Monday, November 23, 2009

NIZAR NEWS! Ronnie arah S/usaha dan PAS buat laporan polis terhadap The Unspinners



Pengundi Pandamaran buat enam laporan polis

Rosnani Saad
Sinar Harian, Nov 22hb, 2009

SHAH ALAM - Sebanyak enam laporan polis dibuat, semalam berhubung kenyataan yang disiarkan dalam sebuah lama web, yang dipercayai unsur fitnah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu Tian Khiew.

Difahamkan, terdapat seramai 20 penduduk yang juga pengundi-pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang.

Satiya Seelan, yang juga Setiausaha kepada Ronnie berkata, laporan polis itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati pengundi di kawasan itu yang menganggap kenyataan blog di dalam blog berkenaan sebagai cubaan memfitnah pemimpin yang mereka lantik.

"Pada hari ini (semalam), kami membuat laporan polis berhubung laporan dalam blog, dikenali sebagai 'theunspinners.blogspot.com', yang dipercayai membuat kenyataan palsu dan menghina ADUN PAndamaran.

"Laporan itu mengatakan bahawa Ronnie memberikan bantuan kepada parti komunis serta mempunyai kaitan dengan Chin Peng, ini satu kenyataan palsu dan tidak berasas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, seorang lagi pengundi, Kapten Alimin Abdul Aziz berkata dia berharap agar pihak polis dapat mengambil tindakan segera terhadap penulis blog yang membuta kenyataan itu.

"Pengundi di kawasan ini berasa tidak puas hati mengenai laporan yang dipercayai mempunyai unsur fitnah terhadap wakil rakyat yang kami lantik.

"Dengan kausa yang dimiliki pihak polis, kami berharap agar mereka segera menjalankan siasatan," katanya.

Terdahulu, ADUN Pendamaran itu menafikan dakwaan yang disiarkan dalam laman blog berkenaan serta memaklumkan bahawa beliau tindakan akan mengambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, beliau berharap agar ada individu yang akan berbuat demikian, namun dia tidak menaruh harapan bahawa tindakan pemunulis blog seperti itu dapat dihentikan.
Dalam penafian Ronnie di akhbar pada November 10hb sini berkenaan tulisan The Unspinners yang mendedahkan kaitannya dengan komunis pada November 4hb sini, dia dilaporkan berikut:

Ketika ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis mengenai dakwaan dalam blog itu, Liu berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana blog berkenaan tidak mempunyai maklumat seperti penulis serta pihak yang bertanggungjawab mengendalikannya.
Kenapa Ronnie tidak puashati dan mengarah Setiausaha, Satiya Seelan dan perantara PAS Klang Kapten Alimin mengatur pengundi yang sebenarnya penyokong-penyokongnya buat laporan polis? Tiadakah orang lain yang dia boleh hantar untuk buat laporan dan mengaku pengundi? Kenapa Ronnie boleh terasa pedas kepada tulisan blog cacai seperti kami ini?

Sama-sama kita fikirkan menjelang ulangtahun ke 20 Perjanjian dengan PKM yang diraikan Chin Peng di Hadyai pada November 30hb.

Chin Peng bersungguh-sungguh mahu kembali. Adakah untuk membantu menghuru harakan negara? The Star semalam seolah-olah berkempen untuk merayu diterima Chin Peng. Dia sanggup meminta maaf. Komunis ini pandai berjanji dan merayu tetapi bila berkuasa, mereka ganas dan zalim.

Ronnie melakukan cara yang sama yang dilakukan Speaker DUN Selangor Teng Chang Kim dan MB Khalid Ibrahim. Tidak puashati dengan menafikan tuduhan Dato Satim, mereka mahu menghukumnya hingga digantung dari DUN sebagaimana mereka lakukan kepada lima DUN BN yang lain.

Ini bertujuan untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan amalan demokrasi yang mereka konon perjuangkan. Mereka menuntut kebebasan akhbar tetapi layanan DAP kepada akhbar begitu buruk hingga banyak saman dibuat terhadap akhbar untuk menutup mulut akhbar. Begitu juga dengan SELCAT.

Sama juga dengan Ronnie yang bersungguh-sungguh mempertahankan Raja Petra berbohong dan memfitnah di Malaysia Today (baca sini dan sini), tapi kini ingin menutup 'mulut' The Unspinners dari membuat pendedah terhadap dirinya.

Komunis adalah hipokrit!

Kami harap-harap rakan-rakan blogger dan pembaca sebarkan hipokrasi Ronnie Liu yang sedang dibicara dan disiasat kerana kegiatan-kegiatan yang ada kaitan dengan penjenayah dan samseng.

13 comments:

  • Jeffry says:
    November 23, 2009 at 8:59:00 AM GMT+08:00

    ALA SI MAMAK DGN SI MELAYU MURTAD TU SAJE NK BIKIN GEMPAK JEK BRO. KLU BLH ORG LAIN X BOLEH SENTUH PUAK PENGANAS KOMUNIS PAKATAN. DIORANG AJE YG BOLEH LANYAK ORG LAIN. PEGI MAMPUS LA KIWAK2 TU SEMUA. KLU DAH KOMUNIS TU KOMUNIS LA JUGAK!. HARKKK PTUIHHH!! KEHKEHKEHKEH

  • Pawang moden says:
    November 23, 2009 at 9:03:00 AM GMT+08:00

    Well a far reaching probe into the links between the assemblyman his party and the communists may find a solid reason to arrest him, other party leaders and maybe even uncover a reason for disbanding DAP altogether. Thanks ronnie... We knew you would do it:)

  • Anonymous says:
    November 23, 2009 at 9:03:00 AM GMT+08:00

    Teruskan pendedahan mengenai kegiata Ronnie. Saya sokong Bro theUnspin.

    Apapun terjadi jgn mengalah Bro!ous

  • Anonymous says:
    November 23, 2009 at 9:14:00 AM GMT+08:00

    Teruskan perjuangan Unspinners

  • Anonymous says:
    November 23, 2009 at 9:38:00 AM GMT+08:00

    Kata tak percaya polislah, MACClah, mahkamahlah, kerajaanlah ...

    Tapi nak buat laporan suruh polis menyiasat

    Apa punya mahlok ni???

  • Anonymous says:
    November 23, 2009 at 9:42:00 AM GMT+08:00

    Mungkin mereka ni dah gentar kot?

    Sebelum terlalu banyak rahsia mereka terbongkar, cara mereka ni nak gertak UNSPINNERS ke?

    Jadi terpaksalah mintak tolong dengan satu kapten Melayu?

  • Anonymous says:
    November 23, 2009 at 9:44:00 AM GMT+08:00

    kapten pencen makan rasuah

  • Anonymous says:
    November 23, 2009 at 10:43:00 AM GMT+08:00

    1. Saya seorang Melayu. Saya dahulu pernah berkhidmat dalam angkatan tentera Malaysia. Saya pernah terlibat secara langsung dalam gerakan menghapuskan ancaman komunis di negara yang tercinta ini.

    2. Saya memang tahu dan pernah menyaksikan sendiri kekejaman yang dilakukan oleh anasir-anasir pengganas ini.

    3. Itu dahulu, di mana 'peperangan' untuk merampas kuasa politik dilancar
    dengan menggunakan senjata. Tetapi sekarang peperangan mereka berubah wajah, cara dan tektik. Peperangan tidak lagi meletup di dalam hutan. "Instead they have brought the skirmishes to the concrete jungle ; using pen &paper ; voices of dissent ; demonstrations and calls of reforms ; deliberate attacks on govt agencies based on communal representations; soliciting support from societies and NGOs -dubious or otherwise- ; and worse still purposely attacking what has been prescribed in the Constitution. With such dissidents running around the country, who needs guns and tanks !"

    4. Berkemungkinan peperangan ini hendak disuburkan semula. Jika dahulu tidak ada pemangkin untuk menyalakan api perjuangan dan niat buruk mereka, tetapi sekarang ini sudah wujud sumbu-sumbu pelita dan bahan bakar yang telah tumbuh , sebenarnya sebelum Pilihanraya 2008 lagi. Api-api pengderhakaan ini makin hari makin terang, makin hari makin berani, selepas Mac 2008. Walaupun hendak disusnatur secara senyap dan sulit, kegiatan mereka dapat juga dihidu oleh mereka yang prihatin akan keselamatan negara.

    5. Cuma yang saya sebagai bekas askar terasa amat malu bila terdapat mana-mana rakan seperjuangan yang sudah hilang semangat keperwiraan dan semangat kesetiaan kepada negara. Lebih duka campur hiba jika sekiranya mereka ini boleh menafikan fakta sejarah dan dewasa ini sanggup turut sama menyalakan api pengderhakaan.Dan 'Pengderhakaan' ini sudah menjelma dalam pelbagai wajah dan warna !

    6. Pendedahan perlu dilakukan apabila maklumat diperolehi, samada oleh media arus perdana atau melalui alam blogoshere. Apa pun kita menaruh harapan agar terwujud nanti kumpulan2 rakyat manusia yang PEKA dan SENSITIF terhadap soal KESELAMATAN Negara . Kumpulan-kumpulan inilah yang diseru membantu pihak POLIS dan ANGKATAN BERSENJATA untuk menjaga dan menjaminkan kestabilan dan kesejahteraan umum.

    Salam !

    Perwira.

  • antukominis says:
    November 23, 2009 at 10:49:00 AM GMT+08:00

    Siasat lah betul-betul. Kita tengok siapa yang benar.

    Harap-harapnya jgn pula Najib masih bersikap "play safe" nak membujuk kaum cina hinggakan org melayu dan penyokong sendiri di abaikan.

    Jadi mcm kes kepala lembu, cepat-cepat sgt heret org Shah Alam ke mahkamah. Hishamuddin oii, apa kamu dok buat ni?

    Si cinapek DAPig Theresa Cock yg dok mencecehkan dan menipu untuk menjatuhkan nama baik negara di mata dunia pasal isu ketuk ketampi dulu, sampai sekarang tak di ambil tindakan.

    Anasir subservif yg bersimpati dgn Chin Peng pun dibiarkan begitu saja tanpa apa-apa tindakan dan siasatan. Apa berat sebelah ni?

  • NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN says:
    November 23, 2009 at 10:57:00 AM GMT+08:00

    Heeeee selama ini puak2 pr dok kutuk polis tetapi sekarang tak rasa malu ke pergi melutut kat polis pula.Bila tengah sombong semua dia orang kutuk dan maki hamun bila terdesak polis juga yang nak disusahkan balik.Weiii tak malu ker weiiii

  • halim tuah says:
    November 23, 2009 at 12:22:00 PM GMT+08:00

    sokong UNSPINNERS! 'Alang-alang menyeluk pekasam, biar terjun terus dalam pekasam tu'.

    Teruskan langkah anda itu; kami bersama anda! Saya akan sebut perkara ini dalam komen2 saya & juga sesi ceramah2 saya, insyaAllah..

  • Anonymous says:
    November 23, 2009 at 4:14:00 PM GMT+08:00

    salam bro,chin peng ni nak balik malaysia buat apa,bukannya rakyat malaysia,dulu suruh daftar kerakyatan malaysia,hang pi perang dalam hutan tu buat apa?kecik2 tak mahu mati sudah besar nyusahkan org.

  • This comment has been removed by a blog administrator.
    Anonymous says:
    November 23, 2009 at 5:32:00 PM GMT+08:00

    This comment has been removed by a blog administrator.

fda

Link2Me WeLinkBk (275)