Blogger Gomo melaporkan pada November 10hb bahawa dua orang pembantu khas kepada Adun Teratai Janice Lee (DAP) telah ditahan di sebuah Balai Polis bersama dengan seorang Pengedar DADAH. Pembantu2 khas itu disuspek telah membantu Pengedar DADAH tersebut dalam satu urusan jualbeli dadah.

Menurut Gomo, ianya seolah-olah ada kaitan dengan satu rampasan dadah yang dibuat polis di Pulau Pinang pada akhir bukan Julai tahun ini. Rampasan itu melibatkan dadah bernilai RM10 juta.

Rampasan ini menimbulkan persoalan bagaimana ia boleh berlaku? Sumber mengatakan penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Bayan Lepas didalangi orang dalam lapangan terbang dan pihak berkuasa dalam kerajaan DAP Pulau Pinang.
Kami The Unspinners menyokong usaha pihak PDRM cawangan Narkotik dalam siasatan untuk mengenalpasti samada mereka benar ada hubungkait dengan pengedar DADAH tersebut.
Maklumat mengenai perkara ini masih tidak lengkap. Kami TIDAK menuduh ADUN Janice Lee terlibat. Namun begitu, kami khuatir kerana pelbagai berita dan khabar mengenai polisi kerajaan PR Selangor berkaitan kegiatan hiburan dan kaitan dengan jenayah serta tuduhan mahkamah yang membabitkan ADUN tertentu PR Selangor.
Kami berharap pihak PDRM mengemaskini orang awam dengan perkembangan terkini, jika perlu dan tidak merosakkan siastan.


salam..nanti penyokong2 PR pun katalah...ini BN punya kerja ni...nak aniaya orang!!!!
cara ini cepat meraih keuntungan
# money laundering by banks where identities of depositors are SECRET
#2 drug peddling and pushing - victims are youngdters
#3 piracy of copyrighted materials - songs, films, computer software etc
#4 massage parlours cum flesh trade
#5 4D, lottery, gambling dens, even pak lebai with songkok queue for quick gains
#6 gold shop items with weight less than stated gms
#7 pawnshops that practice profit margins not commensurating with "titik peluh"
#8 loansharks with interest rates meant to emerge super millionaires overnight
dan lain lain cara, tak kesah halal haram, asal cepat berhasil
Tuduhan serius ni. MSM belum lapor ke? Kalau dah ada nama2 penyamun sumer ni... GAME OVER!
//Popcorn
This comment has been removed by a blog administrator.
benda kecil sorang dua yang buat kenapa nak babitkan keseluruhan dap pulak.tu pun belum tentu bersalah ke tidak.jangan jadi racist sangat.
Saya juga pernah mainkan isu ini, tetapi macam biasa sehingga ke hari ini tiada apa tindakan susulan langsung...tah la unspinners, kekadang aku pun tak tau blog kita ni dibaca oleh pihak berkuasa ataupun tidak...
Bro,
Kita ni blogger, cuba mengketengahkan isu2 semasa, tetapi yang dok atas ni ambik peduli ke? Mcm mana Parpu ckp tadilah. Soalnya, kalau pihak berkuasa, UMNO masih tidur disebabkan sindrom PAK LAH yang belum hilang lagi, mcm mana nak menang kembali dengan 2/3?
biasa laaa,....
cina = dap = gangster = dadah
Dadah pulak? Ingatkan gangster je...Apa nak jadi dengan DAP ni?
jual babi,todi, along, dadah ,pelacur, judi telah dihalalkan oleh nik najis..asalkan ia anggota Perosak Rakyat.
kalau pihak berkuasa baca blog korang ni baik la depa tangkap je korang. terlampau rasis sangat. korang semua nak 13 Mei jadi balik kan baru la puas. One Malaysia si Najib apa ke jadahnya? korang ni la yg buat BN lemah selamahnya. Aku pun Melayu jugak tapi takde la nak kata semua Cina tu jahat. apa korang pernah kena buli dgn cina ke kat sekolah? ke kalah tender lawan dgn cina? bersaing la secara sihat..jgn asyik harap bantuan umno je.
Gagasan pembantersan dadah harus menjadi keutamaan semua pihak. Kalau ada 'pagar yang makan padi', makanya tak ke manalah usaha-usaha berkenaan.
Dalam pemerdagangan dadah, janganlah nampak sangat satu pihak menjadi golongan 'saudagar' sementara satu golongan lagi terus-terusan menjadi puak pengguna tegar.
Oleh itu diharapkan pihak blogger yang prihatin dengan perkembangan 'industri haram'(dadah), terus meningkatkan usaha dan komitmen dalam mengenengahkan isu dadah, tanpa diuliti perasaan gerun dan gementar meskipun ianya melibatkan warlords sekalipun!
Nampaknya, hanya itulah saja jalan ke depan yang ada dan mampu membawa impak yang positif.