Tuesday, October 20, 2009

NEWS: Salahguna kenderaan rasmi di Perak dan Pulau Pinang


Berlaku salah guna kereta kerajaan di 3 negeri: Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan negeri di tiga negeri iaitu Pahang, Perak dan Pulau Pinang tahun lalu.

Penyelewengan itu membabitkan pelbagai masalah termasuk penggunaan bahan api berlebihan, penyenggaraan kenderaan di bengkel yang tidak dikhususkan dan kekerapan penggantian tayar yang tidak munasabah.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara, terdapat penyelewengan penggunaan bahan api yang berlebihan dalam tempoh masa yang singkat oleh kenderaan kerajaan negeri Pahang.

"Kenderaan yang didapati kerap mengisi bahan api adalah kereta jenis Proton Perdana nombor pendaftaran CBD 88 yang dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh sebulan pada Disember 2008.

"Semakan audit juga mendapati pengisian sebanyak 743.39 liter berjumlah RM1,350 itu dilakukan dalam tempoh yang singkat iaitu antara satu hingga dua minit berbanding dengan kuantiti yang diisi," menurut laporan itu.

Bagaimanapun tiada tindakan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab dan menyebabkan pejabat setiausaha kerajaan menanggung kos penggunaan bahan api yang tinggi pada bulan itu.

Di Perak pula didapati kos penyenggaraan kenderaan kerajaan negeri adalah tinggi kerana tidak dihantar ke pusat servis yang dikhususkan.

Ini kerana kerajaan negeri tidak menetapkan bengkel khusus untuk menyenggara kenderaan sebaliknya ia dilakukan berdasarkan permohonan yang diterima daripada syarikat berkaitan.

"Menerusi semakan audit terdapat sampel baucar bayaran yang dipilih mendapati kos penyenggaraan berjumlah RM262,256 atau 69.4 peratus untuk kereta Proton Perdana di Syarikat Kinta Tyres Sdn Bhd, berbanding di Syarikat EON Service Sdn Bhd iaitu hanya RM15,197 atau 4 peratus sahaja untuk tempoh 2004 hingga 2008," katanya.

Laporan itu juga mendapati syarikat tersebut dimiliki oleh bukan Bumiputera dan kebanyakan alat ganti yang digunakan adalah diimport dari luar negara berbanding Syarikat EON Sdn Bhd daripada keluaran tempatan.

Alasan pejabat SUK mengapa kereta tersebut dihantar ke syarikat itu adalah kerana kenderaan Exco memerlukan penyenggaraan segera sedangkan Syarikat EON Services Sdn Bhd tidak dapat memberikan servis dengan segera.

Masalah kekerapan penggantian tayar dikesan berlaku di Pulau Pinang iaitu pada tiga kenderaan dengan nombor pendaftaran PED 21, PBF 1 dan PAF 1.

Penyiasatan audit itu juga melaporkan semua penggantian tayar adalah disebabkan keadaan bunga tayar yang telah haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah, tayar tidak mencengkam dan tayar keras.

Katanya, penggantian tayar yang terlalu kerap bagi tempoh tiga hingga 34 bulan dan penggunaan pada jarak perbatuan antara 1,700 kilometer hingga 21,900 kilometer untuk tiga kenderaan itu juga adalah meragukan.

Sehubungan itu, Pejabat SUK telah menetapkan setiap penggantian tayar perlu mendapat kelulusan Ketua Penolong Setiausaha (Kewangan) dan tayar yang telah digantikan akan disimpan bagi tempoh tertentu mulai 20 Mei 2009.

Secara keseluruhan didapati kebanyakan proses penyenggaraan kenderaan milik kerajaan negeri adalah tidak memuaskan dan tidak mengikut peraturan dan prosedur pejabat SUK.

"Pejabat SUK perlu mengawal perbelanjaan penyenggaraan kenderaan dengan meneliti kos pembaikan terbabit dan memilih pusat servis yang menawarkan harga yang munasabah supaya tujuan penjimatan dapat dicapai di samping memastikan hanya penyenggaraan yang perlu sahaja dilakukan," menurut laporan itu. - Bernama

Sumber: Berita Harian

Ehhh ... tak ada pulak pasal Khalid Ibrahim ganti cermin pada kenderaan sendiri. Guna trick kenderaan sendnri didaftar sebagai kenderaan rasmi.

8 comments:

  • Anonymous says:
    October 20, 2009 at 4:05:00 PM GMT+8

    contohi khalid ibrahim.pemimpin yang bagus sanggup pakai kereta sendiri buat kenderaan rasmi.
    nampak sekarang pimpinan pr di selangor berjaya memakmurkan selangor dimana bn gagal dulu.

  • Anonymous says:
    October 20, 2009 at 4:26:00 PM GMT+8

    Makmur?

    Berapa rizab kerajaan negeri yang rm1 billion kini tinggal?

    Rizab KDEB tinggal berapa?

    Zakat lagi nak diguna!

  • Anonymous says:
    October 20, 2009 at 4:50:00 PM GMT+8

    Betul.. Betul.. Betul..
    Bodo punya khalid....

  • Anonymous says:
    October 20, 2009 at 5:28:00 PM GMT+8

    Salam.
    Pada anon 4:05pm.
    Khalid pakai kereta sndri sbb kereta dia lagi mahal banding keta free utk MB tu.

    Aper kelas dia nak pakai keta murah tuh.

    Huh!!.. riak sungguh.

  • Anonymous says:
    October 20, 2009 at 5:33:00 PM GMT+8

    Khalid lain le, dia dapat pinjaman juta-juta ringgit, boleh pakai kereta yang mana CEO saja yang pakai. Kalau proton adalah kereta MB sendiri, adalah juga hebatnya. Bayangkan kalau trend ini berterusan dan kalau satu hari nanti ada MB yang miliki ferari (kereta sendiri) dan mahu dijadikan kereta rasmi, cam mana tuh? Bankrap C, beb!!!

  • Anonymous says:
    October 20, 2009 at 6:12:00 PM GMT+8

    BODOH LA LU KES MINYAK KAT PAHANG BANGGANG DAN MANTAINCE KETA TU ANTARA TAHUN 2004 HINGGA 2007 ADA PAHAM BANGGANG.

  • Anonymous says:
    October 20, 2009 at 7:38:00 PM GMT+8

    good man,
    wow! superior chinese culture. Gangsterism. Vice. Gambling.
    You call that culture?
    The reason chinese exist because malays help you guys, without malays,
    - you would have thai names in thailand
    -you would be headed in indonesia
    -you would have your dick cut in china.
    -you would be killed in african countries.
    so good man, obviously you don't read, like the rest of your race.

  • Anonymous says:
    October 21, 2009 at 8:44:00 AM GMT+8

    for fun history go here :
    http://deminegara.blogspot.com/2009/10/robin-returns-more-conversation-with_338.html

    for story of 'smart' chinaman go here :

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/28/nation/4403672&sec=nation

fda

Link2Me WeLinkBk (275)