
Antara sifat orang Munafiq adalah kuat berbohong. Orang Munafiq menjadi bara dineraka.
Nik Aziz pernah mengkritik dan menghina UMNO mengenai Negara Islam tetapi dalam situasi dengan DAP, dia mengalah. Beraninya hanya sesama Islam tetapi bukan pada penentang Islam.
Kami ada di sini 30 dalil dan 10 tahun kata-kata Nik Aziz yang penuh pembohongan, putarbelit dan memesongkan.
1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
... Butirnya di blog Parpukari di sini ...
29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009.
Adakah Nik Aziz seorang Munafiq? Jangan kita menghukum seperti apa yang dia lakukan. Terserah pada Allah yang maha mengetahui dan adil. Bagi mereka yang beriman dan berakal, jadikan Nik Aziz sebagai sempadan.


betullah dia ni nyanyuk atau memang sengaja puta belitkan agama
Kenapa UMNO pilih Isa??
Aku kecewa apabila UMNO memilih Isa, sebahagian keluarga aku menaruh harapan yang tinggi terhadap UMNO, hancur berkecai.
UMNO tidak pernah belajar dari kesilapan memilih calon yang imej tercemar bermula di Permatang Pasir melarat ke Bagan Pinang.UMNO tidak memperdulikan lagi imej calon asal kemenangan memihak kepadanya.
Walau pun Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh tidak mahu UMNO memilih Isa sebagai calon. Tapi nasihat veteran UMNO ini ditolak mentah dengan alasan kehendak rakyat memilih Isa.
Ujud juga budaya kuno mengugut dari ahli-ahli UMNO sendiri untuk memboikot PRK jika Isa tidak dipilih. Budaya Melayu yang menjejekkan. Begini corak pemikiran Melayu yang dihasilkan oleh UMNO setelah lebih 52 tahun memerintah, setia membabi buta.
Kekalahan demi kekalahan menjadikan UMNO terdesak untuk menang.
Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkan UMNO secara tidak langsung mengiktirafkan politik wang. Walaupun kehendak rakyat menolak politik wang, UMNO lebih mementingkan kemenangan. Jika Isa benar-benar mementingkan masa depan UMNO, dia sepatutnya menolak pencalonan tersebut. Isa lebih mementingkan diri sendiri.
Pemilihan Isa sebagai calon BN menunjukkkan sikap kepimpinan DS Najib dan TS Muhyiddin yang lemah dan tidak berani membawa perubahan kepada UMNO. Mereka lebih takut kepada desakan dan kekalahan BN dari masa depan UMNO. Beginikah kepimpinan yang diperlukan untuk memimpin Malaysia?
Demi masa depan UMNO , saya tidak dapat menerima Isa Samad sebagai calon BN di Bagan Pinang.
Dan saya berharap UMNO dapat dikalahkan lagi di Bagan Pinang supaya UMNO benar-benar dapat menghayati makna perjuangan parti.
nauzubillah himinzalik. Bersamalah kita memanjat doa kehadrat Allah agar negara dijauhi bala akibat kemungkaran NAjis dan PAS.
ice
nik ajis tu tak nyanyuk lagi..puak umno laknat ni yg suka putar belit fakta sampai tak paham asal usul. korang buat la apa pun insyaallah PRU13 ni lingkup umno laknat ni melainkan umno main kotor gila babi. amin
salam.
artikel menarik.
semoga rakyat matang memilih wakil mereka.
tentang Isa samad... saya pun pelik kenapa najib pilih dia?
apapun, jangan pilih parti yang lacurkan agama demi kepentingan politik peribadi.
wassalam.
sdr Decay, artikel di atas tu adalah fakta (recorded) dan bukan putar belit. yang putar belit tu selalunya NAjis. pagi kata lain, petang kata lain. hari ini buat kenyataan, esok pula nafikan. bukalah minda sikit. buat kajian. carilah kebenaran dgn hati ikhlas.jgn taksub membuta tuli.
ice
Kenapa seorg pemimpin yg mempunyai secalit kesilpan tidak boleh diberi peluang semula. Hakikatnya kita tau Isa Samad sudah menjad MB NS dari 1982 hingga 2004. Adakah tiada satu jasa pun yg dilakukan oleh beliau ketika itu? Adakah ketika tempoh tersebut N.Sembilan tidak maju dan tiada pembangunan yg dilakukan? Bandingkan negeri Kelantan dibawah TGNA yg sudah hampir 20 tahun pemerintahannya. Rakyat masih dihimpit kemiskinan, ekonomi yg tidak meningkat serta rakyat kelantan sendiri terpaksa merantau ke bandar2 besar.
Haruskah kita terus menghentam pemimpin yg pernah terlibat rasuah? Sedangkan penyokong juga PR memberi peluang kepada Anwar Ibrahim yg semua org tahu beliau juga adalah sorg yg korup juga ketika didlm UMNO. Masalah rasuah berada dimana2 dinegara dunia ini.
Bukan Melayu di N.Sembilan lebih mengenali IsaSamad dan jasanya. Rasuah Isa Samad adalah rasuah dalaman iaitu didlm perebutan kedudukan di UMNO. Biarlah pengundi Bagan Pinang yg membuat keputusan.
Harapan saya agar BN mengekalkan kerusi di BaganPinang. Tiada apa yg boleh dilakukan oleh PAS sekiranya mereka memenangi kerusi tersebut. Ini bukanlah gelanggang utk PAS turut serta.