Saturday, December 26, 2009

MYSTERY: RPK boleh digantung kerana tuntut bubar sistem Raja?



Siddiq Azani penulis blog WBHim telah mendedahkan sini akan tulisan baru RPK, The debate continues yang cuba meracuni rakyat supaya membubarkan sistem monarki.

Memetik dari terjemahan tulisannya sini, dia menyatakan:

“Anda mungkin berpendapat bahawa mungkin langkah yang terbaik adalah menghapuskan sistem beraja sama sekali. Maka ini akan menyelesaikan masalah mata pencarian mereka. Sebaliknya, jika kita mengekalkan raja-raja, kita perlu membenarkan mereka menjalankan perniagaan (tentu sahaja tidak sesuai untuk mereka makan gaji, iaitu sebagai pekerja di kilang ataupun pejabat ataupun sebagai jurujual, pelayan dan sebagainya). Jadi, bagi menyelesaikan masalah itu, lebih baik kita hapuskan sahaja sistem beraja.”


“Saya dituduh ‘membela’ sistem beraja kerana saya juga adalah seorang ‘kerabat diraja’. Tetapi sedarkah anda semua bahawa saya adalah sosok yang tidak dikehendaki dalam lingkungan Istana Selangor? Tahukah anda bahawa Sultan Selangor menempelak saya di khayalak ramai, malah di depan para pegawai Kerajaan Negeri Selangor dan juga di hadapan Ketua Polis Negara, Musa Hassan? Ya, wajah si Musa berseri-seri mendengar musuhnya dihentam oleh Sultan Selangor sendiri. Saya bukan (lagi) seorang Royalist ( pro-Raja). Saya memang menyokong gagasan sebuah Republik Malaysia“


“Sekurang-kurangnya satu ataupun dua generasi perlu berlalu sebelum orang Melayu berasa selesa untuk berbincang tentang penghapusan sistem beraja dan mengubah Malaysia menjadi sebuah Republik. Ini pasti akan berlaku kerana sistem beraja, bahkan raja berperlembagaan adalah sistem yang sudah ketinggalan zaman. Jadi, menjelang 2100, kemungkinannya adalah besar bahawa kerajaan yang berasaskan monarki tidak lagi wujud. Pada masa itu, usia saya pun dah lanjut. Mana tidaknya, pada tahun 2010 pun, saya akan mencecah umur 60 tahun. Tetapi ia tetap akan berlaku dan mungkin berlaku lama selepas kita meninggal dunia.”


“Suatu hari nanti, Malaysia perlu berubah. Orang Melayu juga perlu berubah. Semua nuansa masa lalu pasti akan dihapuskan. Tetapi masa diperlukan sebelum semua itu dapat berlaku. Malah kita kini sedang berbicara tentang raja-raja Melayu. Maka kita perlu memberikan waktu bagi orang Melayu bersiap sedia untuk menyingkirkan raja-raja mereka.”


“Di Perancis, orang Perancislah yang menyingkirkan raja-raja mereka. Di China pula, orang Cinalah yang melakukannya; di India, orang India yang melakukannya. Di Malaysia, usaha ini perlu dikepalai oleh orang Melayu dan bukannya orang bukan Melayu“
Tulisan terbaru RPK benar-benar bercanggah dengan apa yang diwar-warkan untuk Perhimpunan Bersih atau turut dipanggil sebagai Gelombang Kuning pada tahun 2007. Sana sini kelihatan orang memakai pakaian kuning yang tertulis "Daulat Tuanku!" Semasa itu dia menuntut institusi Raja mengambilalih kerajaan untuk  mendesak Perdana Menteri mengundur diri. 

Orang ramai terlupa bahawa beberapa tahun sebelum itu, RPK pernah membuat fitnah dalam laman web Free Anwar Campaign (FAC) terhadap keluarga Yam Tuan Negeri Sembilan dan Tunku Abdul Rahman. Semasa itu dia mengajak orang ramai menziarahi rumah terbuka DYMM Sultan Selangor dan Cina India yang taksub dnegan RPK percaya bahawa dia mendapat kerjasama Raja-Raja Melayu. Sebenarnya tidak kerana dia adalh dianggap outcast oleh keluarga Sultan Selangor. RPK seronok diagung-agungkan pengikutnya dengan laungan Daulat Tuanku.

Sebaik dia mendapat 'sponsor' terbaru yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan luar negara yang merupakan dalang untuk menjatuhkan kerajaan, pendirian sebenarnya terserlah. Setelah pelbagai institusi negara dan asas perlembagaan dikritik secara terbuka, RPK meningkatkan serangan terahdap institusi Raja. Krisis politik Perak adalah gerakan pertama untuk test water menyerang Sultan Perak.

Kini RPK mula mengajak rakyat membubarkan institusi Raja. Apakah erti teriakan terbaru RPK? Blog WBHim ada menyiarkan mengenai perkara ini di sini. .  



Menurut ahli Fakulti Undang-Undang UiTM, RPK telah melanggar undang-undang yang kategorikan sebagai "offense against the state". Hukuman di atas kesalahan ini adalah hukum mati atau penjara seumor hidup. Klausa undang-undang adalah seperti di atas. 

Baca sepenuhnya sini.

Jika ini adalah yang telah diutarakan oleh penyokong kuat Anwar Ibrahim, tidak salah untuk mengesyaki Anwar pun mempunyai agenda untuk menjatuhkan Raja-Raja Melayu dan menubuhkan kerajaan Republik.

16 comments:

  • Anonymous says:
    December 26, 2009 at 8:28:00 PM GMT+8

    mmmm... tak de ke org nak buat laporan polis?

  • Daulat Tuanku says:
    December 26, 2009 at 8:43:00 PM GMT+8

    Salam,
    Mmg patut dihukum bunuh je orang yang menghina dan menidakkan kedaulatan Raja - Raja Melayu ni. RPK patut dibawa ke tali gantung. Tun M juga sama kerana telah mencabar kedaulatan Raja Melayu dgn cara meminda perlembagaan berkenaan kekuasaan Raja Melayu.

    Daulat Tuanku

  • orangkampung says:
    December 26, 2009 at 9:04:00 PM GMT+8

    Setiap yang mempunyai power atau kuasa perlu ada keterbatasannya. Jika tiada sekatan maka akan ada penganiayaan kepada rakyat. Tun Mahathir bukan nak hapuskan sistem beraja tersebut tetapi menghadkan kuasa terlampau yang ada pada raja ketika itu yang telah menimbulkan beberapa krisis.....Sampai kini pun raja tetap ada dalam negara ni dan jadi lambang kedaulatan negara dan ketuanan Melayu. Rakyat rasa selamat dengan adanya had kuasa raja tersebut...Langkah yang Tun M lakukan memang tepat.

    Tapi RPK ni memang dah melampau...rasanya dia ni anak raja Kapur kot.Dia ni terang-terang istiharkan peperangan kepada Duli yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong. Sperti kes Jenalik( kumpulan Al-Maunah) yang kena gantung tu, saya rasa RPK ni harus dihukum gantung sampai mati mandotori. Dia nilah pengkhianat negara.

  • Semerah Padi says:
    December 26, 2009 at 9:49:00 PM GMT+8

    Daulat Tuanku,

    Baca teks ucapan Tun Mahathir semasa membentangkan pindaan perlembagaan tersebut.

    Adakah Tun M cuba mencabar kedaulatan Raja Melayu ataupun Tun M cuba "menyelamatkan" institusi Raja Melayu? Ambil masa dan baca betul-betul teks ucapan ini.

    Salahsatu petikan ucapan tersebut adalah seperti berikut:-

    "52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

    Ucapan Pindaan Perlembagaan

    (http://elizabethwong.wordpress.com/2009/02/13/in-1993/)

    "Raja Payung Negara"

  • Semerah Padi says:
    December 26, 2009 at 9:55:00 PM GMT+8

    Berlanjutan kepada komen saya di atas, harus di ingat tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku yang membawa kepada cadangan pindaan perlembagaan tersebut.

    Pernah terbaca kisah Prebet Adam yang mengamuk ketika itu?

  • Sayangkan Raja says:
    December 26, 2009 at 10:01:00 PM GMT+8

    Sekira Raja melakukan sesuatu sewenang2nya, tanpa mengira kedudukannya sebagai seorang Raja yang berdaulat, maka ianya akan menimbulkan kebencian rakyat. Akhirnya, rakyat akan bangkit menentang Raja dan tidak mustahil institusi Raja akan berakhir. (Contoh negara Perancis)

    Setelah membaca teks ucapan mengenai ini (terima kasih Sdr Semerah Padi), saya rasa tindakan Tun M itu adalah tepat.

    Umpama "sayangkan anak, tangan2kan" ataupun "sayangkan bapa, tegur2kan"

  • YANG GAMBI says:
    December 26, 2009 at 11:17:00 PM GMT+8

    Salam bro, kita harus ingat juga, walau pun apa pandangan bagi yang tidak mahu berdaulatkan Raja-Raja, setiapa warga Malaysia perlu menghurnati Raja Berpelembagaan, kalau rasa diri sudah tidak mahu lagi menghurmatinya..... silalah tinggalkan negara ini dengan cara terhurmat...

  • antidapsial says:
    December 26, 2009 at 11:30:00 PM GMT+8

    buat abis dakwat saje buat lapuran polis..

  • Anonymous says:
    December 27, 2009 at 12:26:00 AM GMT+8

    Ini taktik yahudi

  • Anonymous says:
    December 27, 2009 at 1:01:00 AM GMT+8

    RPK dah kesempitan dengan kes tulisan yg penuh penipuan dalam Malaysia Today , so bawak pulak isu ni konon nak tunjuk undang2 Malaysia ni tak betul hahahahaha

    Sudhlaa RPK kau tu yg penipu termasuk pembaca kau yg mudah kena tipu tu .. tak payah nak berdalih lagi , lepas ni apa pulak tulisan RPK. Nak tentang agama dan undag-undang Islam kat Malaysia ni ???

  • Ampatuan Jr says:
    December 27, 2009 at 1:26:00 AM GMT+8

    As long as the Malays feel that the Sultans are with them they will give their undivided loyalty to their kings.So the onus is really on the Malay Sultans to show that the palace do really care for the rakyat and their words and action must reflect this sentiment.A caring king will rule over a united rakyat and this will make the royal institution stronger.A republic will not happen unless the push and pull factors gears up and the country is turn into chaos -exactly what RPK is hoping to happen sooner than later.You dont have to be a rocket scientist to figure out whose agenda is he promoting.Do the math and you will readily unmask the real people who back up RPK.A small tip - other than the usual suspects,look out also for those who appear close to us but have much to gain if Malaysia remains unstable politically and economically.

  • Anonymous says:
    December 27, 2009 at 9:43:00 AM GMT+8

    apakah pula hukuman kepada pencuri enjin kapalterbang?

  • jiwakita says:
    December 27, 2009 at 9:46:00 AM GMT+8

    salam.....

    Pelbagai undang-undang diwujudkan..
    Adakah kita bertanya.. berapa ramai
    orang tahu akan undang-undang tersebut?

    Inilah kesilapan kita!..buta kayu.

    jadilah rakyat yg celik undang-undang!
    tidaklah nanti kita ikut-ikut melanggar
    undang-undang dek kerana mainan pihak
    yg ada agenda tertentu!

  • Anonymous says:
    December 27, 2009 at 10:02:00 AM GMT+8

    rpk perlu dipenjara seumur hidup, begitu juga dengan sapa2 yang berkaitan dengan beliau...

  • Anonymous says:
    December 27, 2009 at 10:20:00 AM GMT+8

    Ooo... RPK pernah kena marah dengan Sultan Selangor ye? Patutlah dia marah sangat dengan Kesultanan Melayu.

    Kalaulah dia antara waris sultan atau bakal menjadi sultan, agak-agak dia menentang tak kedaulatan Raja-raja Melayu.

    hehehe...

    Pada pendapat aku, kalau orang DAP dan PKR sokong RPK memang wajarlah sebab DAP memang tak suka kedaulatan Raja-raja Melayu. Pastinya DAP dan PKR menganggap RPK seorang wira Melayu berketurunan raja yang lantang menghapuskan kedaulatan Raja Melayu.

    Tetapi, PAS juga turut menyokong RPK ni.

    Aku ingat lagi sewaktu RPK dihadapkan ke mahkamah, ramai orang Melayu berhimpun memberi sokongan kepada RPK. Orang-orang itulah yang tidak suka sultan.

    Agaknya orang Melayu ini suka jika Presiden Malaysia kedua bernama YAB Lim Guan Eng atau YAB G. Gobalakrisnan.

    (Presiden Malaysia pertama YAB Anwar Ibrahim. Jika dia mati, siapa pegantinya? nama-nama di ataslah!)

    Agak-agaknya lah, orang Melayu boleh ke bersaing masuk universiti, bersaing dapatkan biasiswa, bersaing masuk asrama penuh/matrikulasi/mara, bersaing berniaga runcit, borong dan pertanian, bersaing merebut tander kerajaan, bersaing dalam kehidupan di bandar, membeli rumah di bandar (sebab tak ada lagi 10% diskaun potongan untuk bumi).

    Kebanyakan Melayu yang sokong puak pembangkang adalah Melayu muda profesional yang berjaya kerana dasar keistimewaan Melayu.

    Dah berjaya dalam hidup tetapi tidak peduli orang Melayu lain yang belum berjaya memerlukan bantuan.

  • Anonymous says:
    December 27, 2009 at 11:08:00 AM GMT+8

    THE UNSPINNERS..tlg buang komen2 yg keluar dr tajuk..susah kalau org tak faham dgn tajuk..tk..aku ttp meyokong kau the unspinners-MAFIA

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)