Keadilan buat mangsa

Keadilan buat mangsa

Saturday, October 24, 2009

MYSTERY: PAS tidak percaya pada demokrasi, Nik Aziz pemimpin kuku besi


Muktamar khas PAS pecat Hadi?

Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.

"Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

"Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?" tulis menteri besar Kelantan dalam blognya malam tadi.

Mengulas perkembangan beberapa mesyuarat agung khas yang dikendalikan oleh PKR, Umno dan MCA tahun ini, Nik Aziz berkata:

"Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan mesyuarat agung khas dan MCA pun boleh mengadakan EGM-nya sehingga sempat menggugurkan presiden dan timbalan presidennya.

"Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan perlembagaannya melalui kongres khas mereka. Maka kita?

"Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah. Masyarakat India pun boleh menentang (presiden MIC Datuk Seri S) Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain.

"Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya, mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu."

Tokoh popular PAS itu berkata, muktamar tersebut penting bagi mengelakkan "ghok-ghak" atau kekacauaan dalam parti Islam itu sebagai persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Orang boleh terima atau tidak boleh terima, bawa ke muktamar khaslah, senang cerita. Biar tentu sah, hendak ikut yang mana. Kita hendak kekal yang mana dan buang yang mana," kata Nik Aziz lagi.

"Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat."

Beliau mengulas analisis ahli akademik Universiti Islam Malaysia (UIA) Dr Aziz Bari yang mengaitkan kemerosotan undi PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan kekecohan di Selangor – dipercayai, antaranya, kontroversi melibatkan Hassan berhubung isu jualan alkohol dan isu siasatan awal jawatankuasa khas DUN negeri itu.

Malah, profesor undang-undang terkenal itu juga mengkritik Abdul Hadi yang tidak membuat sebarang kenyataan terhadap isu melibatkan Hassan itu sehingga menyimpulkan sikap sedemikian dengan perwatakan negatif bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menulis di Sinar Harian awal minggu ini, Dr Aziz berpendapat, sudah sampai masanya PAS "membuat langkah drastik dengan mendisiplinkan atau menyingkirkan Hassan" daripada parti itu.

Bagaimanapun, tambah pensyarah itu lagi, usaha itu sukar kerana Hassan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Abdul Hadi dan timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Menulis di blog Tok Guru.com, Nik Aziz juga berkata, beliau bersetuju dengan sebahagian kritikan keras Dr Aziz itu

Dalam muktamar khas yang dicadangkan itu, Nik Aziz menekankan keperluan kepada proses pemilihan yang ringkas, telus, dan melindungi kerahsiaan undi.

Muktamar tersebut boleh mengambil masa sehari atau dua hari, tambahnya.

Nik Aziz berkata, walaupun beliau "jarang tidak sedap hari sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam", teguran terpaksa disuarakan "kerana dalam keadaan-keadaan tertentu, ia bersifat wajib".

"Hati saya pernah bergolak di zaman bekas presiden PAS yang mahsyur, allahyarham Datuk Mohamad Asri.

"Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya, sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjudul Kemuncup dalam Perjuangan," katanya.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mustafa enggan mengulas kenyataan tokoh PAS ini.

Sumber: Malaysiakini.com Oct 23, 09 10:47am

KOMEN: Bayangkan PAS jadi parti pemerintah.

Mereka akan memerintah pakai sukahati p**imak dia. Tak peduli undang-undang dan sistem demokrasi.

Semua main ikut suka hati siapa mereka dewakan sebagai Tuan Guru atau Ular Dalam Semak.

11 comments:

  • Anonymous says:
    October 24, 2009 at 9:09:00 AM GMT+8

    yang penting umno keparat musnah dan berkubur.benar kata tuan guru nik aziz "pergi jahanam umno"

  • Anonymous says:
    October 24, 2009 at 9:21:00 AM GMT+8

    salam,

    to anon 9:09, saya pula nak kata pergi jahanam dengan pas, pkr n dapig.-noor

  • Anonymous says:
    October 24, 2009 at 10:17:00 AM GMT+8

    aku ahli umno tapi aku tak pernah mahu pas musnah.

    kita perlu juga pembangkang. kalau tak ada check and balance, tak bagus juga utk umno.

    tak sangka pas hanya mahu umno musnah tak kira apa asas untuk mahu umno musnah.

    nasihat saya utk pas, jadilah pembangkang yang berhemah. Buatlah kpi pembangkang.

  • Anonymous says:
    October 24, 2009 at 11:50:00 AM GMT+8

    Nik Aziz jadi jurucakap mutiny dalam PAS.

    Dia di jolok oleh Husam.

    Tapi mastermind ialah Anwar.

    Semua musuh Anwar dalam PAS mesti disembelih.

    Adakah mereka sedar dan bangun melawan serangan keatas presiden mereka?

  • Anonymous says:
    October 24, 2009 at 11:52:00 AM GMT+8

    Dengar2 Husam dah belajar boxing,mungkin sebagai persiapan ROUND 2.Husam vs Hadi.

  • Anonymous says:
    October 24, 2009 at 11:54:00 AM GMT+8

    Gambar panas Husam dengan Anwar disini

    http://www.papagomo.com/2009/10/gambar-panas-kemesraan-hussam-musa-dan.html

  • Anonymous says:
    October 24, 2009 at 12:29:00 PM GMT+8

    Beban dalam PAS sekarang ilah NIK AZIZ,yang sepatutnya disingkir.

  • Malaysia Bebas dari Pakatan Rakyat says:
    October 24, 2009 at 12:41:00 PM GMT+8

    31 oct 20** sebuah parti bernama PAS akan berpecah kerana mempunyai pemimpin berkuku besi(karat)

  • Anonymous says:
    October 24, 2009 at 12:42:00 PM GMT+8

    HA HA HA
    PAS DAH GILA. MEMERINTAH NEGERI TAK RETI. TAHU NAK MARAH. PAS DAH WUJUD 50 TAHUN LALU AMBIK BERKAT UMNO. HA HA HA HA. DAH 50 TAHUN. TAHU APA PAS? TAHU MEROYAN AJE.
    PERHIMPUNAN AGONG DAH TAK DE MAKNE. INI KAN ULAMA ISLAM NAK PIMPIN MALAYSIA?
    NAK MAKAN PUN TAK RETI.
    YG PENTING ALLAH AKAN PASTIKAN TERKUBUR PAS! AMINNNNN!
    BELUM MAMPUS NIK AZIZ, ALLAH DAH TUNJUK KUASA NYA. HAH! GANGSTER TAK ALLAH, NIK AZIZ NYANYUK!

  • Anonymous says:
    October 24, 2009 at 2:01:00 PM GMT+8

    husam dah tak dpt guna pintu depan ingatkan dia duk senyap2 ropa2nya dia nak naik guna pintu belakang, gunakan kabel nik aziz.

    patutla kene tumbuk.

    hahaha...dah lama kenal dahhh dgn kusamm.

    sudin

  • Anonymous says:
    October 24, 2009 at 2:04:00 PM GMT+8

    tak de sapa2 ke dlm PAS tu yg bleh sepak kepala nik aziz tu?? seme wala wala wala jee ke..?? seme angguk2, bodek2, cium tangan tok guru tong taik je ke?? nik aziz suruh mkn taik, seme wala wala wala.

    nasib baik la aku dah kluar pas siang2..

    joe

fda

Get your volunteer initiatve funded!

Link2Me WeLinkBk (254)