Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Friday, October 30, 2009

UNSPIN: Mahaguru 58 turut dedah amalan Ikrar Lafaz Taklik oleh PAS


The Unspinners telah dedahkan perkara ini seawal September 9hb, 2009. Kemudian kami ulangi sekali lagi pada September 28hb, 2009 sebelum PRK Bagan Pinang.

Kini Mahaguru 58 - seorang blogger yang berkecuali dalam politik dan tidak malu kepada publisiti dan perhatian - mengulang perkara sama. Beliau baru saja mengatur pertemuan antara blogger-blogger dengan Dato Dr Hasan Ali dan Nasharuddin Md Isa.

Pertemuan itu telah menimbulkan kontroversi disebabkan ada blogger yang tidak datang tidak beretika pula. Kalau tuan punya badan minta jangan dihebohkan perkara sensitif tertentu, usahlah dihebohkan. Hormatilah permintaan. Kalau dalam kewartawanan, dia dipanggil maklumat off the record.

Tulisan blog beliau berkenaan Ikrar Lafaz Taklik adalah dipetik berikut:

Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.

Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.

Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!

Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!

Harap tuan-tuan dan puan-puan pembaca dan blogger tolong sebarkan perkara ini.

Sesiapa yang wartawan tolong tanya perkara ini kepada pemimpin-pemimpin PAS. Gembar gemburkan perkara ini supaya rakyat tahu perakra sebenar. Betapa jijik sekali politik PAS hingga mengguna ugama untuk kuasa politik.

Ini menunjukkan ulama dalam PAS bukan ulama tetapi orang yang menggunakan ugama sebagai alat saja untuk berkausa. Ini adalah perkara yang keji dilakukan oleh PAS demi kuasa hingga sanggup memperalatkan kesucian rumahtangga sebagai bahan cengkeram atau ugutan.

Memang layak PAS dipanggil sebagai Parti Ajaran Sesat.

20 comments:

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 3:13:00 PM GMT+8

    perghh. . ini kes berat ni. kena bawa ke tengah ni. ugutan menyalah gunakan agama demi kuasa dan politik. Jika pastikan perkara ini betul, jika betul. ini modal besar untuk memporak perandakan Pas. Jangan biarkan saudara kita sesama Islam terseksa. .

    Hafiz Azmi

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 3:37:00 PM GMT+8

    cakap takdak bukti fitnah namanya.ini yang dah terbukti kaki rasuah pun lantik jadi adun jugak.
    peluang kedua katakan.

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 4:15:00 PM GMT+8

    Sekarang baru saya tahu kenapa saudara saya yang bertugas dengan seorang Exco PAS selalu berseloroh kata boss dia takut bini!

    Fikir-fikir balik saudara saya itu pun apa kurangnya.

    Kalau begitu ceritanya tahulah kita kenapa orang-orang PAS jenis takut bini.

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 4:19:00 PM GMT+8

    Apa lu cerita beb! Gua dengar Hassan Ali kaki penerajang bini. Ini punya bab kalau betul tak suka lu lompat parti set habis settle dua-dua sekali. Pasal tinggal PAS lu boleh salahkan B.A.B.I dan Erdogan United. Pasal tinggal bini lu salahkan Hadi dan NAjis.

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 4:39:00 PM GMT+8

    PAS sebenarnya bukan Parti Islam SeMalaysia, PAS ada Parti Agama SeMalaysia. Kalau PIS barulah kita boleh katakan PIS adalah Parti Islam SeMalaysia. Yang ada, yang ujud adalah Parti Agama SeMalaysia. Walau bagaimanapun pada masa ini PAS dikuasia oleh mereka-mereka yang berserban kononnya ulama.

    Perjuangan PAS adalah untuk semua Agama. Sebab itu kalau kita lihat mutakhir ini segala perbuatan PAS jauh menyimpang dari Islam yang dibawa oleh Muhammad SAW. Kiblat PAS hanyalah kepada PArlimen dan semua DUN yang ada di Malaysia dan bukannya Ka'abah di Makkah Al-Mukaramah.

    Jadi, janga ada antara kita yang terpesong aqidah kita. PAS tidak pernah membanteras penyelewengan aqidah seperti yang dibawa oleh Ayah Pin, Rasul Melayu, Muhammad Matahari, Al-Arqam dll. Hanya kerajaan UMNO/BN sahaja yang berusaha membetulkan yang sesat seperti yang disebutkan diatas.

    PAS mungkin mengiktiraf agama lain sama rata sama rasa dan sehubungan dengan kerana itu mungkin PAS mengiktiraf adanya tuhan-tuhan lain..Entahlah.

  • Jeffry says:
    October 30, 2009 at 4:48:00 PM GMT+8

    FUYOOOO..PATUT LE YB PERLIS TU SANGGUP TRAJANG BINI..RUPENYE DIA DH 'JELAK' KAT BINI DIA TU..LEPAS TU CARI ALASAN NAK BEBINI BARU DAAA..TAKUT KENE SUMPAH DGN NIK AJIS LE KATEKANN KEHKEHKEHKEH

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 5:07:00 PM GMT+8

    Semua itu dilakukan demi keutuhan PR. Cumanya apakah demi kawan (PKR dan DAP) makanya sesama ummah harus berikrar taat setia seolah-olah kepercayaan kepada PR mengatasi kepercayaan kepada sesama ahli dalam parti sendiri?

    Melihat kepada senario yang ada, ahli parti mana yang nampaknya tidak kekal bersama PR? DAP atau Pas atau PKR?

    Dulu Pas

  • anak toyol says:
    October 30, 2009 at 5:43:00 PM GMT+8

    Parti Ajaran Sesat? Saya lama dah berpemikiran begitu.

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 5:49:00 PM GMT+8

    PAS.. IBLIS pun dia org sokong. Kaki rasuah dan bakal kaki liwat pun dia org suka 'kahwin politik'.
    Tak da satu pun perkara yg baik di lakukan oleh PAS di semua negeri pemerintahannya. pOORRAh!!

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 6:48:00 PM GMT+8

    ANON 337 TAKUT BINI KE"KALAU GITU BIAR AKU JADI APEK CINA BUTA....LEPAS TU MESTI DIA TAK MAU KAT HANG PUNYA

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 6:54:00 PM GMT+8

    Maknanya isteri dijadikan deposit.Kalau lompat,hilang isteri.

    Amat kejam.Tiada cara yang lebih murni ke?Ini ke tahap pemikiran PAS.

    Yakuza pun hanya potong jari aje.

    Ini bermakna PAS bekerja sesama sendiri tanpa kepercayaan antara satu sama lain.Paranoid.

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 7:22:00 PM GMT+8

    Bukti?

    Tarak kalu,samalah dengan tuduhan negara diperintah oleh PM Rosmah..hehe

    Surrogate

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 8:24:00 PM GMT+8

    Nasihat aku kpd ADUN2 PAS yg dah buat lafaz taklik,sebelum lompat dr PAS,cari girlfriend baru,lepas lompat kahwin baru,diorang ni nafsu kuat kononnya.

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 8:49:00 PM GMT+8

    berpada2 la berpolitik PAS oi! korang tu dah potong, kalau belum potong lain cerita la...

    -orang atas pagar-

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 8:54:00 PM GMT+8

    mahaguru dah cetaa, hasan ali dah cetaa, ustaz nasa pun dah cetaaaa....nak bukti apa lagi.

    mmg otak bdak2 pas ni dah penuh ngan taik lembu. nak wat cam ne...ek.

    otai JB

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 9:08:00 PM GMT+8

    ..bukti yang Lafaz Taklik ini bukan satu lagi spin..mcm kisah TBH bunuh diri..

    -otaik JB-

  • Anonymous says:
    October 31, 2009 at 3:26:00 AM GMT+8

    "Tarak kalu,samalah dengan tuduhan negara diperintah oleh PM Rosmah..hehe"

    Surrogate

    Persepsi siapapun boleh buat, contohnya:

    1. Kelantan dikuasai oleh SIL;

    2. Hadi tahu rahsia Anwar sebab itu dai tak sokong Anwar dengan plot Mat Jeninnya.

    Janganlah cakap macam budak sekolah rendah. Malu PR bro.

  • Anonymous says:
    October 31, 2009 at 11:30:00 AM GMT+8

    gila.. politik PAS semakin gila... abes kalo ahli parlimen ADUN tu pompuan camne pulak??? ape bende la... buat undang2 ke laot.. nie gaya nak MANAGE negara dun dreamin' la PAS...i really really hate PAS now.. mcm nak jadi lagi teruk dr PKR je... aduhai..

    TAKSUB BIAR BERTEMPAT.... DARI DULU LAGI PAS ADA MASALAH NIE.. TAKSUB PEMIMPIN... NIE SEMUA SBB MAEN AGAMA LA... SORGA DIJANJIKAN... LMAO..

  • Anonymous says:
    October 31, 2009 at 2:59:00 PM GMT+8

    Kepada Pak Lebai2 dan pemimpin PAS jangan khuathir, kalau pun ditendang oleh Muktamar PAS, jangan takut terpaksa kena ceraikan isteri2 anda yg cun melecun itu, kerana aku guarantee, orang2 dari DAP, pemimpin2 DAP, Lim Kit Siang, Ngeh, ngok, TBH, Karpal selam anak2 beranak, Siva dan geng2 Hindraf, rela dan sanggup menjadi Cina atau Mama Buta. hheh.hhehh hehhe baru padan muka pemimpin PAS. kahh kahh kahh kahhh. Pi Lah teman hang dari DAP tunggu peluang keemasan. kah..kahh kahah

  • SCREWKUAT says:
    November 1, 2009 at 4:49:00 PM GMT+8

    Tukang Screw memang amat bersetuju benor... dulu Tukang Screw pun kena buat macam tu masa election 99...hati sudah panas masa tu nak tumbangkan kerajaan maha firaun, buat jugaklah. terpaksa pajakkan surat nikah dengan orang PAS pasal sumpah taklik, lepas tu Tukang screw paksa bini sain surat sumpah tu. Ada ke patut buat macam tu...Nauzubillah min zalik... Itulah yang Tukang Screw kecewa sgt dengan PAS, tapi yang paling Tukang Screw kecewa bila kena sumbat dalam Kemunting 4 tahun, takde sekor pun peguam2 PAS yang maha hebat datang jenguk Tukang Screw. Yang lagi best, bini Tukang Screw mintak cerai taklik sebab tak dapat nafkah zahir batin. Ni yang paling sedih, lepas Tukang Screw Keluar kemunting, orang PAS sudah sebat bini Tukang Screw!

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)