Greetings

Sunday, October 25, 2009

UNSPIN: Nik Aziz sedia pecahkan PAS


Dengan DAP, Nik Aziz bukan main mesra lagi. Sesama pemimpin PAS yang tidak sehaluan dengan agenda Anwar Ibrahim, Nik Aziz mahu mencantas mereka habis-habisan.

"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar." kata Nik Aziz pada 24 Oktober 2009 (baca sini).

Kata-kata Nik Aziz ini membayangkan bahawa Nik Aziz tidak menghormati keputusan pemilihan PAS yang telah memilih Nasharuddin Mohd Isa sebagai Timbalan Presiden PAS. Ini kerana Nik Aziz lebih menyukai Husam Musa untuk ke jawatan tersebut.

Gesaan Nik Aziz ini dibuat berdasarkan artikel yang ditulis oleh Dr Aziz Bari. Suara Aziz Bari adalah cetusan idea dari Anwar Ibrahim, perkara ini sudah diketahui oleh kebanyakan bekas penyokong PKR dan PAS. Kerana telunjuk Anwar, Nik Aziz sanggup hancurkan PAS dan bersekongkol dengan DAP.


Nik Aziz juga tidak selesa dengan team ulama yang diterajui oleh Haji Hadi Awang (Presiden PAS), Setiausaha Agung PAS dan Timbalan Murysidul Am PAS. Kekalahan teruk PAS di Bagan Pinang dan kemenangan tipis PAS di Manek Urai menyerlahkan lagi perpecahan dalaman yang berlaku dalam PAS.

Team Erdogan saling mengesyaki team ulama yang menjadi faktor utama kemerosotan PAS di Bagan Pinang, Permatang Pasir dan Manek Urai.

Jika perhimpunan khas PAS diadakan, apakah akan ada usul undi tidak percaya kepada Presiden dan Timbalan Presiden PAS? Sudah tentu ada. PAS sudah menjadi parti yang hanya eksklusif untuk team Erdogan sahaja. Tiada demokrasi, ketelusan dan keikhlasan dalam PAS bila mursyidul sendiri berusaha menjatuhkan Presiden yang dipilih secara demokrasi.

Beranikah ahli PAS membuat pilihan secara demokrasi untuk memilih Mursyidul Am PAS?

Sumber: Blog Angin Perubahan

18 comments:

  • Anonymous says:
    October 25, 2009 at 9:21:00 PM GMT+8

    Nik Aziz pernah menggelarkan rakan separtinya sebagai SAMPAH.

    Kejam betul.Tak mulia langsung.

    Tapi dengan DAP anti-Islam tu,no problemo.

  • Anonymous says:
    October 25, 2009 at 9:23:00 PM GMT+8

    Nik Aziz nak tumbangkan Hadi.Tapi tak berani nak sebut nama Hadi dalam blognya.

    Baculnya.Tak mulia langsung.

  • Anonymous says:
    October 25, 2009 at 9:26:00 PM GMT+8

    Nik Aziz nak pergi haji lagi.Tapi dia kafirkan umat Islam lain.

    Tak mulia langsung.

  • Anonymous says:
    October 25, 2009 at 9:29:00 PM GMT+8

    Nik Aziz sebok pasal demokrasi.Tapi nak tumbangkan presiden sendiri.

    Tak mulia langsung.

  • Anonymous says:
    October 25, 2009 at 10:18:00 PM GMT+8

    bagi aku la, kalau ditakdirkan kem hj. hadi bertempur dgn nik aziz.

    kem hj. hadi ada byk kelebihan, geng2 ulama ramai, ustaz nasa, ustaz harun, ustaz harun din, ust azizan, mustafa ali, seme geng2 lama tu.

    mereka byk pengalaman dan dah faham sepak terajang politik.

    hujah nik aziz ni tak la hebat sgnt, dia cuma sayangkan pas di k'tan saja. ye la dia naik turun bersama pas di k'tan. team hj. hadi kena faham ni.

    pas di terengganu lain sikit, org2 pas/umno di t'gganu kira ok la tak mcm di k'tan yg main cah keting, dan byk cerita tak sedap sbb tu pas menang, sbb umno lemah di k'tan.

    nak kalahkan nik aziz ni senang aje, tapi kem hj. hadi kena la berani, nik aziz ni terlalu bergantung kepada husam, so nak kalahkan nik aziz kena check mate husam.

    memang la nak luah mati mak nak telan mati bapak, tapi kem hj. hadi kena berani. kalau husam out, makna kata lanskap politik k'tan akan berubah.

    nak ubah , masa ni la, kalau dah dkt p/raya nnt dah terlewat.

    aku vote, kena tempur, mereka lemah, mereka hanya bergantung pada isu nuar.

    Zul.

  • Anonymous says:
    October 25, 2009 at 10:27:00 PM GMT+8

    Ini kerana bila dapat 1,000,000,000rm royalti kelate ta mahu kongsi dengan pati pas.
    buat pati lain dan royalti 1,000,000,000 bolih guna untuk kelate ...
    HjMae Berek12

  • Anonymous says:
    October 25, 2009 at 10:31:00 PM GMT+8

    dulu aku dah cakap orang kelantan ni sikap parochial sempitnya begitu kuat. bagi orang kelantan, dalam PAS, Pas kelantanlah paling Isle. Pas negeri lain ni kurang sikit. seburuk2 NAjis dan Husam mereka tetap sokong mereka.

    Ice.

  • Anonymous says:
    October 25, 2009 at 11:31:00 PM GMT+8

    Dalam blog Nik Aziz disebutkan perkataan yang membawa maksud Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM). Apa yang dibisikkan kepada Salahudin bukanlah seperti yang dilaporkan itu tetapi sekadar mesyuarat biasa aja.

    Soalnya, kenapa secepat kilat Nik Aziz merubah pandangan? Apakah setelah difikirkan kembali isu berkenaan makanya Nik Aziz mendapat kesimpulan iaitu hasrat tersirat (kalau ada) tidak semudah itu dapat dicapai dalam senario politik pasca PRK di BP?

    Kalau setakat mesyuarat biasa, tak payahlah buat gempak dan panggil sidang media. Huh, apa ini? Anti-climax betullah kesudahan bagi isu yang ditimbulkan oleh Pok Nik. Buang masa beb.

    Dulu Pas

  • Anonymous says:
    October 25, 2009 at 11:43:00 PM GMT+8

    Menantu Nik Aziz jadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan Bhd.

    Itu kronisma.Tak mulia langsung.

  • Anonymous says:
    October 25, 2009 at 11:46:00 PM GMT+8

    Nik Aziz sudah flip-flop lagi.

    Tak mulia langsung

  • Anonymous says:
    October 26, 2009 at 12:01:00 AM GMT+8

    "Swine Flu Is Widespread in 46 States as Vaccines Lag

    Published: October 24, 2009

    "WASHINGTON — President Obama has declared the swine flu outbreak a national emergency, allowing hospitals and local governments to speedily set up alternate sites for treatment and triage procedures if needed to handle any surge of patients, the White House said on Saturday."

    1. Swine flu adalah isu kesihatan dan dari segi perbandingan ia adalah isu yang jauh lebih besar dan penting daripada masalah teraju Pas.

    2. Daripada sudut apa jua (termasuk agama), isu ini sepatutnya menarik minat orang Islam untuk sama-sama menyumbang idea dan kepakaran (kalau ada) bagi menangani masalah kesihatan global.

    3. Orang Islam akan lebih dihormati kalau dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam menyelesaikan permasalahan yang bersifat sejagat daripada menumpukan perhatian kepada isu siapa yang lebih baik, lebih kuat dan lebih layak menakhodai bahtera Pus.

    Fence Sitter

  • hatiminda says:
    October 26, 2009 at 12:31:00 AM GMT+8

    Saya cadang janganlah gunakan islam utk kepentingan diri, nak dapat kuasa dan menipu umat islam yg lain....puak2 parti PAS ni tau cakap jer kerja macam haprak!! ini lah padahnya kalau melindungi AnWar yang penipu...habis semua org politik PAS ikut gaya AnWar...kalau masih menggunakan islam tunggulah bala dari Allah S.W.T... NIk Aziz pun sudah nampak semakin bangang dan nyanyok akibat melindungi AnWar..

  • Anonymous says:
    October 26, 2009 at 2:46:00 AM GMT+8

    Ada ahli PAS yang terkilan dengan perangai Nik Aziz sudah mula bersuara dan mengesyorkan mana2 ahli PAS yang mendewa2kan Anwar,lebih baik masuk PKR aje.

  • sri mersing says:
    October 26, 2009 at 3:44:00 AM GMT+8

    Nuor mmg pandai rosakkan parti org.UMNO nyaris2 masuk gaung,nasib tun mahathir cpt bertindak.ni pok nik tak nampak2 si nuor ni nak hancurkan pas,liberalkan pas..bukak besar2 mata hati tu pok nik..

  • Jeffry says:
    October 26, 2009 at 7:49:00 AM GMT+8

    SLM BRO...NICKY PHARAOH DAH BLEY TEMPAH KERANDA KAYU JATI SBB DIA DH 'GALI' KUBOR SENDIRI KEHKEHKEH

  • Anonymous says:
    October 26, 2009 at 10:44:00 AM GMT+8

    ni umno punya pasal ler ni.
    taik punya parti siang malam lagakan org melayu.

  • ketiak hitam says:
    October 26, 2009 at 2:51:00 PM GMT+8

    Nik Ajis = Flip Flop = ex PM flip flop = jadi beban kpd parti = patut disingkirkan.

    Org PAS kena buka mata luas2. Haji Hadi takkan terkalakan kerana ia punyai pasukan terkuat berbanding nik ajis. Maka bila diisedarkan salahudin ayob, nik ajis pun flip flop nk buat mesy biasa saja ! Dh tersedar dari tidur? Baru tahu langit ni rupanya bukan rendah dan tidak mudah dicapai. Maka org tuan ni lebih baiklah "cakap siang, pandang2, ckp mlm dengar2, ckp politik, hati2, kalo tak muka nk tampal dgn apa?

  • El Mariachi says:
    October 27, 2009 at 7:02:00 PM GMT+8

    ik ajis ni sbenanye gila publisiti. hari2 sinar harian kejar nak amek statement dia. 2,3 tahun lps manela nik aziz ni sllu kua brite, tp skang ni makin menjadi2. dulu, kalau politik teruk sgt bru wartawan g amek statement die. skang ni, hari2 wartawan2 g cari. manela x besar kepala org tu. xcaye? cbe bace sinar harian edisi klate. hehe

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)