Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru 2010



Kami The Unspinner ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para pembaca blog ini yang telah memberi sokongan kepada usaha kami untuk memberi penerangan, pendedahan dan penyampaian mesej dengan cara unik kami ini.


Tidak langsung kami menjangka semasa memulakan blog ini pada bulan Jun 2009, bahawa kami boleh mencapai hits melebihi 600,000 hari ini dalam masa yang begitu singkat.


Terima kasih sekali lagi dan harap terus mendapat sokongan anda semua. Perjuangan ini belum selesai lagi. Masih banyak pembohongan dan fitnah politik pembangkang yang perlu kita sama-sama jawab dan benteras agar dapat mempertingkat dan mematangkan politik negara ini.


Kami akhiri dengan ucapan Selamat Tahun Baru 2010. Muga pelajaran dan pengajaran dari 2009 memperbaiki kehidupan dan perjuangan kita di masa hadapan.


HAPPY NEW YEAR 2010

11 comments:

  • MctHeory says:
    December 31, 2009 at 10:40:00 PM GMT+8

    Selamat Tahun Baru Buat geng Unspinners! dan selamat berjuang dengan azam tahun baru nanti!. .

  • Anonymous says:
    December 31, 2009 at 11:05:00 PM GMT+8

    selamat tahun baru kpd semua.

    selamat harga baru kpd gula.

    rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, harga gula dinaikkan, kerajaan zalim kita tumbangkan, Insyaallah.

  • Anonymous says:
    January 1, 2010 at 12:42:00 AM GMT+8

    Selamat Tahun Baru.
    Salam 1 Malaysia.
    Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    Kita jumpa tahun baru 2010 dengan harga gula naik. Jangan lupa, roti pun naik.

    aku sedih sangat. apa nak jadi dengan anonymous atas aku ni. Tak baik kata gitu.

    bagi aku, tak apalah gula nak naik pun. Naik lah, bukan setakat 20 sen. Kalau naik sampai rm 200 sekilo pun aku beli. aku banyak duit.
    kalau kuih, sebelum ni aku beli dengan harga 30 sen seketul, esok kalau dinaikkan jadi 2.00 seketul pun, aku akan beli. sebab perut nak makan.

    pagi esok-esok, kalau aku ke kedai kopi, air teh yang biasa aku minum, 1.00 1 cawan, kalu dinaikkan jadi rm 5.00 secawan pun, aku mampu bayar.

    tahun 2007 dulu, roti 1 bungkus rm 1.90 je. tahun 2009 rm 2.60. tahun 2010 naik lagi. tak apa kita patut sokong. kalu jadi katakan rm 3.50 sebungkus, kenaikan ni tidak akan membebankan. mana ada membebankan. cuba tanya budak sekolah tadika. tak membebankan. yang engkau kata membebankan tu bila engkau tanya orang cerdik pandai macam budak u, lepasan u tu.

    kenaikan mana ada membebankan.

  • Anonymous says:
    January 1, 2010 at 12:56:00 AM GMT+8

    "Sesiapa pun akan memikirkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara kaya bila membaca budget 2010 yang memperuntukkan RM 1 Billion bagi mempromosikan F1. Orang luar melihat seolah-olah sudah tidak ada rakyat Malaysia yang susah dan kelaparan sebab Kerajaan sekarang boleh berbelanja besar untuk perkara-perkara mewah seperti F1.

    Rakyat dijelaskan bahawa budget 2010 adalah budget defisit. Maknanya jumlah perbelanjaan lebih dari jumlah pendapatan. Jadi macam mana Kerajaan Najib tergamak membazirkan RM 1 Billion untuk sukan yang hanya dinikmati oleh 1 peratus rakyat Malaysia.

    Kalau membaca artikel mStar bertajuk “‘Mayat Hidup’ Berkeliaran Di Sekitar Masjid Negara” pastinya kita melihat bahawa mereka itu lebih memerlukan bantuan untuk dibimbing dan diberikan kehidupan baru.

    Dengan duit RM 1 Billion rasanya program TV3 Bersamamu boleh ditamatkan kerana mereka-mereka yang dhaif boleh dibantu oleh Kerajaan secara terus.

    Sepatutnya Kerajaan Najib malu kerana sebahagian besar tanggungjawab sosial yang sewajarnya dilaksanakan kerajaan telah dilakukan oleh pihak swasta dan NGO yang rata-rata mereka juga bersusah payah mengumpulkan dana bantuan.

    Kerajaan sewajarnya memberikan dana yang lebih kepada usaha-usaha murni mereka. Bukannya membazirkan duit RM 1 Billion untuk kepuasan pihak elit minoriti di negara ini.

  • KEPOCHI says:
    January 1, 2010 at 2:08:00 AM GMT+8

    SELAMAT TINGGAL 2009
    SELAMAT DATANG 2010

    Teruskan pejuang korang demi kebenaran ...

    Kerajaan naik kan harga gula dia kata kerajaan yang zalim ..naik kan harga rokok tak lah dia kata zalim ...

    Bodohnya nko..yang mintak naik kan harga gula ni si bangsatbangsat tokeh cina tu ..apa la nko bodoh sangat ...

    Sok sok kedai mamak kasi naik harga teh tarik.. hahahaha ..tu lah hadian tahun baru ...

    rasanya kerajaan dah tak leh nak kasi subsidi gula lagi ... pasal subsidi gula nak kasi kat tepong..hahahaha

    SELAMAT TAHUN BARU UNSPINNERS & THE GENG ...

  • Anonymous says:
    January 1, 2010 at 2:29:00 AM GMT+8

    Mungkin mereka membuat kajian tentang kesan kenaikkan harga gula itu didalam gua jadi mereka tidak menyedari akan implikasi tentang kenaikkan harga gula itu.

    Bila berlaku kenaikan harga pada sesuatu bahan makanan ianya akan menghasilkan kesan berantai dalam kenaikan harga barang makanan yang lain.

    Jika kerajaan benar-benar mendahulukan rakyat maka perkara mengenai cadangan menaikkan harga gula ini perlu dikaji dengan mendalam dengan mengira denyut nadi rakyat.

    Sekarang pun rakyat sedang berhadapan dengan keperitan hidup akibat kenaikan harga barang makanan. Lima tahun dulu harga sebungkus biskut kering hanya antara RM1.80 hingga RM2.20 tetapi sekarang kita lihat harganya sudah menjadi RM3.80 hingga RM4.00 ?

    Bukan itu saja, harga minuman, harga roti, biskut dan macam-macam lagi makanan yang berasaskan gula juga akan naik. Harga sebiji kuih yang dijual di warung tepi jalan juga kemungkinan akan naik menjadi RM0.50 sebiji berbanding RM0.30 sekarang.

    Kita juga jangan terkejut bahawa kemungkinan harga sayur dan ikan juga akan naik. Alasannya mudah, nelayan dan petani terpaksa menanggung kos sara hidup yang meningkat akibat daripada kenaikan harga gula.

  • chelsy says:
    January 1, 2010 at 10:30:00 AM GMT+8

    It's a new year 2010 and a new decade....hope Msia will success and prosperous more and send Al-Juburi to where he belongs - The Sg Buluh's mansion if not for good but for a very long long time.Ameen!

  • Anonymous says:
    January 1, 2010 at 12:26:00 PM GMT+8

    Selamat Tahun Baru 2010 utk the unspinners.

    dari aku sekeluarga.

    Joe.

  • Anonymous says:
    January 1, 2010 at 12:31:00 PM GMT+8

    harga gula naik 20sen???

    ahh...mcm tu la kalau org2 melayu masih tidur lagi, serahkan ekonomi bulat2 pada org cina.

    selagi org2 melayu tak nak meniaga selagi tu la puak2 cina kiasu akan naikkan harga sesuka hati dan tuntut yg bukan2 dari kerajaan utk justifikasikan kenaikan mereka.

    cth laa, kalau aku ada kedai baju hari ni aku naikkan harga baju orlando dari RM70 ke RM150. apa kerajaan boleh buat.???

    kalau semua outlet aku semua naik harga,??? semua persaing aku seme cina2 kiasu seme naik harga??? apa ko , aku dan kerajaan bleh buattt???

    cakappp....apa bleh buatt??

    selagi melayu tido, bergaduh nak masuk syirga, kasi cina kiasu kaut semua selagi tu la harga akan naikk...

    mereka kontrol semua .... monopoly.

  • Anonymous says:
    January 1, 2010 at 2:27:00 PM GMT+8

    happy new year.

    please visit http://lanunth.blogspot.com to know what's brewing in Tabung Haji.

  • Anonymous says:
    January 1, 2010 at 3:27:00 PM GMT+8

    tabung aji?? we're not interested. even if there is misconduct, missmanagement... its alright, nevermind, all of them are malays, those who give and take, all benefits malays and malays' money afterall. if they're not smart and be captured of wrongdoing they will go to jail. we've no interest.

    we know that opposition, particularly dap is really jeolous with tabung aji. they hold the biggest cashcow and act as one of the backbone to malays.

    nevermind is tabung aji is in the list of DAP's target for year 2010. after they have tested kuasa sultan and jabatan mufti. they just want to test the ground wheather the "sentiments" same or not compare to 1969.

    we can see them clearly.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)