Saturday, December 26, 2009

MYSTERY: Siapa sponsor Raja Petra?

Oleh Rimba Suci

Bersambung dari sini



Untuk meleraikan kekusutan dalam rumahtangga RPK dan memberinya nafas baru untuk terus menyerang Kerajaan, ‘sponsor’ RPK telah 'memindahkannya' ke United Kingdom.

Menurut laporan akhbar baru-baru ini, RPK dipercayai sekarang menyewa sebuah apartmen mewah di Trinity Court Apartment di Gloucester Terrace, Bayswater di London.

Petikan akhbar berikut:

PETALING JAYA: Those who sponsored fugitive blogger Raja Petra Kamaruddin’s stay in London should be exposed, said Umno supreme council member Dr Mohd Puad Zarkashi.

It was more important to identify those supporting the blogger than to extradite him, he said.

It has been reported that Raja Petra, a bankrupt, was living at the six-storey Trinity Court Apartments in Gloucester Terrace, Bayswater, in the heart of London.

“It is of national interest to ascertain the motives of the people who are sponsoring Raja Petra as he makes claims that could undermine national security”.

Siapakah ‘sponsor’ yang sanggup menyara kehidupan mewah RPK di London?

Sumber lain The Unspinners memberitahu bahawa antara ‘sponsor’ RPK adalah Kaleemullah Maseerul Hassan. Kaleemullah adalah bekas Ketua Pengarang New Straits Times semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri.

Kaleemullah dipercayai mempunyai dana bernilai ratusan juta ringgit duit yang dikumpul sebagai ‘commission agent’ sepanjang pentadbiran Tun Abdullah. Anak keluarganya pun sudah lama menetap di London di mana dia mempunyai rumah besar dan apartmen mewah.

Suatu rahsia yang diketahui umum adalah Kaleemullah pernah dilucutkan jawatan sebagai Setiausaha Akhbar kepada Tun Ghafar Baba kerana tidak mendapat clearance Cawangan Khas Polis dan Jabatan Perisikan Jabatan Perdana Menteri. Dia telah dikenalpasti sebagai agen kuasa asing yang berpusat di Singapura.

Mengikut satu senario, perancangan mereka sekarang ialah untuk menjatuhkan Kerajaan BN dan membebaskan Anwar Ibrahim daripada segala tuduhan liwat dan salahlaku seks. Selepas itu Anwar akan dilantik menjadi Perdana Menteri dan akan kembali “bergabung” dengan UMNO. Seorang anak muda telah dikenalpasti dan dilatih untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Rancangan ini dikatakan mendapat sokongan besar daripada Amerika Syarikat, British dan juga Singapura.

18 comments:

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    December 26, 2009 at 5:31:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • Anonymous says:
    December 26, 2009 at 5:44:00 PM GMT+8

    anon 5:31..kalau ko ikut blog ni mesti ko taw blog ni ada siar jugak artikel psl enjin jet tu..bukannya xda langsung..maksudnye blog ni pon ada inisiatif jugak nak bongkar isu pasal kehilangan enjin tu..tapi isu rpk ni pon isu besar gak...bab2 sponsor ni bahaya..kalo ade cmpur tgn negara lua mksudnya kita kna hati2..boleh jadi negara lua pasang agen nk musnahkan negara kita..dorg nk tawan negara bukan main pkai meriam sume..diorang pkai cara halus..

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    December 26, 2009 at 5:50:00 PM GMT+8

    This comment has been removed by a blog administrator.

  • The Unspinners says:
    December 26, 2009 at 6:15:00 PM GMT+8

    Sebarang komen sindir kepada arah isu enjin adalah luar topik dan akan dibuang.

    Sila maklum.

  • Anonymous says:
    December 26, 2009 at 6:31:00 PM GMT+8

    biasalaa bro kalau kita tgk banyak penulis blog pembangkang terutama DAPigs menuduh pro kerajaan dibayar ... tapi inilah bukti sebenar penulis blog pembangkang ni semuanya ditaja oleh agen asing dan puak anti Islam !!!

  • Anonymous says:
    December 26, 2009 at 6:38:00 PM GMT+8

    " Seorang anak muda telah dikenalpasti dan dilatih untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri."

    Mmmm.. let me guest. Is it Khairy Jamban ?

    The trojan horse in UMNO

  • semaremas says:
    December 26, 2009 at 6:45:00 PM GMT+8

    Tahniah the unspinners. Saya puji tindakan saudara2 membuang komen-komen yg tidak berkaitan dengan tajuk artikel.

    Sememangnya, para juak2 tak reti bahasa yg masih hendak tumbangkan kerjaan BN tidak sedar bahawa kesemua isu-isu besar di dalam negara ini ada dalangnya.

    Saya sudah lama mensyaki bahawa ada campurtangan luar negara dalam hal ini.

    Tanah Melayu ini merupakan tanah jantung kepada benua Asia. Kedudukannya strategik dari segi pertahanan dan ekonomi.

    Petronas pula sebuah syarikat milik negara yg besar dan penguasaannya di dalam bidang petroleum di dunia sudah mencapai tahap digeruni. Manakan tidak, Petronas bebas masuk dan membuat bidaan di seluruh negara-negara Islam dan negara-negara Islam menerima baik Petronas kerana NAMABAIK KERAJAAN UMNO-BN.

    Malaysia juga di bawah kerajaan BN-UMNO dipandang tinggi oleh negara-negara Islam pengeluar minyak kerana kewibawaan Tun. Dr Mahathir serta keutuhan UMNO-BN selama 52 tahun membawa negara ke arah kemakmuran dan keluar dari sebarang kegawatan ekonomi terutama pada masa kegawatan 1997.

    Hal-hal sebgini tidak pernah pula juak-juak tersebut hendak menilai tapi asek kemaruk memprcayai kata-kata seorang bekas Menteri Kewangan yg kini mungkin telah hilang kewarasan dan kewarakannya termasuklah yang ada kt Kelantan itu.

    Mujurlah juga anak-anak muda belia kita ada yang tidak ikut srta dalam kegilaan puak-puak tersebut.

    Teruskan usaha anda. Sekarang agak jelas kenapa NST tiba-tiba mengeluarkan berita mengenai kehilangan enjin jet itu. Ini semua muslihat poltik kotor dan juga kenapa ramai MP BN tidak hadir pada sidang Parlimen tempohari serta kenapa kes Altantuya dimainkan sebegitu rupa.

  • C L J says:
    December 26, 2009 at 6:48:00 PM GMT+8

    Sekarang 3 isu je dah lagi yang masih menarik perhatian kita semua daripada menumpu kepada kes liwat teragung dalam sejarah selepas zaman Luth. Kes BTN pun dah padam dah. Yang ada itu cuma:

    1. Enjin Pesawat. 2. Derhaka RPK. dan 3. Vid. konon Sheikh Qaradawi.

    1. Adalah dalam siasatan dan tak patut kita bercerita mengenainya.

    2 dan 3 adalah kes ciptan yang sepatutnya kalau nak bicarakan eloklah dibicarakan sebagai percubaan untuk menutup penceritaan mengenai kes teras dan terpenting iaitu kes liwat.

    Ini pandangan hamba kepada sahabat sahabat blogger.

    Wallahhuaallam

  • C L J says:
    December 26, 2009 at 6:57:00 PM GMT+8

    Walau macam mana pun penaja kepada RPK (yang sepatutnya dibawa balik untuk dihadapkan dengan tuduhan Derhaka terhadap YDP Agong dan Raja Raja) perlu kita ketahui. Kita perlu tahu musuh musuh kita. Termasuk yang tersembunyi.

  • Anonymous says:
    December 26, 2009 at 7:01:00 PM GMT+8

    Kita rakyat marhen juga mahu tahu bagaimana si pengkianat ini dgn senang boleh bolos dari negeri. Kita ingin tahu bagaimana Kementerian Dalam Negeri tidak dapat menjalankan tugas dan tidak dapat menjejaki beliau. Bagaimana beliau dan pokemon2 yg lain seperti Bala PI, Uthaya Hindraf, bagaimana dgn senang mereka ini bole saja bolos dari negeri kita. Kita mahu tahu siapa yg telah memberi merke2 ini bantuan. Menteri Dalam Negeri harus bangun dari tidor !!!

  • zainal mohd jais says:
    December 26, 2009 at 7:15:00 PM GMT+8

    Bahawasanya rpk ni jadi alat kepada seseorang atau sesuatu organisasi, adalah rahsia yang diketahui umum.

    Tapi, siapapun yang mempuppetkan dia mesti dikenalpasti, dan dihukum bersama rpk.

    Kerja-kerja yang mereka buat nampaknya semakin membahaya dan merosakkan. Ia mesti dihentikan.

    Wallahua'alam.

  • Anonymous says:
    December 26, 2009 at 10:21:00 PM GMT+8

    Maybe it is not khairy. How about Azmin or Ezam?

  • poppiapap says:
    December 26, 2009 at 11:40:00 PM GMT+8

    Jika kerajaan bijak, kerajaan akan berani bertindak awal terhadap bajingan ini agar kerosakan tidak berlarutan..agar kerosakan demi kerosakan tidak berlaku..malangnya kerajaan kita tidak ada keberanian..akhirnya keadaan akan menjadi bertambah rumit, nasi sudah jadi bubur, maka dan sebarang langkah yg diambil sudah tidak memberi sebarang kesan lagi. Kami amat merindukan zaman pemerintahan Yg Berbahagia TDM yg aman dan negara dipandang tinggi oleh dunia.

  • Burung Merbok says:
    December 27, 2009 at 3:22:00 AM GMT+8

    1.RPK could be charged under Section 121 of the Penal Code.

    2. By definition under Section 121,RPK has wages a war against the Yang Di Pertuan Agong, Malay Rulers and the Yang Di Pertuan Negeri.

    3. The relevant authorities are hereby urged to take the appropriate and necesary action against RPK as allowed under the country's law.

    4. Actions should also be initiated against those who are consorting with traitors , be they from outside of Malaysia or within. The country can ill-afford another political turmoil, especially when it involves racial sensitivities. The Malays will never ever surrender their rights as enshrined in the Constitution ; political divides and differences will be pushed to the background when it really comes to the question of their survival.

    5. We urge the relevant agencies, especially those entrusted with the country's security to spare no efforts to apprehend and punish those who could be described as TRAITORS as well as those who are in fact supporters or sponsors.

    6. Actions should be taken NOW before it is too late for regrets , yes, "without fear or favour".

    7. Admittedly, it is the lackadaisical attitude of security agencies that have breeded blatant and open anti-government activities. The rise in uncontrollable defiance by some parties, NGOs , councils, associations and individuals ,especially after March 2008 is much cause for concern. There appears to be a kind of a well-planned effort to cause chaos in the country and what better and effective way to effect fast reactions than to play up with racial issues, Malay rights and the Monarchy ! And some politicians should not be spared some of this blame ! In fact they are the culprits !

    8. The peace-loving citizenry wants no part of this treacherous acts. Worse still, Malaysians who act as agents for a foreign country should be caught and punished accordingly , perhaps under Section 121 of the Penal Code Act 574.

  • azreen says:
    December 28, 2009 at 8:44:00 AM GMT+8

    makin lama dibiar makin teruk onar dan hasutan yang dibuat oleh "outcast" ni..

    yang sanjung pengkhianat ni pun adalah golongan pendatang india & cina yang memang x sedar diuntung, plus org melayu yg lupa daratan n buta sejarah, hati dan mata mereka..kalau x percaya cuba la baca komen dekat malaysia today tu..

    p/s atleast kerajaan kena ambil tindakan supaya RPK menukar nama& title blog tu..dgn tajuk yg sedia ada ianya menggambarkan seolah-olah ianya adalah portal rasmi malaysia, cadangan kepada rpk cuba guna tajuk portal tu kepada my ftnah today!

    kalau ada antara kita yang gembira membaca tomahan n fitnah rpk dan komen-komen disitu, ummm..fikirkan dan renungkan lah..

  • Anonymous says:
    December 28, 2009 at 11:04:00 PM GMT+8

    Bro, ada gamba Barry Wain tak? Ye lah takut kalau terserempak orang kata tak kenal lak..

  • Anonymous says:
    December 29, 2009 at 4:02:00 PM GMT+8

    aku org kg. org dok cakap najib dok layan bini dia terlebih2, tidakkah itu membahayakan negara, musuh luar dan dalam boleh ambil kesempatan....apo komen korang? aku nak dengor juga, yg betul katakan betul, yg salah katakan salah barulah betul. NGERTI ?

  • Anonymous says:
    January 11, 2010 at 12:34:00 PM GMT+8

    kpd anonymous December 28, 2009 3:01:00PM GMT+08:00... ko penah tgk kote org ke? perghhhh dah sah2.. ko ni sama taraf ngan al-juburi... kahh..!!kah..!!kah..!!!

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)