Monday, October 26, 2009

UNSPIN: Lagi latarbelakang Dr Porno yamng dipersoalkan


Anwar Ataturk punya hubungan dengan Dr Porntip?

Nama sebenar Dr. ini ialah Pornthip Rojanasunand lahir pada 21 Disember 1955 dan merupakan seorang ahli patologi forensik Thailand, juga merupakan penulis dan aktivis hak asasi manusia.

Lantaran penglibatan dalam Human Right beliau mengenali Tian Chua, Elizabeth Wong dan aktivis hak Asasi dalam PKR/DAP di Malaysia. Kini beliau merupakan Pengarah Institut Sains Forensik, Thailand. Dan orang yang bertangungjawab menjadikan DNA sebagai bukti di Mahkamah Thailand.

Nama beliau menjadi sebutan apabila berlakunya kejadian tsunami di Thailand dan beberapa Negara asia pada tahun 2004. Pada masa itu beliau telah masuk campur dalam banyak perkara berkaitan urusan pengenalan mayat hingga menimbulkan rasa kurang senang pihak berkuasa.

Sebenarnya pandangan mengenai hasil penemuannya bukanlah digunapakai semua pihak di Thailand, malah ada yang meragui kredibiliti Dr. Pornthip. Kerana wanita yang selalu berpenampilan imej rangi ini adalah seorang yang gila publisiti kerana sentiasa ingin menonjolkan kehebatan dirinya.

Malah ada yang berpendapat sebagai penulis, tidak mustahil dia banyak menimbulkan kontoversi untuk melariskan jualan bukunya. Satu situasi yang pelik Pornthip seakan mempunyai dendam kepada pihak polis dan pihak keselamatan, hingga banyak kali berikrar untuk mencari kesalahan pihak berkuasa.

Dalam sebuah rencana akhbar Thailand diterbitkan pada tarikh 15 Disember 2005, Polis Diraja Thailand dan pasukan profesional perubatan Thailand mengatakan Dr Porntip menyalahguna dana kerajaan untuk SIFS (Central Institute of Forensic Science Thailand) untuk menampung kos autopsi mangsa tsunami - rujuk The Natio. Dikatakan juga Dr. Porntip gagal mengikut piawaian antarabangsa untuk identifikasi mangsa korban tsunami pada masa tersebut.
Ketidakpercayaan sepenuhnya masyarakat Thailand atas hasil Dr. Porntip dapat dilihat pada kes tahun 1999, apabila seorang ahli Parlimen Thailand Hangthong Thammawattana ditemui mati dengan peluru menembusi kepalanya. Hasil autopsi yang dilakukan oleh polis menunjukkan bahawa Hangthong telah membunuh diri. Namun autopsi kedua dilakukan oleh Dr Porntip menunjukkan bahawa dia dibunuh.

Ini menyebabkan kakak Hangthong iaitu Noppadol ditangkap dan didakwa dengan kes pembunuhan. Namun, pada tahun 2006, autopsi ketiga yang dilakukan oleh pakar forensik Universiti di Thailand, sekali lagi bersetuju dengan hasil autopsi yang dikelurkan OPFS (Pejabat Sains Forensik Polis Thailand), menyatakan bahawa Hangthong telah membunuh diri.

Kes ini menyebabkan wujudnya konflik antara Dr Porntip, Polis di raja Thailand dan ahli forensik Thailand. Beberapa pihak di Thailand berpendapat hasil keputusan autopsi Dr. Pornthip banyak dipengaruhi dari keterlibatannya dengan badan hak asasi manusia, khususnya Asian Human Rights Commission.

Sewaktu dia terlibat mencari punca kematian David Carradine, aktor Hollywood yang mati mengejut di Thailand, beberapa penganalisis mengatakan Pornthip hanya memberi pandangan berdasarkan apa yang dibaca oleh beliau dalam buku kes yang hampir sama melibatkan kematian mengejut orang barat/eropah dan bukan berasaskan fakta sebenar.

Kematian David Carradine sehingga ini masih misteri dalam mencari punca sebenar, walaupun banyak kajian forensik telah dilakukan.

Petikan dari: Pochong

11 comments:

  • Anonymous says:
    October 26, 2009 at 8:33:00 AM GMT+8

    haha.. pUtar and Putar Lagi... Sudah-sudah la.. kome ni doktor ke? kome nie ahli analyst? tok sah la nak putar belit oi..

  • The Unspinners says:
    October 26, 2009 at 9:10:00 AM GMT+8

    Nak baca laporan bawah ini pun kena jadi analyst atau doktor?

    Dalam sebuah rencana akhbar Thailand diterbitkan pada tarikh 15 Disember 2005, Polis Diraja Thailand dan pasukan profesional perubatan Thailand mengatakan Dr Porntip menyalahguna dana kerajaan untuk SIFS (Central Institute of Forensic Science Thailand) untuk menampung kos autopsi mangsa tsunami - rujuk The Natio. Dikatakan juga Dr. Porntip gagal mengikut piawaian antarabangsa untuk identifikasi mangsa korban tsunami pada masa tersebut.

    Inikan melaporkan saja. Apa ada nak putar alam atau apa?

  • Anonymous says:
    October 26, 2009 at 9:19:00 AM GMT+8

    anon 8:33

    mana satu fakta yang spin?

    fakta lawan fakta la.

    tlg unspin. mana astu yang bohong dan tak betul. apa yang tak betul.

  • Anonymous says:
    October 26, 2009 at 9:38:00 AM GMT+8

    Pada pendapat saya, 80% Pornthip Rojanasunand adalah PELACUR dan 20% Pornthip Rojanasunand seorang IBU AYAM.

  • Media Cyber says:
    October 26, 2009 at 9:45:00 AM GMT+8

    Dr Porno ni digelar sebagai PAKAR? Tidak layak langsung. Kalau setakat memberi keterangan melalui apa yang dibaca dan dilihat pada gambar memang gaya seorang manusia yang suka menambah2kan cerita yang tidak wujud.

    Spin the wheel bro... jgn pedulik dengan anonymous tu. tahap kecerdasan otak dia berada ditahap yang kritikal which is kita tak perlu ambil kira comment dia.

  • Anonymous says:
    October 26, 2009 at 10:11:00 AM GMT+8

    anon 9.38,

    Mungkin....mungkin...mungkin. Dan saya pasti pendapat sdr hanya berdasarkan gambar beliau yg dibekalkan saja kan? analisis melalui gambar kini boleh dikatakan tepat kerana Dr, Porntip kata begitu.

    ice.

  • Anonymous says:
    October 26, 2009 at 10:42:00 AM GMT+8

    siasat lagi mungkin dr pornthip ni ada rekod politik wang.lembaga displin umno patut ambil tindakan.selepas ambil tindakan baru kita maafkan dr pornthip ni dan beri dia peluang kedua.

  • Anonymous says:
    October 26, 2009 at 10:59:00 AM GMT+8

    Porntip akan buat post mortem kedua.

    Kalau keputusan analysis dia bertukar dari 80/20,bermakna testimoni pertama mengarut dan sepatutnya tidak dikeluarkan kerana tak cukup fakta dan hanya spekulasi.Menimbulkan prasangka.Tiada kredibiliti.

    Kalau keputusan masih 80/20,adalah ganjil juga.Sudah fixed.Mungkin dituduh berkomplot dengan pihak2 tertentu untuk keluarkan keputusan yang boleh diekploitasi.

    Apamacam pon,perkara ini meleret berterusan.Tak selesai juga.

    Dari blog Rocky,saya baca yang Porntip sudah bersedia untuk buat post mortem PERTAMA.Tapi keluarga Teoh tidak mahu semasa tu.Sekarang mahu pulak.

    Kenapa begitu.Kes berpanjangan.Dan diekploitasi berpanjangan.Siapa untung,memang jelas.

    Lagi yang diragukan,pakar yang dibayar,takkan melawan taukey kan.

    Apapun,keputusan post mortem Porntip tidak akan selesaikan masaalah jika konklusinya homisid.

    Siapa bunuh?MACC atau gangster DAP.

  • NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN says:
    October 26, 2009 at 11:27:00 PM GMT+8

    HEEEE NANTI MASA PERBICARAAN KES LIWAT PADA 3NOV DR PORNO KELINGTAIKBUSUK AKAN DATANG MENUNJUK PANDAI JUGA.UPAH LUMAYAN BIB MUAHAHAHAHAA KELINGTAIKBUSUK HEEEEE

  • kasibis says:
    October 27, 2009 at 12:18:00 AM GMT+8

    Setuju dgn The Unspinners,Dr Porno Tits hanya perlu buat ramalan macam realistik dpt imbuhan penuh + bonus.

  • Anonymous says:
    October 29, 2009 at 6:21:00 PM GMT+8

    Orang macam Dr P ni tak profesional, tak objektif dan reliable, sebab prejudis dan bias. Dia selalu terlibat kes menentang pihak berkuasa dan memperjuangkan hak asasi manusia. Kalau dia menyiasat sesuatu kes, dia akan hasilkan rumusan untuk justify tuduhan bahawa pihak berkuasa bertanggungjawab, bukannya rumusan yang menjelaskan situasi kes dan menyerahkan kerja mengenal pasti dalang kepada pasukan penyiasat induk. Penampilan bukan ukuran, ya, tapi rekod silam boleh ceritakan banyak perkara.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)