Lelaki Terlibat Dalam Demonstrasi Sidang DUN P.Pinang Cedera Diserang
BUTTERWORTH, 28 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki yang terlibat dalam kekecohan semasa satu demonstrasi di hadapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 30 Nov lepas, cedera diserang sekumpulan lapan lelaki di kawasan Perusahaan Mak Mandin di sini, semalam.
S. Krishnan Nair, 46, berkata dia yang diserang dengan senjata tajam, menerima 16 jahitan apabila paha kanan dan bahagian belakang badannya dikelar manakala dadanya ditumbuk.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa yang bekerja sebagai penghantar surat dalam perjalanan dari Butterworth ke Mak Mandin dengan menunggang motosikal.
"Semasa saya tiba di Kawasan Perusahaan Mak Mandin, saya rasa ada beberapa orang yang saya tidak kenal mengekori saya dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Mak Mandin kira-kira 12 tengah malam tadi.
Beliau berkata kumpulan itu kemudiannya bertindak menghalang perjalanannya dengan alasan mahu berbual.
"Saya kata pada mereka jika mahu sembang mari kita pergi minum atau balik rumah tetapi mereka tidak mahu dan terus menyerang saya dan lari," katanya.
Krishnan berkata beliau terus menelefon seorang rakannya untuk mendapatkan pertolongan yang kemudian membawanya ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan.
Pada 30 Nov lepas, sekumpulan 100 penduduk Pulau Pinang yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan DUN Pulau Pinang.
Perhimpunan yang disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) serta penduduk Kampung Buah Pala itu menyaksikan potret Ketua Menteri Lim Guan Eng dibakar dan gesaan supaya beliau meletak jawatan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Supt Mohamad Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu dan tiada tangkapan dibuat setakat ini.
Baca juga laporan blog Another Brick sini , Parpukari sini dan Pisau sini




biasa la broo....tak dapat lawan hujah dan fakta mereka serang batang tubuh balas dendam.
tgk saja la masa krismas ari tu, bukan main lagi puak2 cina kiasu menunjukkan belang mereka dengan serang RELA.
siapa boleh halang mereka skrg, mereka berkuasa penuh di pulau pinang. PAS hanya jadi budak suruhan beli akhbar harakah sajaa.
tu belum dapat perintah satu malaysia lagi tuhh. hehh...
din
baru ko tau kalau komunis dapat perintah ..macamana....
skrg india mau makan sireh pon tarak senang.... kehkehkeh...
padan muka kau kg buah pala, dulu bukan main ekk ...
bdak2 india bawak bendera dap naik moto rempit satu pulau.... prett...prettt
hahh skrg prettt la kau, kena balun dgn gangster cina penang.
jomm the unspinners & the gang kita bakar gambar guan engg kat komtar, tgk mcmana???
hmmmmmmmmmmmmmmm
Salam bro :
Agenda komunisme sedang subur di MERDEKA REVIEW. Rujuk : http://merdekareview.com/bm/
Alahai .. sian ya tambey. Dulu kata Melayu samseng nak buat pembersihan etnik dan suka roboh kuil haram. Sokong DAP. Sekarang apa dah jadi ? Senjata makan tuan ini.
DAP baru perintah 1 negeri sekerat2 pun dah tunjuk belang dan budaya samseng yang pro-komunis.
Saya sedang tunggu tindakbalas :-
1. Puak HINDRAF samada akan buat demonstrasi besar-besaran atau Majlis Peguam hantar surat bantahan kepada DAP, kalau tiada tindakbalas maknanya pengecutlah Makal Sakti jadi Pukal Sekati.
2. LGE dan LKS membuat aduan dan komen di Parlimen mengenai keganasan terbaru ini di Pulau Pinang, kalau mereka diam saja maknaya memang bacol lah LGE & LKS dan sahlah DAP ini bawa budaya samseng.
3. Tunggu tindakan PDRM mengenai 2 insiden terbaru ini.
Setakat potong kaki atau tangan perkara kecik je bro. Itu tanda Guan Eng tunjuk 'kasih sayang' depa pada orang Penang.
Esok lusa depa kasi potong kepala pulak. Biarkanlah...
Penang mana ada samseng Cina. Yang ada samseng India dan Melayu je... Yang kasi potong kaki orang mungkin Cina ahli UMNO kot? Alaaa, macam alasan yang orang PAS selalu buat tu...
Masa Ulang Tahun Ke 20 Perisytiharan Perletakan Senjata Oleh PKM di Haadyai baru-baru ada 2pemimpin DAP peringkat negeri turut hadir. Dua-dua mereka mengaku sebagai bekas Pengganas Komunis. Mungkin bab potong memotong ni angkara mereka. Siapa tahu?
Kan waktu dalam hutan dulu mereka dah biasa bunuh orang.
kenapa buat demo pulak...
salah engkorang juga !
dulu kan kita sama sama bagi undi kat "rocket"... kalau tak silap, ada professor yang jadi MP dari kaum india di penang, MANA DIA PI....tapi aku percaya kalau "one by one", aya ni tentu fight punya
harap harap semua kaum india dapat membezakan antara "yang dulu" dengan "yang sekarang"
Sy pernah makan di satu gerai makan Mami Tanjung berhampiran flat di kaw. Gelugor ( nama sy sudah lupa ). Beliau dengan bangga menyatakan semua peniaga makan di kawasan tersebut memberi undi kpd DAP.
Insyaallah, sy akan pergi lagi kesana dan tanya beliau apakah beliau amat berpuas hati dgn perkembangan sekarang.
Kalau tanya Nik Aziz atau Anwar Ibrahim, lbh lg Kit Siang; Oh tidak...ini semua fitnah media dan blog pro BN...depani semua masuk api neraka krn memfitnah org. Isyy...mana ada potong kaki sume tu...mana ada cedera...itu gambar sambung-sambung aje. Tuan/puan kalau nak masuk Syurga Allah, jauhi Utusan Malaysia, theunspinners, blog-blog pecacai kjaan. Tuan/puan baca Harakahdaily, merdekareview, msiakini cukuplah...yang lain HARAM. BERDOSA BESAR. NAJIS MUGHALLAZZAH! Ha ha ha...itulah kata mrk. Siluncai terjun dgn labu-labunya, biarkan!