Ini rakyat Kedah dah soksek soksek dok cerita. Mereka kata Kedah ni diperintah oleh kerajaan Batu 9. Sebelum ada mesyuarat exco di kompleks kerajaan Darul Aman, akan ada mesyuarat di Batu 9 dahulu. Mesyuarat exco hanya indors saja. Adakah ini satu kitchen cabinet yang jadi penentu segala-gala keputusan dan polisi kerajaan negeri? Ini akan bermakna semua ahli exco jadi tunggul jadi rubber stamp yang menerima saja apa yang sudah ditentukan di batu 9?
Jika demikian, ia bermakna kerajaan Kedah tidak mengikut amalan pentadbiran good governance. Kuasa rasmi terletak pada exco yang terdiri dari ADUN-ADUN yang dipilih oleh rakyat. Tanggungjawab terletak pada mereka dan bukan terletak pada mereka-mereka yang menganggotai mesyuarat Batu 9. Sebarang keputusan atau polisi yang ditetapkan exco perlu dibincang sendiri oleh ahli-ahli exco sebagai badan tertinggi dalam kerajaan neeri dan bukan ditentukan oleh badan-badan lain.
Kita difahami bahawa Batu 9 itulah dimana terletaknya pejabat PAS Kedah. Ini betul-betul parti menguasai kerajaan. Depa bukan saja menguasai kerajaan melalui Menteri Besar dan wakil-wakil dalam exco kerajaan negeri tetapi hingga siapa dapat projek potong rumput dan konsesi balak ditentukan oleh pejabat PAS dan bukannya kerajaan.

Mungkin hujah mereka adalah ianya sama saja. Ianya tidak sama. Parti dan kerajaan adalah dua entiti berbeza. Penguasaan parti mesti melalui proseder yang ditentukan Perlembagaan dan amalan lazim iaitu dengan melalui wakil. Jika piohak parti tidak puashati dengan keputuisan kerajaan, ia boleh lakukan melalui waklil mereak dan bukan cara parti membuat keputusan untuk kerajaan.
Entahlah fahamkah apa yang mereka syarah sebagai telus?


This comment has been removed by a blog administrator.
Amalan batu 9 akan menjurus kepada pemerintahan ala kuku besi, tidak demokratik dan paling penting akan membuka pintu bagi amalan kronisme dan nepotisme. Kalau tak percaya tunggu ajalah Kedah mengikuti jejak di Kelantan - kronisme ala Tok Nik, he, he.
Jangan nanti jadi macam Tingkat 4 Pak Lah yg memerintah negara. Nanti salah guna kuasa. Ini akan menjatuhkan kerajaan negeri PAS. Ambillah ikhtibar dari kesilapan Pak Lah!
The UNspinners
Kamu tulis benda yang terlalu sophisticated dan kompleks untuk penyokong PR paham.
Depa hanya tahu baring tgh jalan dan mogok sana sini. Skit2 buat polis repot tapi kata tak caya polis la.
Nampak sgt penyokong PR tak faham governance dan separation role between government and political parties.
Kata mereka bersepakat tapi nampaknya mereka tak peduli rakan2 dalam parti yg lain.
DIkedah depa buat hal sendiri p[eduli dgn DApig. Di Penang depa peduli apa dgn PAS. Di Perak dan Sngor dulu, PAS kena kuda.
Ha ha ha hu hu hu he he he ... tergelak dgn kebodohan penyokong PR
Kerja rasmi kenalah buat secara rasmi. Pemungut zakta kat sebuah semejid di kawasan yang dikuasai oleh parti agama tempoh hari tidak menggunakan resit. Catatan dibuat di atas buku tulis dan menggunakan pensil.
Resit bukanlah 'penting' sangat tetapi ia adalah satu yang rasmi. Persepsi bahawa setiap urusan agama tidak perlu terlalu formal dan rasmi adalah tidak terpakai untuk semua keadaan. Dalam perkara khusus seperti pengalaman di atas, kerasmiannya tidak boleh dikompromikan.
Sekiranya keadaan sedemikian dibiarkan berlarutan makanya ia akan membuka ruang dan peluang kepada pembiakan unsur tidak sihat yang akan memburukkan imej kerajaan teokrasi itu sendiri. Oleh itu jangan ambil mudah soal formaliti dan kerasmian sesuatu urusan meskipun ianya ditadbirkan oleh insan yang paling berintegriti.
Dulu Pas
Umno jealous because next year ustad azizan bole gi haji sponsor... Macam si penjaga pintu syurga Pas di kelantan tu. Anak menantu dan ipar duai azizan pun dah ready nak jadi CEO, COO, CFO, GM dan bermacam macam jawatan tinggi lain...
aku pedulik apa batu 9 ka batu 10 kaa janji apa yg depa buat turun kat rakyat.... yg hangpa dok mesyuarat dulu dok bedak hasil balak sama sendiri tak hingaq pon... dulu balak lepas mesyuarat sama hangpa masuk kerajaan negeri 1k jaa 1 ekaq ...lanie bila dok mesyuarat kat batu 9 mcm hangpa kata sekurang2nya dapat balik kat kerajaan negeri sampai 15k... jadi yg mana lagi teruk... mesyuarat bedak sama sendiri atau mesyuarat last masuk kerajaan negeri....
udah la bro cari isu lain laa...cacin jaa yg hg tulis nie...
Tak menghairankan kerana mungkin mereka bermesyuarat dulu pasal apa yang akan dibincangkan dalam exco. Ini mengikut contoh spt anwar ibrahim, yg selalu berjumpa "orang-orangnya" di Dubai atau US sebelum dia membuat apa-apa tindakan. Anyway, mungkin mb kedah mesyuarat disitu utk ambil arahan dari Yusrain dan Che Had, pemerintah kedah yg sebenar.
umno kedah mmg tak boleh pakai, dulu aku pernah kerja kat aloq setaq dgn company yg jadi ibu payung masa kerajaan dok sibuk buat projek jalan kampung dgn meggunakan konsep payung. yg dapat projek buat jalan tu semua org umno belaka. punya jahat umno ni kalau org kampung tu sokong pas depa tak bagi buat jalan kat kampung tu dgn alasan kg tu tak sokong umno walau pun kg tu layak dapat. jalan yg sepatutnya tebal 5 inci depa buat 3 inci je, payment dapat jugak (maklum la rasuah la con-sultant tu bagi approve payment). masa tu aku cukup benci umno sbb depa dok bedak duit ikut suka hati mak pak depa. padahal duit rakyat. la ni padan muka jatuh kat pas. itu semua doa org kg yg kena tindas dgn umno yg korup. perjuangan umno terlalu kotor sampai tak boleh nak terfikir oleh akal waras manusia. hanya org yang busuk hati je yg sanggup sokong parti celaka ni.
anon 11:36
aku takda parti dan mmg setuju dgn apa hang kata.
Aku ingat juga mula jadi melencung begini juga.
serupa saja.
ameno tak janji jadi malaikat. tapi hangpa janji diri macam malaikat tapi serupa juga.
abis kami ni nak pi mana? calun nenas gut...
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
anon 11.36,
aku pula dulu undi PAS, tapi..
-bila aku tengok pemimpin PAS takut pada DAP spt di Kedah, Perak dan Selangor,
-bila aku tengok kronisme dan nepotisme serta rasuah dlm pentadbiran kelantan,
-bila aku tengok byk fatwa merapu dan jelas bertentangan Islam spt orang PAS dijanjikan syurga,
-bila aku tengok setelah 19 tahun perintah, kelantan tak ada perubahan,
- bila aku tengok calon PAS sanggup gadai bini,
-bila aku tengok penyokong PAS berperangai ganas dan suka maki hamu,...aku kini berdoa agar Tuhan tidak perkenankan PAS menjadi pemerintah negara.
ice.
This comment has been removed by a blog administrator.
alpasiku
kita bukan bincang pasal teori konspirasi liwat.
anon 3:03
kita bukan cerita pasal kelantan.
Saya delete kedua2.
tak menyokong mana2 parti...tetapi sbg rakyat kedah, pentadbiran negeri berjalan dengan baik, pendapatan meningkat, dipuji oleh Ketua Audit Negara...negeri aman, perjalanan rakyat macam biasa,dalam demokrasi..perjalanan kerajaan negeri masih di landasan...manusia perlu mambuat kajian terhadap sesuatu isu,,,jangan hentam tanpa dtg ke kedah atau usul periksa...t