Entahlah fahamkah apa yang mereka syarah sebagai telus?

Tuesday, November 24, 2009

MYSTERY: Mat Tyson tinggalkan UMNO?

|11 comments
Muhd Taib serah tugas pada timbalan

Bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah mengamanahkan tugasnya sebagai ketua Umno bahagian Kelana Jaya kepada timbalannya, Datuk Yahya Bujang.

Beliau menyerahkan tugas tersebut kepada Yahya semenjak dipilih memegang jawatan ketua bahagian tersebut tahun lalu.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Yahya berkata beliau diamanahkan menjalankan tugas-tugas Muhammad mulai Mei tahun lalu.

"Dia selalu ke luar negara, jadi dia amanahkan kepada saya untuk menjalankan tugas-tugas tersebut, termasuk menghadiri mesyuarat perhubungan negeri," kata Yahaya.

Beliau bagaimanapun menolak desas-desus mengenai kemungkinan Muhammad (kanan) akan keluar Umno.

Desas-desus itu tercetus ekoran kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di konvesyen PKR Selangor Ahad lalu bahawa Muhammad mengakui perubahan yang dilakukan di negeri itu oleh pemimpin Pakatan, ketika mereka bertemu minggu lalu.

Khalid juga mendakwa, dalam pertemuan itu, Muhammad juga menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengannya "untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar.".

"Saya kenal sangat Tan Sri Muhammad. Dia tu bekas bos saya, saya tak fikirlah dia akan keluar umno. Sangat susah untuk percaya dia akan buat begitu.

Baca seterusnya di Malaysiakini
sini.
Kami saja nak provok.

Mat Taib naik jadi MB dahulu atas tiket Anwar. Orang kuat Mat Taib dalam syarikat Tenaga Ehsan sebuah Yayasan anjuran Mat Taib untuk Selangor, ialah Dato Kamarul MP Telok Kemang sekarang.

Itu pun, katanya kes Australia yang menyebabkan Mat Taib ditangkap bawa wang diatur Anwar melalui seorang taukeh Kajang. Lepas Team Wawasan menang, rancangan Anwar adalah untuk membunuh satu-satu orang ahli pasukan. Mat Taib, Rahim, ...

Najib yang dilihat sebagai pesaingnya telah lama cuba dijatuhkan. Lama sebelum Team Wawasan. Antara yang cuba diguna adalah memfitnah dalam satu peristiwa di sebuah hotel di Port Dickson.

Ini semua cerita-cerita kedai kopi politik. Yang pasti boleh dipercayai, Anwar adalah pakar dalam politik cantas mencantas yang tidak henti dan tidak berhenti kerjanya. Janganlah ada pemimpin UMNO ikut peel sedemikian Anwar.

MYSTERY: UMNO Selangor tidor ka?

|12 comments

Beberapa hari lepas kami tulis mengani UMNO Kedah yang lembab bisu. Kini blogger Medan Info pula bertanya kenapa UMNO Selangor tidor? Baca sedutan dari tulisannya berikut:

Inilah pandangan penuh ikhlas dari kaca mata seseorang yang pernah bergelumang dengan perjuangan menentang kerajaan negeri selama hampir sedekad lamanya…

Perasaan kecewa dan hampa melihat tingkah laku ramai pemimpin pemimpin UMNO yang kini sudah menjadi pembangkang di Selangor tetapi sayang sekali, lagak mereka seolah –olah masih memerintah kerajaan negeri dan TIDAK ada langsung usaha usaha mahu merampas kembali negeri paling kaya dalam Malaysia ini dari tangan Pakatan yang didominasi oleh mata mata sepet…!

Blogmaster mengikuti secara dekat perkembangan dan progres politik negeri Selangor. Malah Blog ini bersama-sama teman teman bloggers lain sudah naik mual hampir muntah mensajikan dan mendedahkan cerita cerita kepincangan cara pentadbiran kerajaan Pakatan dibawah telunjuk Ronnie Beer, Theresa Ketuk Ketampi, Ustaz Xavier, Eli Bogel Wong yang mendapat endorsement daripada Khalid LEMBU..!!!

Sehubungan dengan itu, tidak keterlaluan untuk dinyatakan disini bahawa hanya Datuk Seri Dr Khir Toyo yang “ada telor” persis waris anak melayu yang mendarjatkan lambang keris pada logo parti yang beliau anuti…

Membawa peranan sebagai Ketua Pembangkang yang kehilangan tahta Ketua Kerajaan Negeri, barang kali itulah bara semangat yang mengalir dalam darah anak kelahiran Sungai Panjang ini. Jesteru itu, Khir seorang sahaja yang berani bersuara lantang menegur, dan mengkritik kerajaan Khalid LEMBU.

Natijahnya, kini Khir Toyo “diusir” keluar dewan [DUN] oleh kuasa “ciptaan” kerajaan Khalid LEMBU yang menggunakan Maharaja Teng untuk melaksanakannya….

Apakah percikan yang kena pada Khir Toyo inilah yang membuatkan saki baki wakil rakyat Yb Yb UMNO-BN Selangor menjadi “terkedu” lalu membuatkan telor mereka semua termasuk kedalam karung masing masing sehinggakan menjadi bisu..?

Hakikat sebenarnya, semenjak Khalid LEMBU menjadi MB Selangor, banyak sungguh keputusan dan insiden insiden “menawarkan” bola tanggung untuk UMNO-BN “belasah” dan buktikan kepada pengundi pengundi seluruh negeri terkaya ini bahawa kerajaan Pakatan kategori “cakap tak serupa bikin”, “bikin tak serupa cakap”, “cakap cakap tapi tak bikin bikin..!”.
Baca seterusnya di blog Medan Info untuk tahu bola-=bola tanggung yang dimaksudkan di sini.

Kami suka ungkapan berikut:

Rakyat Selangor yang sudah mula hilang keyakinan kepada kerajaan Pakatan menanti-nantikan apakah akan ada tindakan bantahan diatas lantikan ini, namun hampanya hati pengundi pengundi melihat Yb Yb UMNO-BN semakin enak tidurnya apatah lagi sekarang ini musim hujan, cuaca pun sejuk, hmmm…!
Susah sangat biar blogger saja ambilalih UMNO Selangor kalau ahli politik penakut dan kaki tidor ...

NEWS: Anwar masih guna konspirasi basi, Perbicaraan tak lama lagi

|32 comments
2 DNA ada ... jawab! jawab! Macam mana ada?

Kes liwat : Peguam Anwar gagal mengemukakan hujah konkrit

Sebaik sahaja selesai penghujahan pihak peguambela Anwar dan pasukan pendakwa dari pagi hingga ke petang untuk menggugurkan kes, Anwar keluar dari bilik mahkamah dengan perasaan tidak gembira. Begitu juga dengan Wan Azizah, nampak riak kerisauan di kedua-dua wajah pasangan suami isteri itu.

Ini berbeza dengan kehadiran Anwar-Azizah semasa perbicaraan mendapatkan dokumen, Anwar keluar dengan penuh keyakinan dan bersemangat ketika memberikan kenyataan media di luar mahkamah.

Kenapa Anwar sudah kerisauan ? Adakah Anwar dan Azizah mendengar sendiri hujah-hujah pasukan peguamnya dan hujah-hujah balas pasukan pendakwa ?

Baca hujah-hujah separuh masak peguam-peguam hal past six Anwar seterusnya di Cyber1Trooper sini.

UNSPIN: Modus operandi komunis hari ini

|37 comments

Seorang komentar bernama Perwira meninggalkan komentar yang amat baik dan perlu diketengahkan. Baca berikut:

1. Saya seorang Melayu. Saya dahulu pernah berkhidmat dalam angkatan tentera Malaysia. Saya pernah terlibat secara langsung dalam gerakan menghapuskan ancaman komunis di negara yang tercinta ini.

2. Saya memang tahu dan pernah menyaksikan sendiri kekejaman yang dilakukan oleh anasir-anasir pengganas ini.

3. Itu dahulu, di mana 'peperangan' untuk merampas kuasa politik dilancar
dengan menggunakan senjata. Tetapi sekarang peperangan mereka berubah wajah, cara dan tektik. Peperangan tidak lagi meletup di dalam hutan.

"Instead they have brought the skirmishes to the concrete jungle; using pen & paper; voices of dissent; demonstrations and calls of reforms; deliberate attacks on govt agencies based on communal representations; soliciting support from societies and NGOs - dubious or otherwise - ; and worse still purposely attacking what has been prescribed in the Constitution.

With such dissidents running around the country, who needs guns and tanks !"
4. Berkemungkinan peperangan ini hendak disuburkan semula. Jika dahulu tidak ada pemangkin untuk menyalakan api perjuangan dan niat buruk mereka, tetapi sekarang ini sudah wujud sumbu-sumbu pelita dan bahan bakar yang telah tumbuh, sebenarnya sebelum Pilihanraya 2008 lagi. Api-api pengderhakaan ini makin hari makin terang, makin hari makin berani, selepas Mac 2008. Walaupun hendak disusnatur secara senyap dan sulit, kegiatan mereka dapat juga dihidu oleh mereka yang prihatin akan keselamatan negara.

5. Cuma yang saya sebagai bekas askar terasa amat malu bila terdapat mana-mana rakan seperjuangan yang sudah hilang semangat keperwiraan dan semangat kesetiaan kepada negara. Lebih duka campur hiba jika sekiranya mereka ini boleh menafikan fakta sejarah dan dewasa ini sanggup turut sama menyalakan api pengderhakaan. Dan 'Pengderhakaan' ini sudah menjelma dalam pelbagai wajah dan warna !

6. Pendedahan perlu dilakukan apabila maklumat diperolehi, samada oleh media arus perdana atau melalui alam blogoshere. Apa pun kita menaruh harapan agar terwujud nanti kumpulan2 rakyat manusia yang PEKA dan SENSITIF terhadap soal KESELAMATAN Negara . Kumpulan-kumpulan inilah yang diseru membantu pihak POLIS dan ANGKATAN BERSENJATA untuk menjaga dan menjaminkan kestabilan dan kesejahteraan umum.
Terima kasih Perwira.

Maka Chin Peng jangan dibenarkan kembali. Kenapa? Baca sini, sini, sini dan sini. Fahami taktik disebalik pengiktirafan CHin Peng sebagai pejuang kemerdekaan. Baca sini.

Chin Peng berkata dia sudah mengatur untuk mati dikebumi di Setiawan. Ini juga tidak harus dibenarkan kerana Chin Peng bukan rakyat atau pun penduduk yang bermastautin di Malaysia. Sebagaimana mayat orang luar negara tidak boleh dibawa ke Malaysia untuk dikemubi, begitu juga Chin Peng.

Kenapa seorang pengkhianat dan imigren yang menumpang patut dibenarkan mati menjadi shrine dan simbol penentangan kepada establishment Melayu di bumi Melayu???

Monday, November 23, 2009

MYSTERY: Shah Alam/PJ dijadikan pusat maksiat untuk tampung pendapatan kerajaan negeri

|45 comments

Mula-mula kerajaan Pakatan Rakyat mula-mula mengambilalih Selangor, DAP telah membenarkan cybercafe di Selangor tutup lambat hingga ke pagi. Dalam setahun saja, rumah urut sudah muncul di Shah Alam. Ronnie Liu berjuang dengan sokongan tidak bermoral dari MP PAS Khalid Samad dan MB PKR Khalid Ibrahim supaya arak dibenarkan dijual di Shah Alam. Take Beer!

Baru-baru ini kami diberitahu akan rancangan kerajaan negeri Selangor untuk menggezetkan beberapa tempat di Selangor sebagai International Tourism Zone. Disebaliknya zon-zon ini akan membuka kedai Centre of Entertainment yang dibenarkan dibuka dari pukul 10 malam hingga 4 pagi.

Walaupun Elizabeth Wong cuba menafikan, kami difahamkan exco kerajaan negeri telah luluskan konsep zon ini bagi Shah Alam. Habislah Shah Alam yang dibina dari masa zaman Hussein Onn sebagai model bandaraya Melayu Islam yang bersih dari kegiatan hiburan yang maksiat dan penuh ciri dan budaya Islam, kini sudah mula dijadikan sasaran untuk dinoda dengan maksiat. Apa boleh buat bila ada MP PAS seperti Khalid Samad.

Selain dari Shah Alam, dua lagi tempat sudah dirancang iaitu di One Utama dan The Curve. Kedua-dua kawasan ini adalah sangat berdekatan dengan kawasan perumahan yang besar. Adakah tujuan kerajaan Selangor untuk meningkatkan maksiat dan membiarkan samseng yang berkaitan dengan kegiatan hiburan berleluasa di kawasan perumahan????

Kami juga telah perolehi dokumen rahsia yang menunjukkan kerajaan Selangor terpaksa lakukan ini semua kerana mereka tidak ada ide untuk membangunkan Selangor dan agak terdesaak kedudukan kewangan negeri. Ini kita sudah tahu dari penipuan roundtripping Khalid Ibrahim, bujet yang defisit dan memakna rizab kerajaan negeri.

Setakat Jun 30 2008 ke Jun 30 2009, semua kutipan cukai kerajaan negeri khususnya dari parit dan taliair dan hasil hutan - menjunam turun lebih 30%. Propaganda oleh PR seolah-olah kaum Cina menyokong kerajaan PR dengan tidak menangguh dan membayar segera quit rent dan cukai tanah adalah bohong!

Hanya cukai hiburan saja yang meningkat 11.83% dari RM12,530,123-89 ke RM14,012,604-64. Dengan rancangan Nampaknya kerajaan Selangor mahu jadikan Selangor negeri maksiat sebagai menampung perbelanjaan boros mereka.

Tak lama lagi banyaklah gay bar di Shah Alam. Bagus untuk orang Melayu kata Penasihat.

MYSTERY: Pembantu khas ADUN DAP Janice Lee terlibat dengan dadah?

|12 comments
Blogger Gomo melaporkan pada November 10hb bahawa dua orang pembantu khas kepada Adun Teratai Janice Lee (DAP) telah ditahan di sebuah Balai Polis bersama dengan seorang Pengedar DADAH.

Pembantu2 khas itu disuspek telah membantu Pengedar DADAH tersebut dalam satu urusan jualbeli dadah.


Menurut Gomo, ianya seolah-olah ada kaitan dengan satu rampasan dadah yang dibuat polis di Pulau Pinang pada akhir bukan Julai tahun ini. Rampasan itu melibatkan dadah bernilai RM10 juta.


Rampasan ini menimbulkan persoalan bagaimana ia boleh berlaku? Sumber mengatakan penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas didalangi orang dalam lapangan terbang dan pihak berkuasa dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.

Kami The Unspinners menyokong usaha pihak PDRM cawangan Narkotik dalam siasatan untuk mengenalpasti samada mereka benar ada hubungkait dengan pengedar DADAH tersebut.

Maklumat mengenai perkara ini masih tidak lengkap. Kami TIDAK menuduh ADUN Janice Lee terlibat. Namun begitu, kami khuatir kerana pelbagai berita dan khabar mengenai polisi kerajaan PR Selangor berkaitan kegiatan hiburan dan kaitan dengan jenayah serta tuduhan mahkamah yang membabitkan ADUN tertentu PR Selangor.

Kami berharap pihak PDRM mengemaskini orang awam dengan perkembangan terkini, jika perlu dan tidak merosakkan siastan.

NEWS: Rasis DAP batu api Melayu dan Dayak di Sarawak

|16 comments


Blogger Anak Merdeka melaporkan ADUN DAP Batu Lintang, Kuching, Voon Lee Shan cuba menimbulkan persengketaan kaum antara Melayu dan Dayak di Sarawak dengan cuba menimbulkan perasaan curiga dan tidak puashati melalui perbahasan di persidangan DUN pada 11 November.

Baca petikan ucapan berniat jahatnya berikut:

"Semasa kita menubuhkan Malaysia, kita meletakkan diri kita dibawah klasifikasi dengan memanggil diri Bumiputera dan bukan Bumiputera.

"Saudara-saudara Dayak kita di Sarawak memerangkap diri dan tidak menyedari impian seorang pemimpin Melayu agung dalam diri Tunku Abdul Rahman, untuk membahagikan rakyat Malaysia kepada Bumiputera dan bukan Bumiputera adalah untuk meningkatkan dominasi Melayu dalam politik dan kaum di Malaysia.

"Melayu, sebuah bangsa agung telah disusuli kaum peribumi tetapi tanpa disedari saudara-saudara Dayak kita, takrifan 'peribumi' telah meninggalkan kaum Iban dan Bidayuh di Sarawak.

"Inilah kaum Melayu di Malaya seperti yang dirancang oleh Tunku Abdul Rahman, menguasai politik dan ekonomi Melayu sejak 46 tahun lalu.

"Iban dan Bidayuh sebagai dua kaum peribumi terbesar di Sarawak diperbodohkan oleh kerajaan persekutuan selama 46 tahun sejak Malaysia ditubuhkan dan tiada wakil rakyat Dayak, sehingga hari ini berani bercakap mengenai ini dengan UMNO dan Melayu dari Malaya menguasai kaum Dayak di Sarawak."
Enam orang ADUN BN - Abdul Karim Hamzah (Asajaya), Robert Lawson Chuat (Bukit Saban), Dr. Abdul Rahman Junaidi (Pantai Damai), Nelson Balang Rining (BA'kelalan), Dr. Jerip Susil (Bengoh) dan Chia Chu Fatt (Pujut) telah membuat laporan polis terhadap Voon.

Kenapa tidak pengundi Pandamaran membuat laporan polis terhadap Voon? Bukankah ini taktik komunis untuk menghuruharakan keadaan? Atau memang inilah cara cauvanis DAP untuk dapat kuasa politik?

UNSPIN: Cucu Tok Selampit mengenai Ronnie dan Kegiatan Komunisnya

|10 comments

Cucu Tok Selampit ingin merakamkan ucapan tahniah kepada sahabat blogger, The Unspinners, kerana melalui tulisannya telah berjaya membuatkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu, terpaksa membuat penafian di media mengenai pembabitannya membantu pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM). Laporan penuh disiarkan di Bernama.com, di sini.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Ronnie Liu, beliau bukanlah merupakan anak jati Selangor, walaupun beliau adalah ADUN Pandamaran. Beliau telah berasal dari Cheroh, Pahang. Bapanya merupakan seorang penyokong kuat komunis sehingga keluarga mereka ditempatkan di sebuah Kampung Baru Cina yang dikelilingi dengan pagar tinggi oleh kerajaan British pada masa itu untuk mengawal pergerakan komunis.

Jadi tidak hairanlah apabila The Unspinners mendedahkan mengenai penglibatan beliau di dalam usaha untuk menghidupkan PKM di Malaysia.

Ronnie adalah antara orang pertama mendesak supaya Komunis diperakui sebagai pejuang kemerdekaan. Ronnie secara terbuka memperakui komunis sebagai pejuang dan beliau mengenali karakter komunis India bernama Asi dan menghormatinya dengan terbuka. (Lihat blog beliau, Color Blind, di sini)

Rakyat Pandamaran pula melalui PRU12 telah melantik wakil Bintang Tiga yang kita tahu berdasarkan sejarahnya, komunis mahu menuntut kuasa dan mahu membunuh Raja-Raja Melayu selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.


Agak janggal bagi seorang pengikut tegar dari Pakatan Haram yang sentiasa mempermainkan undang-undang dengan membuat laporan polis dan menyaman sesiapa sahaja yang mereka tidak suka, Ronnie Liu dalam kes ini mendiamkan diri dan berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana blog berkenaan tidak mempunyai maklumat seperti penulis serta pihak yang bertanggjawab mengendalikannya.

Saya merasakan sama ada beliau terlalu banggang atau beliau cuba menyembunyikan sesuatu. Siapa yang menyuruh beliau menyiasat siapa di sebalik The Unspinners, bukankah itu tugas polis? Kenapa beliau takut untuk membuat laporan polis? Adakah beliau takut kegiatannya menyokong komunis akan dibongkarkan oleh pihak polis?

Sumber: Blog Cucu Tok Selampit

Nota: Rasanya penyokong-penyokong Ronnie boleh pergi ke balai sekali untuk buat enam lagi laporan polis.

NIZAR NEWS! Ronnie arah S/usaha dan PAS buat laporan polis terhadap The Unspinners

|13 comments


Pengundi Pandamaran buat enam laporan polis

Rosnani Saad
Sinar Harian, Nov 22hb, 2009

SHAH ALAM - Sebanyak enam laporan polis dibuat, semalam berhubung kenyataan yang disiarkan dalam sebuah lama web, yang dipercayai unsur fitnah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu Tian Khiew.

Difahamkan, terdapat seramai 20 penduduk yang juga pengundi-pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang.

Satiya Seelan, yang juga Setiausaha kepada Ronnie berkata, laporan polis itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati pengundi di kawasan itu yang menganggap kenyataan blog di dalam blog berkenaan sebagai cubaan memfitnah pemimpin yang mereka lantik.

"Pada hari ini (semalam), kami membuat laporan polis berhubung laporan dalam blog, dikenali sebagai 'theunspinners.blogspot.com', yang dipercayai membuat kenyataan palsu dan menghina ADUN PAndamaran.

"Laporan itu mengatakan bahawa Ronnie memberikan bantuan kepada parti komunis serta mempunyai kaitan dengan Chin Peng, ini satu kenyataan palsu dan tidak berasas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, seorang lagi pengundi, Kapten Alimin Abdul Aziz berkata dia berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan segera terhadap penulis blog yang membuta kenyataan itu.

"Pengundi di kawasan ini berasa tidak puas hati mengenai laporan yang dipercayai mempunyai unsur fitnah terhadap wakil rakyat yang kami lantik.

"Dengan kausa yang dimiliki pihak polis, kami berharap agar mereka segera menjalankan siasatan," katanya.

Terdahulu, ADUN Pendamaran itu menafikan dakwaan yang disiarkan dalam laman blog berkenaan serta memaklumkan bahawa beliau tindakan akan mengambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, beliau berharap agar ada individu yang akan berbuat demikian, namun dia tidak menaruh harapan bahawa tindakan pemunulis blog seperti itu dapat dihentikan.
Dalam penafian Ronnie di akhbar pada November 10hb sini berkenaan tulisan The Unspinners yang mendedahkan kaitannya dengan komunis pada November 4hb sini, dia dilaporkan berikut:

Ketika ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis mengenai dakwaan dalam blog itu, Liu berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana blog berkenaan tidak mempunyai maklumat seperti penulis serta pihak yang bertanggungjawab mengendalikannya.
Kenapa Ronnie tidak puashati dan mengarah Setiausaha, Satiya Seelan dan perantara PAS Klang Kapten Alimin mengatur pengundi yang sebenarnya penyokong-penyokongnya buat laporan polis? Tiadakah orang lain yang dia boleh hantar untuk buat laporan dan mengaku pengundi? Kenapa Ronnie boleh terasa pedas kepada tulisan blog cacai seperti kami ini?

Sama-sama kita fikirkan menjelang ulangtahun ke 20 Perjanjian dengan PKM yang diraikan Chin Peng di Hadyai pada November 30hb.

Chin Peng bersungguh-sungguh mahu kembali. Adakah untuk membantu menghuru harakan negara? The Star semalam seolah-olah berkempen untuk merayu diterima Chin Peng. Dia sanggup meminta maaf. Komunis ini pandai berjanji dan merayu tetapi bila berkuasa, mereka ganas dan zalim.

Ronnie melakukan cara yang sama yang dilakukan Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim dan MB Khalid Ibrahim. Tidak puashati dengan menafikan tuduhan Dato Satim, mereka mahu menghukumnya hingga digantung dari DUN sebagaimana mereka lakukan kepada lima DUN BN yang lain.

Ini bertujuan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan amalan demokrasi yang mereka konon perjuangkan. Mereka menuntut kebebasan akhbar tetapi layanan DAP kepada akhbar begitu buruk hingga banyak saman dibuat terhadap akhbar untuk menutup mulut akhbar. Begitu juga dengan SELCAT.

Sama juga dengan Ronnie yang bersungguh-sungguh mempertahankan Raja Petra berbohong dan memfitnah di Malaysia Today (baca sini dan sini), tapi kini ingin menutup 'mulut' The Unspinners dari membuat pendedah terhadap dirinya.

Komunis adalah hipokrit!

Kami harap-harap rakan-rakan blogger dan pembaca sebarkan hipokrasi Ronnie Liu yang sedang dibicara dan disiasat kerana kegiatan-kegiatan yang ada kaitan dengan penjenayah dan samseng.

Sunday, November 22, 2009

MYSTERY: Husam turun, N.Ajis kantol, Siapa naik?

|4 comments


Mingguan Malaysia cerita versi yang lain sedikit konar dari apa yang kita tulih hari itu sini.

Menurut mereka, Husam jumpa N.Ajis untuk mejelaskan dia bukan dalang menjatuhkan Ariffahmi. Dia menawarkan untuk letak jawatan tetapi ditolak oleh N.Ajis. Baca Mingguan Malaysia sini.

Shieh @ Kickdefella menjangkakan seperi cerita kita bahawa mereka akan kejar Husam. Dia terus dengan asakan terhadap Ariffahmi. Baca sini.

Setiausaha PAS Kelantan cuba mengelak dengan kenyataan yang dilaporkan The Star sebagai cuba mengenepikan tuduhan Kickdefella sebagai khabar angin. Shieh balas dengan lebih banyak pendedahan sini.

Ariffahmi dikatakan telah melakukan operasi mengoyak dokumen dan menukar minit mesyuarat. Itu kalau kena dengan ROC masuk jel. Sempat lagikah untuk berbuat demikian?

SPRM sudah cukup bukti mengenai haji RM65k. Skrewkuat kata sini 5-6 bersama Nik Aziz yang dapat tajaan berjumlah RM600,000.

Harun Din dan Nasharuddin heran kenapa Nik Aziz pergi dedahkan sendiri mengenai tajaan Haji. Mereka mula mempertikaikan Nik Aziz. Harun Din meramalkan Nik Aziz tak lepas kerana SPRM telahpun mendapatkan dokumen dan bukti yang cukup untuk mendakwa beliau.

Husam habih, Nik Aziz kantoi, Siapa pula naik? Itu kita tak mahu cerita dahulu. Wau bule Wau bule Wau bule teraju tigo ...

MYSTERY: Kenapa Azizan tak jelas isu pegawai pejabat MB terlibat niaga balak?

|3 comments

Kami dah ungkit kes dua pegawai pejabat MB dijumpai sebagai Pengarah syarikat balak berikut:

Nama yang kami dapat adalah Pegawai Khas Ekonomi MB Kedah, Che Had bin Dali dan Pegawai Khas Kanan MB Kedah, Roslizan Zakaria. Mereka berdua adalah Pengarah syarikat Metro Sunview Sdn. Bhd.

Masuk saja depa berdua Metro Sunview dapat konsesi balak di Bukit Kaci dengan memotong jalan sebuah syarikat Melayu yang memang betoi-betoi berniaga balak ia-itu A.Y. Trading. Benda tu dah jadi cerita hingga masuk ke mahkamah.
Sampai hari ini, MB Ustaz Azizan hanya berdiam diri. Kami faham cara dia adalah mengelak dari menjawab perkara-perkara seperti ini supaya tidak dimainkan akhbar. Azizan pun pandai cakap dengan press.

Cara Ustaz Azizan jawab perkara ini adalah dengan membentang polisi dan apa dilakukan. Utusan Malaysia ada laporakn juga. Nanti kita cari pautan. Blog Kedah Lanie melaporkan pembentangan dalam DUN Kedah pencapaian polisi balak kerajaan sini. Kalau bagus tu, baguslah.

Isu yang ditimbulkan adalah krnisma dan salahlaku potong jalan orang. Yang ini masih tidak dijawab dan seolah-olah disapu bawah carpet. Itu kena jelaskan. Tuduhan ini ada butiran. Tak susah nak siarkan bukti bila dah ada tip. Kalau tak terangkan kita main isu ni di PRK nanti ...

MYSTERY: PAS takut PRK Kota Seputih?

|6 comments

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 November 2009 sudah pun menetapkan bahawa wujud kekosongan bagi kerusi DUN Kota Siputeh dan meminta SPR untuk mempertimbang untuk diadakan PRK di kawasan itu. Seperti yang dihajatkan PAS KEDAH, PRK Kota Siputeh bakal diadakan jika rayuan UMNO ditolak.

Apa yang Tukang Screw nak hebahkan ialah Azizan Razak, MB Kedah yang sebenarnya agak keberatan untuk mengadakan PRK di situ. Perkara ini diberitahu oleh orang kuat Azizan Razak sendiri kepada Tukang Screw.

Apa tidaknya, UMNO pasti akan mengerahkan jentera pilihanraya seluruh negara untuk 'melanggar' Kota Siputeh ditambah dengan momentum kemenangan dari Bagan Pinang.

Azizan bimbang jika UMNO berjaya mempertahankan Kota Siputeh kerana secara tidak langsung akan meningkatkan moral UMNO di Kedah. Sebenarnya apa yang ditakuti ialah perang kempen yang bakal menelanjangkan Kerajaan PAS Kedah yang selama ini turut tumpang menyeleweng hasil mahsul negeri seperti balak.

Bukan itu sahaja, banyak perkara yang akan didedahkan yang akhirnya membuka seluas-luasnya pekung Azizan sama seperti yang berlaku di Kelantan sekarang ini.

Petikan dari Skrewkuat
fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)