
Masa sarapan minum pagi lepaih sembahyang subuh pagi tadi, ustaz yang merupakan 'informer' saya dalam PAS kata pertemuan beberapa pemimpin utama PAS menemui N.Ajis dipejabatnya bukan saja berkenaan meminta Ariffahmi berundur dari PMBK.
Saya dah tangkap dah apa dia kata. Ariffahmi mesti disuruh berundur kerana tempat untuk dia berpaut sudah tak ada. Betul tak ustaz saya tanya. Betoi dia kata. Kalau Ariffahmi sudah undur, mestilah itu petanda N.Ajis sudah tidak lama lagi.
Kalau mahu analisa, N.Ajis sudah patut pergi lama. Malas nak cerita. Baca saja tulisan sini oleh spy leman. Bukan situ aja yang dah bau hari-hari terakhir N.Ajis, Pemuda UMNO Kelantan pun dah cari skit untuk kelihatan heron sini.
Adakah dengan begitu mudah N.Ajis akan berundur? Dia banyak pengikut. Depa tahu kalau N.Ajis berundur, puak-puak Hadi dan geng UG akan bertambah lagi kuat amereka. Pasti penyokong N.Ajis akan cuba sesuatu.
Saya pun cek dengan informer lain. Katanya kepimpinan PAS menjangkakan N.Ajis akan cuba melawan tapi dia tak akan berjaya. Sayapnya akan dicabut bulunya hingga dia tak boleh terbang. Penghormatan yang ada pada N.Ajis timbul dari kedudukannya sebagai Murshidul Am dan ini yang macam lesen besar untuk dia cakap sesuka hati hingga mencemar nama PAS.
Informer kata Dewan Ulamak PAS akan dibubarkan dan dengan demikian N.Ajis tak ada peranan lagi. Pengaruhnya sebagai antara orang Islam berpengaruh didunia akan lenyap sekelip mata. Tapi kata informer itu semua sekejap aja. Lepaih tu Dr Hartun Din yang sekarang ini adalah Timbalan Mursyidul Am akan hidupkan kembali dengan bentuk baru dan ambilalih sebagai Musridul am baru.
Maknanya N.Ajis hanya menunggu hari saja. Kalau dia tak buat apa-apa, lagi malu kejatuhannya. Kuasa parti masih pada Presiden dan AJK Pusat. Nampaknya roda sejarah kembali berputar. Apa yang N.Ajis lakukan kepada Asri Muda kini kena pada dirinya balik? Malah lagi malu kerana kini tercemar dengan rasuah haji RM65k.
Siapa yang naik jadi MB untuk gantikan N.Ajis? Cuba kita fahami apa dimaksudkan kenyataannya Husam adalah untuk semua rakyat Malaysia. Adakah Husam lompat parti? Rasanya tidak. Husam akan kekal dalam PAS seperti yang dikatakannya. Mana boleh keluar PAs, tercerai bini talak tiga. Cuma dia tak dapat jadi MB.
Husam ada masaalah dengan istana dan dia telah cuba bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri dengan istana. Disebalik Tesco itu ada cerita melobi. Takyah cerita lebihlah. Ikutkan PAS tak mahu ada Tesco tapi terpaksa suka kerana Husam. Khalid Samad tak tahu cerita main cakap saja Tesco adalah petanda Kelantan maju. Lurus bodoh!
Itu pun tidak memberi kepastian pada Husam. Dalam herarki Kelantan, Nik Aziz adalah teratas sebagai MB. Selepas dia bukan Husam tetapi Timbalan MB yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah iaitu Dato' Ahmad Yaacob. Kemudian bawah tu baru Husam. Ahmad Yaacob nampaknya MB baru ...
Apa hal pun Husam kena cari jalan untuk naik dalam PAS menjatuhkan Nasharuddin second round. Tanpa N.Ajis dan Anwar dalam penjara, nampak gaya Husam masam kalau Mat Sabu kacau. Itu pun susah kerana Nasha is the President's man.
Politik politik ... sekejap naik mendedak, tiba-tiba habis gitu aja.
Apa jadi dengan Kickdefella? Jangan hairan jika dia dapat kerja balik di PMBK untuk jadi CEO salah satu syarikat PMBK. Mana tau bos baru dia Ahmad Yaacob. Hahaha .. kita cuma teka aja.
Update 26/11 8:15 am:
Rajin-rajin baca Skrewkuat sini. Hampir sama cerita nampaknya.


Tesko, Mekro dan Kafur dari satu sudut yang negatif adalah menggambarkan letak duduk pencapaian ummah dalam bidang peruncitan.
Kalaulah depa tak kerjakan politik pada kadar sedia ada (siang dan malam) makanya sudah tentu depa dapat bina Pesko, Mesko dan Pasfur.
Untuk apalah berbangga menjadikan negeri itu maju dengan kehadiran gedung itu dan ini walhal semua itu bukan milik sendiri? Hairan sesungguhnya apabila ummah berlumba-lumba menjadi golongan 'pengguna' yang maju! Huh, hebat tu!!
Alpasiku
Cuba baca blog Nik Abduh dan teliti apa dia cakap mengenai Kickdefella dan orang yang bawa dia ke Kelantan.
Balak pun dah habis, tunggu apa lagi kalau bukan turun dengan baik. Kalau tak silap, jawate MB tidak layka menikmati pecnen ilat, betul ke?
Yang hairannya juga kenapa tidak ramai yang mengidam kerusi MB kelate hinggakan kerusi tersebut jadi sinonim dengan seorang MB saja?
Kalau ramai yang melangut dan melobi jawatan berkenaan sudah tentulah penjawat sekarang akan terasa hayat dan akan turun lebih cepat.
Oleh itu timbul pertanyaan: Apakah kerusi MB Kelate sudah tidak berbaloi dari segi ekonomi? Tidak glamor? Atau apa-apa aje?
Saya tak faham PAS ni.Sungguh celaru.
Erdogan nak tumbangkan ulama.
Ulama nak tumbangkan Erdogan.
Nik Aziz nak tumbangkan Hadi,Nasha dan Mustafa Ali.
Menantu nak tumbangkan Hadi.
Menantu nak tumbangkan Kickdefella.
Kickdefella nak tumbangkan menantu.
Husam nak tumbangkan Hadi dan Nasha.
Tulang besi nak tumbangkan Hassan Ali.
Nik Abduh nak tumbangkan Husam.
Ramai nak tumbangkan Nik Aziz.
Anwar senyum.
anon 9.44
"Divide and Rule".
Stail penjajah Ingeris,di mana saja yani..
Benua India ,Jordan,Cyprus,Burma,Singapura,kanada,Negeri Melayu pra 1948.
Dan juga Tsar Russia pun sama,sebelum 1917.
Baca Micheavelli,jewish conspiracy -Henry ford.
dan juga ade brother blogger tulis " Nik the political animal".
HjMae Berek12
husam tak nak jadi MB kelantan....ko bior betullll.... org politik kalau tak dak cita2 nak naik hairaki politik, baik jgn masuk politik.
kita jgn lupa ya, di kelantan husam ialah mr.strategis, dia yg manipulate nik aziz , tgkp gambar niz aziz menangis dan tampal satu kelantan.
dia cukup fahammm.... sesiapa yg dpt memahami org2 melayu, dia akan berjaya dlm politik.
so bagi aku kalau husam tolak mentah2 jawatan MB tu , aku susah nak terima, bagi aku dia tgh pasang lukah tu.
first round dia nak raih simpati dulu, kesian dan simpati cukup rapat dgn org2 melayu. sama mcm anwar yg cukup pandai main dgn simpati.
round kedua dia akan pecahkan kem2 yg tak sehaluan dgn dia di kelantan.
ketiga baru husam akan gunakan org2nya utk calunkan dia, dan ditika itu puak2 yg tak sebulu dgn dia sudah terlambat utk buat apa2.
faham sgnt dgn husamm, bukan sehari dua kenal dia.... dah lamaaa dahhhh...
din
Memang Nik Aziz akan tumbang tidak lama lagi.
Samada dengan rela atau dipaksa.
Sebelum dia pergi,usaha akan dibuat supaya dia berundur dengan imej yang lebih baik dari sekarang ni.
Saya jangka alasan kesihatan akan digunakan.
Apapun ,Umno gagal gulingkan Nik Aziz,PAS sendiri yang akan berjaya.
Peluang Husam jadi Mb mungkin tergugat kerana kenyataan Nik Abduh terbaru,menyalahkan dia.Tapi jangan lupa siapa "boss"sebenar Husam.
Nik Abduh dah pre-empt:
Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh!”
Bolehkah Kelantan bertahan tanpa N.Ajis yang diikonkan sebagai Tok Guru, wali, dan maksum?
Berpengaruhkah N.Ajis tanpa jawatan dan kedudukan?
Dia hanya seorang ahli politik dan tak lama lagi kita akan lihat N.Ajis yg sebenar.
Husam sama2 simpan angan Mat Jenin nak join Anwar kat Putrajaya kot.. Hahaha..
Tuhan maha kuasa.
Rancangan Nik Aziz patutnya sedang berwukuf di arafah dibayar duit haram.
Tiba2 dia boleh hilang kuasa.
Negara ini ada daulat. Orang yang menyesatkan akan habis akhirnya.
Baca apa kata berikut ...
"Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” - Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Madrasah An Najmiah, Pondok Geting dan AMT Persatuan Pondok Kelantan.
PAS tinggal hanya damage control saja agar pengunduran Nik Ajis tidak begitu hina.
Kalau dia degil juga, malu turunnya.
20 tahun berpura2. Cukuplah ...
aku sokong Tok Guru Ayah Hj. Lah, dia ni tok guru yg sebenar di kelantan.
masuk umno ertinya masuk syurga. kalau masuk pas confirm masuk neraka. selama kita merdeka ni umno yg berjuang kerana agama. bangsa melayu tu jatuh nombor 3 lepas negara. dasar umno selama ni mmg nak tegakkan negara islam. selama ni umno berkawan dgn mic & mca sebagai peranagkap je. satu hari umno akan tinggalkan mic & mca dan tubuhkan negara islam. ingat kata2 aku sokong umno masuk syurga. pas parti sesat.
Anonymous November 27, 2009 9:41:00 PM GMT+08:00
tak boleh cmtu beb..politik tidak dijamnin ke syurga..amalan menjadi pintu utama..kalau kita undi mana2 pun tak dijanjikan syurga beb..tp sokonglah UMNO drpd pembangkang..Politik murahan je pembangkang nih..biasalah..ada mulut bleh ckp..budak enam tahun pon leh ckp..zzz..
PeacE4You&ME