Friday, November 27, 2009

MYSTERY: N.Amar menunggu melihat N.Ajis dikorban



Akbar Sinar harian melaporkan Nik Amar sebagai menyatakan terserah kepada N.Ajis untuk menentukan siapa penggantinya. Husam pula sudah sebut Ahmad Yaacob sebagai pengganti yang sesuai. Boleh tak boleh akhirnya Nik Amar turut bersetuju dengan kenayataan Husam.

Ada pula bersuara terpulang kepada PAS Pusat untuk tentukan. Ohhh ... masing-masing lupa, perlu perkenan Sultan kelantan.

Betul macam pertandingan wrestling tagteam. Buat hiburan dicuti Raya Haji. Baca berikut dari blog Pilahanraya Kini:


Di sangat pertembungan hebat antara klik Husam dan klik Ariffahmi di Kelantan, sebenarnya orang tidak tahu yang ada klik ke-3 yang sedang membuat keuntungan daripada pertelingkahan tersebut. Pasukan tersebut diketuai oleh Ustaz Nik Amar. Disokong kuat oleh Nasharuddin Daud (Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan), Takiyuddin Hassan, Ustaz Zaki Ibrahim dan Ustaz Latif Rahman.

Klik Husam diketuai oleh Kickdefella sendiri dengan sokongan kuat dari YB YB yang pro pada Anwar Ibrahim yang sudah lama menyelinap masuk dalam PAS. Kamaruddin Jaafar sebagai funder terbesar. Saifuddin Nasuiton sebagai perancang kerja-kerja jahat Husam untuk jatuhkan Nik Aziz termasuklah pendedahan kes tajaan haji untuk cepatkan proses Nik Aziz turun sebagai MB. Orang dalam yang melakukan semua ini, mengeledah ofis dan membekalkan butiran terperinci kepada UMNO adalah Annual Bakri sendiri, SU Politik Nik Aziz.

Nik Aziz terpaksa bergantung harap pada anak dan menantunya untuk terus memimpin Kelantan. Ariffahmi dan Nik Abduh menjadi kepercayaan Nik Aziz daripada terperangkap dengan kerakusan kuasa Hussam Musa. Nik Abduh dan Ariffahmi sedang melatih seorang lulusan muda dari UIA untuk menjadi agen mereka di pihak Hussam. Memang sudah lama, Ariffahmi tidak mempercayai Husam. Semuanya berlaku ketika Husam memangku jawatan MB ketika Nik Aziz sakit.

Di peringkat pusat, Nik Abduh kena berharap kepada Salahuddin Ayub yang memihak kepadanya dan amat benci kepada Hussam dan Anwar Ibrahim. Salahuddin kena ikut klik Ariffahmi kerana nak menang di Kubang Kerian. Dia orang Johor, kalau tidak ikut, alamatnya lingkup.

Di pihak Anwar Ibrahim dan Hussam, rancangan sulit Zaid Ibrahim untuk meletakkan Nik Aziz sebagai penasihat Pakatan Rakyat dilihat sebagai satu ancaman kepada Anwar sendiri. Nik Aziz dan Zaid Ibrahim amat percaya Anwar Ibrahim terlibat dengan liwat. Malah Anwar sedaya upaya memujuk Najib melepaskannya daripada tuduhan menggunakan salah seorang pengasas universiti swasta di Cyberjaya. Tapi tidak berjaya.

Hadi Awang, Nik Aziz dan Zaid percaya Anwar bakal masuk lokap. Mereka menyediakan Nik Aziz untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan dalam diam diam menyediakan Nik Amar menjadi MB Kelantan. Ariffahmi dan Nik Abduh hanya dijadikan kambing hitam untuk selamatkan imej Nik Aziz yang tercalar. Liciknya.

12 comments:

  • zainal mohd jais says:
    November 27, 2009 at 5:24:00 PM GMT+8

    You are the real spinners.
    Apapun, rakyat perlu diberitahu tentang hipokrasi PAS dan PKR.

    Kejayaan mereka menipu rakyat, adalah ancaman kepada masa depan Melayu dan Islam.

    Kerja membuka fikiran yang sudah dikunci, memberi penawar kepada yang sudah diracun, perlu dibuat secara berterusan.

    Jika tidak, yang jumud akan bertambah, yang ekstrem akan menyusahkan, pendusta akan berleluasa, masa depan rakyat dan negara akan binasa.

    Wallahua'lam.

  • Dr.Sid says:
    November 27, 2009 at 5:41:00 PM GMT+8

    stunning

  • Jeffry says:
    November 27, 2009 at 5:54:00 PM GMT+8

    SLM BRO..AGAK2 SAPE BLH MENANG? TAPI YANG PASTI RAKYAT YANG KALAH SBB KENA TIPU HIDOP2 OLEH SI PENGGUSTI KEHKEHKEH

  • MctHeory says:
    November 27, 2009 at 6:15:00 PM GMT+8

    Pehh!. . da real politician. . aku cuma nak tunggu dan nak tau apa jadi lepas ni. . heh!

    Hafiz Azmi

  • Anonymous says:
    November 27, 2009 at 9:05:00 PM GMT+8

    tak payah la korang nak melagakan pemimpin pas, teori korang tu langsung tak masuk akal. sedap dibaca oleh penyokong umno totok tapi cerita tu cerita keling. korang rasa best je bila penipu ni tulis. kejap lagi dia ban la apa yg aku tulis. lepas tu claim dia punya blog lagi bagus dari blog pembangkang sbb semua dia bagi lepas, ala kalau lepas tu dia delete tak guna jugak, apa lebihnya...lagi mcm taik kalau buat mcm tu. org pas sebenarnya tak busuk hati sampai mcm tu, kalau ada selisih paham pun org pas akan selesai dgn baik, tak payah rasuah mcm umno. good luck la korang dgn perjuangan karut korang tu. tak payah risau dgn nasib islam dan melayu kat malaysia ni, tanpa umno kami akan lebih berjaya dan dihormati di dunia ni.krg ni semua org tak respect dgn melayu sbb umno.

  • Anonymous says:
    November 27, 2009 at 9:12:00 PM GMT+8

    Tipu tapi benar...utamakan haji pakai sponsor "amalan" yg tok guru harus dicontohi utk pengikut semoga mudah masuk syurga.

  • Anonymous says:
    November 27, 2009 at 9:30:00 PM GMT+8

    benda sponsor pegi haji tu perkara normal la kat kelantan ni. korang yg duduk kat selatan je tak pernah dgr sbb lama sgt duduk bwh umno. tak beragama la korang ni

  • MctHeory says:
    November 27, 2009 at 10:02:00 PM GMT+8

    kitaorang tak dapat bagi projek atau balak. mana la ada orang nak sponsor pegi haji ye tak. . kalau pegi haji pun takat rm16000 je. . tak la sampai rm65000 sorang. . ala. . orang UMNO memang tak beragama. orang pas je yang terakui Islamnya. . kitaorang je yang selalu rasuah2 ni, menantu2 kita je yang pandai kroni. pas mana ada. . ye takk?

  • Shamsul Yunos says:
    November 27, 2009 at 10:05:00 PM GMT+8

    WOW!!!! Kalau tak kena sponsor pergi haji tak beragama... satu Fatwa baru dari ulamak terunggul di negeri tadahan rasuah, serambi rumah tokey balak

    perh perh perh

    habis lah masuk neraka semua yang pergi haji dengan duit titik peluh sendiri, tak de ugama korang ni.. apelah bangang sangat pakai duit sendiri, lain kali beragamalah dan carilah tokey balak untuk sponsor haji korang

    narukal;h masuk SORGA

  • Semanggigunung says:
    November 28, 2009 at 9:03:00 AM GMT+8

    Saudara Anon 9.30:
    Kalau nak beri pendapat tu berilah. Kita bebas.

    Tapi kalau menuduh orang UMNO "tak beragama" tu tak betul. Nampaknya sama saja hangpa ni dengan TGNA.

    Sebagai seorang Melayu dan Islam aku sebenarnya cukup takut dengan peranan yang pemimpin hangpa main.

    Sebenarnya kalau hangpa sedar apa yang hangpa katakan, hangpa yang tersenarai sebagai calon ke Syurga Allah dan orang UMNO tidak, hangpa fikirlah apa yang hangpa kena lakukan.....

  • KHAIRUL NAZRI says:
    November 28, 2009 at 10:09:00 AM GMT+8

    1. Hari ini kita mendengar Haji Sponsor. Mungkin selepas ini setiap amalan dan ibadah boleh disponsor tanpa kita berbuat, berusaha apa-apa.

    2. Oleh hal yang demikian, kita pada akhirnya akan semakin malas berusaha. Malas untuk mencari rezeki yang halal, malas untuk berusaha beribadah, rajin untuk mencari sponsor-sponsor untuk setiap aktiviti samada untuk diri, keluarga, agama dan parti.

    Tidak mustahil akan datan akan wujud Parti Sponsor (PAS)

  • Anonymous says:
    December 1, 2009 at 11:02:00 AM GMT+8

    PAS ( parti sponsor/ parti ajaran sesat/parti antu setan dll)

    Tapi jgn lupa, merekalah sahaja yg dijamin akan menghuni sorga; org lain lum tentu lagik sbab X siapa brani jamin!

fda

Link2Me WeLinkBk (275)