Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Friday, October 23, 2009

NEWS: Tian Chua penjara 6 bulan, Pilihanraya Kecil Batu?

Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari Khamis kerana didapati bersalah mencederakan seorang konstabel polis dengan menggigit tangan polis berkenaan pada satu perhimpunan haram dua tahun lalu di luar kawasan Parlimen.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Faizi Che Abu yang memerintahkan hukuman berkenaan dilaksanakan berkuatkuasa hari ini. Tian Chua bagaimanapun memohon penangguhan hukuman tersebut dan akan membuat rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan ke atasnya itu.

Mengikut undang-undang dengan hukuman yang diterima, keanggotan Tian Chua sebagai Ahli Parlimen gugur dan pilihan raya kecil perlu diadakan di kawasan Parlimen Batu. Bagaimanapun pilihan raya kecil tidak boleh diadakan sehingga proses rayuan selesai.

Jika hukuman ke atas Tian Chua dikekalkan hingga semua proses rayuan diselesaikan, barulah pilihan raya kecil akan diadakan.

Seperti diduga, Ahli Parlimen PKR Kawasan Batu Tian Chua mendakwa hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3,000 terhadapnya oleh Mahkamah Majistret sebagai tidak adil

"Saya akan merayu dalam tempoh 14 hari. sementara itu saya akan jalankan tugas sebagai wakil rakyat seperti biasa," katanya di lobi Parlimen, Khamis.

Sumber: Agendadaily

13 comments:

  • Pertubuhan KebangsaTan Melayu Bersatu says:
    October 23, 2009 at 9:25:00 AM GMT+8

    Angkatan Muda PKR (AMK) mengakui perjuangan 16 September yang sering disebut-sebut oleh Pakatan Rakyat akhir tahun lalu telah "dirampas" oleh BN apabila tarikh tersebut diumumkan sebagai satu cuti umum.

    Ketua pergerakan itu, Shamsul Iskandar Mat Akin bagaimanapun berpendapat, pengumuman itu juga merupakan satu bentuk sokongan kerajaan BN ke atas usaha-usaha yang dilakukan Pakatan Rakyat untuk membina kesamarataan di antara semenanjung serta Sabah dan Sarawak.


    "Ini turut memberi peluang kepada rakyat untuk membina kefahaman bahawa Pakatan kini telah sudah berupaya menjadi kerajaan," katanya.

    Shamsul berkata BN juga kini tidak lagi mempunyai idea baru untuk diketengahkan sehingga "terpaksa mengambil idea Pakatan Rakyat."

    "Bukan sahaja ini memberi sokongan kepada perjuangan Pakatan selama ini, mereka juga nampaknya telah hilang punca untuk mendepani tuntutan daripada pemimpin BN serta rakyat di sana dengan memberikan cuti umum ini," katanya lagi.

    Pakatan Rakyat telah menimbulkan isu sambutan Hari Malaysia dengan giat ketika cuba meraih sokongan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak, dalam usahanya mengambil alih kerajaan persekutuan menjelang 16 September tahun lalu.

    Katanya lagi, pengumuman cuti umum itu hanyalah sebahagian kecil daripada usaha Pakatan selama ini untuk memberi lebih pengiktirafan kepada Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia.

    Bayaran royalti

    Tambahnya, pengumuman cuti umum itu juga tidak memberi gambaran sebenar berhubung sambutan Hari Malaysia, sedangkan dua negeri tersebut masih terpinggir dalam bidang ekonomi.

    "Najib melihat kepada (retorik) sambutan Hari Malaysia dan bukannya pengisian hari tersebut. Pengumuman cuti umum ini hanya untuk memperingati penggabungan Sabah, Sarawak dan semenanjung Malaysia," katanya.

    Tambahnya lagi, kerajaan persekutuan sebaliknya perlu memberi bayaran royalti sewajarnya kepada Sabah dan Sarawak, sebagai pulangan daripada sumber petroleum daipada negeri berkenaan.

    Shamsul menjelaskan, sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, ketidakseimbangan ekonomi antara semenanjung dan Sabah serta Sarawak akan terus berlanjutan.

    "Dari segi kemiskinan Sabah masih dianggap negeri miskin, termasuk Sarawak. Negeri ini juga masih ketinggalan dari segi pendidikan dan infrastruktur," katanya lagi.

    Tuntuan untuk menaikkan kadar royalti minyak Sabah dan Sarawak daripada 5 peratus kepada 20 peratus itu merupakan salah satu modal PKR bagi meraih lebih banyak sokongan di dua negeri berkenaan.

    Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah berjanji untuk menyemak semula perjanjian antara kerajaan negeri berkenaan dengan kerajaan persekutuan yang dibuat pada 1976, untuk menaikkan kadar royalti berkenaan.

  • Local Fighter says:
    October 23, 2009 at 9:48:00 AM GMT+8

    Ahli Parlimen atau wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri hilang status YBnya bilaman didapati bersalah di dalam kanun keseksaan dan dijatuhkan hukuman pejara 1 TAHUN atau/dan denda RM2,000.00.

    Tian 'I Smash Your head' Chua ini dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3,000.00. Maka sekiranya mahkamah kekal untuk denda dia RM 3k, maka hilanglah status YBnya.

    Tetapi tidak mengapa. atas prinsip tangguh dan tangguh lagi, dia akan cuba buat rayuan sehinggalah PRU-13 kelak. hehe

  • Anonymous says:
    October 23, 2009 at 10:02:00 AM GMT+8

    Sungguh kesian terhadap pegawai polis yang kena gigit oleh Tian Chua. Apa akan kita rasai sekiranya yang kena gigit itu adik beradik atau saudara mara kita? Marilah kita renungi bersama. Pegawai polis hanya menjalankan tugas dengan penuh tanggung jawab mengaja keamanan tetapi terima gigitan oleh Tian Chua.

  • Anonymous says:
    October 23, 2009 at 10:39:00 AM GMT+8

    KAMI BUMIPUTERA SARAWAK (70%) AKAN TETAP BERSAMA BN. KAMI BUMIPUTERA SARAWAK TIDAK AKAN MUDAH TERTIPU DENGAN TIPU DAYA DAN HELAH PEMBANGKANG. KAMI BUMIPUTERA SARAWAK KENAL YG MANA INTAN YG MANA KACA.

    ISK.

  • taikidungsedap says:
    October 23, 2009 at 10:39:00 AM GMT+8

    Penyokong2 PKR yg tongong/baghal/samdol/tengin/bongok/tolol/bengap - org macam ini pun korang boleh pilih jadi wakil engko orang. Patutlah perangai korang pun 2 x 5 jugak.

  • Anonymous says:
    October 23, 2009 at 10:44:00 AM GMT+8

    Tian Chua ini lah yang photoshopkan gambar palsu untuk memburukkan orang lain dan menipu rakyat.

    Macamana dia boleh jadi MP dengan skandal macam tu?

  • Anonymous says:
    October 23, 2009 at 11:08:00 AM GMT+8

    Pertubuhan KebangsaTan Melayu Bersatu,

    Bukan saja kamu in bodoh kerana menjadi agen copy & paste, malah lebih memalukan apabila anda tidak mampu untuk berfikir menggunakan otak sendiri.

    Sebenarnya PR tidak ada idea bernas yang mahu dikaitkan dengan tanggal 16 September. Bagi PR, terutama AMK (kayu), 16 September hanyalah tarikh untuk mereka mengenakan pakaian hitam, menyalakan lilin, joss-stick dan berarak.

    Untuk apa? Kah, kah, tidak lain dan tidak bukan bagi memperingati peristiwa gagalnya saudara Anwar bin Ibrahim memujuk tidak kurang dari 30 AP untuk menyertai pembangkang mengambil alih kerajaan yang dipilih secara demokratik!

    Fence Sitter

  • 1MALAYSIAH says:
    October 23, 2009 at 11:12:00 AM GMT+8

    Roni: In Aquarius, you put the money on the table.

    Mohamad Imran: No. I had the money in my hands and intended to give it to Mohd Osman. And then Mohd Osman told me to give it to (PKR politician) Usaili Alias. (Usaili is another accused in the trial).

    Roni: Do you agree that Mohd Osman did not want to accept the money and that was why he asked to give it to Usaili, who was the elections director for the Permatang Pauh by-election?

    Mohamad Imran: I disagree.

    Roni: I am not confusing the facts here. Let me ask you a direct question – You gave the money to Usaili because the money was intended to go to aid PKR in the by-election?

    Mohamad Imran: I disagree.

    The RM5,000 was allegedly meant to help Mohamad Imran in securing a multi-million ringgit housing project development in Seri Iskandar, a township some 45km from here.

    Roni then asked Mohamad Imran if everything that he had done between Aug 4 and Aug 19, 2008, had been under the orders of MACC officer Firdaus Mohd Idris.

    Mohamad Imran said yes and added that another MACC officer, by the name of “Azam”, had also been coaching him.

    Roni: This means that it was not your personal intention to embark on this so-called housing project in Seri Iskandar?

    Mohamad Imran: I agree.

    Roni: Do you agree, that from then until even now, such a project does not even exist and there was never any intention on the part of anyone to embark on such a project?

    Mohamad Imran: I disagree.

    Roni: Do you agree that during the handing over of RM1,000, RM1,400, RM2,000, RM5,000, RM5,000 and RM9,000 (on separate occasions before Aug 19), there was no arrests made by the MACC?

    Mohamad Imran: I agree.

    Roni: There was no arrest during this time because the funds were actually meant to help PKR in the Permatang Pauh by-election.

    Mohamad Imran: I disagree.

    Roni: The MACC did not make arrests because on these occasions, the two former state executive councillors (Jamaluddin and Mohd Osman) were not present (during the handing over of the money) at the time.

    Mohamad Imran: I do not know.

    Roni: This is because MACC's main target was to arrest the two of them.

    At this juncture, Abdul Razak stood up to object.

    “How would he (Mohamad Imran) be able to answer this question? He is not from MACC,” he said.

    Roni then changed his line of questioning but Mohamad Imran, who was beginning to look frazzled, stumbled through most of the next few queries, triggering laughter in the courtroom.

    Roni: Do you agree that giving a bribe is a criminal act?

    Mohamad Imran: (nods) I agree.

    Roni: Do you agree that offering sex (bribes) is also wrong?

    Mohamad Imran: (pause) I am not sure.

    The audience in the gallery sniggered.

    Roni: Since you agree that giving a bribe is wrong, so then you are agreeing that you were wrong to offer bribes to the accused.

    Mohamad Imran: I disagree.

    More laughter from the courtroom was heard.

    Roni: Do you agree that a person who did not receive a bribe, did not commit a crime?

    Mohamad Imran: (pause) I disagree.

    At this point, the two former PKR men were seen grinning.

    Roni: Since there was actually no real intention to embark on the housing project in Seri Iskandar, do you agree that you cheated Usaili, Ruslan, Zul Hassan and Fairul by saying you wanted to develop such a project?

    (Former Perak Tengah district councillor Zul Hassan, 45, and businessman Fairul Azrim Ismail, 31, are also jointly charged for various counts of corruption in the same trial.

    Former Perak Development Corporation technician Ruslan Sahat was also charged but his charges were dropped when he passed away on Aug 3.)

    Mohamad Imran: I disagree.

    Roni: If you do not tell the truth to someone, does it make you a liar?

    Mohamad Imran: (Long pause and silence).

    Roni: It is a simple question. If you say something that is not true, you are a liar. Agree?

    Mohamad Imran: I disagree.

    The trial continues tomorrow with the cross-examination of Mohamad Imran by Fairul's lawyer, Mohd Asri Othman.

  • Anonymous says:
    October 23, 2009 at 11:32:00 AM GMT+8

    Tian Chua is just a rabid dog who FALSIFIES photos and then claims to be honorable.

  • Anonymous says:
    October 23, 2009 at 11:33:00 AM GMT+8

    Bro Moderator,

    Hukuman penjara itu ringan saja bagi individu tertentu. Lagi pun orang macam Tian Chua dah biasa sangat keluar masuk kawasan penjara.

    Begitu juga dengan denda wang ringgit. Ia bukanlah satu bebanan kerana sebagai anak emas PR (iaitu gerombolan yang sudah menjadi kaya dalam sekelip mata), wang dan ringgit bukanlah faktor yang boleh menghalang agenda mereka.

    Inilah dilema keadilan antara pelaku dan mangsanya. Hukuman sepatutnya untuk memberikan keinsafan kepada pelaku dan keadilan kepada si mangsa tetapi dalam kes sebegini nampaknya ia memberikan kelegaan kepada pelakunya dan mangsa tidak mendapat apa-apa.

    Oleh itu, dalam kes pemimpin PR menggigit penjawat awam, hukuman lebih seimbang ialah kalau mangsa dibenarkan membalas perlakuan tersebut.

    Ringkasnya: gigit dibalas dengan gigitan, nyawa dibalas nyawa, rogol/main belakang di sunat habis lanc**nya dsbnya.

    Dulu Pas

  • Anonymous says:
    October 23, 2009 at 5:04:00 PM GMT+8

    ..kalau Polis yg kene gigit tuh bapa/suami/abang anda apa perasaan anda?

    Udahle sipenggigit tuh entah2 baru lepas makan ciok..ishkkkk...

  • Anonymous says:
    October 24, 2009 at 12:02:00 AM GMT+8

    ...entah2 ada penyakit babi gila.

  • Anonymous says:
    October 30, 2009 at 8:57:00 PM GMT+8

    PAKATAN BERMAIN ISU manakala yang bertindak ikut adalah KERAJAAN BN...UNTUNGNYA PADA PERINGKAT AWAL MEMANG pembangkang KERANA BERMAIN ISU TETAPI berapa banyak isu mereka boleh putarkan dan utarakan kalau yang BERTINDAK adalah BN...bukankah tu namanya TAK BUAT KERJA tapi ''membela''nasib rakyat dengan PERCUMA dalam ertikata lain CUCI TANGAN.aku bkn tak tau PKR buat roadshow pasal 16SEPT..tapi kekadang kita sebagai rakyat Malaysia ni celik ckit minda,MENGUNDILAH dengan bijak..(facebook-Addi Firdaus Mohd)

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)