Tuesday, October 27, 2009

UNSPIN: Mengikut amalan kafir hanya meragukan kepada Nik Aziz?


Nik Aziz akui pegang lilin meragukan tetapi bukan haram

Jumaat Julai 24, 2009

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah "sesuatu yang meragukan" tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.

Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.

"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.

"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed KeIV, di sini, semalam.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anakanak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.

"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.

Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud. BERNAMA

7 comments:

  • ketiakhitam says:
    October 27, 2009 at 11:35:00 AM GMT+8

    Buatlah fatwa sekondakhati "tok guru" asalkan ia menyebelahi pihak anda.

    Hanya org yg tak guna akal saja yg akan terpengaruh dgn "fatwa" hampeh yg berpihak ni.

  • Puteri Lilin says:
    October 27, 2009 at 12:26:00 PM GMT+8

    Lilin adalah hak kaum India pada Deepavali.

    Jadi tak salah lah dari sudut Nik Najis.

    Kalau tak ada letrik, lilin pun boleh lah.

  • Anonymous says:
    October 27, 2009 at 12:42:00 PM GMT+8

    Apa plak hukumnya jika seorang suami tidak mengajar isteri nya memakai tudung?

    ada ke di dalam surah Al-Quran seseorang HARAM memegang lilin?

    Toksah lah nak pusing2 lah Paloi.

  • Anonymous says:
    October 27, 2009 at 1:43:00 PM GMT+8

    hukum apa suami tak ajar pakai tudung.. setahu aku menjaga kehormatan menggunakan hijab... tudung pun bukan bule tutup.. kena pakai macam burqa tu barula betul hahah.. namun Anoy memang budu.. kerana si nizar tu bukan je pegang lilin selamba ya ya.. bermaksud tu.. memperingati kematian Teoh! memang budu la ko anoy

    Urang Utan!

  • amieieda says:
    October 27, 2009 at 1:53:00 PM GMT+8

    tak tutup aurat haram...tak der kompromi..

    tapi menghalalkan yang haram bagaimana agaknya....boleh pulak bagi statement diragui...kalau dah ragu takkan nak buat lagi...tu baru pegang lilin, yang AnWar dok sembah mayat cina tuh apa cerita?

    yang n.ajis gi lawat wat siam bagi derma tuh apaceriter...apeke heii nyer yob? takkan tu sebab musabab pasal adat resam...wat siam tuh brader...

    yang n.ajis melawat kuil tuh kenapa "lawatan sambil belajar?" maklumlah geng diaorang dah start belajor pasal alquran...

  • Anonymous says:
    October 27, 2009 at 2:17:00 PM GMT+8

    aik?pegang lilin pun nak memperingati mereka yang pergi dikira haram? surah mana ko jumpa nie? haha lawak paloi la kome nie..

    bini pemimpin negara tak pakai tudung ataupun burqa bak kata si urang utan(alahai paloi juga mak bapa ko nie, ada ke bubuh nama anak sendiri urang utan.. ni mesti urang utan bin kera jantan (KJ)) tak pulak kome bising? ni bukan blog unspin.. ni blog spin spin.. hyprocate!

  • Anonymous says:
    October 27, 2009 at 4:09:00 PM GMT+8

    Khalid Samad cakap vigil lilin sama dengan pakai lilin semasa blackout.

    1st kelas punya ulama.

    Inilah kualiti pemimpin PAS sekarang.

    Bangga betul pengikut PAS.

    Bila ulama sudah digulingkan nanti,senanglah PAS buat fatwa2 liberal.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)