Wednesday, September 30, 2009

UNSPIN: Mengenai kronisma, sah Nik Aziz lidah bercabang

Yang bergambar dengan Bapak bukan Anak Bapak, tapi Bapak Balak

Menantu anak Bapak jadi CEO Syarikat Kerajaan Negeri

Dalam keghairahan orang PAS mengagung agungkan MB Besar Kelantan Murshidul Am PAS Dato’ Nik Aziz Nik Mat sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat, tidak korup dan hidup penuh keserdehanaan, dan insan marhaen yang bertaqwa, rupanya keadaan sebenar yang berlaku di’belakang tabir’ betul-betul ‘lain padang, lain belalang’.

Nik Aziz, yang didewakan orang PAS sebagai ‘Ulama Besar’ sebenarnya mengamalkan nepotisma dan kronisma, dalam pentadbiran ‘semi diktator’ semenjak PAS mengambil alih Kerajaan Kelantan Disember 1990.

Dikhabarkan hari ini, MB Kelantan telah melantik Abdul Ariffahmi Abd Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau adalah suami kepada Nik Amalina Nik Aziz, anak perempuan Nik Aziz.

Perlantikan ini menimbulkan kontroversi kerana Ariff ‘tidak layak’ untuk diberi jawatan begitu penting untuk sebagai agensi perlaburan dan perlaksana pembangunan yang amat strategik untuk kerajaan PAS Kelantan. Sebagai seorang jurutera pun, beliau tidak diyakini dikalangan professional yang berkhidmat di Kelantan.

PMBK dipercayai mempunyai asset beratus juta Ringgit dan kini berada dalam keadan kesempitan tunai. Salah satu sebab yang dipercayai ramai adalah kerana keborosan Ariff berbelanja semasa dia memgang jawatan COO PMBK.

Dikhabarkan Ariff adalah ahli UMNO Bahagian Machang. Sekiranya benar, ini bermakna Nik Aziz adalah seorang pemimpin yang layak disifatkan sebagai munafik. BUkanhkah dia yang menghina dan memanggil UMNO dan ahlinya macam-macam tetapi tak apa pula untuk anak menantu.

Ini satu contoh Nik Aziz bercakap sesuka hati. Beliau tergamak memanipulasi kedudukan beliau sebagai ‘ulama’ yang rata rata dihormati untuk mengeluarkan pendapat ugama untuk meng’halal’kan matlamat dan cara.

Perlantikan Ariff adalah amalan ‘kronisma’ dan ini boleh membawa kepada amalan korupsi dan salah guna kuasa, samada untuk kepentingan peribadi maupun politik. Pasti Nik Aziz ada tipu helah dan putar alam untuk menghalalkan cara.

PMBK diwujudkan untuk tujuan pembangunan, tetapi disebabkan kelemahan kepimpinan, dia tidak akan berjaya merealisasikan apa apa perancangan walaupun Kelantan kaya dengan sumber asli. NIk Aziz sendiri tidak pernah ada apa-apa pencapaian sekali pun.

Apabila agensi pemangkin pembangunan Kelantan seperti PMBK dipengerusikan Bapa dan dilaksana dengan penguasaan eksekutif Menantu, maka tidak banyak yang diharapkan untuk menjaya dan realisasikan apa apa program.

Agenda tersirat PMBK hanya untuk memperkuatkan propaganda agar Nik Aziz akan dapat berkuasa berterusan di Kelantan hingga hari kiamat.

Pemimpin PAS Kelantan juga pernah dikaitkan dengan salah guna kuasa seperti isu pembalakan Lojing.

Yang begitu nyata, tindakan MB Kelantan Nik Aziz sebenarnya mempelupuri amalan Muawiyah Abi Suffian diKelantan. Dia telah memulakan pemerintahan hierraki Khalifah Ummaiyah yang menghalalkan amalan membina dinasti keluarga dan menghentikan amalan musyawarah Khalifah Ar Rashidin.

Rujukan dari Biggumdogmannsteinberg

5 comments:

  • Dr.Sid says:
    September 30, 2009 12:08:00 PM GMT+08:00

    steyen minyak dia ade beberapa bijik jugak..hehehe

  • PUTRA MERDEKA says:
    September 30, 2009 2:59:00 PM GMT+08:00

    nik aziz ular dalam semak,
    bro gua cilok poster PAS tu..
    tkasih

  • Zulkarnain says:
    September 30, 2009 8:01:00 PM GMT+08:00

    Kaga:

    dalam internet ni huruf besar ni menjerit. buat sakit mata. jadi, rentikan la taip huruf besar. nampak sangat ko ni desperate attention. jangan display ur level of age camtu sangat. malu sehhh. dah gi mandi kang mak ko marah :)

  • Anonymous says:
    October 1, 2009 8:55:00 AM GMT+08:00

    apa lagi weeh!!!!buat la report salah guna kuasa..... jgn dok cakap jer.

  • Anonymous says:
    October 1, 2009 12:26:00 PM GMT+08:00

    tok guru nik aziz ni bukan hanya pemimpin agung dan ulamak muktabar sahaja tetapi merupakan seorang economist.

fda