Greetings

Monday, October 26, 2009

NEWS: Licin hutan Kelantan dikerjakan Husam


Kelantan lulus 2,200 hektar hutan untuk balak

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Kerajaan Negeri Kelantan didapati meluluskan 2,200 hektar kawasan hutan simpan kekal dengan ketinggian melebihi 1,000 meter untuk aktiviti pembalakan kepada sebuah syarikat swasta walaupun ia sepatutnya diwartakan sebagai Hutan Perlindungan Sepenuhnya.

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang berkata, tiga kawasan iaitu Tanah Tinggi Lojing, Sungai Betis dan Sungai Brook di Gua Musang diluluskan sebagai projek perintis atas alasan menggantikan kawasan konsesi yang diambil semula daripada Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. (KPK).

Katanya, kelulusan itu dibuat kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKKP).

"Bagaimanapun, Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) tidak disediakan sehingga kini dan Jawatankuasa Teknikal yang diwujudkan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan JKKP," katanya dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.

Beliau berkata, syarat tidak dipatuhi itu melibatkan keahlian Jawatankuasa Teknikal yang sebahagian besar membabitkan kakitangan syarikat yang mempunyai kepentingan.

Katanya, bagi tempoh 2005 hingga 2008, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) meluluskan enam lesen pembalakan dengan keluasan 555 hektar iaitu sebahagian daripada 2,200 hektar yang diluluskan bagi projek perintis Pembalakan Berimpak Rendah (RIL) kepada syarikat itu.

Ambrin berkata, bagaimanapun, sehingga kini pihak KPK tidak dimaklumkan secara rasmi mengenai kawasan balak di tanah tinggi itu yang dikatakan akan diberi sebagai ganti mengikut perjanjian konsesi tersebut.

"Jabatan Audit Negara mendapati projek perintis ini telah memberi keuntungan kepada syarikat berkenaan kerana mendapat kawasan pembalakan dengan kayu yang banyak dan berkualiti tinggi yang belum diterokai tanpa melalui proses tender.

"Kerajaan Negeri Kelantan pula hanya mendapat royalti dan premium sebagaimana kawasan pembalakan biasa yang lain.

"Sekiranya tujuan projek perintis ini untuk mengkaji Pengusahasilan Hutan Berimpak Rendah khususnya untuk kawasan tanah tinggi, JPNK tidak sepatutnya meluluskan kawasan yang luas sehingga 2,200 hektar sebagai projek perintis," katanya.

Beliau berkata, kesan daripada pembalakan di kawasan itu mengakibatkan kerosakan serius terhadap struktur tanah seperti berlakunya tanah runtuh dan pokok tumbang.

Sehubungan itu, Ambrin melalui laporan itu mengesyorkan supaya aktiviti pembalakan di kawasan tanah tinggi yang melebihi 1,000 meter tidak lagi diteruskan di kawasan itu seperti arahan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia 21-Oct 2009

9 comments:

  • Anonymous says:
    October 26, 2009 at 11:38:00 PM GMT+8

    Dedah jgn tak dedah....sbb Eli dah dedah 'lama dah'..lol!

  • Anonymous says:
    October 26, 2009 at 11:42:00 PM GMT+8

    kesian Kelantan. pembangunannya stagnant. Deficit makin besar.Ekonomi terus menguncup. tapi hutan makin gondol. pemimpin PAS makin kaya.

    Ice.

  • Anonymous says:
    October 27, 2009 at 1:00:00 AM GMT+8

    Simpanlah sedikit tanah balak itu untuk LKS and Son Snd Bdh. Tak acilah untuk Pus saja. Kata kawan baik tapi tang syoru nampaknya macam tak ingat kengkawan. Apa ini?

  • Anak Kuala says:
    October 27, 2009 at 1:09:00 AM GMT+8

    tolonglah kongsi dengan tok guru jangan husam manan sorang sahaja. Tengok kan sekarang tok guru dah melalut

  • Jeffry says:
    October 27, 2009 at 9:04:00 AM GMT+8

    SLM BRO..HUSAM DH PANDAI MELIWAT PAK AJIS HASIL TUNJUK AJAR DR SIFU AL-JUBOREEE!..TAHNIAH KAT HUSAM! BRAVOOOO!!! KEHKEHKEH

  • kitagempur says:
    October 27, 2009 at 10:32:00 AM GMT+8

    macamana defisit Kelantan boleh tinggi walhal balak banyak..kemana peginya duit balak nie...adakah msk poket sendiri..kerajaan berbelanja lebih...hutang makin banyak..rakyat semakin susah..itulah kerajaan yang dibanggakkan oleh orang PAS..BODOH BANGGANG..kata Kelantan Serambi Mekah tapi masjid satu pun tak bina..buat malu je

  • Anonymous says:
    October 27, 2009 at 10:56:00 AM GMT+8

    Berita hari ini menyatakan 700 ANAK LUAR NIKAH di 3 bulan pertama di Kelantan.

    Aku pun hairan mengapa negeri serambi mekah ini pun ada anak luar nikah..

    Kata nik ajis "PEMBANGUNAN ROHANI" tapi ramai juga anak luar nikah di Kelantan.

  • batangberjuntai says:
    October 27, 2009 at 11:40:00 AM GMT+8

    Buatlah laporan kpd sprm, jgn provoke ja..tp kalo fuluslar, ketayap pun bole letak tepi!

  • Anonymous says:
    October 27, 2009 at 7:51:00 PM GMT+8

    Anak luar nikah ini tak ada masaalah.

    Nik Aziz boleh sucikan Eli Wong yang potensi mengandungkan anak luar nikah dengan cara hidup seks bebas.

    Tak ada masaalah.

    Demi dapatkan undi.

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)