Greetings

Thursday, December 24, 2009

UNSPIN: Di mana salah cara Najib kendali isu enjin jet hilang?


Dato Mahfuz Omar, MP PAS dari Pokok Sena cuba mengambil peluang untuk menggesa Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen khas untuk membincangkan perkara ini.

Ini suatu gesaan yang bodoh dan pandangan seorang yang sedang mengalami halusinasi dadah. Mahfuz yang telah kami dedahkan mempunyai seorang anak yang sedang dalam tahanan kerana kesalahan dadah.

Gesaan ini dianggap bodoh kerana dia ingat orang lain bodoh.

Sebarang jawapan dan penerangan yang diberikan dari pihak kerajaan tidak ada erti langsung kerana ianya akan diketepikan bontang-bontang. Sidang itu akan hanya memberi peluang untuk pembangkang mengaibkan kerajaan. Ianya tidak menyelesaikan masaalah.

Dato Seri Najib telah memberitahu bahawa pelbagai langkah telah dibuat. Sila baca kronoloji peristiwa kehilangan enjin pesawat tempur F-5E TUDM adalah seperti berikut:

  • 26 Jun 2007 - Enjin pertama dihantar keluar
  • 1 Nov 2007 - Enjin kedua dihantar keluar
  • Mei 2008 - Enjin disedari hilang
  • 4 Ogos 2008 - Laporan polis dibuat
  • 13 Mei 2009 - Kertas siasatan dihantar kepada Peguam Negara
  • 25 Jun 2009 - Kertas siasatan dipulangkan dengan arahan untuk lengkapkan siasatan

  • 18 Nov 2009 - Kertas siasatan dihantar semula.
Setakat ini, pihak media sudah diberitahu bahawa seorang Brigedier Jeneral telah digantung perkhidmatan serta hampir dua puloh orang yang disuspek terlibat.

Pastinya beliau telah khabarkan kepada bossnya, Perdana Menteri ketika itu, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sedia baca blog Bekas Jeneral Arshad Raji sini yang memberikan maklumat mengenai usaha seorang Jeneral TUDM semasa bawah Najib yang mengusahakan untuk membersihkan tentera. Jeneral tersebut kini telah di'lantik' Najib sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera. Usah hairan ia satu penghargaan terhadap beliau.

Dimana silapnya Najib? Banyak pihak mengatakan ianya tidak patut disembunyikan. Adakah itu betul atau tidak. Jeng jeng jeng ... kita bincang dalam posting2 selepas ini.

5 comments:

  • Anonymous says:
    December 24, 2009 at 6:25:00 PM GMT+8

    mahfuz ni bodoh mcm najib jugak la kalau mcm ni. semua melayu bodoh la

  • Anonymous says:
    December 24, 2009 at 7:19:00 PM GMT+8

    jangan tuduh sebarangan biar polis siasat kan dah di buat lapuran apa yang di sibuk 2, tak ada keja lain

  • Anonymous says:
    December 24, 2009 at 7:22:00 PM GMT+8

    komen mahfuz tu bagus juga kalau tak buat bising tak ada tindakan terhadap pesalah yang curi enjin dan hidup hasil mencuri, tak kiralah siapa tapi tentu terlibat orang tentera kerana enjin itu bawah jagaan depa bukan dato najib . gunakan lah otak sikit.

  • Anonymous says:
    December 24, 2009 at 8:07:00 PM GMT+8

    satu dunia nampak menteri pertahanan antara individu patut dipersalahkan bila benda ni berlaku org umno jer bebal.lingkup la malaysia kalau macam ni.

  • Anonymous says:
    December 26, 2009 at 8:14:00 PM GMT+8

    Saya terbaca banyak komen komen mengenai isu enjin hilang maka terpanggil untuk memberi pandangan dari seorang veteran pegawai tentera. Tahukah anggota tentera di seluruh dunia adalah tertakluk kepada dua undang undang sivil dan undang undang angkatan tentera.Bagi tentera malaysia mereka tertakluk kepada undang2 ATM 1972(UU ATM 1972) dan undang2 sivil.Didalam kes enjin hilang, Pihak ATM telah mengendalikan kes ini di bawa provision UU ATM 1972. Maka satu penyiasatan oleh provost marsyal(MP) telahn dilakukan mengikut kaedah UU ATM 1972.Masyarakat perlu ingat mereka yang terlibat didalam kes ini adalah aggota ATM yang terlatih dan mempunyai tahap tahap tertentu pengetahuan perahsiaan pertahanan dan keselamatan negara. Maka setiap tindakan oleh pihak berkuasa akan mengambil masa supaya tindakan siasatan tidak akan terbocor rahsia pertahanan negera.Setelah siasatan dan finding di perolehi pihak berkuasa atasan akan mengambil tindakan sebagaimana provision di dalam UU ATM 1972 dan sekiranya kes ini perlu di angkat dan di bicara di dalam undang2 sivil maka pihak PDRM dan AG akan di panggil untuk mengendalikan kes ini. Mereka yang terlibat akan beri pengadilan yang secukupnya mengikut undang2 sivil negara.Bagi orang orang politik yang mengambil kesempatan didalam kes ini akan mempamirkan kejahilan mereka apabila memberi komen yang tidak tahu pokok pangkal.Biar lah pegawai yang amanah dan professional menjalankan tugas mereka mencari punca kes ini dan mereka yang bersalah akan di hukum supaya ia kan menjadi teladan kepada warga ATM.

    KOLzaki B

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)