
Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa berkata dia akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat. Dia berkata Datuk Ahmad Yaakob yang merupakan Timbalan Menteri Besar lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan untuk menggantikan Nik Aziz.
Ini adalah merupakan kenyataan yang paling pelik dari Husam. Betulkah dia tidak mahukan jawatan MB Kelantan ini?
Jika kita selusuri perjalanan politik Husam, dia merupakan "anak emas" kepada Nik Aziz. Wataknya amat serupa dengan Anwar yang pernah diasuh dan di didik oleh Tun Mahathir. Cuma bezanya, Husam kini berguru pula kepada Anwar sedangkan Anwar mendapat didikan terus dari agen-agen yahudi barat selepas dipecat oleh Tun Mahathir.
Husam dilihat mula menunjukkan belangnya yang sebenar selepas bebasnya Anwar dari penjara Sg Buloh. Pelbagai agenda yang diaturkan Husam bagi menaikkan namanya didalam saf kepimpinan Pas khususnya di Kelantan.
Dengan Anwar menjadi penasihat utama kepada Husam, agenda pertamanya ialah untuk memastikan Nik Aziz berada dibawah kawalannya. Nik Aziz adalah "core" didalam Pas yang perlu Husam jinakkan jika dia ingin berkuasa. Dengan kelebihan Husam sebagai anak didik kesayangan Nik Aziz, Husam telah berjaya dengan cemerlang didalam agenda utamanya.
Demi untuk menaikkan namanya didalam arus media maya dan juga melonjakkan namanya dikalangan golongan muda, Husam telah berkolobrasi dengan Syed Azidi atau lebih dikenali dengan nama "Kickdefella". Dan sebagai habuan, Kickdefella dilantik menjadi salah seorang eksekutif didalam PMBK dengan imbuhan yang lumayan.
Didalam perihal politik, Husam merupakan orang yang bertanggung jawab mencadangkan nama Ibrahim Ali supaya bertanding di kerusi Pasir Mas diatas tiket Pas. Husam telah berusaha sedaya upaya meyakinkan Nik Aziz dan atas rayuan dari Husam itulah Nik Aziz bersetuju dengan pencalonan Ibrahim Ali.
Husam menyangka bahawa strategi politiknya akan membuatkan Ibrahim Ali bakal menjadi orang suruhannya apabila menang di kawasan tersebut. Tetapi telahan Husam meleset kerana Ibrahim Ali telah mengkritik serta menghentam Pas setelah beroleh kemenangan.
Husam juga cuba menunjukkan kelebihannya didalam percaturan ekonomi seperti Anwar dengan melaksanakan projek Skim Takaful Kifalah dikalangan ahli-ahli Pas. Pada permulaannya, nama Husam begitu gah dikalangan pemimpin serta ahli Pas hinggakan dilabel sebagai pakar ekonomi didalam Pas.
Boleh dikatakan setiap negeri ditubuhkan unit untuk mempromosi skim tersebut dan ramai yang memuji serta kagum dengan kehebatan Husam. Tetapi akhirnya disebabkan masalah dalaman, projek tersebut gagal dan melibatkan kerugian hampir 8 juta ringgit. Kerugian ini terpaksa ditanggung oleh Nik Aziz dan juga exco negeri Kelantan.
Husam kembali dengan idea separuh masaknya di Kelantan. Projek seterusnya ialah ternakan kambing jamnapari. Husam menyuarakan idea kepada Nik Aziz tentang projek ini dan diberikan restu oleh Nik Aziz dengan syarat mestilah berkerjasama dengan exco pertanian Kelantan.
Malangnya, Husam telah mendahului menguruskan projek tersebut bersama-sama rakannya tanpa pengetahuan Exco pertanian. Dan apabila projek tersebut juga gagal akibat banyak ternakan yang mati, Husam telah meletakkan kegagalan projek tersebut di bahu exco pertanian.
Segala kegagalan dan juga kerugian yang diterima oleh Husam tidak pernah merunsingkannya kerana mempunyai "benteng kukuh" iaitu Nik Aziz. Walau bagaimanpun, nama Husam semakin membusuk dikalangan para pemimpin Pas.
Pemimpin-pemimpin besar PAS Kelantan seperti Dato Abdul Halim, Dato' Takiyudin,Ust Mat Iraq, Dato Nik Amar, Dato Ahmad Yaakob dll adalah di lihat tidak begitu menyukai Husam dan selalu tidak bersetuju dengan Husam dalam banyak hal
Dan sewaktu perlantikan untuk Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz telah mendapat tentangan hebat ketika menyarankan nama Husam. Sebab itulah Nik Aziz tidak berani berkeras untuk menjadikan Husam sebagai Timbalan Menteri Besar kerana bimbang Pas akan berpecah di kelantan.
Namun Husam yang dibawah pengaruh Anwar terus melaksanakan agendanya didalam Pas dengan menubuhkan team ERDOGAN secara tidak rasmi. Nyata Nik Aziz sekali lagi menjadi "godfather" Husam didalam Pas apabila berkompromi dengan team Erdogan menentang team pro Hadi.
Perpecahan didalam Pas semakin ketara dan banyak pihak telah menyedarinya tetapi malang bagi Nik Aziz kerana Husam berjaya mengabui matanya.
Yang terbaru, Husam telah berjaya menyingkirkan Ariffahmi yang juga menantu Nik Aziz sendiri dari kerusi PMBK. Namun agak malang bagi Husam kerana dikhabarkan Takiyyudin yang bakal mengisi kekosongan Ariffahmi di PMBK. Takiyyudin adalah merupakan "orang kuat" Nik Abduh Nik Aziz yang merupakan "musuh" Husam sejak sekian lama.
Kini, kenyataan tidak mahukan jawatan MB Kelantan hanyalah satu lagi sandiwara dari Husam Musa. Didikan Anwar Ibrahim telah menjadikannya begitu taksub kepada kuasa.
Percaya atau tidak, Husam sedang meniti naik untuk merebut tahta hiraki didalam Pas dengan bimbingan Anwar. Disaat ini, tembok yang memisahkan Husam dengan matlamatnya hanyalah kumpulan pro Hadi dan juga Dewan Ulamak Pas yang dianggotai oleh Nik Abduh.
Husam membawa bayangan permainan politik serta corak pemikiran Anwar didalam mengejar kuasa.
Hanya masa yang dapat menentukan agenda Husam yang seterusnya.
Sumber: MyKMU


Salam Aidil Adha buat semua umat Islam di Malaysia.
Alhamdulillah.. dapat kita raikan Aidil Adha bersama keluarga dan saudara. Bagi yang bertugas menjalankan kewajipan saya ucapkan selamat bertugas.
Selamat menjalani ibadah korban semua.
Anwar tak berminat ke jadi MB..Kalau dier jadi tgk mcm mana di organise org Kelantan
siapa pu takpe yang penting bukan org umno.
ANON 1:59PM
orang umno ada class mentakbir negara tak macam pas dah masok 20 tahun mentakbir kelantan sama aje macam zaman batu aje tak ada perubahan
anon 1:59pm - boleh beri penjelasan di pasar siti khadijah dikelantan tu kenapa ya ramai sangat suri rumah berniaga kat pasar tu ... mana pergi si lelaki2 tu? agak nya SIANG KOCOK MALAM KOCOK (SKMK)tak !!!!!!!! faham2 lah
Orhe Jate Kelate memang gini .... biaso la.
Arak dok. Puaso, semaye, gi mesejid.
Masuk bab tina selalu.
Dapak tino, suruh bejua sayu di pasar. Sara hidup hak jate pemalah.
Itu yang dema pilih PAS. Pasa orhe jate kelate malah bepikir belako.
Ambo tak panda nok kecek mgo cghito oghe klate niihh..
Husam terkandas dalam misi dalam meniti mencari peluang menjadi MB Kelantan.
Ambo oghe klate dok Kedoh nii... sene caghi make. Buko keda mah ccome,oghe Kedoh baik2 blako. Demo tlong ambo.
Lo ambo takok Kedoh jadi mace Klate. Ambo nok BN ambik kik Kedoh niiihh..
Tapii... bilo Klate bblekke BN, ambo kleh mngago di Klate.
Peng Klate.... 25 tahong dok Kedoh
Dulu Pas jugok dari UMNO,Anwar pun 1 kapal memperjuangkan UMNO.kalau tak nak org UMNO jadi MB, boleh lantik Lim Kit Siang ke Karpal Singh ke dan kengkawan yang sewaktu dengannya
..amboi bencinya demo ke orang UMNO, macam TGNaziz juga alerjik dengan orang UMNO..orang UMNO tu jenis tak pakai gawa..buat amal ibadatpun dapat pahala tak kemana, setakat lubang kubur jah..eh !! bila masa pula Allah lantik dia jaga KPI Pahala manusia..sendiri punya pahala pun tak tahu dok kat mana..ginilah, kalu demo kata orang UMNO tak layak jadi MB Kelantan, lantik sajalah Lim Kit Siang..barulah Kelantan akan maju macam P Pinang yang ditadbir Lim Guan Eng @ Omar Ab Aziz..
Hj Markoko