Seminar Antarabangsa Autisme 2014

Tuesday, December 1, 2009

UNSPIN: Salahlaku Ariffahmi urus Skim Takaful Kifalah


Bersungguh-sungguh Nik Abduh dan Nik Amalina mempertahankan ayahanda Nik Aziz dan Ariffahmi dari pendedahan yang dibuat oleh Kickdefella dan blogger-blogger lain.

Menantu N.Ajis yang juga suami kepada Nik Amalina, Ariffahmi dikatakan mereka berdua sebagai difitnah. Dalam mereka berdua mempertahankan Ariffahmi, mereka mempersalahkan Kickdefella dan Husam. Kickdefella tidak disebut dan dituduh terang-terang sebagai seorang peminum arak tetapi sindiran kedua-dua mereka seolah sedemikian.

Dalam dunia PAS, tentu sekali sebarang isu yang ditimbulkan Kickdefella hilang kredibiliti kerana peminum arak adalah orang fasik dan cakap orang fasik tidak boleh dipakai. Isunya bukan pasal seorang itu peminum arak atau tidak, tetapi adakah tuduhannnya berasas?

Kami The Unspinners nampak jelas pemilihan Ariffahmi sebagai CEO adalah amalan nepotisma. Penjelasan N.Ajis mengatakan keputusan untuk melantik Ariffahmi dibuat di hadapan Penasihat Undang-Undang tidak punya erti. Kononnya itu alasan tidak salah dari segi undang-undang.

Apa sekali alasan, tidak dapat dinafikan Ariffahmi adalah menantu dan suami anak N.Ajis. Adakah pemilihan Ariffahmi jelas tidak ada amalan pilihkasih kerana dia menantu? Adakah Ariffahmi seorang yang layak dan berprestasi kerja baik untuk nail pangkat? Soalan ini sudah terjawab. Ada lain yang belum.

Abdul Arif Fahmi Abdul Rahman berumur 37 tahun berkelulusan kejuruteraan dan mula berkhidmat dengan Sykt Air Kelantan Sdn Bhd. Beliau dilantik CEO PMBK pada tahun 2008 lepas. Sejak perlantikan itu, dia telah membuat banyak perubahan untuk kelihatan lebih aktif dan menonjol untuk kepentingan perjuangan politik PAS.

USaha memperkenalkan Skim Takaful Kifalah di Kelantan adalah dijuarai Husam. Syarikat Kifalah Sdn Bhd yang mengurus skil ini telah diletakan di bawah pentadbiran PMBK. Sebaik saja Arif mengambilalih PMBK, dia telah membina birokrasi dalam syarikat itu dan menyusahkan Husam.

Timbul tuduhan penyelewengan dan salah guna kausa dalam penagihan Takaful Kifalah ikutan sumbangan dikurangkan dari RM2,500 ke RM1,500. Arif difahami telah melaburkan dana hanya ke dalam anak syarikat PMBK yang tidak berapa untung hingga Skim kebajikan tersebut terpaksa menghadkan jumlah pemberiaan kepada waris pencarum.

Pelaburan skim dana seperti Insurans Islam di dalam anak syarikat PMBK juga bersalahan dengan syarat-syarat pelaburan yang ditetapkan di bawah undang-undang amanah. Aset yang dibenarkan untuk pelaburan dilaburkan adalah dalam liquid aset dan saham yang dibenarkan saja.

Pastinya pelaburan di dalam anak syarikat yang ada kaitan tidak dibenarkan. Ia juga satu konflik kepentingan.

Ariffahmi adalah CEO PMBK dan sepatutnya tidak boleh campurtangan dalam pengurusan anak syarikat yang melibatkan dengan skim pelaburan dan kebajikan tersebut. Penglibatan Ariffahmi sepatutnya hanya setakat perkara polisi dan melalui wakil dalam Lembaga Pengarah.

Dia tidak sepatutnya campurtangan dalam hal operasi anak syarikat yang tidak melibatkan kemahiran sebagai jurutera dan memerlukan kemahiran pelaburan dan kewangan.

Inilah penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan Ariffami disiasat oleh SPRM.

13 comments:

  • Anonymous says:
    December 1, 2009 at 9:10:00 AM GMT+8

    nik aziz dan ariffahmi tak sempurna bukan maksum. tuduhan ni sepatutnya disiasat elok2 oleh sprm. kalau tak betul baguslah. tapi kalau terbukti betul, jatuhkanlah hukuman yang setimpal kat pesalah.

  • Anonymous says:
    December 1, 2009 at 9:55:00 AM GMT+8

    Hantam BN pandai

    Janji pandai

    Nak tunaikan bukan senang oiiii!!!!

    Dari tahun 2007 lagi Husam usahakan kifalah ini, janji nak kasi RM2,500 bila ada kesusahan.

    Bila hanya boleh kasi RM1,500, mesti problem ini.

  • Anonymous says:
    December 1, 2009 at 10:34:00 AM GMT+8

    Arif cuit Husam ... itu rupanya. Mmg dia nak cari pasai ...

  • Anonymous says:
    December 1, 2009 at 12:43:00 PM GMT+8

    Nik Aziz dan anak2 adalah satu keluarga yang mulia.

    Mereka berhak berbangga kerana dilahirkan begitu.

    Mereka berhak mengutuk isteri orang berpakaian tidak senonoh dan berdosa sebab mereka sendiri pakai serban dan baju labuh.

    Mereka berhak menggossipkan bahawa orang lain minum arak asalkan mereka kata itu hanya khabar2 angin saja,dan tidak perlu dipercayai.

    Mereka berhak menasihatkan jangan di aibkan orang lain,yang tidak mungkin mereka sendiri buat.

    Mereka berhak mengutuk kronisme dan nepotisme,yang tidak mungkin mereka sendiri lakukan.

    Mereka ikhlas dan jujur.Mereka keluarga terunggul dalam PAS.Kebanggaan PAS.

    Tidak kagum ke kita?

    Hidup PAS.PAS boleh.PAS for all.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    December 3, 2009 at 11:18:00 AM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • The Unspinners says:
    December 3, 2009 at 12:07:00 PM GMT+8

    Anon 1:18

    Nak maki PAS pun jangan melampu. Berhemah skit

  • Anonymous says:
    December 3, 2009 at 2:20:00 PM GMT+8

    hiya administrator..

    takkan takot kot org bace komen pas teruk2.. haha.. baik x payah letak column comment kalau x nk dengar org post mcm2.. bodoh la ko ni..

  • Anonymous says:
    December 3, 2009 at 2:23:00 PM GMT+8

    teruskan usaha dlm memperjuangkan islam.. xkan pas pun nk jd mcm BN yg bnyk rasuah or jd PKR yg suka merusuh? n seems like PAS mmg dh jd mcm PKR.. rusuh sana rusuh sini.. x de pendirian langsung.. Letak je la jawatan nik aziz oi.. Ko tu dh tua.. bg la org muda pulak mentadbir..

  • Anonymous says:
    December 3, 2009 at 2:24:00 PM GMT+8

    Nak berhemah dok dlm khemah la Unspinners oi.. kalau ko x nak org comment, buang je column comment ni.. Hang pun bodo mcm Nik Tok Aziz gak..

  • Anonymous says:
    December 3, 2009 at 2:25:00 PM GMT+8

    ape la sengal aku dok dlm blog org munafik ni.. haish..!!

  • Botak Funky says:
    December 3, 2009 at 3:45:00 PM GMT+8

    SAYA CABAR PAS, TERUTAMA NIK AZIZ LAKUKAN SOLAT ISTIKHARAH BJEMAAH DI STADIUM KOTA BHARU SEPERTI BIASA YANG DIORANG BUAT SEMBAHYANG HAJAT. HANYA ALLAH YANG AKAN MENUNJUKKAN KEBENARAN . SAYA PASTI DEPA X BERANI BUAT ... SAMALAH MACAM BRO ANWAR TU

  • Anonymous says:
    December 3, 2009 at 3:57:00 PM GMT+8

    Kalau dah peminum arak tu fasik, dan terang-terang Islam melarang kita mempercayai orang fasik. So kenapa nak dengar cakap orang fasik. Unspinner pun setuju yang Kickdefella tu peminum arak.

  • Pemerhati says:
    December 7, 2009 at 6:05:00 PM GMT+8

    Saya bersetuju dgn BOTAK FUNKY amacam kita org2 PAS beramai2 gi sembahyang hajat di Stadium KB supaya tuhan memberi petunjuk siapa benar dan siapa salah.
    PAS takut nanti sejarah berulang lagi spt dulu sembahyangkan hajat utk menghapuskan firaun Dr Mahathir tetapi yg mati adalah allahyarham Ustaz Fadhil Nor! Dr Mahathir sihat lagi sampai hari ini!

fda

Link2Me WeLinkBk (254)