Greetings

Tuesday, October 27, 2009

UNSPIN: Nizar dan komunis Ngeh-Nga tak datang DUN, Mengaku kalah


Nizar-Ngeh-Nga (N3) akhirnya mengaku kalah dan tidak mahu datang ke persidangan DUN Perak pada Oktober 28. Mereka guna alasan samseng diupah. Ini pasti tidak lojik. Buat apa nak upah samseng?

Pertama, mereka yang samseng di sidang DUN yang lepas. Tak perlu upah. Dah ada samseng free datang.

Kedua, lagi mereka samseng, lagi baik untuk kerajaan. Itu yang mungkin difikirkan N3 supaya dielakkan. Nanti mereka kelihatan aggresor dan kerajaan kelihatan victim. Itu yang rakyat akan bertambah benci pada mereka.

Sebenarnya rakyat Perak dah fed-up pun dengan depa tu. Mereka sudah nampak kebodohan N3 ini. Ceramah mereka hanya menabur kebencian. Mereka banyak menipu dan rakyat sudah sedar penipuan mereka.

Kalau mereka kata DUN ini tidak sah, kenapa Sivakumar menyalahguna letterhead kerajaan untuk memanggil sidang yang sama? Tidak lain dan tidak bukan, mereka mahu menghadiri sidang. Tak malukah mereka bila mengaku sidang bawah pokok dan dalam hotel itu sah?

Maknanya mereka terlupa strategi asal dan telah mengaku kerajaan ini sah.

Asalnya mereka mahu datang untuk perkecilkan bujet kerajaan dengan bujet mereka. Pengunduran menunjukkan mereka tidak tahu buat bujet untuk bandingkan dengan bujet kerajaan.

Alah Pakatan Haram ini mana tahu tadbir negeri? Semua negeri yang mereka tadbir kecoh dan kelam kabut. Benda yang mereka kritik pasal BN pun tak boleh selesaikan.

2 comments:

  • Anonymous says:
    October 27, 2009 at 6:08:00 PM GMT+8

    PR is playing a similar con like PAS did with the "slashed by samurai sword" trick.They are going to create an atmosphere of anticipated violence and then they themselves cause chaos and declare themselves victims of persecution.Come on guys,grow up and behave like leaders.People can see through your childish mind games.

  • abe says:
    October 27, 2009 at 6:09:00 PM GMT+8

    Taknak datang, kena letak jawatan &

    adakan pilihan raya kecil di kawasan Pas-Pkr-Dapig.

    atau

    mereka dilucutkan secara undang2 sah.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)