Sunday, October 4, 2009

BAGAN PINANG: Mana Zul ketika nenek jiran di Lenggeng memerlukan?

PAS tidak dapat jawab isu bukan anak tempatan, lalu dia cuba memulangkan balik dengan projek-projek terbengkalai pada zaman isa. Alah 22 tahun, mestlah ada sikit cacat dan cela. PAS tukata bela Islam tapi satu Masjid pun tak dibina di Kelantan dan Terengganu.

Konon Zulkefly hebat dalam membela orang tempatan di Lenggeng berkenaan Broga Incinerator. Itu perkara biasa. Siapa mahu tempat babi atau bakar sampah dalam kawasan rumah mereka. Semua pasal tak yakin dengan teknologi moden yang ingin di bawa. Kalau orang macam Zul buat sibuk, tak ada masaalah.

Zul cuma buat demonstrasi jalanan saja. Bukan buat apa snagat pun. Tengok betul-betul, bonar ka Zul bela orang tempatan. Baca cerita berikut:
KAMSIAH Abd. Rahman bersama salah seorang daripada 10 cucunya, Nursyafika Mohd. Haris,10, di hadapan rumah usangnya di Lenggeng, Negeri Sembilan.


Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan

Berbekalkan sisa-sisa tenaga yang ada dan tanpa sumber pendapatan tetap, seorang nenek berusia 71 tahun terus membesarkan 10 cucunya.

Lebih menyedihkan, sudah 14 tahun dia menggalas tanggungjawab tersebut. Bagi cucu-cucunya yang berusia antara tujuh dan 16 tahun, nenek mereka adalah ayah dan ibu.

Dalam kesempitan hidup di bawah bumbung rumah usang satu bilik, warga emas bernama Kamsiah Abd. Rahman cekal memelihara kesemua cucunya yang masih bersekolah.

Rumah usangnya itu terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Kamsiah dikurniakan tujuh cahaya mata, malangnya anak-anak dan menantunya hilang tanpa khabar berita meninggalkan zuriat mereka bersama warga emas itu.

Bagaimanapun dia tidak pernah menyalahkan anak-anaknya jauh sekali menganggap cucu-cucunya sebagai beban lantaran sedar mereka juga dibelenggu kesempitan hidup.

Kamsiah kini cuma menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan bagi menyara cucu-cucunya.

Sumber: Utusan Malaysia Sept 14th, 2009

Di mana Zul yang duduk tidak jauh 500 ela dari rumah nenek tua ini?

Fardhu kifayah menuntut kita membantu kaum keluarga, saudara, jirin tetangga, ... barulah nak jadi wakil rakyat di kawasan tempat lain.

7 comments:

  • Anonymous says:
    October 4, 2009 at 9:21:00 PM GMT+8

    hahahah nenek sebelah rumah pun tak terbela.....apa la pas nihhh

  • Anonymous says:
    October 4, 2009 at 9:23:00 PM GMT+8

    orang pas kan kaya2. duit melimpah ruah. tgk je la bekas bini no 2 adun melor. minta duit saguhati rm3 juta...tapi orang pas masih lagi minta derma...minta je kat pemimpin yg sebenarnya kaya tuuuuuuuu...

  • Anonymous says:
    October 4, 2009 at 10:17:00 PM GMT+8

    Bukan ker tempat tu UMNO punya. Zul baru nak bertanding. Ngko tanyalah pada UMNO yang menang dulu. Bongok punya statment

  • Anonymous says:
    October 4, 2009 at 10:34:00 PM GMT+8

    alah..kat manekk urai dulu pun pas menang..tapi dulu masa manek urai pas sibuk kata umno tak bina jambatan..apa baghal la pas nih..bukan ke dah namanya jiran kena la membantu nenek tu..kalau dah yang dekat tak terbantu...boleh harap ke?

  • Anonymous says:
    October 4, 2009 at 10:52:00 PM GMT+8

    tu ler nenek pilih umno lagi diaorang mana peduli pasal rakyat susah, cuma nak boroikan perut diaorang jer.

    kali ni kita pilih PAS ye nenek.

  • Anonymous says:
    October 4, 2009 at 11:36:00 PM GMT+8

    Tak hairan kalau depa tak bantu. Bayangkan kalau ada seorang pengemis lalu di depan sekumpulan adun PR, ia boleh di halau begitu saja cuma kerana pengemis berkenaan tidak memakai baju berwarna kehijau-hijauan. Oleh itu adalah disarankan buat nenek berkenaan iaitu untuk menjamin dapatnya bantuan, catkan aja rumah kayu itu dengan warna hijau. Guarantee dapat!

    Dulu Pas

  • Anonymous says:
    October 5, 2009 at 7:08:00 PM GMT+8

    Orang PAS ni mana nak kisah semua tu , buat tak pandang dan tak nampak je . sebelum PRK ni pun dah keluar suratkhabar , dapat jugak pembelaan akhirnya .

    Jiran dia macam Zul ??? huh .. sibuk berpolitik dan jadi lembu DAPigs je

fda

Link2Me WeLinkBk (275)